Wednesday 20 January 2016

AYAT QURSI


AYAT QURSI ANTARA SALAH SATU AYAT DARIPADA AL QURAN SURAH AL BAQARAH.SEBAGAI UMAT ISLAM MARILAH KITA JADIKAN AYAT QURSI SEBAGAI SATU AMALAN.


KELEBIHAN AYAT QURSI

Baca pada saat mahu keluar rumah
·       7000 Malaikat akan menjaga kamu

Baca pada saat nak masuk ke rumah
·       Kemiskinan tak akan masuk ke rumah kamu

Baca setelah selesai berwudhu
·       Darjat kamu akan dinaikkan 70 tingkat

Baca pada saat hendak tidur
·       Malaikat akan menjaga kamu sepanjang malam

Baca setelah selesai sembahyang
·       Jarak di antara kamu dan Syurga hanya kematian


       SEMOGA MENJADI AMALAN BERSAMA

                  
        


Tuesday 19 January 2016

bertudung


hijab atau tudung merupakan suatu pakaian untuk menutup aurat bagi perempuan yang telah baligh bagi umat Islam.sebagai muslimah yang patuh pada syariat Islam seharusnya perlulah menutup aurat dengan sempurna.mulakan dan biasakan kanak - kanak perempuan yang berumur 7 tahun ke atas supaya memakai tudung.mulakan sikit2 dulu lama2 dia pun dah biasa dgn bertudung bila dah dilatih dari kecik lg.Insyaallah..


Tudung dapat menjaga pandangan mata lelaki yang bermata keranjang yang suka usha2 org perempuan ..besa la lelaki mesti suka tgk org yg comey2 belaka..heheh..bila pakai tudung dapat gak mengelakkan berlakunya fitnah.betoikan??


jadi, konklusinya kita sebagai perempuan wajib bertudung..tudung tu juga perlulah tidak jarang dan labuh menutup dada.sapa2 yg belum pakai tudung tu trylah belajar pakai slow2.insyaallah boleh ..jom bertudung ikut syariat



DORAEMON


DORAEMON

Cinta itu jangan seperti NOBITA

Yang mudah menyerah

Jangan pula seperti GIANT Yang suka memaksa

Apa lagi SUNEO Yang sombong dan suka pamer

Tapi, cinta itu biarlah seperti DORAEMON

Yang selalu dipenuhi dengan keajaiban 

Kartun doraemon memang menjadi kegilaan ramai kanak-kanak pada era tahun 90an..seronok tengok Doraemon keluarkan barang-barang daripada poket ajaib dia nak membantu dan menggembirakan Nobita dan kawan-kawannya..


Asal usul Doraemon adalah berdasarkan kisah komik yang dikarang Fujiko F. Fujio sejak 1969.ini berkisah tentang kehidupan seorang budak yang pemalas bernama Nobita.Dia didatangi oleh sebuat robot kucing bernama Doraemon dari abad ke 22.Doraemon datang membantu menyelesaikan segala masalah Nobita..Nobita juga mempunyai kawan-kawan seperti Giant,Suneo,Sizuka dan banyak lagi..
Melalui kartun Doraemon ni kanak-kanak dapat mencipta imaginasi dan dapat memberi idea-idea kreatif dalam reka cipta.kalau kat Malaysia ni, selain lambakan komik Doraemon di pasaran terdapat juga drama kartun Doraemon di layar tv iaitu di saluran NTV7.

DORAEMON BERSAMA KAWAN-KAWANNYA


Monday 18 January 2016

I LOVE U, MAK



aku bersama mak semasa majlis pertunangan aku



Ibu..mama..umi..mak..bonda..mummy..

Panggilan yang mana pun sama saja iaitu insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita semua di dunia ini.kita harus menghormati insan mulia ini.ibu diuji dengan 3 peringkat kesusahan iaitu :


Økepayahan ketika mengandung
Økesungguhan ketika melahirkan anak
Øketabahan menyusukan anak


Bukanlah sesuatu yang mustahil apabila Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada ibu 3 kali ganda berbanding bapa..oleh itu kita kenalah berusaha menggembirakan hati ibu kita dan elakkan daripada berkasar dengan mereka.kita harus memohon ampun dan maaf sekiranya kita tidak sengaja meninggikan suara kepada ibu.jangan biarkan ibu bersedih dengan sikap kita yang kurang sopan itu..antara hadis yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari adalah “Sesungguhnya Allah mengharamkan kamu berbuat derhaka kepada ibu2”.Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa.


Insan yang mengandung dan membesarkan aku adalah Puan Hasmah.Aku panggil beliau mak.mak adalah satu-satunya ibu yang terbaik di dunia ni.walaupun sekarang ni aku pun dah bergelar ibu tapi mak aku sentiasa membantu aku dan bila tiap kali aku balik kampung mak akan masak makanan yang sedap2 untuk anak dia ni..so sweet mak..aku makan bertambah tambah sedap sangat masakan mak..

Alhamdulillah mak aku juga sentiasa menasihati aku dan memberikan tips berguna kepada aku dalam membesarkan anak aku..bila aku pun dah jadi seorang ibu ni feel dah lain skit.cepat touching bila tengok bayi, kanak-kanak dan anak remaja yang mengalami masalah rumah tangga.moga aku pun dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku nanti..Insyaallah. 

I LOVE U MAK…MAK IS THE BEST FOR ME..




mak dan abah semasa di Mekah
mak bersama cucunya,Muhammad Arsyad





Saturday 16 January 2016

Arsyad & Afiq



kali ni nak bercerita pasal anak sulung aku Muhammad Arsyad dan sepupunya aka anak menakan/anak buah aku Afiq Qayyum..Afiq ni anak kepada kakak sulungku..beza Arsyad dan Afiq hanyalah 36 hari ja..umur beza setahun..yang sayangnya Afiq lahir 15 Disember 2014 dan Arsyad lahir 19 Januari 2015.ha kan lambat skit ja.. Arsyad kuar lambat drpada perut ibu dia..overdue 6 hari aku bersalin..tak lama dah anak aku Arsyad nk brumur setahun..lg brapa hari ja lg..





masa kecik kecik lagi....
masa dah pandai guna walker...

dok bersandar kt sofa jadi bos kecik...

Sekarang ni Arsyad dok belajar bertatih nk berjalan dah..dapat gak la berjalan 2,3 langkah tanpa orang pegang dia..alhmdulillah..keep it up my son..u can do it.anak menakan aku plak, Afiq pun macam tu dok bertatih skit2 .Go..Go Afiq..u can do it...nanti tak tau la sapa yg first person yg boleh berjalan dulu tanpa bantuan...Afiq @ Arsyad???.takpa sapa2 pun kan..yang penting boleh berjalan sendiri tanpa bantuan..Insyaallah.

Makngah harap Afiq dapat jadi sepupu yang baik dan contoh teladan kepada Arsyad..sepupu sebaya beza brapa hari ja kan...Ibu pun harap Arsyad kena hormat Afiq dan berkawan baik, jangan plak dok berlawan tumbuk menumbuk nanti...jangan2...tak baik tau..Allah Maha Melhat apa yg kita buat..korang berdua moga dapat menjadi anak soleh dan menjadi insan berguna kepada agama,bangsa dan negara...Insyaallah......


IBU SAYANG MUHAMMAD ARSYAD...MAKNGAH SAYANG AFIQ QAYYUM...



 I

Friday 15 January 2016

Home Sweet Home

rumah mak abah di Alor Setar..dah 25 tahun rumah ni...


rumah adalah aset penting bagi setiap orang di dunia ni..rumah merupakan tempat kita berlindung drpada panas terik matahari hujan ...rumah adalah selamat  diduduki sekiranya penghuni rumah juga menjaga rumah dgn sebaiknya...aku pun mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri insyaallah dalam proses menunggu loan rumah approve..rumah dah booking ..tapi sekarang rumah harganya dah melambung tinggi dan mahal dah...rrumah teres setingkat pun dah nak dekat Rm250k...zaman skrang ni mana dapat dah rumah yg hargaya bwh drpd Rm200k.rumah 2nd hand mgkin dapat lagi harga tu...

pasal gambar rumah di atas tu merupakan rumah mak abah aku dah berusia 25 tahun..banyak pengubahsuaian dibuat dan penambahan dilakukan oleh mak abah.ada duit semua benda boleh dapat buat..betoi kan ?? duit adalah segalanya tapi kita tak boleh la kedekut plak bila dah ada duit kan..buatlah apa pun asalkan benda tu baik untuk diri..pandai pandailah manage your money guys, ok!!

bak kata omputih 'home sweet home'..rasa syok ja dan tenang ja bila kita balik rumah kan...rasa lega dan boleh berehat ...  tapi aku ni bila ada anak kecik yg baru nak masuk setahun ni besa la suka sepahkan barang mainan dia merata-rata..tak larat nak kemas..bila dah elok2 kemas sepah balik..sabo ja la kan nak marah pun anak aku ni kecik lg..kesian plak...

kesian kan bila gelandangan dok merempat takdak rumah..kita kena bersyukur dah ada rumah...syukurlh ye..*mood hepi dapat balik kg rumah mak abah sendiri..alhamdulillah
WELCOME TO MY HOME ....

Thursday 14 January 2016

X-ray dada @ chest x-ray

gambar anatomy of chest(dada)
normal chest x-ray labelled


kali ni aku nak bercerita sikit pasal kejaku sebagai juruxray...antara salah satu kejaku untuk ambik gambar x-ray adalah gambar dada ataupun dalam bahasa saintifiknya chest/thorax...short formnya CXR.....sebab apa pesakit perlu buat chest x-ray ada bermacam faktor...antaranya nak kena buat medical check up nk pi sambung belajar ka..ataupun kita terlalu kerap batuk dan tak lega2 lagi.. risau takut nanti kena penyakit brochitis atau PTB (TIBI).so kena la buat x-ray dada..haa kena  pi jumpa doktor tau dan kena buat rawatan...baby kecik plak slalu kena buat chest x-ray sebab slalunya kena penyakit pneumonia...

 kalau nk buat x-ray dada ni pesakit perlu buka pakaian dan perlu memakai pakaian hospital yang disediakan..pesakit perempuan terutamanya jangan lupa menanggalkan rantai leher sekiranya pakai rantai la..supaya tak menganggu bahagian yg akan di x-ray ..slalunya perempuan slalu lupa untuk menanggalkan bra ( baju dalam) ..besa la tu aku pun pernah hampir terlupa nak menanggalkan rantai leher masa aku nk buat x-ray dada hari tu.

masa mula2 aku blajar pasal subjek radiolgy imaging (x-ray) perkara basic yg perlu tau buat adalah x-ray dada...hat tu kena pndai dulu.. nak kena tau anatomi chest ...aku ni taklah pndai sgt dalam sujek Biologi  tapi bolehlah gak...alhmdulillah dapat kepujian gak...heee....



gambar di atas adalah salah satu contoh gambar
 x-ray dada yang tidak normal...yg ada peyakit TIBI

Wednesday 13 January 2016

kejaku juruxray....

gambar x-ray dada ataupun bahasa medikal thorax/chest




kejaku mengambil gambar tulang.jurux-ray ataupun org putih panggil radiographer...
aku bekerja di hospital kerajaan.
dulu aku tak berminat pun nak bekerja sebagai tukang ambik gambar ni tapi Allah Maha Besar aku berjaya juga menjadi jurux-ray bertauliah..Alhamdulillah..rezeki aku di sini...syukur..
 gambar x-ray ni sedikit sebanyak dapat membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit seseorang tu..orang yang mengalami kemalangan yang ada patah retak kat mana2 bahagian anggota badan dapat dilihat melalui gmbar x-ray..kiranya kami ni pun banyak membantu doktor gak la dalam mendiagnosis penyakit...

k..la nanti next entri aku cerita plak pasal x-ray ..BYe..

Tuesday 12 January 2016

My Sweet Family...






abah dan emak aku memegang cucu mereka Muhammad Arsyad iaitu buah hati pengarang jantung aku aka anak sulungku....masa ni baru umur 4 bulan ..masa bulan Mei 2015...








                                                       





foto kami bertiga masa pi kenduri sepupu kawin..yang jejaka hensem sebelah aku tu la suamiku yg tercinta.Mr hubby teman sehidup semati..insyaallah..anak aku tu tak mau tengok kamera plak..huhu..

new year

WELCOME TO NEW YEAR 2016...
WELCOME TO MY BLOG....

ASSALAMULAIKUM...

pejam pejam celik dah masuk tahun baru masihi..kejap ja kan..aku pun dah nak masuk setahun jadi seorang ibu kepada cahaya mata comelku Muhammad Arsyad..sapa lagi nak puji anak sendiri comel..hehe perasan sat..semua baby kat dunia ni memang comel2 belaka..

tahun 2016 ni merupakan tahun ke 2 aku menjadi permaisuri hati buat suamiku yang tercinta Annuar Mazlan..encik chef.. suamiku masak bila dia rasa nak masak dan ada kerajinan skit..tq my hubby..takpa la okay la tolong masak gak walaupun sekali sekala ja..dapat gak merasa air tangan suami gak..cik isteri dah selalu masak dah kan..tapi aku ni taklah pandai masak sgt pun..bolehlah juga jadi makanan gak..kihkihkih..

tahun ni azam aku untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk my hubby dan my luvly son..Insyaallah...jadi orang yang sentiasa mengamalkan sifat mahmudah..try my best..keep it up nadia... jom transformkan diri jadi yang terbaik untuk yang tersayang..