tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Saturday, 5 August 2017

JOM PI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2017






kat Dataran Kulim  adanya Hari Peladang,Penternak dan Nelayan 2017 selama 4 hari bermula 3 hingga 6 0gos 2017.marilah kita beramai-ramai memeriahkan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan ni..ini merupakan peringkat negeri Kedah..selalunya Hari Peladang ni diadakan di ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar tapi kali ni berubah tempat pula.

Nadia sempat juga berkunjung ke sana pada hari Khamis 3 Ogos yang lalu.banyak aktiviti diadakan seperti demonstrasi  penyediaan air sarang burung walit,demonstrasi penyediaan daging burger,pertandingan ukiran buah, pertandingan mewarna dan banyak lagi.

terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual barang -barang pertanian seperti anak pokok,baja, jualan keropok, gerai jus asli buah nenas, mangga, dan banyak lagi la..tak rugi pun berkunjung ke sana sebab ada banyak benda yang boleh dilihat seperti pameran mesin pertanian pada zaman dahulu kala dan zaman moden sekarang.

nadia sempat membeli anak pokok cili dan bunga daisy..setiap pasu berharga hanya rm15 sahaja..harga anak pokok bergantung kepada jenis pokok juga.harap2 la pokok cili dan bunga daisy nadia dapat tumbuh dengan subur nanti.ok pesanan untuk diri sendiri *nadia jangan lupa siram pokok dan letak baja ye.kalau tak rugi je beli kalau tak dijaga dengan baik.*

pokok cili

pokok bunga daisy


oklah, maaf ya takdak sangat gambar dapat nadia ambil di sana sebab bateri handphone dah nak abis..jadi ambik gambar tertentu saja.

akhir kata, penduduk sekitar Kedah dan Pulau Pinang yang berdekatan marilah berkunjung di Dataran Kulim.marilah sama2 kita memeriahkan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan 2017 ni.

5 comments:

  1. Replies
    1. hari peladang peringkat kedah kak....hhehee

      Delete
  2. Huaaa jauh, kalau dekat, lama dah mai.

    ReplyDelete
  3. tu la kan...rasanya setiap negeri slalu anjurkan hari peladang ni...yg ni prgkt ngeri kedah

    ReplyDelete
  4. Jauh...Kalau dekat dtg juga..bestnya.

    ReplyDelete