Monday 27 February 2017

AMALAN BIASA TETAPI MEMBINASAKAN

AYUH MARI KITA SAMA-SAMA ELAKKAN SEMUA AMALAN NI ;

INSYAALLAH PERLAHAN-LAHAN KITA LAKUKAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

CONTOH AMARAN BURUK 

mengumpat/mengaibkan seseorang



makan dan minum berlebihan hingga terlalu kenyang



merokok



mengambil barang rakan tanpa izin 



ketawa yang melampau



memandang aurat 



tidur berlebihan



buang sampah merata -rata




AMALAN PEMAKANAN SUNNAH MENJANA KESIHATAN BADAN DAN KECERDASAN MINDA

makanan sunnah  merupakan makanan yang digalakkan untuk dimakan yang terdapat dalam ajaran agama Islam

kebenaran sudah terbukti bahawa amalan pemakanan sunnah amat mempengaruhi kecemerlangan minda murid.sekiranya selalu diamalkan insyaallah makanan tersebut dapat mempengaruhi perkembangan otak seseorang.

amalan pemakanan sunnah ialah mengamalkan tabiat makan yang sihat, berkhasiat,halal dan berkualiti untuk menguatkan badan dan akal agar dapat menjalankan tugas sebagai hamba Allah di atas muka bumi ni.

contoh makanan sunnah :

kurma



kismis


susu segar



habbatus sauda



buah tembikai



buah tin



buah delima



kekacang



madu lebah



halia



raja buah-buahan :

 kurma basah (ruthab) 


                               anggur 


                                tin




jom amalkan pemakanan sunnah...

Saturday 18 February 2017

KELUARGAKU SAYANG...FAMILY FIRST




keluarga ialah suatu kelompok manusia yang hidup bersama dan biasanya mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. dalam bahasa Inggeris dipanggil family.

dalam islam semestinya kita hendak mempunyai keluarga sakinah dan keluarga mawaddah.meh baca apa itu keluarga sakinah dan keluarga mawaddah.









sebagai umat Islam marilah kita hidup berlandaskan ajaran agama Islam dan mengamalkan ajaran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.hidup ni hanyalah pinjaman Allah sahaja..jadilah marilah menjadikan keluarga yang dibina menjadi keluarga yang diredhai Allah kerana berpegang teguh dengan ajaran Islam.amar makruf, nahi mungkar.





orang kata busuk -busuk pun perangai anak, ibu bapa tetap juga sayang dan ambil berat juga anak dia tu.darah daging sendirikan.gaduh camna pun akan berbaik semula.carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

saya juga mengharapkan sesuatu yang baik dan mahu menjadikan keluarga sendiri menjadi keluarga sakinah dan mawaddah.insyaallah..marilah sama2 kita berusaha ye.keluarga adalah segala-galanya untuk kita semua.jadi, sayangilah keluarga anda semua.
























MY SMALL FAMILY

Tuesday 14 February 2017

PARAHLA AYAH...ANAK NAK IPAD, IPOD & IPHONE...AYAH JADI IPAID..




Zaman teknologi serba canggih ni , semua anak-anak muda nak gajet terkini.nak iphone, ipad dan ipod.semuanya depa nak.si ayah la pening kepala nak cari mana duit nak belikan semua gajet tu.

parah sungguh la..kering duit poket ayah kalau macam ni.tapi jika ayah yang bijak dia tak akan ikut sangat kemahuan anak-anak.cuma mungkin ayah tu akan belikan gajet mengikut kemampuan dirinya sahaja.jenuh la nak ikut saja kemahuan anak-anak jika nak serba canggih gajet tu kan.anak-anak pun kenalah pikir sama duit ringgit ayah.janganlah main minta ja gajet 3I (ipad,ipod iphone)..semua tu perlukan modal yang besar anak oii...

jadi, para ibu bapa juga perlu bijak mengendalikan anak-anak masing2..bukannya boleh ikut semua yang depa minta..kalau tak parahlah kita kan...belilah ikut kemampuan juga.
pilihan di tangan anda...tepuk dada, tanya selera.

SAY NO TO VALENTINE DAY!!!






Valentine Day disambut pada setiap 14 Februari setiap tahun oleh masyarakat bukan Islam.kita sebagai muslim atau muslimah dilarang sama sekali untuk menyambut Hari Kekasih ni.hal ni sangat bertentangan dengan ajaran Islam.hari Valentine ni ada kaitan dengan agama Kristian.jadi saya menasihatkan kepada semua rakan yang beragama Islam janganlah sambut Hari Kekasih ni.

sedarlah kita agama Islam melarang.sebenarnya hari-hari adalah hari kita mengingati pasangan hidup kita yang telah selamat diijabkabul dah.terpulanglah kepada kita untuk ingat mengingati kekasih hati kita tu,tapi janganlah sengaja memilih tarikh 14 Februari  pula untuk menyambut Hari Kekasih.pilihlah hari lain.banyak hari lagi dalam 365 hari ni.







Friday 10 February 2017

RESEPI SIAKAP MASAK ASAM

RESEPIKU

Bahan-bahan

Ikan siakap
3 ulas bawang besar siap dihiris
air rendaman asam jawa
5 biji cili hijau
MInyak masak

Cara memasak

1) Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.selepas siap digoreng letak dahulu dalam pinggan lain.

2) Masukkan sedikit minyak masak di dalam kuali dan buka api perlahan.

3)Apabila minyak telah panas, masukkan hirisan bawang besar ke dalam kuali.

4)Biarkan bawang garing sedikit dan selepas itu masukkan air rendaman asam jawa .

5) Pastikan segala semua bahan yang dimasukkan betul-betul masak barulah letakkan secubit garam mengikut selera anda.

6) Jika anda sukakan pedas, jangan lupa masukkan cili hijau sikit.

7)Setelah mendidih, masakan anda memang sudah siap. tutup api.

8) Hidangkan masakan anda.dan sedia untuk dimakan.

9)SELAMAT MENCUBA.

siakap masak asam



DAPUR KEMAS DAN CANTIK DENGAN CLOROX DISINFECTING WIPES

adakah dapur anda kelihatan kemas dan cantik selepas digunakan?alangkan indahnya dan sejuk mata memandang sekiranya dapur kita tidak kelihatan berminyak dan bersih selepas digunakan.

jadi nadia nak memperkenalkan salah satu alat cucian yang nadia sering gunakan di dapur iaitu Clorox Disinfecting Wipes..lebih kurang macam tisu basah yang mengandungi sabun yang dapat menghilangkan kotoran degil di dapur yang berminyak.




memang cukup mudah digunakan cuma ambil sehelai tisu tu dan lapkan pada permukaan dapur yang berminyak.percayalah dapur anda akan kembali berkilat dan kelihatan bersih serta cantik.tak payah susah - susah nak kena basuh semula kain buruk jika kita mengelap menggunakan kain.tisu ni setelah dipakai buang terus ye .bukannya boleh dipakai semula tau.

wipes macam tisu basah



ok mudah kan? jadi tunggu apa lagi cepat-cepat dapatkan tisu ni.Clorox Disinfecting Wipes ni nadia pilih bau orange.rasanya ada banyak juga pilihan warna seperti lavender, natural dan banyak lagi.

dapur kelihatan kemas dan berkilat setelah menggunakan Clorox Disinfecting Wipes

Thursday 9 February 2017

HARU KA SADIS??SUSAH NAK INGAT NAMA PELAKON KOREA...TAPI DRAMA TETAP LAYAN JER...HEHEHEHE

nadia layan juga drama Korea tak kira la bersiri ke tidak .memang suka tengok dan ikut jika jalan ceritanya lain daripada yang lain.tapi yang pelik bin ajaibnya nama pelakon Korea seorang pun tak ingat dan betoi2 kenal .memang susah benor nak ingat nama depa padahal nama diaorang taklah panjang sangat pun.mungkin faktor penuaan kot no...haru ka sadis ni kawan-kawan??



lagipun kadang2 muka lebih kurang macam nak sama gak kadang2 tu.almaklumlah orang Korea kan mata sepet.memang susah nak lekat dan terpahat kat minda ni bila nak cuba ingat nama pelakon Korea.memang bila dah habis tengok sesuatu drama ingat sat nama pelakon semua tapi lepas dah sebulan terus lupa dah pelakon yang berlakon tu nama apa..adoi.....kadang2 layan drama bersiri tu sampai berminggu-minggu pun nama pelakon tu akan luput daripada ingatan bila dah settle dah ending drama tu.hahaha haru betoi kan?

taktau la pasaipa kepala otak susah nak hadam nama-nama pelakon Korea ni.mungkin sebab nadia ni lebih suka tengok dan layan drama ja tanpa hiraukan sapa yang berlakon tu.sebabnya semua pelakon Korea hebat dan handal berlakon. jadi memang tak heranlah nadia boleh buat boolayan ja nak ingat dan kenai nama pelakon tu.hahaha biarlah kan.tak rugi apa pun.

yang penting bila tengok drama Korea ni dapat memberi mesej dan pengajaran berguna juga kepada kita semua..nilai-nilai yang murni boleh diterapkan dan diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan budaya kita kan.jadi kalau ada yang tanya dan bersembang pasal pelakon itu ini memang saya tak pandai nak berborak tapi jika sembang pasal drama Korea itu ini dan sekian-kian insyaallah saya dapat bertukar-tukar cerita.

kesimpulannya, perlu ke nak tahu nama dan kenal pelakon Korea ?jadi, semuanya terpulanglah kepada anda semua ye..tepuk dada, tanya selera.


DRAMA YANG BARU SELESAI NADIA MARATHON KAT ONE HD..BEST..KISAH IKAN DUYUNG