Wednesday 29 November 2017

STOKING @ SARUNG KAKI

stoking kegemaranku ketika keja malam



stoking atau sarung kaki merupakan antara salah satu pakaian atau alas kaki bagi manusia.pelbagai jenis stoking dijual di pasaran sekarang ni.ada yang kosong(plain) ,tidak bercorak ,ada yang bercorak dan ada juga yang mengikut bentuk jari kaki.

selalunya lelaki yang berpakaian pejabat yang perlu memakai stoking sebabnya perlu memakai kasut berkulit dan bertutup.begitu juga orang perempuan.tapi bagi muslimah kita memang diwajibkan menutup aurat.kaki tu juga merupakan aurat wanita.kebanyakan wanita yang baru lepas bersalin dan berpantang perlu memakai stoking untuk memulihkan kesihatan diri dan mengelakkan terdedah kepada penyakit.orang tua-tua kata sejuk kalau tak pakai stoking,  kan baru je lepas bersalin kan.perlulah menjaga kesihatan diri.

gambar di atas merupakan stoking kegemaran nadia yang selalu nadia pakai ketika keja malam.kat jabatan x-ray ni kan fully air-cond dan sangatlah sejuk bila waktu malam.stoking ni tebal dan nadia suka tengok warna dan corak dia yang berbintik-bintik tu, rasa selesa ja bila dipakai.

kawan-kawan yang lain pula bagaimana?suka tak pakai stoking ?banyak kelebihannya bila pakai stoking .

Thursday 23 November 2017

SUKA BERMAIN PERMAINAN UJI MINDA (CARI KATA, SUDOKU DAN SILANG KATA)

buku kepunyaanku


nadia suka bermain permainan yang menguji minda iaitu cari kata, sudoku dan silang kata.siap beli lagi koleksi buku macam dalam gambar di atas tu.bila ada masa lapang, nadia akan buat la permainan minda seperti cari kata, sudoku dan silang kata.

cari kata merupakan suatu permainan untuk mencari perkataan yang dikehendaki di dalam kotak yang telah disediakan.selalunya cari kata ni merupakan perkataan yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.


contoh cari kata


silang kata pula merupakan permainan untuk mengisi tempat kosong di dalam ruang yang telah disediakan.pemain diminta mengisi kotak-kotak kosong dengan jawapan yang betul.setiap deretan kotak dapat berhubung dengan deretan kotak yang lain sama ada secara mendatar atau menurun.


contoh silang kata

cara bermain sudoku :


Sudoku dimainkan dalam 9x9 kotak yang dibagi dalam 3x3 kotak kecil (sel) yang disebut "area":
Area

- Sudoku dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka:



Tujuan permainan Sudoku adalah mengisi sel-sel yang kosong dengan angka antara 1 dan 9 (setiap sel hanya 1 angka) sesuai dengan petunjuk berikut:


1. Angka hanya dapat muncul sekali dalam setiap baris:
Boleh 
Tidak boleh 


2. Angka hanya dapat muncul sekali dalam setiap kolom:
BolehTidak bolehd
    



3. Angka hanya dapat muncul sekali dalam setiap area:
BolehTidak boleh
    


- Ringkasan peraturannya adalah sebuah angka harus muncul sekali disetiap baris, kolom, dan area.



😍sebenarnya seronok bila main permainan menguji minda ni..sedikit sebanyak menjadikan kita berfikir untuk menyelesaikan suatu perkara.jom kawan-kawan kita main sama-sama..heheehehe

Friday 17 November 2017

2 ORANG HERO KECIL PENCINTA ULTRAMAN

ultraman dah menjadi suatu fenomena atau menjadi kartun kegemaran kanak-kanak masa dulu hinggalah zaman sekarang ni.semestinya kartun ini menjadi pilihan untuk ditonton oleh kanak-kanak lelaki terutamanya berbanding kanak-kanak perempuan.

2 orang hero kecilku ni iaitu anakku, Arsyad dan anak saudaraku, Afiq tak terkecuali cukup minat sangat dengan ultraman.mereka nak ada mainan ultraman, nak pakai baju ultraman, nak tengok kartum ultraman la..semuanya ultraman.hai macam-macam la , kadang2 jenuh nak melayan kerenah mereka.

Arsyad (berbaju oren) & Afiq (berbaju merah) menggayakan baju kartun ultraman semasa Hari Raya Aidiladha baru2 ni 


dahsyat kan penangan kartun ultraman daripada negara matahari terbit ni , Jepun  sampaai kanak-kanak pun terpengaruh dengan ultraman.dari zaman nadia kecil lagi dah ada dah kartun ultraman ni..dah brapa generasi dah ..lama tu kartun ultraman ni bertahan kan.wah tabik spring la kat sapa yang mula2 mencipta watak ultraman ni kan.dapat bertahan lama sampailah ke generasi sekarang.


Arsyad sibuk main dengan mainan ultraman 

Afiq menyusun mainan ultraman miliknya



Thursday 16 November 2017

AIR MINUMAN TIN DATO SERI VIDA



gambar di atas merupakan gambar air minuman tin Pamoga dan Qu Puteh keluaran Dato Seri Vida..ha sapa tak kenal Dato Seri Vida kan iaitu usahawanita dan businesswoman terkenal di negara kita sekarang ni dengan trademarknya "qu puteh,qu puteh, barulah putih"

sapa pernah beli minuman tin ni?

hari tu saya pi jalan2 kat 1 shopping kompleks ni ada jual minuman tin ni.jadi saya macam tertarik nak beli dan cuba minum.padahal sebelum ni tak pernah pun beli air Pamoga dan Qu Puteh ni..ni bila dah nampak ada air dalam tin ni rasa teringin pula nak cuba dan rasa.

rasa dia ok la boleh diminum.taklah masam sangat pun..orang kata just nice la, boleh masuk dan kena dengan selera tekak juga.kalau tak silap saya beli 1 tin ni harganya rm5 kot..(ingat2 lupa dah,huhuhu)

oklah, kalau kawan-kawan nak cuba minum silakanlah beli...
















Wednesday 15 November 2017

SHOPPING BAJU MURAH JER KAT PASARAYA LONG WAN, KULIM

baru-baru ni nadia saja la masuk Pasaraya Long Wan kat Kulim ni.kawan-kawan pernah dengar tak Long Wan ni..kebanyakan barang yang dijual di Long Wan harganya murah dan sangat berbaloi.barang yang dijual tu mestilah berkualiti dan elok untuk dimiliki.

semasa dok cuci mata tengok baju yang dijual murah, nadia ternampak ada terpamer blouse kartun Mickey Mouse dijual dengan harga rm4.90..haah tak sampai rm5 pun ..wah murah sangat ni..jadi nadia pi la  pegang kain baju blouse tu ..eh tebal juga kain dia..jadi nadia terus rembat 3 pasang blouse tu..biasalah perempuan tak puas 1 nak juga beli lebih.dah alang2 murahkan harganya.

seronok tak terkata la dapat beli blouse dengan harga yang murah.bukan senang nak dapat harga macam ni.dah la kain tebal dan berkualiti juga.





blouse yang dibeli dengan harga rm4.90 sepasang
nadia beli 3 pasang blouse




Pasaraya Long Wan di Kulim
LONGWAN KULIM. NO 87,88,89,90, TMN SERI SELADANG,09600 LUNAS, KULIM.

FIRST TIME MAKAN MINI MANTOU @ ROTI SPAN KECIL

kawan-kawan pernah dengar mantou?nadia pun pertama kali dengar perkataan tu.

adik nadia la yang memperkenalkan makanan tu kat kami sekeluarga.memandangkan Zati pernah belajar di Bejing dulu jadi dia dah biasa makan mantou ni.

mantou adalah sejenis makanan iaitu roti span.merupakan frozen food dan boleh digoreng atau dikukus.kalau digoreng orang China panggil golden mantou sebabnya warnanya keemasan.kalau kukus orang China panggil silver mantou sebabnya warna menjadi putih.


mini mantou @ roti span kecil (plain) yang telah digoreng





mini mantou @ roti span kecil (plain) yang telah digoreng
boleh makan dicicah bersama susu pekat manis



adik Nadia bagitau sedap lagi goreng roti ni..kat Malaysia pun ada jual dah.halal.cari ja kat pasaraya besar bahagian frozen food, lepas tu balik rumah goreng atau kukus sendiri.kami goreng ja , lagi sedap..makan panas2 pula dicicah bersama susu pekat manis..kami beli yang kosong(plain).ada juga yang ada inti dalam isinya..bergantunglah pada selera korang ye nak makan yg mana satu.

rasanya yang gebu dan lembut isinya macam gigit span.tulah nama melayunya roti span.sedap ooo bila digoreng dan makan panas2.cubalah beli dan rasa ye.mesti korang pun akan jatuh cinta dengan mantou ni. 





pek mini mantou @ roti span kecil


Monday 13 November 2017

SUKANYA MINUM TEH O AIS LIMAU






siapa suka minum teh o ais limau?kita geng..heheeh..

nadia suka minum teh o ais limau sebab rasa manis masam masam..minum plak kalau masa cuaca panas..memang rasa sejuk, sedap ja...untuk pengetahuan korang, limau yang diletakkan dalam air teh o ais tu merupakan limau nipis.

limau nipis ni banyak khasiatnya.asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan.boleh juga untuk melancarkan penghadaman.
vitamin A dan Vitamin C terkandung dalam limau ni.ianya sangat baik untuk kesihatan.

sapa yang suka makan benda yang masam2 mesti akan suka juga minum teh o ais limau.

Thursday 9 November 2017

HAPPY RADIOGRAPHY DAY 2017

8 November setiap tahun merupakan hari radiografi sedunia.





nadia bekerja sebagai juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan di utara tanah air.pernah berkhidmat di 3 buah hospital yang berlainan.sedikit ringkasan mengenai tempat bertugas nadia.

tempat pertama posting adalah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar di Johor.masa mula2 dapat tau kena posting jauh dari rumah nadia kat Kedah ni memang berat hati juga nak pi sana.tapi setelah pikir semula apa salahnya bertugas jauh dari rumah sebab kat tempat orang kita dapat menimba pengalaman baru dan budaya baru.Alhamdulillah dapat juga menyesuaikan diri kat sana..masa tu masih bujang lagi dan duduk memyewa kat rumah berdekatan dengan hospital saja.kemudahan radiografi kat Muar ni adalah seperti x-ray, ct scan, MRI,ultrasound,fluoroskopy dan kemudahan II untuk dewan bedah.

Setahun lebih kemudian, nadia bertukar ke Kedah dan telah bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.hospital ni dekat sangat la dengan rumah Nadia.adalah dalam lebih kurang 20 minit saja perjalanan dari rumah ke hospital.macam2 kerenah pesakit semasa nadia bertugas di sini sebab hospital  ni merupakan hospital terbesar di Kedah dan menjadi tumpuan hospital daerah untk rujuk ke hospital ni.ada pelbagai kemudahan radiografi kat Jabatan Pengimejan Diagnostik hospital ni seperti general x-ray, ct scan, MRI, dexa scan,
ultrasound,angioraphy,ICL,mammography,
fluoroskopy dan kemudahan II untuk dewan bedah.

Selepas berkahwin ,  nadia bertukar ke Hospital Kulim memandangkan suami bekerja di Penang.hospital sini merupakan hospital daerah.jadi kemudahan x-ray di sini taklah sebanyak macam kat Hospital Sultanah Bahiyah.kat sini cuma ada general x-ray, ultrasound,ct scan dan kemudahan II untuk dewan bedah.

sudah 5 tahun nadia berkhidmat sebagai juru x-ray di hospital kerajaan.berbagai ragam dan kerenah pesakit dapat nadia temui semasa bertugas sebagai juru x-ray .sebagai seorang juru x-ray nadia perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai anatomi dan tulang2 dalam badan manusia.

nadia ingin mengucapkan HAPPY RADIOGRAPHY DAY kat semua juru x-ray dan kaki tangan perubatan yang terlibat dalam bidang radiologi.






Wednesday 8 November 2017

UNTUNGNYA JADI ARTIS ADA KEK FONDANT BERWAJAH SENDIRI


pelakon Fattah Amin Dan Neelofa masing-masing memegang kek fondant berwajah mereka sendiri.mereka berdua menjadi bualan orang ramai selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.drama tersebut memang sangat digemari oleh masyarakat Malaysia yang disiarkan melalui saluran Astro Ria.

Untungkan jadi artis..siap orang dapat buat kek berwajah sendiri pula tu..zaman sekarang ni macam2 boleh buatkan.mau atau tak mau ja..sapa yang rajin mencuba akan terhasil sesuatu yang luar biasa.

Tuesday 7 November 2017

RESEPI RINGKAS DAGING PAPRIK

Bahan-bahan :

daging yang telah dihiris nipis
2 ulas bawang merah besar yang telah dihiris nipis
4 ulas bawang putih yang telah dicincang halus
3 ulas bawang merah kecil yang telah dicincang halus
cili kering yang telah dikisar @ cili boh
2 batang serai 
4 helai daun limau purut
5 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
3 sudu sos cili

Cara memasak :


1) Rebus daging sehingga empuk dan kemudian toskan airnya.

2) Simpan air rebusan untuk digunakan untuk proses seterusnya.

3) Tumis hirisan bawang merah kecil, bawang putih,bawang merah besar dan serai sehingga menjadi kuning dan baunya menjadi harum.

4) Masukkan cili boh dan tunggu sehingga dia masak sedikit.

5)Masukkan pula sos tomato, sos tiram dan sos cili secukup rasa.

6) Air rebusan yang disimpan tadi boleh dimasukkan sedikit ke dalam masakan tadi.

7) Kemudian, taburkan 4 helai daun purut ke dalam masakan.

8) Setelah diyakini masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

9)  Selamat mencuba ye kawan-kawan..



daging paprik


Monday 6 November 2017

SERONOK GUNA TETIKUS (MOUSE) BARU

tetikus (mouse) merupakan suatu peranti input pada komputer.fungsinya adalah mengatur pergerakan kursor pada skrin komputer atau laptop.

dah lama nadia beli mouse baru.kebetulan masa nadia pi shopping kat Aeon Jusco Bukit Mertajam kat Popular Bookstore ada promosi .harga sebenar mouse tu kalau tak silap nadia rm29.90..tapi selepas promosi harganya menjadi rm17.90...memang sangat murah la.jadi apa lagi nadia pun beli la mouse tu.

bila dah try  suruh cashier test mouse dulu.nadia pun tengok la mouse tu lampu pada mouse bertukar warna warni..eh cantik pula tengok mouse ni..tak rugi beli.hehehe

rasanya dah hampir 6 bulan nadia guna mouse baru tu.seronok guna mouse ni.segala kerja berjalan lancar.smooth ja...

oklah setakat dulu entri ni..




tetikus(mouse) kepunyaanku



Friday 3 November 2017

6 PETUA UNTUK HIDUP SIHAT

1) Makanlah Secara Sihat 
 # nikmati diet seimbang
 # lebihkan makanan tinggi serat
 # kurangkan lemak,gula dan garam 
# ambil vitamin dan zat galian dengan mencukupi dari makanan segar dan seimbang




 Kebaikan pemakanan sihat 
😃membekalkan nutrien yang secukupnya untuk fungsi badan optima
😃mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik  
😃mengekalkan berat badan yang sihat 




 2)Kerap Bersenam 
# rajin bersenam 3-5 kali seminggu 
# 20-30 minit setiap sesi
 # senaman terbaik seperti berjalan kaki, berjoging dan mengayuh basikal 




 Kebaikan bersenam 
😃mengekalkan berat badan unggul
😃menguatkan tulang dan otot badan 
😃melancarkan sistem peredaran darah 
😃mengurangkan stress dan kemurungan 


3) Mengawal Berat badan 
#makan secara sederhana 
#aktifkan diri melakukan kerja harian seperti membuat kerja rumah



 4) Mengatasi Stres 
#teguhkan iman,tingkatkan ibadat dan sentiasa berdoa 
#berbicaralah bersama keluraga atau rakan jika mempunyai masalah 







5) Hindari tabiat buruk
#jauhi dadah 
#jangan merokok 
#jangan minum alkohol 








6) Kerap berjumpa doktor 
melakukan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya 1 kali setahun






Petanda seseorang sihat 
😉mempunyai berat badan unggul 
😉tekanan darah normal 
😉paras glukosa darah normal 
😉paras kolestrol darah normal 
😉tiada tabiat buruk