Monday 21 May 2018

STRAWBERI MASAM MASAM MANIS

nadia teringin nak pi ladang strawberi kat Cameron Highlands sana nu..tapi tak berkesempatan lagi.mungkin 1 hari nanti nadia akan sampai juga ke sana.dengar kata kat Kedah ni kat Semeling, Sungai Petani ada juga penanaman strawberi.boleh membeli buah strawberi kat situ juga..bolehlah nadia terjah ke sana nanti..

sapa suka makan strawberi?nadia suka juga makan buah strawberi..rasanya yang masam masam manis membuatkan rasa sedap pula.untuk pengetahun korang,anak nadia yang sulung pun Muhammad Arsyad suka makan buah starwberi.

ni gambar strawberi merupakan buah yang dibeli di Cameron Highlands oleh rakan sekerja nadia.strawberi juga sedap dimakan jika dicicah dengan coklat cair.ooh nikmatnya...terasa kecairan coklat tu bila digigit dengan buah strawberi.

strawberi dari Cameron Highlands


antara khasiat buah strawberi adalah seperti di bawah :

💗 mempunyai vitamin C
💗 antioksidan
💗 memutihkan gigi dan menghilangkan bau mulut
💗 mencegah kanser
💗 mengubati jerawat dengan adanya asam salasiat di dalamnya
💗 menghaluskan kulit
💗 memberi kesihatan mata
💗 menurunkan tekanan darah tinggi dengan adanya potasium dan zat besi
💗 mencegah penyakit jantung

bermacam -macam khasiat buah strawberi .khasiatnya sangat berguna kepada kesihatan kita.jadi jom makan buah strawberi..

Monday 14 May 2018

SELAMAT HARI IBU MAK



masih belum terlambat nadia nak mengucapkan selamat hari ibu kepada semua golongan wanita yang telah bergelar ibu di seluruh dunia.ibu adalah wanita yang bersusah payah mengandungkan,melahirkan dan membesarkan kita sehinggalah menjadi dewasa.

ada yang memanggil ibu mereka dengan gelaran mama,umi,bonda,mak dan sebagainya,apa pun gelaran kepada seorang ibu yang pastinya merekalah orang yang sentiasa bersama-sama kita di masa susah dan senang.seorang ibu sentiasa memberi sokongan kepada setiap anak mereka.ibu mana yang akan membiarkan anaknya menderita.dia akan sentiasa berusaha membantu anaknya walaupun dirinya terpaksa melakukan pengorbanan.

bila nadia dah bergelar ibu pada 19 Januari 2015 nadia berasa sangat bersyukur kerana berjaya mengharungi pengalaman mengandungkan anak 10 bulan 6 hari ,kandungan overdue.alhamdulillah detik semasa melahirkan anak pertama memang tidak dapat dilupakan .masih segar dalam ingatanku lagi.sekarang dah bertambah anak lagi dan dah menjadi ibu anak dua.anak sulung bernama Muhammad Arsyad dan anak kedua bernama Muhammad Hakeem.bila dah bergelar seorang ibu barulah nadia faham bagaimana perasaan mak nadia dulu.

anak nadia yang sulung Muhammad Arsyad sekarang ni dah berumur 3 tahun , sudah petah bercakap.dia memanggil nadia dengan gelaran mama.dulu nadia nak anak panggil nadia dengan gelaran ibu tetapi Arsyad dah biasa dengar panggilan mama(semasa di taska) jadi dia sukar untuk melafazkan panggilan ibu. takpalah tak kisah pun asalkan anak nadia hormat dan tahu nadia merupakan ibu kandungnya.


oklah nadia ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak dan mak mertua nadia..merekalah menjadi tulang belakang nadia selepas suami nadia.tak lupa juga nadia ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang telah bergelar ibu dan bakal ibu sekalian.

kiri : mak nadia mengendong anak kedua nadia
kanan : mak mertuaku



nadia bersama anak-anakku

PERTUMBUHAN GIGI



Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?
.
Ya, perlu.
.
Walaubagaimanapun, lambat tumbuh gigi susu pertama adalah dikira normal dalam tempoh umur 15 bulan. Apabila gigi susu pertama mulai tumbuh, iaitu gigi depan bawah, gigi lain akan ikut sama keluar.


.
Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.
.
Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:
.
Kacip bawah pertama: 6-10 bulan
Kacip atas pertama: 8-12 bulan
Kacip atas kedua: 9-13 bulan
Kacip bawah kedua: 10-16 bulan
Geraham atas pertama: 13-19 bulan
Geraham bawah pertama: 14-18 bulan
Taring atas: 16-22 bulan
Taring bawah: 17-23 bulan
Geraham bawah kedua: 23-31 bulan
Geraham atas kedua: 25-33 bulan
.
Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:
.
11 bulan - 4 batang gigi susu
15 bulan - 8 batang gigi susu
19 bulan - 12 batang gigi susu
23 bulan - 16 batang gigi susu
27 bulan - 20 batang gigi susu


Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.
.
1. Anak boleh terus menyusu ibu dengan lebih lama tanpa risau anak menggigit dan kecederaan pada si ibu.
.
2. Ibu bapa juga belum perlu risau lagi tentang kesihatan gigi anak masing-masing sebab belum ada gigi lagi.
.
Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.
.
Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.



 





ANAK KEDAH HEBAT





negara Malaysia baru selesai menjalani pilihan raya umum kali ke 14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.bekas Perdana Menteri Malaysia yang Ke 4 Tun Dr Mahathir sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.hebatnya Tun Dr Mahathir dalam usianya 93 tahun beliau masih mampu menggalas tanggungjawab besar menerajui negara kita.Tun Dr Mahathir juga dilahirkan di negeri Kedah dan dah 2 kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Almarhum Maulana Al-Sultan Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga pernah menjadi Yang Di Pertuan Agong 2 kali di Malaysia iaitu pada  1970 hingga 1975 dan 2011 hingga 2016.alhamdulillah Sultan Kedah dipanjangkan usia sempat menjadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak 2 kali.

Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir juga dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak 2 kali juga.beliau merupakan anak kelima kepada Perdana Menteri kita Tun Mahathir.pada 6 Mei 2013 beliau menjadi Menteri Besar Kedah yang ke 11.selepas itu beliau mengumumkan peletakan jawatan pada 3 Februari 2016.akhirnya beliau dilantik sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah pada 11 Mei 2018 baru-baru ni selepas Pakatan Harapan menang.Dato' Mukhriz juga merupakan anak kelahiran Kedah.

sebagai rakyat yang berada di negeri jelapang padi ni nadia turut berasa bangga kerana Tun Mahathir, almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim dan Dato Mukhriz berjaya menyandang jawatan masing-masing sebanyak 2 kali,ini menunjukkan rakyat sentiasa memberi kepercayaan dengan kepimpinan dan kebolehan  mereka bertiga.bukan senang nak jadi pemimpin ni.perlu ada sifat berjiwa rakyat, telus, amanah dan komited dengan tugasan.



Tuesday 1 May 2018

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2018



nadia seorang wanita bekerjaya..bekerja sebgai seorang juru x-ray di salah sebuah hospital di utara tanah air.merupakan kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

alhamdulillah hari ni nadia dapat cuti.ada juga rakan sekerja yang terpaksa bekerja masa hari ni.biasalah kami kan kerja kat hospital , x-ray buka 24 jam sehari tau.pi la waktu mana pun mesti ada orang yang standy kat Jabatan Radiologi,

setiap tahun mesti ada sambutan hari pekerja di seluruh negeri di Malaysia.berkumpul di wisma negeri masing-masing.bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing la kan.

oklah nadia sekarang ni tak sabar menunggu kedatangan famili tercinta dari Alor Setar.mak, abah,kaklong dan adik2 dalam perjalanan ke rumah nadia di Kulim ni.sementara dok menunggu tu sempatlah siapkan entri ni dulu.hehehehe...waktu cutilah hari untuk kita berkumpul beramai-ramai bersama keluarga kan.kalau dah kerja masing-masing dah sibuk tak sempat nak meluangkan masa bersama.masa berkualiti bersama keluarga perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita ye.

oklah akhir kata..SELAMAT HARI PEKERJA







kerjaku juru x-ray