Friday 5 January 2018

PANDAI POSING BERGAYA BILA DENGAN PAK SU KESAYANGANNYA

anak nadia ni Muhammad Arsyad sangat rapat dengan pak sunya iaitu adik Nadia yang berumur 19 tahun ni.tak abis2 bertanya pasal Pak Su Faiz dia bila lama tak jumpa..almaklumlah adik Nadia ni merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga Nadia ni dan merupakan adik bongsu.

Pak Su Faiz pun rajin melayan anak menakannya Muhammad Arsyad.oleh sebab tulah anak Nadia suka sangat bermain dan bergurau senda dengan pak su kesayangannya ni.bila masa nadia nak ambik bergambar mereka berdua Arsyad mesti ikut gaya macam pak sunya tu.ada ja gaya yang mencuit hati kami.pandai pula posing bergaya dengan kamera bila berdua dengan pak sunya.

contohnya macam gambar di bawah ni.apa yang pak su dia pakai, dia mesti nak ikut sama pakai.hai anak oh anak..macam2 ragam kamu ni.



tengok tu..Arsyad siap bergaya silang tangan macam pak su Faiz 





Arsyad pun nak pakai snowcap macam pak su faiz juga

FIRST TIME BAWA MUHAMMAD ARSYAD KE PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI KEDAH, ALOR SETAR

pada hujung bln 12 yang lepas, Nadia telah berkunjung ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar yang terletak di tengah pekan Alor Setar.bangunan ni berhadapan dengan bangunan UTC Kedah dan Pusat Dakwah.ni merupakan perpustakaan induk untuk negeri Kedah, kiranya perpustakaan yang paling besar dan utama la bagi negeri Kedah.

bila dah sampai kat perpustakaan ni, biasalah anakku dah mula nak buas lari merata tempat..jadi, nadia pun bawalah dia ke sudut bacaan kanak-kanak supaya tak menganggu sangat orang dewasa yang sibuk membaca bila kat sudut bacaan umum.kat sudut bacaan kanak-kanak adanya bilik untuk kanak-kanak bermain dengan kemudahan mainan yang disediakan..haa kat situ takpalah anakku nak berlari sebab tak mengganggu orang sangat..biasalah budak baru umur 3 tahun kira nak main saja..tunjuk buku pun sekejap ja belek buku tu.kira fokus nak main saja..ni merupakan pengalaman pertama kali Muhammad Arsyad berkunjung ke perpustakaan yang besar ni.




Perpustakaan ni mempunyai 2 tingkat.tingkat pertama adalah sudut bacaan untuk kanak-kanak dan umum(dewasa).kebanyakan bahan bacaan di tingkat ni boleh dipinjam.bagi tingkat kedua pula bahan bacaan kebanyakannya untuk rujukan sahaja dan tidak boleh dipinjam..hanya boleh difotostat sahaja.

perpustakaan ni sangatlah besar berbanding perpustakaan Kulim yang nadia selalu pergi tu.almaklumlah ni merupakan perpustakaan induk negeri Kedah.kad pinjaman buku tu nadia gunakan kad yang sama yang nadia daftar di Perpustakaan Kulim tempoh hari.kad yang sama boleh digunakan asalkan kad perpustakaan sekitar negeri Kedah.

kami sekeluarga memang selalu mengunjungi perpustakaan kerana hobi semua adalah membaca.jadi tempat ni wajib dikunjungi.kalau tak sempat berlama lama pun kat situ kami pinjam buku bawa balik baca kat rumah.memandangkan nadia menetap di Kulim, nadia dah jarang datang ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah ni sebab sekali sekala ja balik Alor Setar.jadi nadia banyak habiskan masa di Perpustakaaan Kulim la.kat perpustakan yang besar ni datang bila nadia balik bercuti di rumah mak abah di Alor Setar baru datang kalau ada kesempatan masa.

tapi, best tau bila berkunjung ke perpustakaan seronok juga tengok buku/majalah yang baru.kadang-kadang buku yang sudah ada di pasaran kebanyakannya akan turut ada di perpustakaan ,jadi kita taklah perlu berhabis duit beli buku yang sama.boleh ja pinjam di perpustakaan saja.haaa jimatkan duit kita .terpulanglah kalau kita nak beli buku tu untuk koleksi peribadi pula kan.



mainan untuk kanak-kanak bermain



senyum  plak si arsyad ni



seriusnys muka..ok fokus tau..hehehe

Thursday 4 January 2018

RIANG RIA ARSYAD DI KIDZOONIA MOLLY FANTASY AMAN CENTRAL

pada 28.12.17 yang lalu nadia dan anakku, Arsyad bersama 3 orang adik nadia telah berkunjung ke tempat mainan Molly Fantasy kat dalam shopping kompleks Aman Central, Alor Setar.rupa-rupanya kat situ pun ada kidzoonia yang macam Kidzoonia yang sebenar tu.kat Molly Fantasy kidzoonia diaorang taklah besar sangat tapi bolehlah untuk kanak-kanak macam umur anakku tu bermain.

korang nak tahu tak bayaran kat Kidzoonia Molly Fantasy ni sangatlah murah iaitu bayaran rm5 selama 30 minit.hanya seorang penjaga saja yang dibenarkan masuk dan perlu isi borang pendaftaran juga.memang masa kemasukan tu macam tak cukup ja sebab anakku pun macam tak puas nak bermain lama2 kat situ.tapi berbaloi la sebab tempat mainannya lebih kurang macam Kidzoonia yang sebenar juga dengan bayaran yang lebih murah.

kat Molly Fantasy ni adanya kemudahan kad touch n go.boleh topup kad tu ikutlah seberapa banyak yang kita nak.bila nak main touch saja kad tu pada mainan..tapi bila nak masuk dalam Kidzoonia kita kena bagi kad kat pekerja diorang untuk diaorang register kemasukan.

ingatkan anak nadia tak pandai bermain kat situ.tapi rupa-rupanya sangkaanku meleset sebab dia pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan alat mainan macam mesin wang tu dia pandai berlagak macam cashier.hai bijak juga Arsyad ni.ingatkan dia tak reti lagi almaklumlah baru nak masuk 3 tahun untuk tahun 2018 ni.alhamdulillah sel2 otaknya sedang berhubung.Kidzoonia ni pun ada beberapa stesen untuk kanak-kanak seperti stesen hospital, stesen kitchen, stesen sushi shop dan sebagainya.

kat bawah ni nadia ada kongsikan gambar-gambar anak nadia bermain kat Molly Fantasy ni..




mainan ball





stesen kitchen



stesen grocery shop


stesen hospital



tempat mainan kuda



HOBI BARUKU MEWARNA DOODLE

baru-baru ni sejak nadia belikan pensel warna kat anak nadia untuk mewarna buku colouring kartun kanak-kanak, nadia terjatuh cinta dengan melihat warna yang berwarna warni.jadi, nadia pun belilah buku colouring untuk orang dewasa iaitu doodle books. 

masa kecik dulu bukannnya suka mewarna pun tapi bila dah dewasa ni seronok pula mewarna..pelik pula bila tiba2 dapat hobi baru mewarna ni...hehehhe...lucu pula bila pikir balik sebabnya nadia bukannya berjiwa seni pun.dulu-dulu bila masa mewarna main kaler ja suka hati pun cantik ka buruk belakang kira, asalkan kerja mewarna siap ja.

nadia siap beli 3 jenis koleksi buku doodle untuk orang dewasa kat Popular minggu lepas.


sebenarnya dengan mewarna pelbagai manfaat dapat diperolehi..antara kelebihannya ialah :

# sebagai media berekspresi

# merupakan suatu media terapi untuk merelakskan minda 

#melatih dan mengembangkan kemampuan motorik dan konsentrasi bagi anak kecil

insyaallah, nanti kalau berkesempatan nadia kongsikan foto doodle yang telah nadia warnakan ye...tunggu tau...




buku doodle dan pensel warna yang nadia beli

Hello 2018

sat ja kan dah masuk tahun baru 2018...rasa baru saja umur 30 tahun pada tahun lepas...sekarang umur nadia pun akan bertambah pada bulan April tahun 2018...insyaallah..

azam tahun baru semestinyalah mahu jadi lebih baik daripada hari semalam dan istiqamah melakukan kebaikan.setiap tahun tulah azam yg selalu nadia ingatkan pada diri..ada juga azam yg lain seperti mahu menjadi anak solehah,isteri dan ibu yang penyayang kepada anak dan suami.selain itu,nadia juga mahu menjadi seorang  juru x-ray yg berkaliber dan sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dalam tugasan kerja. kawan2 yg lain bagaimana pula?apa azam anda?

azam memang kadang2 susah untuk dicapai tetapi kalau kita nekad untuk melaksanakan azam tu insyaallah akan terlaksana juga dengan izin Allah.yg penting sentiasa berusaha memperbaiki diri dan nekad melaksanakannya.dengan adanya kesungguhan insyaallah akan berhasil juga nanti.
tahun 2018 ni moga akan memberi sinar kebahagiaan kepada nadia sekeluarga.amin....

belum terlambat lagi nadia ingin mengucapkan 




HELLO 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018