Tuesday 26 December 2017

PENTINGNYA CAR SEAT UNTUK ANAK KECIL

car seat merupakan tempat duduk yang dipasang di dalam kereta untuk kanak-kanak yang berumur bawah daripada 4 tahun ke bawah untuk menjaga keselamatan anak semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat. car seat juga merupakan antara barang2 keperluan bayi yang penting dan harus dimiliki oleh setiap ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.

Kepentingan Car Seat

# Menjaga keselamatan bayi
menurut Safetysign bayi yang tercampak semasa di dalam kereta akibat kemalangan akan mengalami gegaran otak dan berkemungkinan cedera tulang dan otot badan.jadi untuk keselamatan bayi dan anak yang masih kecil digalakkan untuk membiasakan anak berada di dalam car seat.sekurang-kurangnya tali pinggang pada car seat dapat mengelakkan bayi daripada tercampak atau terhentak di mana-mana.

# Memudahkan ibu bapa untuk memandu seorang diri bersama bayi atau anak kecil
bila kita dah biasakan anak berada dalam car seat setiap kali kita memandu kenderaan, ini memudahkan kita memandu tanpa perlu berteman lagi.nadia juga telah membiasakan anak nadia, Muhammad Arsyad berada dalam car seat sejak kecil lagi.lagipun setiap pagi bila nak pi kerja nadia perlu menghantar anak ke taska dahulu kerana dah memang rutin setiap kali nak  pi kerja memandangkan suami nadia perlu keluar bekerja lebih awal lagi.


Bagaimana memilih car seat yang sesuai..

pilihlah car seat yang mementingkan ciri-ciri keselamatan pada anak kecil.contohnya padding kena cukup tebal untuk hadapi hentakan dan menyokong tulang belakang,tali pinggang kena cukup kuat untuk mengelakkan anak tercampak ke depan akibat kemalangan.

kawan-kawan janganlah mudah terpengaruh dengan rakan anda yang lain yang membeli car seat yang mahal sangat.ikutlah tahap kemampuan kita asalkan car seat yang dibeli berkualiti.orang kata ukur baju di badan sendiri la kan.lagipun beli car seat ni bukannya macam pilih baju.harganya tak murah sangat jadi kita perlu bijak menilai dan memilih car seat yang menepati ciri-ciri keselamatan.

ada juga ibu bapa yang memilih car seat yang boleh digunakan dari umur bayi (0 bulan hingga 4 tahun).tetapi nadia beli 2 kali jenis car seat yang berbeza iaitu baby car seat (0 hingga 1 tahun) dan lepas tu nadia tukar pula kepada infant/toddler car seat (0 hingga 4 tahun).bergantung kepada anda semua nak pilih yang mana satu kan. 

2 jenis car seat yang berbeza
anakku Muhammad Arsyad

Tips untuk mengelakkan anak memberontak/meragam apabila berada di dalam car seat

#Pastikan meletakkan anak dalam keadaan yang selesa dan memasang tali pinggang keselamatan
nadia meletakkan alas kain pada bawah badan dan punggung anak semasa letakkannya dalam car seat bagi menyokong badannya supaya tak terlalu kelihatan bongkok.saya juga sentiasa memastikan meletakkan anak dalam posisi yang selesa dan sentiasa memastikan tali pinggang dipakai.

#Memastikan anak sudah kenyang dan tidak berada dalam keadaan lapar
ini sangat penting kerana apabila anak lapar dan perutnya kosong dia akan meragam dan tidak mahu berada dalam car seat tu.ini membahayakan kepada si pemandu kerana tidak dapat fokus untuk memandu kenderaan denfan selamat.jadi kita perlu pastikan anak kita sudah siap menyusu ataupun sediakan botol susu yang telah siap dibancuh susu.

#Membiarkan anak bermain dengan mainan(toys)
nadia juga kadang-kadang bila nak bagi anak tu ralit dan mahu duduk lama dalam car seat nadia akan beri dia mainan untuk dia bermain.selalunya bagi dia pegang soft toys yang ada bunyi2.ada juga ibu bapa yang bagi anak dia pegang teether kepada anak yang masih bayi.terpulanglah kepada anda semua ye.

💗zaman dulu masa tahun 80 an, memang tak banyak lagi penjualan car seat di Malaysia.lagipun masa tu harga car seat sangatlah mahal dan ibu bapa kita juga tak mampu nak beli sangat car seat tu.lagipun  penggunaannya juga kurang diberi pendedahan oleh kerajaan dan agensi swasta.sekarang ni, bermacam jenis car seat dijual di pasaran dan banyak pendedahan dan digalakkan oleh kerajaan wajib ada bagi ibu bapa yang masih ada anak kecil.cuma kita perlu bijak memilih car seat yang sesuai dan selamat kepada anak kita.





Nadia bersama Arsyad yang letih tertido dalam car seat..
semasa ni baru balik dari kampung.kami balik berdua ja.


Saturday 16 December 2017

MUG MAGIK

masa adik Nadia belajar di Beijing, dia telah membeli beberapa mug.mug ini sangat istimewa atau saya panggil mug magik sebabnya daripada kalernya hitam akan bertukar menjadi corak apabila dimasukkan air panas.

mug ini perlu ditempah dahulu dan perlu bagitau corak apa yang kita nak letakkan pada mug tu.adik saya nakkan corak gambar famili kami.

jadi, bila saya masukkan air panas mug yang berwarna hitam akan bertukar corak menjadi gambar famili kami.sangat cantik dan menakjubkan.terbaik...💓



mug magik daripada warna hitam bertukar corak gambar famili kami apabila dimasukkan air panas

Friday 15 December 2017

SAPA SUKA MAKAN KUACI??KITA GENG...


kuaci

Kuaci berasal dari biji tanaman bunga matahari. Tanaman yang berasal dari Mexico dan Peru ini kemudian tersebar sejak tahun 1700 ke banyak negara. Tanaman bunga tersebut kemudian ditanam secara besar-besaran di Jerman, Perancis, Romania, Bulgaria, Russia, Hungary dan Amerika Syarikat.
Mulanya tanaman bunga matahari ditanam sebagai tanaman hias. Kemudian bijinya dimanfaatkan sebagai kuaci dan sumber minyak untuk produk kosmetik.
Kuaci merupakan sumber lemak sihat hampir 90%, vitamin, antioksidan, mineral, protein dan fitokimia yang sangat baik. Selain itu, biji bunga matahari mengandungi lemak tidak tepu (asid linoleat) dan (asid oleik), jenis lemak yang melindungi jantung. Kajian klinikal menunjukkan, makanan tinggi lemak tidak tepu lebih baik daripada makanan rendah lemak, kerana meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan menurunkan LDL (kolesterol jahat).
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E; satu perempat cawan biji bunga matahari memberikan 90,5% daripada keperluan harian vitamin E. Vitamin E adalah antioksidan dan anti radang; mengurangkan gejala asma, osteoartritis dan Rematoid arthritis, yang utamanya dipengaruhi oleh radikal bebas dan radang. Kandungan vitamin E yang cukup dapat mengurangkan risiko pada pembuluh darah dan kanser. Juga dapat mengurangkan kesakitan dan kekerapan rasa panas (hot flush) yang dialami wanita menopause dan komplikasi diabetes. Selain itu, kuaci juga banyak mengandung mineral bermanfaat; seperti fosfor (705-755 mg/l00 g), kalium (648-689 mg/100 g), kalsium (54-116 mg/100 g), natrium (3-99 mg / 100 g), besi (6,77-7,28 mg/100 g), dan tembaga (0,69-1,75 mg/100 g).
Mineral kalsium dan fosforus sangat penting peranannya dalam pembentukan tulang dan gigi, sehingga bermanfaat untuk mencegah osteoporosis. Kewujudan mineral kalium sangat penting untuk mengimbangi natrium. Kalium bersifat hipotensif, iaitu mempunyai kesan penurunan tekanan darah.
Kuaci sedap dimakan ketika menonton wayang,menonton perlawanan bola sepak dan ketika bergosip dengan kawan.syok mengunyah dan kadang2 tak sangka nak habis dah sebungkus kuaci.
sapa suka makan kuaci? kita geng..hehehehe

Tuesday 12 December 2017

BILA ANAKKU MENGHAMPIRI USIA 3 TAHUN

anakku Muhammad Arsyad akan berusia 3 tahun bermula tahun depan.pelbagai ragam dan gelagat bila dia dah makin besar ni..ada ada ja perangainya yang kadangkala menguji tahap kesabaranku dan suamiku.takpalah kadang2 membuatkan diriku juga hampir pening melayan kerenahnya..sabar jelah kan, anak nak membesar.

Arsyad bermain mainan ultramannya


kenapa saya kata mencabar bila melayan kerenahnya kerana :

# Dah Lebih Pandai Bercakap
sekarang ni anakku Arsyad dah pandai bercakap.ada ja dia nak bercerita bagitau sesuatu benda baru yang dia belajar di taska.bila dia tengok persekitaran sekeliling yang nampak lain daripada biasa Arsyad akan bertanya apa benda tu?awat macam tu.kadang2 letih gak nak melayan tetapi sebagai ibu bapa cuba la juga untuk menerangkan semula sesuatu kepadanya bila dia ingin tahu sesuatu.

# Nak Berfesyen/Bergaya
bila dah besar ni, baju mesti nak pilih dan kadang2 Arsyad cuba nak pakai sendiri.bila pakai sendiri tu selalunya saya kena tengok semula sebabnya selalu pakai terbalik.adooi kadang2 nak tergelak juga bila dia pakai terbalik tapi takpalah sekurang-kurangnya dia nak belajar pakai baju sendiri.lagi satu anak saya ni pencinta kartun Ultraman, jadi selalu dia akan pilih nak pakai baju ultraman la..kadang2 belum basuh lagi pun, baju tu dia nak pakai balik..adoi la anak...lagi satu Arsyad juga suka bergaya memakai spek mata hitam.


Arsyad berspek mata hitam


#Liat Diajak Mandi
dulu bukan main lagi bila ajak mandi cepat ja meluru masuk bilik air.tapi bila dah besar ni Arsyad jadi liat nak mandi.kadang2 dia bagi alasan sejuk la mama.padahal dah petang pun.tapi mula2 memang liat nak masuk mandi .bila dah masuk bilik air lama plak dia nak main air, mandi.jenuh plak pujuk nak suruh keluar dan sudah mandi.

#Mula Memilih Makanan
masa kecik dulu dia makan apa sahaja yang kita suap.sekarang ni dah pandai pilih makanan.nak makan kentang, carrot ja.tak mau makan sayur sawi dan sayuran hijau yang lain.kadang2 tu nak makan benda yang sama ja hari2 sampaikan setiap kali nak makan nasi mesti nak kena letak kicap juga padahal saya dah siap letak kuah sup ataupun kuah yang tak pedas untuk dimakan

#Lebih Sukar Dipujuk
bila dah besar ni kadang2 makin susah plak nak pujuk..ada masanya dia boleh terangkan dan bagitau apa yang tak kena dan sebab dia merajuk.tapi bila tantrum satu apa pun tak jalan dah sampaikan kita pun tak larat nak pujuk balik.

#Banyak akal
bila menghampiri usia 3 tahun, nadia perhatikan anak nadia makin ligat dan aktif berfikir.ada ja mainannya diolah untuk dijadikan sesuatu..nadia perhatikan kotak kosong yang besar , Arsyad jadikan sebagai khemah dia untuk bermain dalam tu.Arsyad susun mainan dia menjadi suatu barisan yang panjang.macam2 la akal dia tu.

😘walau apa pun ragam dan kerenah anak nadia tetapi Muhammad Arsyad tetap menghiburkan kami suami isteri.kami akan cuba mempersiapkan diri menghadapi sebanyak mungkin cabaran dalam menguruskan anak yang makin membesar ni.insyaallah setiap ibu bapa pastinya akan menghargai detik-detik indah bila bersama anak mereka semasa mereka kecil ni. 



moga Muhammad Arsyad menjadi anak yang soleh
dan sentiasa berjaya di dunia dan akhirat..amin..