Friday 30 September 2016

CEPAT!!CEPAT!! DAPATKAN KAD DISKAUN BAGI PENCINTA NOVEL DI HASANI BOOKSTORE

anda suka tak berkunjung di kedai buku? bagi diriku ni, nadia suka suka sangat..belek2 buku yang baru released terutamanya novel terbaru ataupun buku ilmiah motivasi.ada duit ja terus beli terus tak pikir panjang dah sampai penuh la almari.heheheh.. besalah nadia kan suka membaca.orang yang hobinya membaca mesti pahamkan?

Kedai buku yang selalu nadia pi Popular Bookstore,MPH dan Hasani Bookstore.tapi kalau kat Kulim ni kedai buku yang paling besar ada kat pasaraya Giant  iaitu Hasani Bookstore.kat situ memang banyak la koleksi buku.pilih2 ja yang mana mau dan  berkenan di hati..heheehe

adoi melalut panjang plak, sebenarnya nak bercerita baru2 ni nadia beli la 4 buah novel. masa nak buat bayaran tu staff Hasani Bookstore maklumkan boleh buat kad diskaun untuk sesiapa yang kaki novel ataupun orang kata pencinta novel.kad diskaun tu tidak memerlukan bayaran..free of charge.percuma gitu cuma kena isi la borang dulu.

kalau dah ada kad diskaun kaki novel tu hanya untuk beli novel sahaja tau.kalau kad ahli tu lain pula boleh bayar untuk semua barang termasuk alat tulis. yang ni akan diberi diskaun 15% jika beli 1 novel manakala jika beli lebih daripada 2 buah novel dapat diskaun 20% bagi setiap novel.murah banyak tu kawan2..apa lagi sapa yang selalu borong novel banyak2 cepat2 la pi dapatkan kad diskaun kaki novel ni.sangat berbaloi u olls...

SAYA DAH ADA KAD DISKAUN NOVEL FAN CLUB HASANI BOOKSTORE, ANDA PULA BILA LAGI??

KAD DISKAUN NOVEL FAN CLUB HASANI BOOKSTORE


ok, sekian dahulu entri ni..BYE

Wednesday 28 September 2016

WORDLESS WEDNESDAY : KESEDIHAN PERLU TAPI BERPADA PADALAH




# HADAPI KESEDIHAN DENGAN HATI YANG REDHA ..

# TABAHKAN HATI KITA WALAUPUN IANYA TERLALU PAHIT ..

# BELAJAR MEREDHAI DAN MENERIMA HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN ..




Wednesday 21 September 2016

KEDUDUKAN DAN POSISI TELUR DI DALAM AIR MEMBAWA MAKSUD TERSENDIRI




ANDA TAHU TAK EKSPERIMEN TELUR NI???

Setelah meletakkan telur di dalam air, kita lihat apa yang terjadi?? adakah telur tenggelam, menyenget kedudukannya dan terapung?

Kedudukan telur                                      keadaan telur

A tertidur elok di bawah permukaan       telur masih baru

B menyenget dan berdiri tegak       telur lama umur 30 hari

AB terapung di atas permukaan air          telur busuk/rosak


JADI, TUNGGU APA LAGI..CUBA LA TRY KAT RUMAH KITA MASING2..HEHEHE...SAYA PUN NAK CUBA JUGA..JADI KE IDAK...

Friday 16 September 2016

SAYANG MALAYSIAKU TERCINTA

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER




 salam 1 Malaysia..
ayuh semua rakyat Malaysia
bebaskan dirimu daripada penjajahan minda
merdekakan diri kita daripada segala-galanya
sayangilah negara kita
sayangilah tanah air tercinta
jangan hanya bercakap pada mulut sahaja
tetapi biarlah Malaysia tetap di hati sanubari semua rakyat
marilah bersatupadu bekerjasama satu pasukan
menjaga tanah air ini
agar sentiasa bebas daripada dijajah oleh kuasa luar
semua kaum yang berlainan bangsa,agama dan warna kulit
marilah bersama-sama menjadi warganegara Malaysia
yang sentiasa berusaha menjaga keamanan negara kita
sayanglah Malaysia ibarat nyawa sendiri
jangan biarkan negara kita hilang dan dijajah semula
tidak!tidak! kita mesti bersatupadu
bak kata peribahasa Melayu
"berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"
"bukit sama didaki,lurah sama dituruni"
"bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat"
ayuh semua...mari bersama
SELAMAT HARI MALAYSIA...



~MATA PENAKU SENDIRI,BUKAN COPY PASTE YE~
~ORIGINAL FROM ME~
~LADY NADIA :MALAYSIAN BLOGGER~




Wednesday 14 September 2016

WORDLESS WEDNESDAY : SONGSANG




Lelaki sado dan macho pun belum tentu tulennya..ada yang songsang juga..suka kaum sejenis..Nauzubillah..apa nak jadi dunia zaman sekarang..moga kita  sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t supaya kuat imannya untuk menghadapi pelbagai ragam manusia di luar sana..Amin..

Monday 12 September 2016

SALAM AIDIL ADHA.MARI MENGHAYATI MAKSUD SEBENAR KORBAN ITU

SALAM AIDIL ADHA ..SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SELAMAT HARI RAYA HAJI



Tahun ni ni giliran nadia pula bekerja di hari raya pertama, kedua, ketiga,keempat...huhuhu..nasib badan..suamiku  dapat cuti pula..jadi kami tak sempat beraya sekali sangat la tahun ni.takpa mungkin tahun depan boleh beraya sekali kan..insyaallah..

pada musim raya haji atau hari raya korban kita akan menyambut pada 10 Zulhijjah dah hari2 Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah mengikut kalendar Islam.kita akan dapat mendengar takbir raya banyak hari la..sangat syahdu dan sangat enak didengar.alhamdulillah.

anda tahu tak sejarah korban yang terkenal pada zaman nabi kita??mesti anda dah tahu kan tapi nadia nak bagitau juga ye..Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Allah hanya menguji pengorbanan seorang bapa Nabi Ibrahim supaya mahu mengorbankan tak anak yang disayanginya Nabi Ismail.Nabi Ismail pun sanggup mengorbankan diriya.

Akhirnya,Allah mengutus Jibril supaya menggantikan kibas dari syurga supaya dijadikan korban.Nabi Ismail terselamat.Peristiwa ini menjadi dasar supaya dilaksanakan korban pada setiap hari raya haji.hal ini menunjukkan seorang bapa dan anak sanggup melakukan pengorbanan besar hanya untuk mengikut perintah Allah semata-mata.

Inilah yang harus kita jadikan pengajaran dan jadikan iktibar.korban bukanlah setakat menumbangkan lembu dan kambing tetapi sejauh mana kekuatan iman, ketaqwaan dan kemampuan kita bagi melaksanakan perintah Allah dalam kehidupan seharian.





Friday 9 September 2016

X-RAY PERLU KE??SEBAB TU JER??

kali ni nadia nak cerita serba sedikit berkaitan perihal pesakit yang dix-ray.saja berkongsi pengalaman bukannya niat untuk memburukkan sesiapa pun ye.cuma berkongsi cerita jer.



pada waktu onkoll keja malam selalunya pesakit yang datang buat x-ray adalah daripada jabatan kecemasan.doktor yang merawat pesakit akan order x-ray sekiranya dia mahu tahu lebih lanjut apa sebab pesakit mengadu sakit dengan membuat first impression.

pesakit yang kadang2 tak perlu pun dix-ray disebabkan alasan yang tidak munasabah seperti kaki tiba2 rasa sakit,takkan la nak x-ray kaki semata-mata padahal rasa sakit ja pun tapi belum tentu ada patah bukannya disebabkan jatuh ka ada benda menghempap kaki ka.doktor yang order x-ray kaki tu seharusnya perlu lebih tahu wajar ka perlu dix-ray..x-ray ni pula terdedah kepada radiasi.lebih eloklah dielakkan.

pesakit yang memang dikhuatiri sebabkan jatuh, kemalangan,kena tumbuk,kena hempap barang berat memang wajar la perlu dix-ray.bukannya saya tak suka pesakit yang takdak sebab khusus buat x-ray tetapi saya kesian la free ja dapat radiasi bila x-ray.pesakit pun jika berjumpa doktor jika anda rasa tak perlu x-ray bagitau ja kat doktor saya tak mau x-ray jika rasa tidak perlu..anda berhak menolak jika tak mau kena x-ray..jika anda rasa perlu tak mengapa..bak kata orang tepuk dada tanya selera.yang sakit anda.

walaubagaimanapun kami tetap buat x-ray juga walaupun nampak pesakit macam tak perlu sebab doktor dah order dan pesakit bersetuju untuk dix-ray.ada juga terjadi di tempat keja saya semasa luar waktu pejabat pesakit boleh berjalan sendiri tanpa bantuan  dan doktor order untuk buat ct brain.alasannya disebabkan stroke/CVA.kadang2 nampak macam tak munasabah pun tetapi kami tetap jalankan tugas scan kepala pesakit tu.tapi hasilnya pada gambar takdak apa pun..normal ja.mungkin doktor risau ada something kat otak pesakit kot..takpa kami redha menjalankan tugas sebab kami membantu tugas doktor untuk mendiagnosis pesakit.

x-ray perlu dilakukan sekiranya memang diperlukan..jika dah sesak nafas dan susah bernafas jangan pula tak mau dix-ray nanti kang tak pasal2 masuk ICU terus..jika perlu dix-ray sesiapa pun kena hormat keputusan doktor untuk 
x-ray.kalau pesakit enggan melakukan x-ray terpulanglah apa2 jadi nanti tanggung sendiri ye.kami sebagai kakitangan hospital akan menolong sedaya upaya menjalan tugas kami kepada orang awam yang datang sebagai pesakit dan memerlukan rawatan dan x-ray.

sekian dahulu nadia melalut ..hehehe



Thursday 8 September 2016

CONTOH SURAT RAYUAN PENGURANGAN BAYARAN FAEDAH BAGI PEMBELIAN RUMAH BARU







Nadia dan suami telah membeli rumah yang telah hampir siap dibina.kami berdua memilih rumah berdekatan dengan Hospital Kulim memandangkan aku bekerja onkoll dan adanya shif malam.ini untuk memudahkan perjalananku ke tempat kerja sekiranya dipanggil bertugas pada tengah2 malam.rumah baru ini terletak di kawasan Kulim Hi tech.rumah teres setingkat ja.

Nadia memohon pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA) memandangkan aku merupakan penjawat awam..pada bulan Ogos lepas, pemaju perumahan bagitau kunci rumah boleh diambil tetapi perlu membayar penalti ataupun bayaran faedah yang dikenakan kerana LPPSA lambat membuat bayaran kepada mereka.adoii.. pening kepala la dah la nak masuk rumah baru perlukan modal untuk membeli macam2 barang.akhirnya aku pun ambil keputusan untuk membuat surat rayuan pengurangan bayaran faedah.sekarang ni aku menunggu pihak pemaju perumahan untuk memberitahu berapa yang mereka boleh bagi diskaun daripada bayaran faedah yang dikenakan.moga2 dapat kurang banyak la..

kat bawah ni nadia kongsikan cara menulis surat rayuan..moga mendapat manfaat ye melalui perkongsian ni

CONTOH SURAT RAYUAN

ALAMAT RUMAH PEMOHON                                                                     23 OGOS 2016     ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALAMAT PEMAJU PERUMAHAN


RAYUAN PENGURANGAN BAYARAN FAEDAH

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Seperti yang tuan sedia maklum, bayaran telah dibayar 100 peratus daripada pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada SYARIKAT PEGUAM 17 Ogos 2016 dan kepada pemaju perumahan pada tarikh 18 Ogos 2016.

3.         Pihak kami juga telah dimaklumkan bahawa adanya faedah daripada syarikat tuan bertarikh 23 Ogos melalui surat yang dihantar iaitu faedah bayaran lambat yang telah dibuat oleh pihak Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

4.         Sehubungan itu pihak kami merayu jasa baik pihak tuan supaya mendapat pengecualian faedah seperti di atas kerana:

4.1       :  Kami juga memerlukan belanja yang banyak untuk memasuki rumah
              baharu ini dengan melengkapkan kelengkapan barangan rumah seperti   
              perabot, ubahsuai rumah pemasangan grill dan sebagainya.   
              Peruntukan wang juga diperlukan untuk berpindah dengan kos
              menyewa lori dan kos upah mengangkut barang dari kediaman lama ke kediaman yang baru ini.

4.2     :   Seperti yang tuan sedia maklum, 12 September 2016 ini merupakan Hari Raya Haji.Jadi, saya dan suami memerlukan banyak  wang untuk meraikan hari raya tersebut kerana kami perlu pulang ke dua kampung halaman serentak Jadi kos tambang untuk balik ke    kampung halaman menelan  belanja yang tinggi di samping kenderaan yang sudah sampai tahap  untuk diselenggara.



 5.         Justeru itu, pihak kami memohon dan merayu keprihatinan tuan supaya menimbang semua alasan yang dinyatakan diatas bagi tujuan pengecualian faedah yang dikenakan terhadap kami. Jasa baik tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,


Yang Benar,





( Tandatangan Pemilik Rumah)


Nama Pemohon

RUMAH BARUKU

Tuesday 6 September 2016

'MARKER' NYAWA SEORANG JURUX-RAY

"MARKER" ???mesti korang tak pernah dengar kan apa itu marker bagi seorang jurux-ray..ka korang pikir marker tu maksudnya penanda tak pun korang pikir marker pen ...ya memang betoi penanda.absolutely right..tapi apa marker bagi seorang jurux-ray pula???

ha mai aku nak cerita skit marker ni benda apa bagi kami sebagai seorang jurux-ray ataupun orang kata keja kami sebagai radiographer.marker ni merupakan penanda bagi filem x-ray iaitu sama ada sebelah "R" (right/kanan) ataupun sebelah "L" (left/kiri).

marker


naper pulak aku kata marker ni nyawa seorang jurux-ray??sebenarnya gini sebagai seorang jurux-ray kami memang perlu menandakan sebelah mana yang dix-ray.sebelah kiri atau kanan.PENTING OOO!!!! 

sebabnya :

 # bagi membezakan sebelah kanan atau kiri bahagian tubuh badan yang dix-ray.perlu meletakkan marker yang betul pada filem supaya mudah doktor mengenalpasti bahagian mana yang sakit/patah/dislocate.

# marker perlu ada pada setiap filem x-ray kerana apabila adanya kes mahkamah yang perlukan filem x-ray sebagai bahan bukti kes.haa kalau tak letak marker kan jadi masalah plak betoi ka si pengadu sakit sebelah kanan ka kiri.jadi filem tersebut tak lengkap dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti.silap2 jurux-ray pula kena saman sebab buat kerja separuh jalan akibat tak letak marker ja pun..masalah tu.

# perlu dix-ray semula atau repeat again the x-ray jika tak letak marker.bukannya apa jika filem x-ray takdak marker dan pesakit perlu dix-ray kedua-dua belah bahagian tak ke susah doktor nak tahu mana satu bahagian badan yang dix-ray.ha lebih baik sebagai jurux-ray bertauliah , perlu cuba memudahkan kerja doktor mendiagnosis dan menganalisa gambar filem x-ray tersebut.kita mudahkan kerja orang , insyaallah tuhan akan mempermudahkan kerja kita.


marker ni ada bermacam bentuk..ada yang bertali panjang, dan ada yang bentuk kecik yang selit pada kaset dan macam2 la.jika marker hilang dan takdak marker aku mesti rasa macam tak lengkap ja kerjaku ambik x-ray sebab takdak marker..marker tu ibarat nyawa kami dah, aset penting tu..kalau hilang pun, mesti buat lain ataupun beli yang baru..kena gak cari pengganti.

sebagai penjagaan marker, seeloknya cuci marker dan rendam dalam sabun antibakteria.sebabnya marker diletakkan di kaset yang digunakan untuk x-ray beribu pesakit.jadi kenalah rajin juga cuci marker supaya takdaklah berjuta-juta bakteria yang melekat pada marker.

gambar dada (chest) yang diletakkan marker "R"

contoh marker



Sunday 4 September 2016

APA BENTUK TUBUH YANG MEMPENGARUHI KETERAMPILAN SEORANG LELAKI

ada sesetengah wanita tak berkelip mata bila tengok lelaki berbadan tegap..orang kata sado gitu.terpikat dengan jejaka tersebut bila tengok badannya yang sasa tambah pula kalau jejaka tersebut hensem..lagi la cuci mata si gadis yang memerhatikannya.

!0 Bentuk Tubuh yang mempengaruhi keterampilan lelaki :

# Rambut
berbagai fesyen rambut orang lelaki boleh gayakan asalkan kena dengan bentuk wajahnya.ada yang rambut lurus, kerinting, rambut pacak,botak dan macam2 lagi la.tapi beringatlah wahai lelaki janganlah biarkan rambut anda mempunyai kelemumur hingga sesiapa yang memandang rambut anda rasa geli dan berfikir lelaki yang tak pandai belai dan jaga rambut.jagalah kebersihan agar rambut elok dipandang dan menawan.


fesyen rambut


# BIbir
bentuk bibir juga turut mempengaruhi keterampilan lelaki.janganlah biarkan mulut anda kering dan terkopek-kopek.lagi satu bibir lelaki yang merah menawan menandakan lelaki tersebut tidak merokok..perempuan suka tu pada orang yang tidak merokok.ha jadi berhentilah merokok ye..heheheh



# Kuku
kuku perlu dijaga.jangan dibiarkan panjang dan kotor.kebersihan kuku penting menunjukkan lelaki tersebut pembersih.jadi, jangan rosakkan penampilan diri anda membiarkan kuku panjang dan kotor




# Bahu
bahu lebar dan bidang melambangkan kekuatan dan bercirikan maskulin.pasti ramai gadis sangat suka melihat lelaki yang berbahu lebar dan dadanya bidang kerana gadis terbut tentu seronok apabila sudah halal sedap dipeluk oleh mereka.




# Dada
dada yang pejal juga menambahkan keterampilan lalaki juga..tambahan pula jika lelaki yang memakai t-shirt tanpa lengan lagi la menampakkan dadanya yang lebar dan pejal.



# Lengan
ada sesetengah wanita suka melihat lelaki yang lengannya berotot.katanya nampah gagah perkasa...tetapi ada juga yang kurang suka pulak dan mereka berkata cukuplah hanya sekadar mempungai lengan yang pejal dan tidak gelebeh.



# Perut 
perut cantik, flat atau buncit tidak melambangkan keterampilan  lelaki tersebut..pakailah pakaian yang bersesuaian dan tidak ketat untuk megelakkan perut kelihatan buncit.



#  Tangan
anda percaya tak tangan lelaki boleh menceritakan bagaimana lelaki tersebut menjalani kehidupan sehariannya.tangan  yang kasar memang kerap bekerja manakala tangan yang lembut mungkin rajin menyapu losyen ataupun kurang melakukan kerja.tangan yang kasar menunjukkan betapa sihatnya lelaki tersebut



# Pinggang
biasalah lelaki mempunyai pinggang yang lebar berbanding wanita..tetapi lelaki jagalah penampilan anda agar tidak memakai seluar yang terlalu besar pada pinggangnya supaya tidak kelihatan  besar sangat



# Punggung
tarikan lelaki bukanlah pada punggungnya.jarang wanita memilih lelaki dengan melihat punggungnya dulu.lainlah lelaki melihat punggung perempuan yang montok dan seksi untuk dijadikan calon isteri.






kredit : Mingguan wanita 

Friday 2 September 2016

TIPS UNTUK IBU BAPA KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN


musim peperiksaan penting di sekolah-sekolah sekitar Malaysia bakal bermula.yang terbaru merupakan peperiksaan UPSR yang akan diduduki oleh pelajar sekolah rendah tahun 6.Biasanya musim peperiksaan akan memberikan tekanan atau stress, bukan sahaja kepada anak-anak yang menghadapi peperiksaan, tetapi stress juga dirasai oleh ibu bapa. aku nak  nak berkongsi 8 Tips untuk hadapi peperiksaan :

1) Apabila anak hendak menghadapi peperiksaan ibu bapa jangan stress. Aura atau getaran minda dan hati ibu bapa yang stress akan dirasai oleh anak yang menghadapi peperiksaan.

2)  Berdoa. Bagi mengelakkan ibu bapa stress ketika anak berada dalam dewan peperiksaan, yang akan memberikan impak negatif kepada anak, hingga anak tidak boleh memberikan tumpuan di dalam dewan peperiksaan, banyakkan berdoa ketika peperiksaan sedang berlangsung. Dalam dewan peperiksaan yang sunyi itu, yang ada hanya anak kita dengan Tuhan. Doa ayah dan ibu mustajab.insyaallah..



3) Sebut apa yang ibu bapa hendak anak buat sahaja ketika mula melangkah ke luar dari rumah ke sekolah, untuk menghadapi peperiksaan. Contohnya, suruh anak cermat, tenang dan yakin semasa memilih soalan. Suruh anak berserah serta bertawakal kepada Allah, berselawat, cakap perkara yang baik-baik supaya tidak hilang fokus, banyakkan senyum, salam guru apabila berjumpa mereka dan mohon guru redakan ilmu yang diajarnya dan minta guru doakan.
Ingat, jangan sekali-kali, sebut yang kita tidak mahu anak buat semasa berhadapan dengan peperiksaan. Contoh, jangan lalai, jangan patah semangat, jangan kelam kabut dan sebagainya yang negatif. Hal ini sangat penting, kerana minda bawah sedar/minda segar anak akan ingat apa yang kita sebut. Kalau yang kita sebut senarai kata-kata negatif, yang negatiflah yang akan melekat di minda anak.

4) Ibu  bapa yang anaknya menghadapi peperiksaan, selain meningkatkan ketakwaan; buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang, banyakkanlah bersedekah. Bagaimana kita gembirakan hati dan mempermudahkan urusan orang, Allah akan gembirakaan hati kita dan mempermudahkan urusan kita. Tempias kebaikan itu akan dapat kepada anak kita; dipermudahkan Allah ketika anak kita menghadapi peperiksaan.



5) Fokus kepada tujuan dengan niat kerana Allah untuk lulus dengan baik. Semoga anak kita cemerlang dalam peperiksaan ini, anak kita menjadi mukmin dan mukminah profesional, dan dapat memberikan manfaat dalam hidupnya, kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Aktiviti yang bersandarkan Allah akan mendapat pertolongan Allah.

6) Fokus untuk reda Allah bukan penghargaan manusia, Beritahu anak-anak, kita sebagai ibu bapa, tidak bangga kalau anak mendapat 10A, tetapi tidak hormat dengan orang, dengan ibu bapa melawan, solat tidak buat, pendek kata tidak meningkatkan ketakwaan tetapi yang ditingkatkan kedegilan dengan Allah. Kelulusan akademik yang kita dapat itu, cuma sekeping kertas; tidak bermakna pun sijil itu kalau hanya untuk kebanggaan dengan sesama manusia bukan reda Allah.



7)  Untuk anak yang menghadapi peperiksaan pula, ketika mendapat kertas soalan, lihat setiap soalan satu persatu dan fahamkan setiap soalan dahulu. Sebab semasa kita membaca semua soalan, akal kita juga turut membaca, dan dalam masa yang sama, minda bawah sedar/minda segar kita, mula memproses ilmu yang kita tahu dan kuasai, serta mengingatkan kembali fakta yang pernah dibaca atau diulang kaji.

8) Berserah dan bertawakal kepada Allah. Percaya kepada qada dan qadar Allah, akan menghilangkan stress ketika menghadapi dan sesudah menghadapi peperiksaan. Sebab manusia yang mengejar penghargaan tidak fokus kepada kejujuran tetapi fokus kepada pencapaian. Sekiranya anak kita tidak mendapat keputusan seperti yang kita harapkan, tolong jangan bunuh imej diri anak dan jangan bunuh jiwa anak dengan kata-kata nista, serta jangan bandingkan pencapaian anak dengan anak-anak yang lain atau dengan anak orang lain.mereka tidak perlu disisihkan disebabkan dapat keputusan yang corot.yang penting anak kita telah berusaha sehabis baik.

Kredit: prof muhaya
Kredit:halisor




selamat maju jaya kepada semua yang bakal mengahadapi peperiksaan penting dalam hidup anda.
USAHA TANGGA KEJAYAAN 
#sharingiscaring
#gudluck
#upsr2016
#pmr2016
#spm2016
#stpm2016