Tuesday 17 October 2017

BAPA BOREK, ANAK RINTIK

bapa borek, anak rintik ataupun peribahasa yang sama juga maksudnya adalah si anak mengikuti dan mencontohi bapanya.ikut teladan dan perangai yang baik memang bagus.tapi janganlah pula ikut perangai yang tidak senonoh pula kan.

nadia juga suka ikut perangai abah nadia yang gemar membaca.memang membaca merupakan hobi nadia tapi daripada nadia kecik lagi nadia selalu perhatikan abah nadia suka sangat membaca surat khabar, majalah dan buku ilmiah.jadi nadia pun terikut-ikut perangai abah yang suka membaca tu.haa jadi bapa borek, anak rintik la kami.

abah nadia membaca di taman permainan


sampai sekarang ni, abah nadia masih lagi membaca di kala usianya sudah hampir mencecah 60 tahun tahun depan.abah nadia merupakan idola dan sumber inspirasi nadia.banyak isu semasa yang berlaku di seluruh dunia abah nadia tahu awal lagi daripada nadia memlalui minatnya yang membaca tu.ha banyak kelebihannya kan bila kita suka membaca.taklah jadi seperti katak di bawah tempurung ja.

nadia berharap anak nadia juga menjadi generasi yang suka membaca.amalan membaca jika dilakukan oleh ibu bapa di rumah, anak-anak akan terikut sikap ibu bapanya yang suka membaca.daripada situ dapat diterapkan amalan membaca di kalangan anak-anak muda kita.

  💝generasi membaca merupakan generasi yang berjaya kerana kaya dengan ilmu pengetahuan.


abah nadia bersama 2 orang cucunya


SIZZLING YEE MEE PILIHAN WAJIB BILA BERKUNJUNG DI KAFE TESCO ALOR SETAR

sapa pernah makan sizzling?mesti banyak orang dah pernah makan kan sizzling?makanan yang dimasak panas2 dalam clay pot atau plate.

nadia suka makan sizzling yee mee bila berkunjung di Tesco Alor Setar.haa orang yang dok sekitar Alor Setar mesti pernah makan kan?selalu kat kiosk sizzling ni beratur la orang nak pesan dan beli yee mee ni.barisan orang yang beratur tu panjang sampai terberatur masuk sempadan kiosk sebelah...haaa ramaikan??sebabnya rasa yang sedap.tapi harganya agak mahal juga la bila kita tambah telur dalam masakan sizzling tu..biasalah kan barang basah pun mahal dah sekarang ni kan.

bila makan sizzling yee mee nadia suka tambahkan perasa dalam tu macam tambah lada sulah dan makan bersama sambal hijau kicap tu...ooooh sedap la...marvelous bila makan dengan sambal kicap.

sizzling yee mee
Tesco Alor Setar


dalam sizzling yee mee tu ada la 2 atau 3 ketul cendawan , sayur sawi, dan beberapa hirisan ayam.nadia suka makan cendawan tu sebab bila gigit ja cendawan tu rasa juicy...oh nikmatnya...alhamdulillah dapat makan makanan sedap. 

jadi kawan-kawan yang belum pernah mencuba sizzling yee mee di Tesco Alor Setar ni pi la try beli dan makan..sedap ooo...bila dah makan tu rasa macam nak order lagi bila mai lain kali ke situ.ok selamat mencuba dan makan.

sekian, coretanku...tadaa...