Monday 26 March 2018

MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN PUJI ARABIAN DELIGHTS

kawan-kawan pernah makan nasi arab?sedap kan nasi arab bila dimakan.nadia dan keluarga telah pergi makan di Restoran Puji Arabian Delights di Alor Setar.

ni adalah kali kedua nadia pergi makan kat restoran ni.masa kali pertama datang ke restoran ni nadia tengah sarat  mengandungkan anak kedua, tak larat plak nak cerita dalam blog.kali ni ada kesempatan nadia cerita dalam blog ye.tapi tak banyak gambar yang sempat nadia ambil sebab sibuk uruskan anak-anak.maaf ye.gambar menu pun tak sempat nadia snap.huhuhuhu.

masa kami sampai kat restoran ni dah agak lewat, dah nak dekat pukul 9.30 malam.kami nak order nasi mandy kambing tapi lauk kambing dah habis.jadi kami hanya order nasi mandy ayam.lagipun diaorang dah nak tutup restoran.awal kan depa dah nak tutup.laku ooo makanan kat sini.sampai cepat habis la.

antara yang nadia ingat harga makanan kat Restoran Puji Arabian Delights adalah nasi mandy ayam berharga rm12 sepinggan dan nasi mandy kambing berharga rm15 sepinggan.kalau makan dalam talam untuk 4 orang pula berharga rm60 untuk nasi mandy ayam.lebih kurang sama harga la  kalau makan nasi dalam talam atau pinggan kan.biasalah makanan Arab memang macam tu harganya, agak mahal.

masa kami sampai orang sangatlah ramai sampaikan jenuh juga cari tempat duduk.almaklumlah makanan kat sini sedap-sedap belaka.Restoran Puji Arabian Delights ni terletak di Jalan Langgar, Alor Setar.restoran ni terletak berhadapan dengan Masjid Al Bukhari dan berdekatan dengan Sekolah Sultanah Asma.
alamatnya ialah : 

Restoran PUJI Arabian Delights,
No.15, tingkat bawah,
Komples Perniagaan Jelatek.
KM3 jalan langgar, 
Alor Setar, Kedah

untuk tempahan sila hubungi 📞 013-4747672


Restoran PUJI Arabian Delights


familiku tengah menjamu selera



nasi mandy ayam





Muhammad Arsyad bersama Tok Hasmah dan Tok Wan Aziz





adik-adikku.sementara menunggu makanan sampai







makanan belum sampai.selfie dulu..heheheh




nadia bersama arsyad.



bergambar kenangan di hadapan Restoran PUJI Arabian Delights, Alor Setar

BERIADAH DI TAMAN JUBLI EMAS, ALOR SETAR

baru-baru ni nadia dan adik beradik yang lain telah pergi beriadah di Taman Jubli Emas.nadia bersama kaklong,adikku Yana,Zati,Faiz,anakku Arsyad,Hakeem dan anak menakanku Afiq pergi jalan-jalan hirup udara segar di taman tersebut.taman ni terletak di Jalan Suka Menanti kat Alor Setar.masa ni nadia balik bercuti di rumah mak abah di Alor Setar.jadi sajalah jalan-jalan makan angin di sini.ambik angin petang.

taman ni merupakan tempat untuk beriadah seperti berjalan sekeliling tasik, berjoging, bermain di taman permainan,berpusing mengelilingi tasik menaiki basikal elektrik, menaiki kereta kuda dan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan.kat taman ni juga ada orang menjual makanan/minuman,air sabun,layang-layang dan sewaan kereta mainan elektrik.kalau nak tahu ada juga yang ambil peluang meniaga pakaian seperti tudung,baju kanak2 dan sebagainya.

kat sini juga adanya tasik yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang jinak.ramai orang berkesempatan bagi makan ikan.kami juga tidak terkecuali turut sama bagi makan ikan juga.anakku Arsyad dan sepupunya Afiq sangat seronok bagi makan ikan bila mereka dapat tengok sendiri ikan muncul ke permukaan air untuk makan makanan yang diberi.bila tengok anak-anak gembira bermain kejar-mengejar teringat pula zaman nadia kecik dulu.seronok kan ligan(kejar) orang ni.

kami menghabiskan masa selama sejam juga beriadah di Taman Jubli Emas tu.ya lah kami sampai pun dah nak dekat pukul 6 petang.jadi tak sempatlah nak dok lama-lama lagi sebab dah nak dekat waktu maghrib.lagipun ada bayi kecil ni anakku Hakeem.Hakeem pun tak meragam/menangis pun dan mungkin dia seronok juga tengok keindahan alam semulajadi.

kawan-kawan yang berada di sekitar Alor Setar bolehlah bawa famili korang beriadah ambik angin di Taman Jubli Emas ni.parkir pun takdak bayaran.free of charge tau.selalunya kalau musim cuti sekolah memang meriah ka dengan kehadiran ramai pengunjung ke sini.di sini dapatlah kita menenangkan fikiran kita yang berserabut daripada kesibukan kerja.kita dapat juga cuci mata tengok keindahan alam semulajadi ciptaan Allah dan tasik buatan ciptaan manusia.subhanallah ..sangat mengasyikkan dan tenangnya.

gerai jualan di Taman Jubli Emas



beriadah bersama familiku



laluan untuk orang berjalan dan berjoging






c
ada khidmat menunggang kuda






ada tasik di sini



Muhammad Arsyad bersama adikku

Nadia bersama anak keduaku,Muhammad Hakeem






kaklong bersama Muhammad Hakeem



bersantai di tepi tasik


pemandangan di Taman Jubli Emas


gerai jualan layang-layang.cantikkan?

KEDAI DIY BARU DI PASARAYA GIANT KULIM

Penduduk sekitar Kulim dah tau ka adanya Kedai DIY Kat Pasaraya Giant Kulim?selalu yang biasa kita pergi kedai DIY Kat Tesco Kulim kan.Kat Giant kulim ni merupakan kedai DIY baru.ianya terletak di tingkat atas pasaraya Giant berdekatan dengan food court.

Kedai DIY ni besar dan luas.ia merupakan kedai yang menjual perkakas rumah,hardware,barangan kereta,mainan dan pelbagai barang yang berguna untuk kegunaan harian.harga barangan sangat murah dan berpatutan juga.
Nadia dan suami suka shopping barang-barang rumah kat kedai DIY tak kiralah kedai DIY kat mana pun.sangat berpuas hati kerana barang yang dijual juga berkualiti tinggi.

Di sini saya sertakan gambar kedai DIY baru dalam pasaraya Giant Kulim.kawan-kawan yang berdekatan jomlah singgah ke kedai DIY baru ni kat Giant Kulim.anda dapat lihat banyak barang yang dijual di sini.





Kedai DIY baru dibuka di Giant Kulim



kaunter bayaran di hadapan pintu masuk






suasana dalam Kedai DIY





banyak pilihan barang dijual





berselfie di hadapan kedai DIY






promoter kedai DIY

Tuesday 20 March 2018

LABELLING ITEM MADE EASY

labelling merupakan salah satu cara untuk memudahkan kita mengenalpasti sesuatu barang.baru-baru ni nadia mood rajin skit jadi nadia telah melabel barang2 kat dapur tu.label kat bekas makanan macam milo, gula, kunyit,lada hitam,garam dan sebagainya.hal ini memudahkan kita untuk mengambil barang tersebut dengan melihat label tanpa perlu membuka bekas makanan untuk mengetahui isi apa di dalamnya.

kerja labelling ni sangat memudahkan kerja nadia bila berada di dapur.nadia juga ada melabel fail seperti fail yang mengandungi resit bayaran taska, fail salinan ic, fail bayaran duit kereta.fail tu pun fail murah ja.sori gambar fail tak dapat disertakan.masalah teknikal.huhuhu..sori ye.kalau nak tengok gambar fail yang siap nadia label follow my Instagram atau Facebook ye.kat situ ada nadia letak gambar fail yang siap dilabel.kat entri ni hanya dapat sertakan gambar barang yang dilabel kat dapur.



label pada bekas makanan

SERONOK ANAKKU DAPAT BASIKAL BARU

Muhammad Arsyad bersama basikal barunya

kanak-kanak memang suka sangat bila dapat basikal baru.anakku Muhammad Arsyad seronok bila ayahnya belikan basikal baru.cantik tak basikal arsyad ni?warna oren yang terang.nadia la yang pilihkan warna tu..hehehe

kalau perasan hon pada basikal baru arsyad tu adalah hon yang berbentuk ikan nemo.comelkan?unik ja.macam2 jenis basikal dah kita dapat lihat di pasaran sekarang.ada basikal yang siap ada bumbung la.bila berada di luar kawasan dan hujan turun boleh pasang bumbung basikal tu.zaman la ni macam-macam revolusi pembuatan basikal.zaman era teknlogi la kan.

zaman kanak-kanak la masanya untuk belajar mengayuh basikal.zaman ni masanya mereka berseronok mengayuh basikal.bila dah besar nanti mesti nak belajar menaiki kenderaan lain.tak layan dah basikal nanti.tapi buat masa sekarang biarlah kita biasakan anak kita bermain dan mengayuh basikal di kawasan rumah.dapat juga beriadah keluarkan peluh.awas jika anak anda bermain di luar rumah pastikan anda mengawasi anak anda dengan baik sebab banyak kenderaan yang keluar masuk kan kawasan rumah anda.bahaya juga kalau dibiarkan berseorang bermain basikal.kita sebagai ibu bapa kena perhatikan dan mengawasi mereka juga.

oklah sekian dahulu coretanku ni.bye,,,.

Sunday 18 March 2018

KEDAI GUNTING RAMBUT MUSLIMAH DI KULIM IAITU SALON JARI JEMARI TINIE

orang perempuan iaitu kaum muslimah semestinya lebih selesa pi gunting rambut dengan orang perempuan muslimah juga.lagipun  rambut adalah aurat dilihat oleh orang perempuan bukan Islam.

baru-baru ni nadia baru pertama kali pi gunting rambut kat Salon Jari Jemari Tinie  kat Taman Kemuning.salon ni diusahakan oleh seorang usahawan wanita yang juga buka Spa Jari Jemari Tinie.salon ni juga terletak bersebelahan dengan spa.pengusaha spa dan salon ni bernama Zuria Tinie Md Sazari (nama komersialnya di Facebook).nadia ada juga ceritakan pasal Spa Jari Jemari Tinie dalam entri yang lepas.

masa nadia pi salon ni nadia tak berkesempatan jumpa dengan pengusaha Spa Jari Jemari Tinie.pekerja salon yang dikenali sebagai Ummi yang gunting rambut nadia.Kak Tinie ni juga ada buka spa ke 2  di Bertam,Pulau Pinang.alhamdulillah bisnes kak Tinie berkembang, sampai dah buka cawangan kat tempat lain.

harga bayaran gunting rambut adalah dalam lingkungan rm8 hingga rm15.bergantung kepada panjang dan ketebalan rambut juga.

Salon Jari Jemari Tinie juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah :

💟gunting rambut
💟cuci rambut
💟rawatan rambut
💟warnakan rambut
💟luruskan rambut


perkhidmatan yang disediakan di Salon Jari Jemari Tinie

masa tu Nadia ada masa yang singkat ja jadi nadia hanya pi gunting rambut saja.bila2 nak juga pi cuci atau buat rawatan rambut ka.syoknya bila orang main kepala/rambut kita kan.lagipun salon ni bersebelahan dengan spa.jadi kalau ada masa terluang bolehlah buat facial, urutan ka kat Spa JarI Jemari Tinie pula.

oklah rakan-rakan yang berada di sekitar Kulim dan kawasan berhampiran marilah berkunjung ke Salon Jari Jemari Tinie yang terletak seperti di alamat di bawah :

Salon Jari Jemati Tinie
No. 598B Lorong Kemuning 1,
Taman Kemuning 1,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

Nombor untuk dihubungi sekiranya mahu booking slot :
019-5706475 (Pn.Tini)
017-4996014 (office)

Salon Jari Jemari Tinie


Nadia bersama salah seorang pekerja salon yang dikenali sebagai Ummi

RESEPI POTATO SMILE

Resepi Potato Smile

Bahan-bahan

6 Biji ubi kentang
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar serbuk roti
1 biji telur (terpulang nak letak atau tak mau letak)
1 ketul kiub pati ayam
garam

Cara membuatnya

1) rebus ubi kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk
2) selepas empuk, lenyek kentang sehingga sebati
3) campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk roti pada kentang yang telah dilenyek.
4)pecahkan telur sekiranya mahu letak.terpulanglah kepada masing2.
5)uli sehingga menjadi doh
6)jika adunan lembik tambah sedikit tepung jagung
7) canaikan adunan dan jangan terlalu tebal dan tekap menjadi bentuk bulat
8) buat bentuk mata dengan straw dan mulut dengan hujung sudu
9) gorengkan dalam minyak yang sederhana panas
10) setelah siap digoreng, bolehlah dihidang dan dimakan cicah bersama sos.
11) selamat mencuba ye! 




potato smile



Friday 9 March 2018

CIWI BILA GUNA TETIKUS TANPA WAYAR

baru-baru ni nadia ada beli tetikus ataupun org panggil mouse kat Shoppee..shopping online la kita memandangkan ari tu dok bertapa dalam rumah sahaja dan dalam pantang.sebenarnya murah sahaja mouse ni harganya dalam rm7 lbh ja..harga murah ni saja la beli nak cuba tengok..

bila dah cuba guna mouse ni seronok pula sebab rasa ringan dan pergerakan mouse tidak terhad ja.rupa rupanya bila pakai mouse tanpa wayar ni kita perlu connect kat laptop kita dengan connector usb..ala macam cucuk pendrive kat laptop tu..oo camtu rupanya kan..biasa la ciwi sat sebab tak pernah guna kan.heheheh





mouse yang nadia beli online



sama warna dengan laptop nadia ..cantik kan..hehehe

RESEPI RINGKAS PIZZA ROTI

BAHAN-BAHAN

Roti Gardenia
Kuah sos spagheti Kimball
Lada banggala yang telah dihiris halus
Ayam (yang telah dicarik-carik isinya)
Hotdog yang telah dipotong
Cendawan yang telah dipotong dadu
Cheesedale
Mentega

CARA PENYEDIAAN

1) mula-mula sapukan kuah sos spagheti pada permukaan roti.

2) letakkan hirisan cendawan,hotdog,lada banggala  dan cebisan ayam ke atas roti yang telah disapu sos.

3) lepas tu, letakkan cheesedale .

4) sapukan mentega pada permukaan bekas yang digunakan untuk membakar roti supaya roti tidak mudah melekat dengan bekas tersebut.

5)bakar roti di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 150 darjah celsius.

6) sedia dihidangkan. (disyorkan makan panas2 baru sedap!)





pizza roti yang telah siap dibakar