Wednesday 23 November 2016

TIPS MENGATASI ANAK YANG MENGALAMI MASALAH SUKAR MANDI

mandi merupakan aktiviti wajib yang perlu dilakukan selepas bangun daripada tidur yang lama di malam hari.bagi anak yang masih kecil, ibu perlu memandikan anak.sekiranya anak dah lebih setahun umurnya bolehlah kita ajar cara-cara mandi dengan betul.kita perlu memantau mereka mandi dan biarlah dia bermain dengan air seketika.



di sini saya kongsikan tips untuk golongan ibu bapa bagi mengatasi masalah anak yang sukar mandi :

👌 sediakan kelengkapan mandi seperti sabun, syampu dan tuala.pastikan syampu yang digunakan tidak memedihkan mata anak anda.jika tidak, anak anda akan fobia untuk mandi jika terkena sabun masuk ke dalam matanya.

👌gunakan pancuran air dengan kelajuan yang rendah skiranya memakai shower .kadangkala pancuran yang tinggi menyebabkan anak anda takut kerana air yang terlalu kuat mengenai tubuh badan mereka.

👌mencuba menggunakan alatan mandi yang disukainya seperti mempyai gambar kartun kegemarannya.

👌mengajaknya mandi sekali dengan anda untuk menggalakkan dan memeujuk mereka untuk mandi.ini sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa takut terhadap air.

👌bacakan cerita-cerita teladan mengenai kepentingan mandi dan menjaga kebersihan diri.ini dapat menjadi contoh teladan kepada mereka.

👌jadikan aktiviti mandi sesuatu yang menyeronokkan seperti menyanyi ketika membasuh tangan, kaki , badan dan sebagainya.



anak kecil harus diajar mandi supaya menjadi suatu rutin harian mereka.sebagai ibu bapa, kita perlu memberi dorongan supaya anak kita tahu betapa pentingnya mandi setiap hari.ini merupakan kebersihan diri dan dapat mengajar anak kita menjadi seorang pembersih.

KAEDAH MENGIRA TARIKH JANGKAAN BERSALIN (EDD)




Apakah itu EDD? 

EDD adalah merupakan tarikh jangkaan bersalin bagi ibu yang mengandung.EDD adalah singkatan daripada perkataan Estimated Due Date.

Untuk mengira tarikh jangkaan bersalin, anda perlu mengetahui tarikh hari pertama anda datang haid buat kali terakhir(Last Menstrual Period).
Anda perlu tambah 7 hari kepada tarikh ni, ditolak 3 bulan dan tambah 1 tahun untuk tarikh tersebut.

contoh pengiraan :

hari pertama LMP anda ialah 1/10/2013. maka,  pengiraan tarikh jangkaan bersalin ialah 

👩Last Menstrual Period (LMP) = 1/10/2013

😘HARI : Tambah 7 hari kepad tarikh LMP 
                       1 + 7 hari = 8

😗BULAN : Tolak 3 bulan daripada tarikh LMP
                       10 - 3 bulan = 7

😘TAHUN : Tambah 1 tahun kepada tarikh LMP
                        2013 + 1 tahun = 2014

maka, 💞Tarikh Jangkaan Bersalin(EDD) = 8/7/2014

untuk pengetahuan semua, perkiraan ni sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur dan mempunyai kitaran sebanyak 28 hari.sekiranya untuk kepastian, anda perlu berjumpa dengan yang lebih arif iaitu doktor.doktor selalunya akan membuat ultrasound bagi mengukur saiz kandungan dan menetukan tarikh jangkaan bersalin dengan lebih tepat.

ok, nadia kongsikan ni khusus untuk wanita yang akan melahirkan zuriat dan bagi yang belum mengandung dan belum berumahtangga ilmu ni anda boleh ambil tahu juga..para suami juga boleh juga ambil tahu mengenai perkara ni.nadia pernah mengandung masa tahun 2014 yang dulu.alhamdulillah pernah merasa nikmat mengandung.insyaallah kalau ada rezeki lagi teringin nak mengandung dan tambah anak lagi.insyaallah.

oklah, sharing is caring..bye...



Sunday 20 November 2016

RESEPI NASI TOMATO NOXXA

BAHAN TUMIS A
6 ulas hirisan bawang merah
4 ulas hirisan bawang putih
2 inci hirisan halia
2 helai daun pandan
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

BAHAN MASAK B
3 sudu besar mentega
½ pot susu cair
2 sudu besar tomato puree
4 pot air (mengikut keperluan semasa)
Garam secukup rasa
3 pot beras setelah dibasuh bersih

CARA MEMASAK

Mula-mula masak menu STIR FRY
1)      Plug dihidupkan atau switch ON
2)      Tekan menu STIR FRY dan tekan ON
3)      Masukkan 3 sudu mentega
4)      Masukkan bahan tumis A apabila mentega dan cair dan menjadi panas


5)      Kacau hingga naik bau dan bawang menjadi kekuningan
6)      Masukkan susu cair dn 2 sudu besar tomato puree


7)      Letakkan garam dan kacau sekali dua
8)      Masukkan 4 pot air
9)      Bila sudah mendidih tekan butang OFF

Lepas itu masak dengan menggunakan menu Low Pressure(kalau High Pressure nasi selalu jadi berkerak)

6) masukkan beras dan kacau

7) Tutup periuk PC Noxxa dan tombol perlu dipusing hingga ke Titik Pressure
8)      Tekan menu Low Pressure sebanyak 7 kali untuk 7 minit
9)      Tekan butang On
10)   Bila nasi dah masak, akan dengar bunyi dan menunjukkan angka 0.0.

Amaran : jangan terus buka tudung periuk..BAHAYA kerana berada dalam keadaan pressure

11)    Pusing tombol ke titik Steam
12)   Jaga-jaga jangan dekatkan muka ke arah titik Steam tersebut kerana wap akan keluar.
13)   Buka tudung periuk bila dah abis semua wap keluar
14)   Kacau nasi dengan senduk dan tutup semula untuk lebih mesra
15)   Butang Reheat akan menyala
16)   Ok, siap…


17) sedap dimakan dengan ayam masak merah dan acar timun

Untuk pengetahuan korang, nilah first time nadia guna periuk noxxa ni .menu pertama adalah masak nasi tomato noxxa..jadilah juga akhirnya dengan panduan resepi dari kawan2 yang pernah menggunakan periuk pressure cooker noxxa ni.OK, SELAMAT MENCUBA YE.



SANGAT PENTING PERLUNYA X-RAY UNTUK "BROKEN FINGER"

gerunnya dengar broken finger..apa itu broken finger?anda tahu ke idok? amende tu??

ok, meh sini nadia ceritakan serba sedikit ilmu yang ada mengenai broken finger yang perlukan x-ray.dengan teknologi zaman sekarang x-ray dapat membolehkan segala diagnosis doktor dapat diperjelaskan melalui gambar 
x-ray.

broken finger adalah merupakan jari tangan yang telah patah atau retak ataupun dikenali sebagai fractured finger.

simptom broken finger :=

  • sakit
  • bengkak
  • berdenyut-denyut
  • rasa kebas
bagaimana broken fracture boleh terjadi?

  • motor vehicle accident(MVA)
  • terjatuh
  • menumbuk benda yang keras
  • terhentak
fractured/broken finger




anatomi tangan


untuk mengetahui anda mengalami broken finger, anda perlu menjalani x-ray.tahap fracture boleh diketahui setelah dix-ray.

rawatan :

  • setelah diketahui sememangnya broken finger berkemungkinan  jari anda akan dipasang splint atau plaster.
  • jika tahap fracture anda agak serius anda mungkin akan mengalami pembedahan bagi menstabilkan jari dengan mengunakan k-wire, mini plate atau screw fixation.
memasang k-wire pada jari tangan

bila akan sembuh : jari anda akan sembuh dalam lebih kurang 4 hingga ke 6 minggu.bergantung kepada tahap fracture.

setelah selesai mendapatkan rawatan di hospital anda akan dibenarkan pulang ke rumah.anda akan diberi tarikh untuk menghadiri temujanji dengan klinik pakar ortopedik(pakar tulang).sebaiknya anda perlu meneruskan rawatan susulan dan akan dix-ray lagi untuk mengetahui bagaimana  jari sama ada sudah bercantum atau belum.

sebagai seorang juru x-ray bertauliah, saya perlu melakukan x-ray dengan baik dan memastikan gambar jari yang diambil berada dalam kedudukan AP, oblique ataupun lateral.kedudukan ini penting untuk membezakan antara satu sama lain.

akhir kata, jagalah anggota badan anda terutamanya jari kerana kita perlu memegang sesuatu dengan tangan.jagalah dengan sebaik mungkin.bila ada patah kadang2 dapat membuatkan kita tidak dapat melakukan dengan lebih sempurna.ok, sekian dahulu coretan ni..sekian..wassalam.. 























Friday 18 November 2016

PETUA MURAH REZEKI

*Petua Murah Rezeki*


✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..


....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.




....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.


....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.




....................................

✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2). 



....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).


..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.


..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.





....................................  
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.



....................................
✅ 10. Jangan biarkan diri  kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.


....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia

]








JOM AMALKAN PETUA NI..INSYAALLAH AKAN DIMURAHKAN REZEKI OLEHNYA..





Saturday 12 November 2016

ROKOK MEMBAKAR USIA..CEGAHLAH SEBELUM TERLAMBAT

kita sering mendengar slogan "berhenti merokok, merokok membahayakan kesihatan." wahai anak muda sekalian terutamanya para remaja yang masih di bangku sekolah jauhilah rokok dan jangan sesekali cuba merokok.kesannya sangatlah besar kepada kehidupan anda nanti.




Langkah-langkah untuk ibu bapa membanteras gejala merokok :-

1)tanamkan jiwa tauhid sejak kecil
sentiasa mengingatkan anak-anak yang Allah tidsk suka dan bencikan perbuatan merokok.Allah sentiasa berdoa supaya hambaNya tidak jatuh dalam kebinasaan.

2)ibu bapa semestinya tidak merokok
ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak.kalau si ayah selamba ja hisap rokok depan anak-anak jadi anaknya berkemungkinan akan mengikut sikap merokok ayahnya tu.bak kata pepatah bapa borek, anak rintik.jadi elakkah merokok ye para bapa sekalian.

3)Fahamkan anak-anak kesan merokok
ibu bapa ceritalah apa keburukan merokok yang akan dapat.kaitkan dengan fakta yang mengatakan menghabiskan sebatang rokok dapat memendekkan umur sebanyak 3 minit sehari.lagipun merokok mendedahkan anak-anak kepada teman-teman yang kurang berakhlak.


4) sentiasa mengawasi anak-anak
ibu bapa perlu sentiasa mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan dan mengesan setiap perubahan yang mungkin berlaku..selidiklah dan telitilah anak kita.jika ibu bapa sentiasa mengambil berat perihal anak-anak, insyaallah anak anda tidak berani merokok.



Mudarat Rokok

#penyebab pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser peparu, strok dan sebagainya.

#ketagihan

#membazirkan wang dan masa

#mulut berbau busuk

#gigi menjadi kuning

#mempercepatkan proses penuaan (rambut cepat beruban)

#mudah letih dan kurang cergas

#menjejaskan sistem reproduktif seperti masalah mati pucuk 




Thursday 10 November 2016

RELAKAN DIRIKU MEMAKAI FACE MASK WALAUPUN RIMAS..PPE OK!!!

kat sini kawan-kawan sekalian tahu tak apa tu PPE??
meh sini nadia nak cerita skit amenda PPE tu kan..orang yang bekerja dan memerlukan pemakaian PPE mestilah tau kan.

oklah, sebenarnya PPE ni merupakan peralatan perlindungan diri atau lebih dikenali personal protective equipment.PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan/aksesori yang direkacipta untuk perlindungan daripada hazad dan segala bahaya di tempat kerja.

PPE dipakai di hospital, kawasan pembangunan,kawasan radiasi dan banyak lagi la.disebabkan nadia keja di hospital, jadi nadia nak cerita PPE kat hospital saja.kat bawah ni merupakan antara senarai PPE yang perlu dipakai di hospital




untuk pengetahuan korang, nadia sebenarnya rimas bila perlu memakai PPE almaklumlah keja dengan pesakit.saya ni juru x-ray ..tambahan lagi pakai face mask. tapi nak buat macam mana..kena relakan diri juga la.untuk protect diri juga kan.kalau pakai gloves atau sarung tangan takpa lagi..face mask atau sarung topeng muka tu kadang2 jadi rimas semula.panas dan mengundang ketidakselesaan.mau tak mau kena hadap juga la ..huhuhu

sesiapa yang memakai face mask tau la camna rasanya kan.tapi secara jujurnya nadia memang tak suka pakai face mask tapi disebabkan perlunya memakai PPE sepanjang bekerja jadi kurelakan juga la.takpalah lagipun boleh mencegah diri daripada terkena jangkitan penyakit seperti tibi jika berhadapan dengan pesakit tibi.jika tak memakai face mask sekali dia bersin mungkin nadia terkena pula jangkitan penyakit pesakit tersebut.

pasal gloves atau sarung tangan kami juga dapat mengelakkan tangan terkena jangkitan bakteria atau kuman apabila menyentuh pesakit.kadang-kadang terkena darah pesakit pula jika memerlukan x-ray pesakit yang mengalami pendarahan pula.

kesimpulannya, lebih baik memakai PPE untuk kebaikan diri juga.bak kata orang jagalah diri kita semasa bekerja.ok sekian dahulu entri ni, bye...

face mask @ topeng muka












Monday 7 November 2016

JADI KEMBAR PENYANYI JULIANA BANOS ZAMAN SEKOLAH DULU

masa hari pertama nadia menyambung persekolahan di sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA) ada la beberapa orang kakak senior yang menegurku dan bertanya diriku ni ada pertalian darah dengan penyanyi yang di bawah naungan KRU Studios iaitu Juliana Banos.nadia ni adik Juliana banos ke??

nadia pun agak terkejut juga la bila tiba-tiba ada orang tak pernah mengenaliku ni bertanya macam tu.nadia menafikan dan dah memang betoi nadia takdak langsung pertalian darah dengan penyanyi tersebut..masa tu tahun 1999 memang popular la penyanyi Juliana Banos yang famous dengan lagunya "Mana Satu"dan "Cinta Gila".Juliana Banos ni pun ada juga berlakon filem Gila-gila Pengantin, Gerak Khas dan banyak lagi.


gambarku agak kabur maklumlah dah lebih 10 tahun dah foto ni..kurang jelas..sori ye, tak dapat sangat korang bezakan



kakak senior bagitau memang masa tu nadia masih berumur 13 tahun muka sangat mirip dengan Juliana Banos.adooi nadia pun apalagi terkejut gak la dengan percakapan diaorang tu smpai terus panggil nadia dengan gelaran Jun ..padahal nama nadia takdak langsung kaitan dengan jun..disebabkan nadia bersekolah di asrama penuh jadi  memang selalu bertembung la dengan kakak dan abang senior di dewan makan, padang permainan, library, surau, dan sebagainya. 

jadi, disebabkan wajah nadia mirip Juliana Banos kakak senior sampai hebohkan kat satu sekolah yang muka kami berdua serupa sangat..jadi popular plak disebabkan muka kami serupa dan seiras.kebetulan ja muka kami nak sama.nadia bukannya nak riak atau banggakan diri sebab muka mirip dengan penyanyi tu.semuanya kebetulan ja..nadia cerita semua ni hanyalah untuk perkongsian bersama teman-teman.sekadar cerita jer tau..takdak niat bangga ataupun apa saja la..

tapi, sekarang ni dah tak macam muka Juliana Banos la..dah lain bebenor la..kan dah jadi mak budak...


Saturday 5 November 2016

FIRST TIME & LAST TIME BERKASUT TUMIT TINGGI

Pertama kali dalam sejarah hidupku menyarungkan kasut tumit tinggi semasa majlis kenduri kahwinku pada tahun 2014.dah 2 tahun berlalu tapi momen tersebut masih segar dalam ingatanku ni lagi.masa tu nadia masih lagi slim melim jika dibandingkan dengan sekarang ni..sekarang ni dah makin sihat dah..almaklumlah dah bahagia bersama insan yang  tersayang..dah ada famili sendiri..a sweet small family with a lovely husband and a handsome boy..alhamdulillah syukur..

Mula2 nadia agak kekok juga la nak pakai kasut tumit tinggi ataupun orang putih kata high heels..ha la kan tak pernah pakai kasut macam tu.dok besa pakai kasut yang flat sahaja.encik suami nadia ni orangnya sangat tinggi la juga dengan ketinggiannya 185cm..nadia ni sederhana ja tingginya cuma 158cm saja..ha korang perasan tak banyak bezanya kan ketinggian kami suami isteri ni kan.

Jadi, mak andam kata pakai la kasut tumit tinggi tu biar nampak sama tinggi skit dengan encik suami.pikir punya pikir nadia pun pakai la high heels tu.belajar la berjalan..aduhai macam nak terjatuh ja oooi…sabar  je la..tapi nadia nekad nak nampak sepadan bila berjalan beriringan dengan suami bila nak masuk dewan masa kenduri kawin tu.tu pun masih nampak encik suami tinggi lagi daripada nadia.apa nak buat dah masing2 tinggi macam tu dah.



Bila berjalan tu memang nadia cuba kawal diri supaya tidak terjatuh.kalau tak malu kat tetamu yang hadir masa kenduri kawin tu..jangan buat malu la nadia ooi…alhamdulillah nadia dapat juga menyarungkan kasut tumit tinggi dan berjalan dengan jayanya..syukur syukur alhamdulillah..


Untuk pengetahuan korang semua, tulah first time dan last time berkasut tumit tinggi masa kenduri kawin tu..lepas tu, memang tak pakai langsung dah.almaklumlah nadia memang tak biasa berkasut tumit tinggi.lagipun keadaan semasa juga  .kan nadia bekerja sebagai juru x-ray jadi perlu memakai kasut yang tapak rata dan tidak memudaratkan..ha la kan kami n kena kerap guna tenaga berjalan sana sini ambil x-ray pesakit..memang wajib la pakai kasut yang bersesuaian .lain la kalau nadia bekerja di pejabat saja.

Oklah, saja ja nak berkongsi cerita mengenai high 

heels.sekian, wassalam..





wedding 24.3.2014 (sebelah perempuan)



wedding 29.3.2014 (sebelah lelaki)