Friday 23 February 2018

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KE 2 SECARA INDUCE

nadia ingin berkongsi pengalaman melahirkan anak ke 2.ok, silalah baca coretanku ni.

8hb Januari 2018 pada pkl 9.45 malam nadia telah pergi ke PAC untuk memeriksa kandungan yang dah masuk 40 minggu 3 hari.baby dalam perut dah kurang gerakan dan tak cukup 10 kali gerakan hari tu..nadia baru sempat rasa sebanyak 3 kali gerakan ja.nadia dah risau sebab kandungan dah overdue.jadi nadia pun pergi ke PAC Hospital Sultanah Bahiyah untuk memeriksa kandungan.

sesampainya di sana setelah diperiksa alhamdulillah baby masih sihat dan doktor syorkan untuk induce bagi ada bukaan untuk bersalin.lagipun masa buat VE check bukaan dah buka sebanyak 1 cm dah.baby dah terlebih due 3 hari.nadia kena tahan dok wad bermalam di situ.
jadi bermalamlah nadia di wad.

esok pagi Selasa 9 Januari 2018 dlm lbh kurang pkl 6 pagi nadia dikehendaki check lg bukaan...dah ada bukaan 2 cm dan doktor pun masukkan 1 ubat untuk induce ke dalam vagina.bila bab check bukaan dulu masa mula2 mengandung anak pertama rasa malu juga bila ada doktor berlainan jantina check VE bukaan.tapi lama2 dah biasa kadang2 nk buat cmna doktor lelaki ja yg onkoll masa tu.malu pun terpAksa diketepikan..huhuhuhu..


masa selepas 6 jam dah masuk ubat, bukaan masih lagi 2 cm.nadia banyakkan berjalan pusing wad nak bagi cepat buka.tulah antara tips yang dipesan oleh rakan nadia yang pernah kena induce juga.petang tu suami,anak,mak,kakak dan adik2 nadia mai melawat nadia..nadia masih lagi boleh tersenyum sebab belum rasa sakit sepenuhnya.selepas solat isyak nadia pun berehat di katil.makin lama makin rasa sakit contraction.adoi sakitnya menahan..rasa macam tak tertahan menahan sakit..sangat syahdu.huhuhuhu..
malam tu nadia tak boleh tido lena sebab dok menahan sakit contraction.pukul 2 pagi bukaan dah mencecah 3 cm..nadia dok berdoa la harap2 la ada bukaan lagi menjelang subuh nanti..pukul 5 pagi nadia sekali lagi diperiksa dan bukaan dah 4 cm..jadi doktor kata boleh hantar dewan bersalin dah.nadia pun telefon la suami dan mak bagitau dah nak kena tolak pi dewan bersalin.


pukul 5.20 pagi nadia dah berada dalam bilik dewan bersalin.masa tu dah pikir dan berdoa agar dapat bersalin dengan baik nanti dan moga cepat ada bukaan lagi.pukul 6 pagi suami nadia sampai dan masuk ke bilik dewan bersalin untuk bersama sama menemani nadia.masa tu nadia dah rasa sakit yang tak tertanggung sakitnya dan banyak kali suruh suami urut pinggang sebab rasa macam nak putus pinggang.

dalam pukul 9.30pagi dah ada bukaan sampai 10cm.jadi nurse kata awak dah boleh meneran bila dah ada sakit contraction.nadia cuba meneran banyak kali tetapi baby masih belum keluar lagi.doktor dan nurse bagi kata2 semangat untuk nadia terus meneran.mulanya doktor bagitau nak guna vacuum dah nak tarik baby keluar sebab takut baby lemas sebab nadia teran lambat baby keluar.
tapi dengan sepenuh tenaga nadia cuba juga meneran.jadi tak sempatlah doktor guna vacuum..syukur sangat.

alhamdulillah dengan izin Allah lahirnya putera ke 2 nadia.baby lelaki  seberat 3.84kg.tak sangka dapat lahirkan baby seberat tu sebab masa last scan masa 39 minggu baby dijangka beratnya 3.4kg sahaja..patutlah baby susah nak keluar.nadia guna sepenuh tenaga juga la nak keluarkan baby tu.

selepas lahirkan baby, nadia turut mengucapkan terima kasih kepada staf nurse dan doktor yang tak putus2 bagi semangat untuk nadia lahirkan baby.kalau tanpa sokongan mereka semua dan suami mungkin nadia tak dapat melahirkan baby secara normal.syukur sangat pada Allah kerana nadia dapat juga melahirkan baby secara normal walaupun baby agak besar juga.memang adanya luka episiotomi juga tapi takpa asalkan baby dapat juga dilahirkan dengan selamat.

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..syukur padamu ya Allah.


terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi baca coretanku pengalaman kena induce.first time merasa kena induce..alhamdulillah masuk 1 ubat ja.doktor ada bagitau kalau 1 ubat tu masih lagi sama bukaan 2 cm saja mungkin kena tambah masuk ubat lagi keesokan harinya..berdasarkan pengalaman orang yang kena induce paling banyak ubat yang depa masukkan 3  ubat sahaja.1 hari 1 ubat.bergantung kepada cepat atau lambat bukaan seseorang tu.

begitulah pengalaman nadia yang pertama kali merasa induce..sangat 'syahdu' (sakit yang tak terkata) ye induce ni..huhuhuhu...terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca ye..


Muhammad Hakeem anak ke 2 mama ayah

selepas cukur rambut Muhammad Hakeem tido lena

Thursday 8 February 2018

GELAGAT ABANG ARSYAD YANG IKUT ADIK HAKEEM




hai macam2 la peel si abang ni..bila adik hakeem nak minum susu abang pun kalut nak minum susu gak..suruh kita buatkan susu untuk dia juga.bila adik hakeem nak mandi, abang pun cepat2 buka baju nak mandi juga..hai macam2 gelagat si abang tu..

mama tahu abang pun mahukan perhatian bila mama sibuk uruskan adik kan..kadang2 kesian juga kat abang arsyad ni..tapi takpalah jarak umur abang dengan adik pun 3 tahun dah.oklah tu kan bagi dia adik..memang seeloknya doktor galakkan tambah anak selepas anak tu berumur 2 tahun..dapat juga pulihkan badan untuk mengandung lagi,alhamdulillah abang arsyad dapat menerima kehadiran adiknya.memang ada gak dia cemburu juga bila kita dok meriba dan mendukung adiknya.tapi takpa lama2 dia dapat terima juga.

oklah sekian dahulu coretanku..bye.

Wednesday 7 February 2018

MASA BERPANTANG MASA TERBAIK BERSAMA ANAKKU




dah lama nadia tak update blog selepas bersalin tempoh hari.hari ni baru berkesempatan nak update.dah cergas dan kuat skit dah.ni pun taip sambil meriba anak..gigihkan saya..hehe..syukur dipermudahkan bersalin walapun kena induce..nanti nadia cerita pengalaman bersalin secara induce dalam entri lain ye.insyaallah..

Alhamdulillah hari ni dah nak masuk hari ke 29 nadia berpantang.sat ja masa berlalu..esok genaplah usia anak keduaku sebulan.anak keduaku lelaki juga tau..suamiku yang pilih nama iaitu Muhammad Hakeem..

kenapa nadia kata masa berpantang adalah masa terbaik bersama anak?/
ini adalah kerana masa berpantang nilah kita dapat membiasakan dan menyesuaikan diri dengan anak yang baru lahir.sekaligus dapat mewujudkan bonding terhadap anak dan ibu.nadia bekerja dan semestinya anak-anak akan dijaga oleh orang lain/pengasuh.jadi bila masa berpantang nilah peluang terbaik nadia untuk sentiasa mendampingi anak.

nadia ambik cuti bersalin 90 hari..lama tu..insyaallah nadia akan memperuntukkan cuti yang ada dengan sentiasa meluangkan masa bersama anak.oklah setakat ini dulu entri saya..bye..