Friday 28 October 2016

FIRST TIME MENDOBI BAJU DI KEDAI DOBI LAYAN DIRI

kat negara Malaysia sekarang dah banyak kedai dobi layan diri..sesiapa yang masih bujang dan juga yang telah berkahwin ada yang memilih untuk mencuci pakaian di kedai dobi layan diri.ada yang hanya datang untuk mengeringkan pakaian sahaja kerana kadang2 musim hujan pakaian lambat kering..jadi datanglah ke kedai dobi layan diri untuk  guna  mesin dryer yang ada..

untuk pengetahuan korang, sepanjang nadia hidup di dunia selama 29tahun ni, nilah pertama kali nadia mencuci pakaian di kedai dobi layan diri iaitu kedai dobi Juta di Kulim Avenue.terpaksa juga mendobi pakaian disini sebab mesin basuh buat hal plak..huhuhuhuh.kedai dobi layan diri ni dibuka 24 jam dan adanya pengawasan kamera CCTV.sangat mengutamakan keselamatan orang awam yang menggunakan perkhidmatan dobi di sini.

KEDAI DOBI JUTA DI KULIM AVENUE



di sini ada mesin untuk membasuh pakaian (washer) dan mesin mengeringkan pakaian (dryer).untuk menggunakannya kita perlu memasukkan duit syiling mengikut jumlah yang ditetapkan.anda tak cukup duit syiling??jangan risau di sini juga ada mesin untuk menukarkan wang kertas kepada duit syiling.mudah kan dan menyenangkan pengguna.

PENGAWASAN KAMERA CCTV 24 JAM


BAYARAN YANG DIKENAKAN  

DRYER DAN WASHER MACHINE



MESIN PENUKARAN DUIT SYILING


kalau tidak ada sabun pencuci pakaian ataupun anda terlupa bawa janganlah risau kerana kedai dobi Juta menyediakan sabun dan pelembut pakaian secara percuma.bagusnya kan...sementara menunggu pakaian abis dicuci atau dikeringkan anda dapat melayari internet juga kerana adanya internet wifi.taklah bosan sangat kan.kemudahan mesin yang menyediakan air dalam minuman tin juga ada terdapat di sini.jadi sesiapa yang haus bolehlah menikmati minuman yang terdapat di situ.

pendek kata, kedai dobi layan diri ni sangat mesra pengguna.banyak kemudahan yang terdapat di kedai dobi Juta.jadi, warga sekitar Kulim bolehlah mendobi pakaian di sini sekiranya anda memerlukan perkhidmatan dobi.nadia sangat berpuas hati dengan servis dan segala kemudahan yang disediakan di sini.sekian dahulu entri ni..

PERCUMA SABUN DAN PELEMBUT

KEMUDAHAN MEJA, KERUSI DAN MESIN AIR MINUMAN


Sunday 23 October 2016

KAKAK, SAKIT KE BILA KENA XRAY GIGI??

x-ray gigi atau dipanggil orthopanthomogram(OPG) adalah salah satu x-ray di bahagian gigi.ada adik-adik yang datang nak buat x-ray gigi ni ada yang bertanya sakit ke kak bila kena x-ray gigi ni? tak sakit pun adik macam ambik gambar jer, sama macam x-ray kat bahagian badan yang lain la.rilekslah dik ..ikut jer arahan kami selaku juru x-ray ni suruh lakukan.

kenapa perlu x-ray gigi??

 # gigi menekan antara satu sama lain(impacted)
# kerosakan gigi
# doktor gigi nak lihat akar gigi macam mana keadaannya
# mendiagnosis penyakit gigi (periodontal disease)
# gigi tak tersusun.persediaan untuk buat braces
#mengalami keretakan di rahang mulut(mandible) dan maxilla

persediaan sebelum x-ray gigi

# perlu menanggalkan segala perhiasan diri di bahagian muka dan leher terutamanya rantai dan subang.
#memakai lead apron iaitu kain pelindung sinaran
#mendengar arahan juru x-ray bertugas

jenis x-ray gigi yang biasa dilakukan di Malaysia :

1) OPG 




2) lateral cephalo



keadaan pesakit untuk lateral cephalo




3) CBCT mandible




4) CBCT maxilla


di tempat kerja nadia iaitu Hospital Kulim, semua jenis x-ray gigi di atas dapat dilakukan.kami berpeluang dapat mesin dental x-ray yang canggih ni.alhamdulillah.
jenis x-ray CBCT tu ada juga tidak dapat dilakukan di sesetengah hospital kerajaan kerana mesin dental x-ray yang tidak dilengkapi dengan kemudahan xray CBCT.

di bawah ni merupakan antara contoh mesin dental x-ray di tempat kerja nadia :

mesin dental x-ray

sekian dahulu nadia bercerita mengenai serba sedikit antara salah satu tugas kami sebagai juru x-ray Pengimejan Diagnostik.BYE....WASSALAM..

Friday 21 October 2016

SELESANYA MEMAKAI TELEKUNG MAHSURI BELLA AMMARA

telekung merupakan pakaian solat untuk perempuan muslimah.orang di negara-negara Asia Tenggara kebanyakannya memang memakai telekung untuk bersolat.kalau di negara Arab Timur Tengah mereka hanya bertudung labuh dan tidak memerlukan telekung.ikutlah keselesaan masing2 kan.asalkan kita melakukan solat 5 waktu setiap hari.

di zaman teknologi moden ni, telekung mengalami pelbagai revolusi.dulu kita hanya bertelekung putih sahaja untuk mengerjakan solat tetapi sekarang telekung pelbagai warna dijual di pasaran.buatlah pilihan dan ikutlah keselesaan kita.pilihlah telekung yang tidak jarang dan menepati syariat Islam.warnanya yang tidak terlalu menonjol sangat.bukan apa takut mengundang berlakunya fitnah plak kan kalau pakai warna yang terlalu terang sangat..berhati hatilah ye memilih telekung yang sesuai untuk solat.

aku saja jer nak berkongsi cerita yang aku sangat berpuas hati dengan telekung mahsuri keluaran Bella Ammara ni.dah pakai lama dan saja la nak berkongsi cerita pasal telekung ni.masa aku beli telekung ni aku beli online melalui seorang kawan yang buka butik di Terengganu.memang aku berminat nak beli telekung mahsuri berwarna putih tapi nasib tidak menyebelahiku sebab stock kat butiknya habis licin.jadi aku pun pilih la telekung berwarna dark brown macam dalam gambar kat bawah ni.

telekung Mahsuri yang aku beli


 ciri-ciri telekung Mahsuri keluaran Bella Ammara :

  #tebal
  #selesa dipakai
  #labuh
  #tidak panas
  #menepati syariat Islam










jadi, kesimpulannya pilihlah telekung yang selesa untuk dipakai solat.tak kisahlah telekung mahal atau tidak yang penting menepati syariat Islam.

sekian dahulu..bye..

Thursday 20 October 2016

AFIQ QAYYUM TEMAN GADUH DAN MAIN MUHAMMAD ARSYAD

Muhammad Arsyad merupakan anak sulungku.anakku sangat bertuah mempunyai sepupu yang sebaya iaitu anak kaklong Afiq Qayyum.mereka berdua beza umur hanyalah 36 hari saja.tapi Afiq Qayyum lebih tua skit daripada Muhammad Arsyad.Afiq lahir pada bulan 12 tahun 2014 manakala anakku lahir pada bulan 1 tahun 2015.tak lama lagi Afiq akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 2 tahun pada 15 Disember nanti..satnya Afiq dah masuk umur 2 tahun.rasa baru saja mak ngah Nadia meriba dan mengendong Afiq dulu..ooh how time flies.


AFIQ QAYYUM BERPELUKAN DENGAN MUHAMMAD ARSYAD

 


bila Arsyad balik kampung di Alor Setar dapatlah berjumpa dengan sepupu kesayangannya Afiq.mereka memang seronok bermain sama2.kadang2 ada la juga bergaduh bila main skali,kena perhatikan juga depa, kalau dak satgi dengarlah suara salah sorang tu menangis.besa la budak2 kan.main sama2 lepas tu jadi plak bunga taik(bergaduh)..adoii pening kepala ibu ni anak-anakku ni la..

masa raya hari tu kat kedai makan mau juga depa berpelukan bila disuruh oleh kaklongku.kalau tidak susah juga la nak suruh depa berpeluk.macam2 ragam  la anakku dan anak menakanku ni bila dok main bersama.seronok tengok depa bermain sekali , teringat plak nostalgia aku dulu dok main dengan kaklong dulu.hehehe  sekarang ni, anak kami plak main sekali..dah tua dah kami ni..heheehehe.

bila di kampung, abah dan mak sibuk la melayan cucu 2 orang ni.almaklumlah cucu ni ja yang ada.biasalah kan sayang la sangat kat Afiq dan Arsyad ni.tanyalah sapa pun , mesti sayang cucu kan.sapa tak sayang cucu oii.hehe.

mak ngah Nadia berharap Afiq dan anak ibu Arsyad akan menjadi anak yang soleh.jadilah anak yang menjadi penyejuk mata kami semua.

IBU SAYANG MUHAMMAD ARSYAD
MAK NGAH SAYANG AFIQ QAYYUM

sekian dahulu entri ni..nye..tadaa...




ABAHKU MEMEGANG 2 CUCU : AFIQ DAN ARSYAD


Saturday 15 October 2016

RIANG RIA ANAKKU BERMAIN DALAM CHILDREN PLAY TENT

macam-macam alat mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran sekarang.sebagai ibu bapa kita perlu pandai memilih yang mana sesuai dengan anak kita untuk mereka bermain.

dah lama aku beli alat mainan anakku Muhammad Arsyad iaitu berupa seperti khemah kecil.children play tent ni sebenarnya untuk diletakkan bola2 kecil tapi aku tak beli pun bola tu.aku beli online melalui Lazada.sebenarnya aku saja la suka2 beli barang ni sebab warnanya yang menarik..hehehe.terpikat plak jadi terbeli plak..heheehe..nafsu membeli mentang2 ada duit dalam bank kan..almaklumlah jelaskan bayaran melalui online banking.

arsyad letak mainan dalam play tent


nampaknya anak aku suka bermain dalam khemah kecil tu.arsyad letak macam2 mainan dia dalam play tent tu.hehehe.nampak riang ria dalam tu.kadang2 dia siap baring lagi dalam tu.biasalah barang baru seronok lah main kan.hehee..nanti bila dah boring dia akan buat tak tahu ja kat play tent ni..budak2 kan cepat jemu kalau dok main selalu barang yang sama kan .takpalah ibu saja beli untuk test anak ibu berminat ke tak dengan play tent ni.memang nampak dia berminat nak dok dalam tu..ok bagus...bagus...

oklah sekian dahulu entri ni..bye ..tadaa..

play tent yang aku beli di Lazada



siap baring lagi tu..heheehe




dok bersimpuh , mata dok cari barang mainan nak letak dalam play tent tu..akai sungguh

MANJAKAN DIRI DI SPA JARI JEMARI TINIE, KULIM

Badan lemau, letih, muka tak berseri,urat kembang dan macam2 lagi la ketidakselesaan badan mengundang diriku untuk mengunjungi spa.baru-baru ni aku telah berkunjung ke Spa Jari Jemari Tinie yang terletak di Taman Kemuning bangunan tingkat atas sederet butik Anakku dan Perkeso.pemilik spa ni sangat baik hati iaitu Kak Tinie atau nama facebooknya Zuria Tinie Md Sazari.sebelum aku berkunjung ke spa tersebut aku dah booking dulu slot Pakej Melur.



Pakej Melur tu ada urut,tungku dan facial..tapi memandangkan tungku not available aku gantikan dengan sauna.jadi set combo yang aku ambik adalah urut,facial dan sauna.harga 1 set combo ni adalah rm100..murahkan sebab masa ni spa beri harga promosi.alhamdulillah rezeki untukku sebab kebetulan aku cuti, tidak bekerja .jadi, aku gunakan peluang keemasan ni untuk memanjakan diri di spa.bukannya selalu kan nak dapat peluang macam ni..dahlah sebelum ni busy sangat sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan adanya keja shif dan sistem onkoll.takdan aih nak pi spa semua ni.tapi kerana sayangkan diri aku perlu buat sesuatu untuk kembalikan kesegaran badan sendiri.kalau tak tolong diri sendiri siapa lagi nak tolongkan .aku sayang diri aku ni.orang tua kata kita nak pakai lama jadi kena la ikhtiarkan sesuatu untuk diri.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua aku pergi ke Spa Jari Jemari Tinie ni.kali pertama aku datang untuk urut traditional dan peranakan.yang seronoknya pemilik spa ni Kak Tinie yang jadi tukang urut ataupun orang kata mak bidan.urutan beliau terbaik dan menyegarkan badanku semula.sebenarnya kak Tinie memang mengurut orang lepas bersalin di sekitar Kulim dan Padang Serai.dia pergi sendiri ke rumah pelanggan yang booking untuk mengurut.lagipun kak Tinie ada juga buat pakej delivery makanan dalam pantang untuk orang lepas bersalin..haa bagus kan.pelanggan  biasa yang nak urut traditional perlu datang ke spa  beliau dan perlu booking slot dulu..biasalah kak Tinie memang busy orangnya jadi kita kena tengok masa beliau free.

bilik untuk mandi dan sebelahnya adalah bilik sauna

tempat untuk facial, lulur



Macam-macam pakej di Spa Jari Jemari Tinie seperti pakej nikah kahwin, pakej penutup pantang, pakej bulan madu, pakej manja dan pakej dayang.dalam pakej tu ada yang ada sauna,lulur,urut,facial,mandi bunga,dan banyak lagi la.bergantung pada pakej yang diambil la ye.aku berharap kak Tinie akan terus sukses dengan bisnes beliau.aku sangat kagum dengan kesungguhan beliau dalam mengendalikan spa beliau dan tidak lokek berkongsi ilmu menceritakan pengalamannya jatuh bangun untuk membuka spa ni.aku tabik spring pada beliau walaupun sibuk menguruskan keluarga, ibu kepada 4 orang anak ni sentiasa melayan pelanggan yang datang ke spanya dengan baik dan ramah.

Akhir kata, sesiapa yang dok kat area Kulim marilah berkunjung ke Spa Jari Jemari Tinie.sangat berbaloi dan harganya yang ditawarkan juga berpatutan.sekian dahulu entri ini..


aku bersama kak Tinie, pemilik spa


tab untuk mandi bunga




pelbagai pakej yang ditawarkan


Wednesday 12 October 2016

SELFIE..ADA AKU KISAH??

SELFIE asalnya daripada singkatan bahasa Inggeris 'Self Potrait Photography'.apa itu selfie??
selfie merupakan suatu perbuatan mengambil gambar wajah sendiri menggunakan kamera ataupun telefon bimbit.sejak adanya kecanggihan teknologi telefon bimbit sudah mempunyai front camera.ini memudahkan lagi untuk kita selfie tanpa perlu meminta bantuan orang lain untuk menangkap gambar kita seorang diri.



amalan selfie ini telah menular di kalangan anak remaja.ada yang suka mengupload gambar selfie tu laman sosial dan ada yang hanya selfie untuk simpanan sendiri.terpulanglah pada individu masing-masing. 

ada yang suka upload di laman sosial menunjukkan mereka amat yakin dengan penampilan diri sendiri.ada aku kisah??ada segelintir manusia yang tidak berpuas hati mesti akan kata begini kepada orang yang suka selfie seperti
 "macam comel je" "macam lawa je"..tapi individu yang suka selfie tu tak kisah pun apa pandangan orang lain kepada dirinya asalkan dia berpuas hati upload gambar selfie.ha kan,  ko ado??



aku pun suka juga selfie.kadang2 ada gak upload gambar selfie kat laman sosial.hehehe...saja gatai nak upload.tapi niat aku bukannya untuk dapatkan like atau comment daripada rakan2 cuma sekadar upload ja.takdak niat apa apa pun.semua ni bergantung kepada diri masing2.

selfie ni dapat memberi keburukan jika individu tersebut terlalu kerap mengupload gambar selfie yang seksi dan boleh menaikkan nafsu syahwat golongan ajnabi/lelaki.BERWASPADALAH YE WANITA SEKALIAN , BERPADA PADALAH MENGUPLOAD GAMBAR SELFIE YE..nak selfie tak salah tapi beringatlah juga kan.zaman sekarang ni macam2 boleh jadi sebab ada ja mata2 nakal yang memerhati kita.

oklah,sekian dahulu entri ni..bye..tadaaa..


GAMBAR DIRIKU SELFIE



Saturday 8 October 2016

RADIOGRAPHER VS PHOTOGRAPHER

kerjayaku merupakan seorang juru x-ray ataupun nama komersialnya radiographer.aku merupakan juru x-ray Pengimejan Diagnostik.apa itu juru x-ray??anda tahu tak apa skop tugas kami sebagai seorang juru x-ray??

juru x-ray merupakan orang yang mengambil gambar x-ray seluruh bahagian tubuh manusia.juru x-ray terbahagi kepada 2 jenis iaitu juru x-ray Pengimejan Diagnostik dan juru x-ray Radioterapi.seorang juru x-ray perlu menjalani kursus selama 3 tahun iaitu Diploma Radiografi ataupun 4 tahun iaitu Ijazah Sarjana Muda Radiografi.



deskripsi tugas :

Juru X-Ray Pengimejan Diagnostik 
• Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit. 
• Mengendalikan pemeriksaan: - Pengimejan Resonan Magnet (MRI) - Ultrasonografi (US) - Pengimejan Radionuklid (NM) - Tomografi Berkomputer (CT) - Angiografi dan Pengimejan Digital 
• Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatiogi dan Kecemasan. 
• Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit.
 • Mengamalkan perlindungan sinaran.
 • Melaksanakan program kepastian kualiti (QA). 

Juru X-Ray Radioterapi
 • Melakukan perancangan rawatan pancaran. • Memberi rawatan pancaran. 
• Menjaga keselamatan pesakit. 
• Menjaga kesihatan umum pesakit. 
• Mengguna, mengendali serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi. 
• Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser.




ada yang kata kerjaya seorang radiographer sama macam dengan photographer..ya lebih kurang sama iaitu mengambil gambar.bezanya, radiographer mengambil gambar tulang dan organ manusia dengan menggunakan mesin khas iaitu imej lebih detail manakala photographer atau jurugambar/jurufoto mengambil gambar rupa manusia, alam semulajadi,landskap dan sekelilingnya dengan menggunakan kamera biasa atau digital.mereka bagaikan seorang seniman yang dapat menghasilkan karya foto yang berkualiti dan nampak hidup.

Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung pada kemahiran seseorang Jurugambar. Jurugambar juga ada yang mengambil sijil untuk meningkatkan dan menambahkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka.Jurugambar tidak seperti profesional lain yang mempunyai KPI tertentu untuk dinilai. Namun untuk bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus faham, mahir menilai gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu menilai gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.
Antara tugas jurugambar/photographer : - mengambil gambar di sudut atau perspektif yang menarik - mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan bertepatan dengan subjek - mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar yang diambil hendaklah kelihatan seperti 'hidup'

ok. sekarang anda dah faham kan bezanya radiographer dan photographer.sekian dahulu entri ni..sekian wassalam.





10 KELEBIHAN MEMILIKI CAHAYA MATA




1) Memenuhi firah manusia

semua pasangan yang telah berkahwin semestinya menginginkan zuriat dan anak sendiri hasil tanda cinta suami isteri.ada yang berpeluang mengandung setelah baru sahaja berkahwin dan ada juga yang telah bertahun tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat lagi, masih terus menanti dengan sabar.apabila telah mendapat anak pastinya membahagiakan.perasaaan bahagia ni dirasai oleh pasangan yang telah bergelar ibu bapa.suatu perasaan yang sangat istimewa.




2) peluang keemasan meraih pahala besar


apabila sudah mempunyai anak , ibu bapa perlu mendidik dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.bermula daripada fasa mengandung sehinggalah melahirkan kita sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan bersikap positif dalah kehidupan seharian.ini dapat menambah dan memberi ganjaran pahala kepada kedua-dua ibu bapa.sentiasa bersabar melayan kerenah anak yang semakin membesar dan perlu bijak mengawal keadaan semasa.




3) mengukuhkan ikatan kekeluargaan, perkahwinan dan kekeluargaan


sesetengah masyarakat mendambakan kehadiran zuriat sebagai penyambung kehidupan dan nak adanya waris.tetapi bagi pasangan yang belum dikuriakan cahaya mata ada juga yang mengambil inisiatif mengambil anak angkat dan mendapatkan rawatan kesuburan di klinik atau hospital.jagalah ikatan perkahwinan dengan suami supaya anak yang dikandung masih merasai adanya seorang ayah di dalam dunia baru mereka.




4) Murah rezeki


memiliki cahaya mata merupakan suatu bentuk rezeki yang tak ternilai.janganlah takut untuk menambah bilangan anak sebab setiap anak ada rezeki dan bahagian yang tersendiri.jika dapat menguruskan kewangan dengan baik insyaallah rezeki tak akan putus.selain itu, dapat membangkitkan motivasi buat si bapa supaya bekerja keras untuk menyara kehidupan sekeluarganya.



5) Pewaris atau penyambung legasi yang dibina

setelah mempunyai anak semestinya ibu bapa akan mewariskan ilmu yang ada padanya supaya si anak dapat meneruskan kesinambungan kerjayanya.seorang ahli perniagaan mengimpikan untuk menyerahkan syarikat yang diusahakannya, seorang doktor mengharapkan anaknya dapat mengambil alih kliniknya, seorang peguam berhasrat memperturunkan firma guamannya dan seorang ulama inginkan anaknya menggantikan tempatnya mengajar di sekolah pondoknya.jika tanpa anak, siapa lagi akan meneruskan legasi sejak turun temurun?



6) Anak soleh saham kekal dunia dan akhirat

sekiranya sejak kecil, ibu bapa telah mendidik anaknya membaca alQuran, berzikir, solat,membaca doa2 harian dan menerapkan nilai2 positif makanya insyallah apabila sudah dewasa anaknya akan sentiasa mendoakan ibu bapa setelah mereka meninggal dunia.



 7) Harapan supaya anak akan menjaganya semula apabila sudah lanjut usia

jika mempunyai anak, sudah tentu anak yang baik akan menjaga ibu bapanya semula apabila mereka sudah tua.anak yang dididik dengan ajaran Islam yang sempurna tidak akan membiarkan orang tuanya tinggal di rumah orang tua.menjaga orang tua memerlukan kesabaran yang tinggi.



8) Menjadi seorang yang lebih menghargai ibu bapa sendiri

apabila seorang wanita yang sudah bergelar ibu semestinya secara automatiknya dia akan terdetik di hatinya betapa besarnya pengorbanan ibu bapa menjaganya daripada kecil.bapa juga akan merasai jerit perit isterinya melahirkan zuriatnya dan dia juga akan lebih menghargai ibu bapanya pula.



9) Dapat mempelajari sesuatu melalui anak

anak-anak yang kecil dan sudah mampu berdikari suka berkongsi maklumat baru dan menegur kesilapan ibu bapa mereka.mereka akan menerangkan apa yang telah dipelajari kepada ibu bapanya supaya ibu bapa berubah ke arah kebaikan.contohnya ibu bapa yang kurang melakukan ibadah solat maka si anak akan menegur mereka dengan memberitahu ustazahnya telah mengajarnya azab yang akan dapat jika selalu meninggalkan solat.lihat ..anak pun dapat memberi impak yang baik juga kepada ibu bapa.



10) Anak akan membantu ibu bapa menyelesaikan kerja2 rumah sesuai dengan keupayaan mereka

anak-anak mampu menguruskan kerja2 rumah yang seperti membasuh pinggan, membasuh baju, melipat pakaian, mengemas rumah.apabila anak sudah dewasa macam2 kerja rumah yang boleh dilakukan mereka.ini akan meringankan beban si ibu bapa pula kerana ibu bapa sudah penat seharian keluar bekerja. 



****### Alhamdulillah aku juga berpeluang memiliki cahaya mata pertamaku Muhammad Arsyad.semasa melahirkannya aku berumur 28 tahun.aku berharap Muhammad Arsyad akan menjadi anak soleh dan penyejuk mata aku dan suamiku.Insyaallah..aku turut berdoa agar dapat memberikan Arsyad teman bermain iaitu adik.moga impian menambah lagi zuriat menjadi kenyataan.Aminn....