Monday 30 May 2016

ULANGKAJI BAB PUASA

✍Ulangkaji Bab Puasa :-




Niat Puasa -
"Sahaja aku berpuasa,
pada esok hari
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
pada tahun ini
kerana Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa :-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :-
1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa




Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Perkara Sunat Ketika Puasa :-
1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh




Makruh Ketika Puasa :-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa :-
1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa :-
1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-
Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-
1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat




Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-
1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu



Tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa bulan Ramadhan..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..


Insyallah..
☺☺☺
buka puasa dgn buah kurma + minum ayaq suam.
☝JANGAN minum minuman bergas + ais
Ambil peluang utk Kurangkn / berhenti merokok.



Sunday 22 May 2016

HAI..HELLO OPPO F1...BYE BYE SAMSUNG NOTE 2..

HAI..HELLO OPPO F1...




BYE BYE SAMSUNG NOTE 2..









Sudah 4 tahun aku guna handphone Samsung Note 2..aku beli handphone hasil daripada duit bisnes dulu.Masa handphone yang touch screen baru popular di Malaysia aku tak teruja sangat untuk memilikinya.lebih prefer guna handphone yang ada keypad tu.aku dok rasa senang ka pakai handphone tu..nanti sensitif sangat bila kena sentuh ...masa tu otak tak dapat pikir lagi cmna la nak guna handphone jenis touch screen.benda dah tak pernah guna memang blurr la tak dapat bayangkan cmna..hai lawak pun ada jadi jakun sat bila dah berjaya memiliki handphone touch screen yang pertama iaitu Samsung Note 2.

Bila dah ada handphone tu memang aku belajarlah pakai internet mobile data..dulu masa tahun 2012 tak lah ramai yang tau sangat pasal internet mobile data tu lagi..ha la..benda baru kan..dulu nak online ja kena on laptop, komputer..lepas tu zaman kecanggihan teknologi ni terus boleh guna internet dengan menggunakan handphone saja..revolusi berlaku bak hang..bila dah start pandai menggunakan handphone Samsung Note 2, aku explore macam2 benda la...pandai guna application whatsapp, wechat, pandai mengedit gambar, belajar mendownload video dan macam2 lagi la..biasalah aku ni suka ambik gambar jadi handphone pun kadang2 jadi hangged la bila memori dah penuh..Lagipun aku juga transfer gambar yang dalam handphone dan dimasukkan ke dalam pendrive...ha la kan banyak sangat gambar..

Tetapi, malangnya handphone Samsung Note 2 ni dah makin slow dan hangged..dah letih agaknya berkhidmat dengan tuannya ni..walaupun gambar2 dah banyak dipindahkan ke storan lain tetapi handphone ni masih buat perangai.huhuhu....Jadi, aku buat keputusan untuk membeli gajet baru, handphone baru iaitu Oppo F1.aku pilih warna gold.welcome to my life my new phone...hope u can be a good BFF to me..aku ni memang suka berinternet jadi aku pun pilihlah handphone ni..Oppo F1 ni kan untuk orang yang kaki selfie ( aku pun tergolong gak, hehe).ala yang iklan kat tv tu yang Nora Danish jadi duta produk ni..aku harap aku dapat guna handphone ni dengan sebaiknya..please be nice to me ye my dear new phone..sebenarnya aku terkilan gak bila pakai handphone Oppo F1 ni kerana harga Samsung Note 2 lagi mahal daripada Oppo F1 tetapi nak wat camna hidup perlu diteruskan dengan phone yang memudahkan aku guna dan tak buat perangai.

oklah sekian dahulu aku berceloteh ye..terima kasih kerana sudi meminjam mata untuk membaca my post ni...

TAZKIRAH SENTAP

Ngumpat banyak2...*rancak*
Dakwah banyak2....*muak*




Hal mengarut...*direspon*
Hal islamik..*dipostponed*




Sale dunia...*hiruk pikuk*
Sale akhirat...*owh sibuk*



Majlis nyanyian..*eh mestilah!*
Majlis ilmu...*ermm tengoklah*

Beautifulnara..*hari2 khatam*
Buku agama..*argh susahlah nak paham*

Ubatan barat..*must buy*
Ubatan sunnah..*err tak sesuailah*



Jurnal oxford...*terima melulu*
Quran hadis..*kena kaji dulu*

Jualan murah...*beli cepat nanti tarikh tamat
Sedekah amal jariah..*esok2 pun sempat*



Shopping...*biar mahal asal kualiti*
Sedekah.....*biar sikit asal ikhlas hati*




Masa lapang...*tengok tv*
Serabut fikiran...*baru nak mengaji?*




Hidup...*hanya sekali*
Abis mati...*ada banyak kali??*

Renungan bersama....marilah kita sama sama beramal...melakukan ibadat dan berusaha mengumpul pahala...AYUH BERTRANSFORMASI....

Saturday 21 May 2016

NISFU SYAABAN

_Assalammualaikum wbt_

*Peringatan ptg ini (Sabtu 21/05/2016)*

Selepas masuk *Maghrib* kita melangkah masuk *15 Syaaban*. Mari sama2 kita rebut peluang dgn memperbanyakkan amal ibadat seperti *bersedekah dan berzikir* sebelum ditutup buku catatan kita dan juga membuka lembaran baru dgn kebaikkan juga.
Aamiin yaa Rabbal 'alamin...

*_Nisfu Syaaban_*
(Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa _hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah_. Umat Islam mempercayai pada malam Nisfu Syaaban, *amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.*

Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah.

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.

*_Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban._*

*_Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar._*

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa _Nabi tidak tidur pada malam itu_ sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

_“Rasulullah saw  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan brsembahyng  bersembahyang sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya:_

_“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri._

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. *_“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”_*

_Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (wktu senja). (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)._

#IndahnyaBerbagi
#NotaNisfuSyaaban

Thursday 19 May 2016

KELEBIHAN BERMURAH HATI..BESAR GANJARANNYA....


*Jangan diperkecilkan kuasa ALLAH SWT*
*Ibu seorang pemuda dirawat di hospital*
*وأدخلت للعناية المركزه*
*Ibunya dirawat di ICU*
*وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء*
*Beberapa hari kemudian doktor berterus terang*
*بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها* *في أي لحظة تفارق*
*Keadaan ibumu tiada harapan semboh  dan boleh meninggal dunia bila2 masa*
*وخرج من عند أمه هائما على وجهه*
*Pemuda itu meninggalkan hospital dengan hati yg sedih mengenang sakit ibunya*
*وفي طريق عودته لزيارة والدته*
*Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi*
*وقف في محطة البنزين*
*Pemuda itu berhenti di stesen minyak*
*وهو ينتظر العامل ليضع البنزين* *في سيارته*
*Sedang dia menunggu  atendan mengisi minyak*
*رأى تحت قطعة كرتون قطة قد* *ولدت قططا صغارا*ً
*Pemuda itu terpandang seekor kucing bersama anaknya berteduh dibawah kotak*
*وهم لا يستطيعون المشي*
*Kucing itu kelihatan tak boleh berjalan*
*فتساءل!!!!!*
*Dia termenung sejenak*...
*من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه* *الحال؟*
*فدخل للبقالة*
*Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk semula ke kedai minyak*
*واشترى تونة*
*Dibelikannya setin tuna*
*وفتح العلبة ووضعها للقطة* *وانصرف للمستشفى* 
*Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital*
*وعندما قدم للعناية مكان تنويم أمه*
*Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU*
*لم يجدها على سريرها فوقع ما في* *يده*
*Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam*
*فاسترجع وسأل الممرضة*
*Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas*
أين فلانة؟
* Di mana ibuku.?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
* Nurse itu berkata:
Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
فذهب لها
* Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
* Yg ketika itu dalam keadaan ceria
فسلم عليها وسألها
* Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
* Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
* Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembohkan segera
فتعجب الشاب
* Pemuda itu terharu mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
* Puji bagi mereka yg sentiasa kasih mengasihi
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
* Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.
(داووا مرضاكم بالصدقه)
* (Sembohkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال:
* Itu hanya setin tuna.
Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)
( إتقوا النار ولو بشق تمره)
سبحان الله         
* Subhana Allah
Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
حتى لو مشغول إرسلها"
*(لاإله  إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
* Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini..!
OLEH ITU, MARILAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA CERITA INI..SENTIASALAH BERMURAH HATI...



GAMBAR SEKADAR HIASAN

Tuesday 17 May 2016

CERITA LUCU : GILA,OTAK dan GADUH

Ada 3 beradik bernama
(GILA , OTAK dan GADUH ..)

 suatu hari, GADUH hilang ..
GILA dan OTAK pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan si GADUH ..
OTAK tunggu kat luar,
GILA masuk ke dalam berjumpa dengan encik polis .


          Polis : "Ya, ada apa ?"
          GILA : "Nak cari   'GADUh..'
          Polis :"Awak ni GILA ke ?"
          GILA : "Ya, saya GILA"
          Polis :  "Tak ada OTAK ke ?"
          GILA : "OTAK ada kat luar"
          Polis : "KURANG AJAR
          GILA : "Yang tu Pakcik saya"
          Polis :"Kau ni memang nak cari pasal !
          GILA : "Tak, kami nak cari GADUH"  
       
# hahahahahaha
Pengsan kalau macam ni....pening dibuatnya layan orang camni...



Cikgu....guru...sifu...sensei

*KHAS UNTUK CIKGU DAN WARGA PENDIDIK YANG MERAIKAN HARI GURU PADA 16 MEI*







*Guru......*
dalam ajarmu ada harapan,
dalam tegurmu ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...

SELAMAT HARI GURU dan berbanggalah anda adalah seorang guru.

*Guru.....*
Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
*Garang* orangnya, itulah guru disiplin..
*Penyayang* orangnya, itulah guru prasekolah..
*Sabar* orangnya, itulah guru pendidikan khas..
*Sentiasa cool & tak pernah marah*, itulah guru kaunseling..
*Petah berucap*, itulah guru besar..
*Pelik orangnya*, itulah guru pendidikan seni..
*Gelap orangnya*, itulah guru pendidikan jasmani..
*Warak orangnya*, itulah guru agama..
*Sopan orangnya*, itulah guru pendidikan sivik..
*Berbahasa orangnya,* itulah guru Bahasa Malaysia..
*Berseni bahasanya*, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..




Erti sebenar seorang cikgu
*C*: Cantik budi pekertinya.
*I*: Inovatif praktisnya.
*K*: Kreatif mindanya.
*G*: Garang semangatnya.
*U*: Unggul ilmunya


(Yang ni jangan marah......gurau2.....)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..
Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..
Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..
Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..


SELAMAT HARI GURU.
*GURU PEMBINA NEGARA BANGSA*
















Sunday 15 May 2016

BUSY BOOK

Kawan kawan tau ka apa itu busy book?




mai saya nak bagitau apa itu busy book. Busy book merupakan sebuah buku yang diperbuat daripada fabrik atau felt yang direka khas supaya anak-anak yang masih kecil  menyibukkan diri melakukan aktiviti di dalamnya.menggunakan busy book merupakan salah satu aktiviti homeschooling iaitu bermain sambil belajar..pada zaman sekarang pelbagai cara yang dilakukan oleh golongan ibu bagi memastikan anak-anak mereka dapat belajar sesuatu..busy book selalunya terhasil daripada kotak,kad kertas,lebihan kain felt,tisu gulung dan sebagainya.

Kelebihan yang kanak-kanak dapat melalui busy book ni adalah seperti dapat memberi daya kreativiti kepada mereka di samping memberi rangsangan dalam keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis.mereka juga dapat bercerita tentang sesuatu melalui ikon,gambar dan objek yang ada dalam busy book ini..hal ini juga dapat meningkatkan pertuturan serta melatih keyakinan diri anak-anak.

Tempoh masa melakukan homeschoooling melalui busy book ini bergantung kepada kefahaman dan kemahiran anak.lagipun  inilah masanya mereka melatih diri menjadi manusia yang kreatif dan sekaligus memberi peluang kepada golongan ibu bapa bermain dengan anak bersama busy book.ini sedikit sebanyak dapat memberi kelainan dalam membaca buku sambil belajar.




Wednesday 11 May 2016

CARA BERPIDATO DAN TIPS HILANGKAN GEMENTAR

CARA BERPIDATO DI HADAPAN AUDIENS(ORANG RAMAI)








PERSEDIAAN
©Sebelum memulakan ucapan, lakukan persediaan rapi .Pastikan isi dan huraian serta contoh diulas dengan baik.
©Tuliskan teks ucapan tersebut pada cue-card (kad kecil)
©Latih dan sebut.Ulang ucapan beberapa kali.
©Rakam ucapan dan dengarkan kembali rakaman tersebut.

PERMULAAN
©Kawal pernafasan.Tarik dan lepaskan nafas secara perlahan lahan sehingga keadaan tenang.
©Berilah salam atau kata ucapan yang bersesuaian seperti selamat pagi, salam 1 Malaysia atau ayat yang sesuai dengan keadaan majlis
©Bacalah selawat dan puji pujian kepada Nabi s.a.w.
©Mulakan ucapan terima kasih kepada para penganjur mahupun  juri.
©Wujudkan hubungan mata dengan audien.Liha pendengar anda di kelompok belakang, hadapan, kanan dan kiri berulang ulang kali.
©jangan lupa berikan senyuman yang paling manis kepada audien.
©Mulakan dengan cerita atau sesuatu yang santai pada permulaan ucapan untuk menarik minat audien.
©Sambung dengan hujah, huraian dan contoh.
©Sesekali masukKan unsur humor. Lebih baik rancang dulu humor anda.

PENUTUP
©Jangan terus berhenti, wujudkan tanda bahawa anda ingin mengakhiri ucapan dengan kata2 “sebagai kesimpulan”.
©Nyatakan kesimpulan dan rumusan daripada ucapan secara ringkas.
©Ucapkan terima kasih kepad pendengar.
©Mohon maaf sekiranya mungkin ada kata-kata yang menyinggug perasaan audien.
©Akhiri ucapan dengan salam.







TIP HILANGKAN RASA GEMENTAR
J Bersedia untuk berucap.
J Tulis teks ucapan.
J latih dan terus berlatih.
J Berucaplah di hadapan rakan..dapatkan maklum balas mereka.
J Saksikan dan contohi pemimpin hebat dunia berucap.

BUKAN SEMUA ORANG DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIDATO,
 TETAPI KITA BOLEH DILATIH MENJADI PEMIDATO








SELAMAT HARI IBU

Seorang wanita..siapa saya????

·         Saya bekerja 24 jam sehari
·         Sayalah ibu
·         Sayalah isteri
·         Sayalah anak perempuan
·         Sayalah menantu
·         Sayalah jam loceng
·         Sayalah tukang masak
·         Sayalah pembantu rumah
·         Sayalah guru
·         Sayalah pelayan
·         Sayalah jururawat
·         Sayalah kaunselor
·         Sayalah penghibur
Acap kali….
·         Saya takdak cuti sakit
·         Saya takdak cuti harian
·         Saya bekerja siang malam
·         Saya sentiasa ‘on call’


CERITA SEBAGAI PEDOMAN

Seorang lelaki yang bergelar SUAMI memilih ISTERINYA untuk menemaninya sepanjang hidupnya jika diberi pilihan sama ada untuk memilih ibu bapa, isteri dan anak.
JAWAPANNYA KERANA : seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya.Sedangkan yang benar benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.Orang tua dan anak bukan saya yang memilih tapi tuhan yang menganugerahkan mereka sedangkan ISTERI saya , sayalah yang memilihnya daripada sekian banyak wanita di dunia ni.

SELAMAT HARI IBU
DALAM ISLAM SETIAP HARI ADALAH HARI IBU


Para suami di luar sana sayangilah isteri anda…ambillah hikmah di sebalik cerita ini.




AKU BERSAMA ANAKKU, ARSYAD





Friday 6 May 2016

7 TANDA BAYI ANDA SAYANGKAN ANDA

Bagi golongan ibu yang baru memiliki anak pertama memang menantikan saat-saat berharga untuk bersama dengan bayi anda..Memang seronok melayan keletah bayi kita dan melihat perkembangan dirinya membesar,Namun ada juga ibu risau apabila habis tempoh berpantang dan anak perlu dihantar kepada babysitter atau taska mereka akan berfikir anak anda akan lupa  dan tidak sayangkan anda lagi.Tidak anak anda masih ingat dan sayangkan ibunya yang susah payah mengandung dan melahirkannya.

7 tanda bayi anda sayangkan anda :




1) bayi anda memandang tepat pada mata anda
bayi suka melihat apa yang ada di sekeliling mereka..mereka lebih tertarik melihat muka ibunya kerana dia tahu kehangatan kasih sayang ibunya.dengan cara itu mereka cuba untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang tersayang.

2)bayi kenal bau anda
bayi sentiasa melekat dengan ibu mereka sejak dari lahir lagi..mereka akan tiba-tiba terjaga bila ibunya bangun ke tempat lain selepas mendodoikan mereka..bayi rasa bau ibunya dah hilang lalu terus terjaga daripada tidur.

3)senyum pada anda
bayi kita senyum tepat pada ibunya setelah kita memandang wajahnya..ha bayi kenal dan sayang sangat2 kat ibu dia sehingga menghadiahkan senyuan yang paling menawan sekali.

4)bercakap dengan anda
ya..memang kita tidak faham apa yang dia bualkan kerana dengar dia sebut "aaaa' atau "coo coo" tapi tak jelas apa yang mahu diucapkannya..takpa cubalah berkomunikasi balik dengan bayi anda...mereka akan faham juga nanti..layankan ajer..

5)sentiasa mahu kita di sisinya
tidak kiralah apa yang kita buat sama ada memasak, mengemas rumah, melipat pakaian dan sebagainya bayi kita hendak sentiasa melihat kita ada dengan mereka..mahu sentiasa di sampingnya..tambah2 lagi bila yang menyusukan badan lagi la bayi suka mengendeng ja..

6)berkongsi minat yang sama
apa yang kita buat dia akan tengok dan cuba meniru sedikit demi sedikit..tu la kita sebagai ibu kena tunjukkan contoh terbaik kepada bayi kita.

7)menjadikan anda perisai utama
selalunya bayi yang dah berumur 6 bulan ke atas akan berasa tidak selesa bila bertemu dengan orang yang mereka tidak kenali..perasaan 'stranger anxiety' akan timbul.mereka akan menyembamkan muka dan melarikan wajah apabila ada orang mendekati mereka ketika ibunya sedang mendukung.mereka menjadikan ibu sebagai perisai untuk mereka menyembunyikan diri.

Konklusinya, sebagai wanita yang bergelar ibu hargailah momen terindah bersama anak kita .anak  memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada kita..In sya Allah saya juga akan cuba menjadi ibu yang terbaik kepada permata hati saya Muhammad Arsyad bin Annuar.










Sunday 1 May 2016

DUGAAN SAKIT..UJIAN DARI ALLAH

dah bersawang blog ni..lama tak update new post.huhu
aku diuji dengan dugaan sakit...
minggu ke 3 bulan April lepas aku dan anak lelakiku demam...
mula2 anak aku demam panas.demamnya on off..kejap rasa panas badan kejap rasa ok jer...
sayu juga la tengok anakku Muhammad Arsyad tak aktif...dok diam ja..tak mau main ...
aku pun apply la cuti 2 ke 3 hari gak..nak jaga anak..lps tu, anakku demam tok dia aka mak kesayanganku mai tolong jaga dan mengasuh cucu dia sat.terima kasih mak...
mak aku suruh aku pi keja plak...dah dok cuti banyak hari dah..Alhamdulillah ,
Muhammad Arsyad kembali sihat apabila dok dengan tok dia.kembali aktif bermain..
tu la penangan tok mai mengasuh cucu.Arsyad pun nak dekat seminggu gak la tak pi taska..
ha la kan takkan tergamak nak pi hantar kat taska dah dia pun tak sihat..satgi risau berjangkit plak kat kawan-kawan yang lain plak kan.bab nak bagi Arsyad makan ubat plak 1 hal...punyalah susah...kadang2 dia luah balik ubat yang dah aku suapkan tu...aduhai.....

dah elok anak kesayangan dah sembuh daripada demam aku plak yang demam apabila aku balik bercuti di kampung Alor Setar..balik kampung pun tak brapa syok la dok rumah ja tak pi mana2 pun
dah aku demam dan anak aku pun baru lega demam ja..tu la orang kata apabila badan kita lemah tak sihat semua kerja yang kita buat rasa tak seronok...rasa letih memanjang..alhamdulillah adik2 aku dan mak abah tolong jagakan anak aku sambil2 aku dok rehat sat letih badan..sakit urat sama.huhu..dugaan...dugaan...






lepas dah balik bercuti selama 4 hari 3 malam di Alor Setar, aku pun kembali bertugas di tempat keja.alhamdulillah aki dah sihat..ahad yang aku pi keja tu, pengasuh kat taska tepon bagitau Muhammad Arsyad mata merah macam sakit mata.aku pun ambik pm off la pi ambik arsyad awai...bila dah ambik arsyad aku tengok memang betoi anakku sakit mata..matanya merah dan bertahi...siannnya dah la minggu lepas demam dah..minggu ni sakit mata plak..

walaupun matanya cemey sebelah kanan tapi anakku masih aktif bermain..cergas dan cerdas..tak padan mata merah...esoknya aku ambik cuti lagi...lusa selasa ayahnya plak ambik cuti menjaga arsyad..aku onkoll dewan bedah plak ari tu..tak boleh la suka hati nak ambik cuti lagi..hohohohoho...alhamdulillah rabu esoknya mata arsyad tak merah dah..dah lega..syukur alhamdulillah..

memang dugaan sakit Allah uji kami anak beranak...tu la bila sihat walafiat kita kenalah sentiasa banyakkan beribadat kepadaNya..encik suami ja kebal tak berjangkit demam kami pun..takpalah dia boleh tolong jagakan kami 2 beranak ni..kalau semuanya sakit masalah gak..satgi masing2 dok terjelepok keletihan plak kan..

apabila Allah uji kita dengan ujian sakit kita kenalah bersabar dan tabah menghadapi dugaan ...In sya Allah lama2 sakit tu akan sembuh juga akhirnya..