Friday 20 April 2018

AMALAN BERTUNGKU BAIK UNTUK KESIHATAN DIRI


tungku nadia guna masa selepas bersalin yang lepas

amalan bertungku bagus untuk kesihatan kita..nadia mula2 bertungku masa selepas bersalin.masa tu kali pertama bertungku.mak nadia selalu ingatkan nadia agar sentiasa amalkan bertungku kerana dapat memberi kesegaran badan kita semula setelah penat bersalin.

manfaat bertungku
🔴membetulkan perjalanan darah
🔴memanaskan badan
🔴memecahkan darah beku

jangan ikut suka ja letak batu tungku tu.kena letak pada tempat atau kawasan spot yang betul seperti di kawasan bahagian peranakan, pinggang dan kaki.

batu tungku perlu dipanaskan selama lebih kurang 45 minit atau 30 minit.kemudian perlu dibalut dengan kain yang bersih supaya apabila bertungku nanti tak melecur badan.

bagi yang bersalin secara pembedahan/caesarean perlulah tunggu dulu sehingga luka pulih.tapi kawasan perut jangan pula pi tungku.bertungku di kawasan yang jauh daripada parut kat perut tu.

waktu yang sesuai bertungku adalah pada waktu pagi sebelum matahari terbit dan waktu petang lepas asar.tetapi bertungku boleh juga dilakukan semasa badan rasa sejuk2 atau tidak selesa akibat perjalanan darah yang tidak lancar.tak semestinya semasa orang lepas bersalin juga perlu bertungku,orang yang tak bersalin pun boleh amalkan bertungku ni bagi melancarkan peredaran darah

BE POSITIVE





keep your thoughts positive because your thoughts become your words

keep your words positive because your words become your behaviour

keep your behaviour positive because your behaviour become your habits

keep your habits positive because your habits become your values

keep your values positive because your values become your destiny


-GANDHI-

BIHUN SUP MAKANAN KEGEMARANKU

sapa suka makan bihun sup kita geng...hehehe.bihun sup memang nadia suka makan sebab nadia suka makan benda yang berkuah.kalau letak kuah tu mesti kuah banyak melimpah dalam mangkuk tu.

bihun sup ni sedap dimakan bila kita tambah cabai hitam/merah..sedap ooo...aduh bila dok taip ni dah kecur air liur teringat makan bihun sup panas2...oooh nikmatnya.bila la dapat makan lagi..buat sendiri sebenarnya lagi puas makan kan..bukannya susah sangat pun.asalkan ada bahan memang syok la masak.bila masak sendiri yang syoknya boleh makan bertambah.ada lebih.puas la makan kan.

ari tu nadia masak bihun sup kaki ayam...sedap la meratah kaki ayam sambil makan bihun tu.ada sapa2 suka tak meratah kaki ayam? kaki ayam bagus ooo untuk kolagen dan kulit kita.

bihun sup yang nadia beli



bihun sup homemade yang nadia masak

Saturday 7 April 2018

WHITE COFFE 7E SEDAP

nadia dah jatuh cinta dengan white coffee 7Eleven.slalunya nadia beli white coffe 12 oz berharga rm3.air ni diambil sendiri saja oleh pembeli.layan diri ja ambik kat bekas yang dah siap.cuma tekan ja air apa yang kita nak beli.lepas tu, air akan keluar dan pastikan kita sudah letak gelas plastik 7E kat situ.ha mudah kan..

harganya pun berpatutan..rasanya yang sedap dan pekat.baunya harum.almaklumlah nadia ni pencinta kopi/nescafe.tapi ni hanya air white coffee panas ja tau..sejuk takdak.

white coffe 12oz 7Eleven



FIRST TIME KEJA MALAM TAHUN 2018

nadia baru start keja awal bulan 4 baru-baru ni setelah sekian lama cuti bersalin 3 bulan.selasa baru-baru ni nadia kena kerja malam ganti kawan sebabnya dia terpaksa bercuti menjaga anaknya yang sakit.

memandangkan kali pertama bekerja malam bagi tahun ni memang mulanya rasa kekok dan agak gementar.tapi alhamdulillah dapat pula partner keja malam yang baik.jadi urusan kerja menjadi mudah dan lancar.alhamdulillah syukur.

kerja sebagai juru x-ray memang kami ada juga keja shift tapi shift kerja kami berlainan skit daripada kerja shift nurse.selepas masuk keja malam esoknya kami masuk petang semula.kalau kami tak kena keja malam atau onkoll kami hanya bekerja ofis hour saja.dulu memang rasa kekok masa mula-mula kerja bila bekerja di malam hari lama2 tu dah biasa la.alah bisa tegal biasa .

oklah.nadia berharap nanti nadia akan bekerja dengan penuh dedikasi dan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu kerja.slogan Kementerian Kesihatan Malaysia, kami sedia membantu nadia kena sematkan di dalam diri kami sebagai kakitangan kerajaan yang berkerja di hospital.insyaallah...





TAHUN KE 6 BERGELAR JURU X-RAY




tanggal 3 April yang lalu genaplah 6 tahun nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan..pejam celik pejam celik sat ja dah lebih 5 tahun nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray.

banyak pengalaman pahit manis bila bekerja sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan.ada pesakit yang baik hati, menghargai pengorbanan kami, hormat dan tidak kurang juga ada pesakit yang biadap, bercakap kasar, suka meninggikan suara tanda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami.tapi semuanya nadia hadapi dengan redha dan sentiasa berusaha memantapkan lagi tugasan kerja nadia.

biasalah kerja memang banyak cabaran dan dugaaannya.kena banyak bersabar dan tabah menhadapinya.kerja mana yang mudah kan, semuanya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.oklah nadia harap nadia akan sentiasa berusaha  menjadi seorang juru x-ray yang berkaliber dan komited dengan tugas yang diberi.

oklah, sekian dahulu coretan nadia.




RESEPI ROTI SOSEJ CHEESE GULUNG

Bahan-bahan

Roti Gardenia
2 biji telur (bergantung kepada berapa bilangan roti juga)
Cheese
Serbuk roti
6 biji sosej


Cara membuatnya :

1) pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk..kacau rata
2)ambil sekeping roti .letakkan cheese di atas roti
3) letakkan sosej di atas cheese pula.gulung roti tersebut
4)roti yang digulung dicelup di dalam mangkuk yang ada telur tadi
5)selepas dicelup dengan telur, gelekkan gulungan roti dengan serbuk roti
6) masukkan roti ke dalam kuali yang telah minyaknya panas
7)goreng sehingga garing 
8) siap digoreng sedia untuk dihidangkan.
9) selamat mencuba ye.




bahan-bahan




semasa menggoreng



siap digoreng

Wednesday 4 April 2018

MASIH SETIA LAGI DENGAN HANDPHONE JENAMA OPPO

masa bulan 3 yang lalu, nadia telah membeli handphone baru..nak tau handphone apa tak?meh nak bagitau ni,nadia telah beli handphone jenama Oppo juga.dulu nadia pakai handphone Oppo F1s dan sekarang ni nadia telah beralih arah bertukar pada handphone Oppo F5.masih tetap setia dengan Oppo lagi tau..hehehe..handphone lama nadia yang dulu tu dah selalu buat hal , bak kata orang 'hangged'.

Nadia beli handphone Oppo F5 6gb ROM dan 64gb RAM.bila dah guna handphone 6gb dah jarang hangged dah..alhamdulillah..laju pun laju gak .nadia suka warna merah.jadi nadia pilih handphone warna merah.warna pujaan hatiku..hehehehe..camera handphone Oppo F5 pun cantik juga.puas hati la bila tangkap gambar.gambar sentiasa lawa ja.kalau tak silap nadia duta handphone Oppo F5 6gb adalah artis terkenal iaitu Neelofa.harga handphone ni di pasaran Malaysia ialah rm1698.tak rugi beli handphone ni sebab agak setanding juga dengan handphone lain yang canggih.

oklah,ni antara ciri-ciri dan kelebihan handphone Oppo F5 6gb.





General
  • Available Status: Available. Released 2017, November
  • Network Bands: 2G & 3G & 4G
  • SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
  • Dimension: 156.5  x  76  x  7.5 mm
  • Weight: 152 g (5.36 oz)
  • Body Type:
    Front glass, aluminum body
  • OS: Android 7.1.1 (Nougat)
  • CPU: Octa-core 2.5 GHz Cortex-A53
  • Chipset: Mediatek MT6763T Helio P23
  • GPU: Mali-G71 MP2
  • Internal: 64 GB, 6 GB RAM
  • External Memory: microSD, up to 256 GB (dedicated slot)
  • Battery: Non-removable Li-Ion 3200 mAh battery
  • Colors: Black, Gold, Red (6 GB only)

Connectivity
  • GPRS: Yes
  • EDGE: Yes
  • 3G/4G Speed: HSPA, LTE
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, WiFi Direct, hotspot
  • Bluetooth: 4.2, A2DP, LE
  • USB: microUSB 2.0, USB On-The-Go

Entertainment & Features
  • Sensor: Fingerprint (rear-mounted), accelerometer, proximity, compass
  • GPS: Yes, with A-GPS
  • Messaging: SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
  • Radio: No
  • Browser: HTML5
  • Java: No
  • - MP4/H.264 player
    - MP3/WAV/eAAC+/FLAC player
    - Document viewer
    - Photo/video editor

Camera & Video
  • Primary: 16 MP, f/1.8, phase detection autofocus, LED flash
  • Secondary: 20 MP (f/2.0, 1/2.8")
  • Video: 1080p@30fps
  • Feature: Geo-tagging, touch focus, face detection, HDR, panorama
  
Screen
  • LTPS IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
  • 6.0 inches, 92.9 cm2 (~78.1% screen-to-body ratio)
    1080 x 2160 pixels, 18:9 ratio (~402 ppi density)
  • Multi Touch: Yes
  • Corning Gorilla Glass 5
    - ColorOS 3.2

Sound & Music
  • Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loud Speaker: Voice 63dB / Noise 70dB / Ring 71dB
  • 3.5mm jack: Yes
    - Active noise cancellation with dedicated mic
  • Radio: No