Friday 26 August 2016

MUAR DALAM KENANGAN..OH RINDUNYA!!!

Assalamualaikum...sebenarnya aku nak mengimbau semula kenangan berada di Muar, salah satu daerah di negeri Johor Darul Takzim..kiranya macam flashback semula la..hehee..

Untuk pengetahuan korang, first tempat posting masa mula2 aku kerja sebagai jurux-ray adalah di Muar.masa mula2 dapat surat penempatan untuk aku kerja adalah di Johor..jadi aku pun pi la lapor diri dulu kat Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 2 April 2012.sebelum nak pi sana memang aku sangat2 terkejut sebab aku dicampaknya di negeri hujung semenanjung Malaysia.memang menangis meraung la sebab jauhnya daripda mak abah dan famili aku.camna aku nak balik nanti..bukannya dekat cek oii..beribu ribu kilometer tu..masa study takpalah kat Mahsa, Petaling Jaya saja..lepas pi lapor diri akhirnya aku ditempatkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah(HPSF), Muar.alhamdulillah lega tak dapat kat Johor Bahru..Muar dah dekat dengan Melaka dah..syukur alhamdulillah.

banyak pengalaman pahit dan manis semasa di sana.kat sanalah aku belajar berdikari pi mana-mana pun dengan motor skuter Yamaha LC yang dibeli untuk memudahkan aku bergerak pergi balik ke tempat keja.masa tu aku tak pandai drive kereta lagi jadinya beli motor dulu la..lagipun rumah sewa aku jalan nak masuk tu agak sempit..muat2 ja kenderaan lalu lalang.alhamdulillah aku berjaya harungi kehidupan di sana dengan adanya rakan sekerja, jiran dan rakan serumah yang baik hati, peramah dan rajin membantu aku di kala susah dan senang.alhamdulillah syukur dipertemukan dengan mereka. kalau nak sebut nama jenuh la..ramai kot tapi my BFF ada 2 orang ja Syahira dan Intan.yang lain tu kawanlah juga tapi tak serapat dengan diaorang berdua ni.masing2 BFF tu dah kawin dan masih lagi bekerja di HPSF.

aku bekerja di HPSF, Muar taklah lama sangat pun..nak dekat setahun lebih ja.bos aku aka ketua jurux-ray Puan Nani yang memang baik hati membenar dan dan melepaskan aku bertukar ke negeri kelahiranku ,Kedah.rakan-rakan sekerja memang sangat baik dan selalu membantu aku semasa aku bekerja di jabatan x-ray  HPSF.kakak senior sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku jika aku tak tau sesuatu perkara.semua modaliti seperti MRI, CT SCAN, MAMMOGRAM , ULTRASOUND, C-ARM II dan FLUROSKOPI ada di sini.aku tak sempat belajar MRI sebabnya baru dipasang sahaja kat sana dan ada team MRI dulu.yang aku dapat belajar sekejap adalah mammogram dan ct scan..tapi taklah dapat tau semua lagi sebab aku bertukar plak ke Kedah lepas setahun lebih bekerja di sana.

makanan kat Muar tu yang aku tak boleh lupa tempe, pisang goreng cicah sambal hitam,mee bandung dan makanan Jawa.memang best macam2 aku belajar makan kat sana sehinggakan dulu aku tak suka makan tempe..akhirnya bila dok di Muar aku dapat makan tempe dengan jayanya..hehehee..tahniah buat diriku makanan yang tak suka dah boleh telan masuk perut..hikhikhik...


roster harian di jabatan x-ray


macam kenangan pahit dan manis sepanjang aku berada di Muar ni.aku tak boleh lupa adanya surprise birthday party aku pada 26 April 2013.tepat jam 12 tengah malam aku dah lena tido, tiba2 adik-adik student praktikal yang juga tinggal serumah denganku memanggil dan mengejutku..aku hairan pasaipa plak kejutkan aku tengah lena tido dibuai mimpi.tak perasan plak rupanya dah masuk hari birthday aku.bila aku buka pintu bilik ja depa ramai2 nyanyikan lagu 'hepi birthday to u' kat aku..oh terharunya saat tu ada juga orang ingat birthday aku walaupun aku dok jauh daripada famili.student praktikal yang dok depan rumah aku pun ada sekali.pandai no depa pakat nak sambut birthday aku..terima kasih banyak2 la adik-adik sekalian.tulah the first and last time ada orang surprisekan aku time birthday tengah2 malam buta..kenangan mengusik kalbu betoi la.

my birthday cake

antara adik-adik student praktikal yang sambut birthdayku malam tu..thanks my dear

masa aku nak pindah tu staff jabatan x-ray HPSF adakan jamuan perpisahan untuk aku dan seorang doktor yang juga akan bertukar sepertiku.kebetulan nak sambut birthday staff yang lahir pada bulan April dan May sekali.masa tu tarikhnya 15 Mei 2013.macam2 makanan la ada..memang kenyang la aku ari tu.ada kek Secret Recipe lagi tu..alhamdulillah..aku bertuah kerana ketua jabatan doktor Pakar Radiologi Dr Laili Suriani yang menyampaikan hadiah daripada jabatan kepada aku..besar gak hadiah tu.terima kasih semua.

Dr Laili memberi hadiah kepadaku

rakan sekerja

masing-masing tengah tengok rakan yang sambut birthday potong kek

besarnya hadiah..DAPAT APA YE??

ha ni dia hadiahnya..cermin dan kotak simpanan barang

sekian dahulu entri ni.pejam celik pejam celik dah 4 tahun berlalu.aku pun dah lama tak menjejakkan kaki di Muar sejak balik dok Kedah.Insyaallah ada masa nak juga aku pi sana jumpa kawan-kawan aku yang masih bekerja di sana lagi.kalau ada kesempatan laa.ok, tadaa..BYE BYE

OH MY ENGLISH!! LESSON ABOUT IDIOMS

WHAT IS IDIOM?
IDIOM adalah simpulan bahasa ataupun suatu ungkapan yang boleh digunakan untuk menyampaikan suatu maksud secara berkias dan lebih menarik.



tak ramai orang yang tahu bahasa Inggeris atau English pun ada simpulan bahasa..di bawah ni aku kongsikan antara idioms yang nadia ingat melalui hasil bacaan daripada buku  buku judulnya  ENGLISH ITU MUDAH.WOW! MY ENGLISH.. 



examples of idioms :-

1)TURN YOUR BACK ON
 explanation : give up/abandon
maksudnya  : melemahkan semangat atau membebankan
example : I need your help but you just turned your back on me

1)     THE OTHER SIDE OF THE COIN
 explanation : another version of a story or event
maksudnya  : satu lagi cerita dalam versi yang lain
example : the global summit will encourage meaningful dialoge.on the other side of the coin , it might Result in violent protests

2)     DON’T GIVE UP THE DAY JOB
explanation : not very good at that , not doing it professionally
maksudnya  : tidak seberapa bagus/kurang mahir , tidak dapat melakukannya secara profesional
example : I like the way you sing but don’t give up your day job

3)     NOT CUT OUT FOR
explanation : not suitable for something
maksudnya  : tidak sesuai
example : He tried climbing but he simply was not cut out for

4)     WAKE UP AND SMELL THE COFFE
explanation : think more realistically
maksudnya  : berfikir dengan lebih waras
example : He does not respect you as much as you think.wake up and smell the coffe.

5)     A CASH COW
explanation : an easy way to earn money regularly
maksudnya  : satu cara mudah untuk mendapatkan duit secara kerap
example : income tax is a real cash cow for the government.

6)     A GREY AREA
explanation : something that is difficuly to define
maksudnya  : mengenal sesuatu yang sukar dijelaskan
example : I researched your case but there are not any black and white answers. Your situation seem to fall into a grey area


7)     UP IN ARMS
explanation : angry
maksudnya  : marah
example : the crpwd was agitated, everyone was up in arms over the government decision

8)     GET THE BALL ROLLING
explanation : start something
maksudnya  : mula melakukan sesuatu
example : We spent a lot of time planning this project, now it’s time to get the ball rolling

9)       SPILL THE BEANS
explanation : tell a secret
maksudnya  : memberitahu sesuatu rahsia
example : I won’t be the one to spill the beans

10)  FIT THE BILL
explanation : seems correct
maksudnya  : nampak seperti betul
example : That seems to fit the bill.I’ll take it

11)  OUT OF THE BLUE
explanation : unexpected
maksudnya  : sesuatu yang tidak dapat dijangkakan
example : A great idea just came to me out of the blue

12)  FLESH AND BLOOD
explanation : a relative
maksudnya  : saudara mara
example : I must help him because he’s my flesh and blood

13) ROCK THE BOAT
explanation : create problems for other people
maksudnya  : membuat masalah utuk ditanggung orang lain
example : Everyone likes Arsyad because he doesn’t rock the boat.


















Wednesday 24 August 2016

TIPS BUAT IBU SIBUK YANG BEKERJA SHIF

sekarang ni golongan ibu turut sama bekerja membantu meringankan beban suami..ada yang bekerja waktu kerja biasa dan ada juga yang bekerja shif.aku pun kadang ada juga kena kerja shif almaklumlah penjawat awam yang bekerja di hospital kerajaan..semestinya ada shif juga..di sini aku ingin kongsikan tips buat ibu yang sibuk bekerja shif :



# gunakan kesempatan masa yang anda untuk bersama anak-anak anda.

#sesekali ambillah cuti bagi meluangkan masa bersama anak anda.anak anda mesti seronok ibunya ada memberi perhatian kepadanya

#ketika memandu kenderaan dalam perjalanan menghantar anak anda ke sekolah atau tusyen ka manfaatkan masa yang anda dengan berbual mereka.

#sebelum pi bekerja berilah ciuman dan dakap anak anda setiap hari dengan mengatakan ibu sayang mereka

#sediakan makanan di rumah dan ambil masa untuk makan bersama satu keluarga bagi mengeratkan silaturahim.air tangan anda merupakan pengikat kasih sayang sekeluarga

#jika berkesempatan, luangkan masa membaca buku cerita kepada anak-anak anda

#alunkan ayat2 suci alQuran secara perlahan ketika anak anda sedang nyenyak tidur

#cuba bertanya masalah apa yang dihadapi oleh anak anda apabila berada di sekolah dan memberi kata-kata nasihat dan perangsang untuk tekun belajar

#sentiasa menjelaskan ibu keluar bekerja untuk kebahagiaan rumah tangga bagi memperoleh rezeki yang halal dan bukannya saja suka-suka tinggalkan mereka kepada pengasuh

sebagai ibu yang bekerjaya kita juga hendaklah menjaga maruah suami dan keluarga..barulah dapat keberkatan rezeki bekerja tu..ok, sekian..




Tuesday 23 August 2016

TIPS MENGGUNAKAN SUSU FORMULA

makanan yang sangat berkhasiat kepada bayi merupakan susu ibu.susu ibu memang sangat digalakkan diberikan kepada bayi yang masih kecil.memang semua ibu,mak,mama,umi ataupun mummy sememangnya hendak memberikan anak mereka susu mereka sendiri.ada yang memang nak sangat beri susu ibu tapi susu yang terhasil tak banyak dan sangat sedikit sehingga ibu tersebut terpaksa juga mencari alternatif lain dengan memberikan susu formula.

aku juga tak terkecuali dengan dilema kekurangan susu apabila sudah mula bekerja walaupun masih mengepam susu pada tahun lepas.akhirnya aku terpaksa juga memberi susu formula kepada permata hatiku Muhammad Arsyad yang lahir pada bulan Januari 2015.sebabnya anak aku mula meragam apabila dia tak puas minum susuku.memang aku sangat sangat sedih tapi nak buat camna terpaksa campur susu gak.huhuhuhu..maafkan ibu sayang..ibu tak berkempatan untuk beri penyusuan esklusif semasa umurnya 6 bulan.mungkin boleh cuba lagi untuk adiknya pula nanti.insyaallah..





sepanjang pengalaman aku berbual dengan rakan-rakan dan golongan ibu..antara sebab-sebab bayi tidak dapat minum susu ibu adalah seperti di bawah ni :

  # susu ibu kering

   # buah dada tidak ada puting atau puting masuk ke dalam.oleh itu, semasa hamil ibu digalakkan mengurut buah dada bagi mengeluarkan puting untuk memudahkan bayi menghisapnya nanti.

    # ibu terpaksa mengambil ubat tertentu untuk mengubati penyakitnya..kalau diberikan susu badan plak nanti takut memberi kesan kepada anak yang masih kecil.

    # bayi itu sendiri tidak boleh atau tidak dapat menyusu kerana sakit mulut atau luka teruk pada mulutnya.

oleh itu, bayi terpaksa juga diberikan susu formula tetapi ingatlah jangan memberi sembarangan susu formula.kadang-kadang ada bayi yang alergik tidak boleh minum susu formula yang biasa dan perlu diberi susu formula berasaskan soya.cara mebancuh susu formula perlu dilakukan sukatan yang betul bagi mengelakkan bayi mendapat kesan sampingan.

di sini saya kongsikan tips menggunakan susu formula

~ basuh tangan sebelum memegang botol atau ketika hendak membancuh susu

~ gunakan sebelum tarikh luput

~ cuci dengan bersih dan steril botol dan peralatannya

~ jangan besarkan lubang puting untuk mengelakkan risiko bayi tercekik

~ penyediaan susu mengikut saranan pada label.berhati-hatilah anda kerana bancuhan yang cair boleh menganggu perkembangan dan nutrisi bayi dan jika terlalu pekat boleh menyebabkan dehidrasi dan masalah buah pinggang

~ jangan simpan atau sejukkan susu formula yang telah dibancuh

~ jangan panaskan susu dalam microwave.suhu mungkin tidak sekata hingga boleh menyebabkan mulut bayi anda melecur walaupun botol dirasakan sudah sejuk.gunakan warmer jika perlu. 



walaubagaimanapun, jika si ibu mempunyai peluang menyusu bayi secara penyusuan eksklusif adalah lebih digalakkan ..janganlah kerana nak cantik dan takut buah dada anda menggelebeh anda tidak mahu menyusu anak anda..menyusu bayi anda sendiri boleh menjadikan anda maintain slim ooo...kalau tidak berpeluang menyusu badan sepenuhnya tak mengapa janganlah rasa rendah diri pula sebab anda semua dah berusaha tetapi mungin tiada rezeki susu melimpah macam orang lain..mungkin ada rezeki untuk anak seterusnya pula kan...

ok sekian dahulu entri ni..moga bermanfaat ye..






Sunday 21 August 2016

ARTIFACTS PADA X-RAY FILEM?? APA TU??

artifacts adalah benda2 yang merupakan ciptaan manusia.artifacts pada x-ray filem pula bermaksud benda2 yang terdapat pada badan manusia seperti cincin,rantai,tali pinggang, subang, gelang dan banyak lagi.

kenapa perlu tanggalkan artifacts sebelum melakukan x-ray?
 # perlu ditanggalkan supaya x-ray mudah dibaca dan didiagnos oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.contohnya jika pesakit tu ada mengalami retak (fracture) pada jarinya tetapi pesakit tu degil tak mahu tanggalkan cincin emas yang mahal pada jari tersebut makanya doktor tak dapat mengenalpasti betul ka berlakunya retak pada jari pesakit tersebut.pesakit tu mungkin bersangka tiada apa keretakan berlaku pada jarinya padahal ada retak..ha kan dah kena tanggung sakit plak akibat degil tak mau tanggalkan cincin hinggakan filem x-ray tak dapat dibaca dengan teliti oleh doktor.

cincin pada jari merupakan artifacts pada filem x-ray



betul ka x-ray boleh tembus walaupun adanya rantai besi yang kecik saja?
# untuk makluman semua, x-ray boleh menembusi besi,dinding,kertas dan benda yang dapat dilihat pada mata kasar.hasilnya jika tak ditanggalkan segala artifacts tersebut maka gambar x-ray yang dihasilkan tidak menepati kriteria yang sebenarnya..sebenarnya perlu dibuat semula atau orang kata repeat again the x-ray..ha kan kena x-ray banyak kali plak akibat kedegilan anda..  

sepanjang pengalaman aku bekerja ni, kebanyakan wanita yang perlu di x-ray dada (chest) kadang-kadang masih lagi tak tanggalkan rantai leher padahal dah diberitahu sebelum masuk bilik untuk tanggalkan pakaian tapi mungkin mereka buat2 dengar ja dan tak fokus.jadilah macam gambar di bawah ni..x-ray sekali dengan rantai leher.kami sebagai juru x-ray memang menghormati sesetengah wanita memang tak akan tanggalkan tudung semasa perlu di x-ray jadi kami tak perasan la ada gak yang lupa tanggalkan rantai.sebabnya dah diberitahu dan ingatkan paham dah..last2 ada lagi artifacts tu..adoyaii...kena repeat balik...ha kan dah kena radiasi lagi bila perlu di x-ray sekali lagi. 


artifacts iaitu rantai leher pada imej dada (chest x-ray)


oleh itu, saya ingin  menasihati kepada semua rakan-rakan yang perlu di x-ray dengarlah arahan kami daripada juru x-ray ni apabila disuruh menanggalkan segala barang perhiasan pada badan.nampak mudah tapi ada gak yang degil tak mau tanggalkan segala mak nenek barang yang dia pakai.hasilnya kami tak dapat berikan gambar filem x-ray yang berkualiti kepada doktor.marilah kita sama2 permudahkan kerja kita semua..anda beri kerjasama, kami pun dapat hasilkan kerja yang baik dan berkualiti.bak omputih kata give and take..heheeh.insyaallah.

ok , sekian dahulu entri ni...bye....


Saturday 20 August 2016

REVIEW KOMIK MENJADI PENGHIBUR HATIKU ..LAYAN BEB!!

komik merupakan buku yang mempunyai ilustrasi kartun.selalunya golongan kanak-kanak paling suka membaca komik.tapi jangan tak tau orang dewasa juga ada  yang suka membaca komik gak.komik yang bersiri selalunya golongan remaja yang suka membacanya..Naruto, Dragon Ball, dan banyak lagi yang berada di pasaran.aku pun suka baca komik untuk hilangkan stress..seronok melihat kartun yang bermacam gaya, dialog dan ada yang berwarna warni.memang best..

aku tabik spring kat kartunis yang pandai melukis pelbagai gaya kartun..bukan senang nak melukis ooii..aku tak pandai la melukis kartun bagai ni..suka tengok karya orang ja.kadang2 ada yang nampak comel ja...




gambar di atas ni merupakan antara komik yang aku pinjam di perpustakaan Kulim.ampa semua kenai dak kartun Rosli ni?? sapa yang dulu  yang membaca surat khabar Utusan Malaysia memang akan kenal lagi kartun Rosli ni.ni merupakan kompilasi kartun Hello Bos ni..cerita bagaimana Rosli yang merupakan salah seorang pekerja yang banyak ragam di pejabat.ada ja yang tak kena kat dia ni.kat pejabat ni pakat nak tackle Liza secretary Bos.kartun ni dah disiarkan sejak tahun 1991 lagi..lama dah kan.tabik spring kat kartunis yang hasilkan kartun Hello Bos iaitu kartunis yang bernama Dee.tahniah anda berjaya hasilkan karya yang bermutu tinggi dan ada juga memberi pengajaran dan iktibar yang dapat diperoleh melalui kartun ni.






Komik di atas ni pun aku pinjam di perpustakaan Kulim juga.komik ni merupakan komik english..perkataan english yang mudah dan senang difahami.komik ni merupakan karya dari kartunis Singapura..komik ni berkisar cerita di sebalik Eva seorang wanita bersama dengan Kopi dan Matcha (imaginary pets).kebanyakan jalan cerita dalam komik ni mengisahkan perbandingan kehidupan sosial di Singapura dan negara matahari terbit iaitu Jepun.kartunis dulu mempunyai pengalaman tersendiri di negara Jepun.



buku ni pun aku pinjam di perpustakaan Kulim.ni merupakan buku cerita yang mempunyai ilustrasi kartun untuk memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan penulis Jeff Kinney..buku ni pun merupakan buku english yang bertajuk Diary of Wimpy Kid The Ugly Truth.mengisahkan budak lelaki yang bernama Greg Heffley yang semakin membesar dan bermacam dugaan yang ditempuhi bersama kawan baiknya iaitu Rowley.mereka sama2 menghadapinya dengan tenang.

aku memang minat membaca.tak kira la majalah ka, novel,komik, blog dan sebagainya..takpa yang penting biasakan diri dengan budaya membaca supaya anak2 kita pun terpengaruh sama dengan kita.insyaallah banyak manfaat yang akan diperoleh.input2 berguna dapat juga kita ketahui.

oklah, sekain dahulu entri ni..BYE..
SELAMAT MEMBACA
JOM MEMBACA 



Thursday 18 August 2016

PENGALAMANKU X-RAY KAKI PESAKIT DIABETES

untuk pengetahuan semua pesakit yang menghidap kencing manis ataupun bahasa saintifiknya diabetes jika kena x-ray kaki maka nadia sebagai jurux-ray kena bersiap sedialah..ha sebab apa nadia cakap camtu?ini kerana kaki pesakit diabetes selalunya mempunyai bau yang kurang menyenangkan..ooo sangat berbau..kadang2 nadia macam nak termuntah ja masa nak menghadapi pesakit tu..tapi nasib baik dapat bertahan lagi walaupun pakai face mask tapi tetap berbau juga. nauzubillah.sabar juga dah memang tu dah salah satu kejaku untuk x-ray pesakit.

x-ray of foot diabetic patient






pesakit diabetes kebanyakannya kaki depa dah jadi buruk..mungkin disebabkan kurangnya insulin yang terhasil dalam badan.tu la kan depa kena suntik insulin setiap hari.jadi, sekiranya sesiapa yang baru terkena penyakit kencing manis ni beringatlah supaya jaga diri elok2 sebab kalau kaki terluka memang lambat sembuh.silap2 kaki tu boleh jadi busuk, buruk dan berair plak...ya Allah minta dijauhkan la semua ni.



kaki pesakit diabetes ada yang makin teruk..yang mana sampai tulang pun jadi rapuh dan tiada tulang.tu yang terlampau kronik sangat la sampai orang tua kata kencing manis sampai makan kaki dah.janganlah sampai kena potong kaki.sangat kesian disebabkan kita tak kawal makan akhirnya kaki hilang kena potong akibat diabetes yang kronik.jagalah kesihatan anda..beringatlah wahai teman.

nadia menulis entri ni bukanlah tujuan untuk menghina orang yang menghidap diabetes ..tidak sama sekali cuma hanya nak berkongsi pengalaman bila x-ray kaki mereka.moga kita jadikan iktibar supaya menjaga kesihatan diri.




KELEBIHAN BERJALAN KAKI

 *PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI:*





➖➖➖➖➖➖➖➖
*1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung*

Jalan kaki dengan cepat dapat mengalirkan darah ke dalam jantung.
Apabila sering berjalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai  penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat.



*2.JALAN KAKI mencegah Stroke*
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.



*3.JALAN KAKI Membakar Lemak*
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak mudah terjadi.



*4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan*
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan & lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.



*5.JALAN KAKI mencegah Kanser*
Kita tahu bergerak badan ikut melancarkan peristalsis usus.Jalan kaki juga dapat menurunkan risiko terkena kanser payudara.



*6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis*
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin makan  vitamin D &  kalsium yang banyak, tubuh juga perlukan gerak badan & memerlukan waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi & anda insyaallah akan terhindar dari osteoporosis.



*7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis*
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk, jika gula dalam  darah dapat dikawal maka Anda hanya perlukan jalan kaki rutin untuk terus menjaga kesihatan  badan & terhindar dari diabetes.




➖➖➖
Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan semacam ini akan mendapatkan dua kebaikan :
[1] ditinggikan darjatnya,
[2] akan dihapuskan dosa-dosa.
Dari Abu Hurairoh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“ Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan,i maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya".
(HR. Muslim no. 1553)


*Subhanallah... banyaknya manfaat berjalan kaki* 
JOM JALAN KAKI 




Tuesday 16 August 2016

BEST KE TAK ONCALL/SHIF MALAM??

Oncall ~ kerja lebih masa selepas waktu pejabat.standby.bila diperlukan perlu datang semula ke tempat keja.boleh claim duit mengikut rate yang telah ditetapkan.dapat tambah duit poket selain daripada dapat duit gaji.alhamdulillah.



sebagai seorang jurux-ray aku turut mengalami sistem oncall untuk bertugas di dewan bedah.kes yang perlukan x-ray memang memerlukan jurux-ray untuk berada di sana untuk mengambil gambar x-ray pesakit tersebut.bila kami diperlukan , staff dewan bedah akan menghubungi kami untuk datang ke hospital.kadang2 tengah malam sedang lena diulit mimpi terdengar deringan telefon untuk memerlukan aku bertugas di dewan bedah..nak tak nak bangun gak la untuk menjalankan tugas x-ray di sana.mengantuk gak tapi nak wat camna dah memang dalam jadual aku oncall, jadi tabahkan hati mai gak la.hanya orang yang pernah mengalami oncall bila dipanggil tengah2 malam ja faham perasaan aku camna kan.selalunya staff yang bertugas di hospital la kan.




Shif malam ~  bekerja pada waktu malam..aku bekerja pada waktu malam ni kadang2 rasa bahagia ja sebab kadang2 pesakit tak ramai.tapi, kadang2 tak sempat nak duduk pun sebab pesakit ramai sangat yang mai nak buat x-ray.bergantung pada keadaan semasa la.rezeki masing2..tak tentu gak.cuma keja malam ni perlukan mata yang segar la nak buat keja tu sebab kalau tak cukup tido tapi kena keja malam satgi kita yang tak larat nak buat x-ray tambah2 lagi kalau pesakit ramai plak.jadi ting tong sat satgi bukan apa banyak buat silap plak.haa jaga2...hati2..aku keja di Hospital Kulim ni keja malam ada 2 orang ja yang dok di department 1 juruxray bertugas di bilik general dan 1 orang pembantu perawatan kesihatan.jadi kalau banyak buat silap jenuh la nak repeat balik sebab tak dak member yang boleh tolong.huhuhu..jadi rehatlah secukupnya bila nak mai keja malam ni.

bagi pendapat aku la kan keja malam/oncall best gak sebabnya

~  melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin melakukan kerja walaupun perlu berjaga malam
~ dapat  mempersiapkan diri bersedia menghadapi cabaran dan rintangan pada waktu malam
~  dapat menanamkan semangat bekerjasama dalam satu pasukan contohnya jurux-ray dan pembantu perawatan kesihatan perlu bekerjasama melakukan kerja.jurux-ray buat kerja x-ray pesakit manakala pembantu perawatan kesihatan mencuci filem dan register pesakit.
~ dapat menjadi seseorang yang dapat membiasakan diri bekerja pada waktu malam walaupun di kala ini orang lain sedang nyenyak tido diulit mimpi indah..yang kita dok tengah keja terkontang kanting buat kes x-ray..sabar ye..tabahkan hati.besar ganjarannya membantu orang yang sakit yang perlukan x-ray untuk mengetahui keadaan dirinya.

sekian dahulu ye entri ini..wassalam :)