Saturday 14 July 2018

RESEPI DADIH

Bahan-bahan :

1 peket serbuk dadih segera
1 tin susu cair
100 g gula
bekas isi dadih
3000ml air

Cara membuat :

1) didihkan 3000ml air bersama 100g gula dan 1 tin susu cair(400ml)

2) setelah mendidih, padamkan api

3) campurkan kandungan serbuk dadih dan kacau selama 5 minit

4)masukkan gula buah-buahan yang telah disediakan di dalam pek tersebut dan kacau hingga rata

5) tuangkan ke dalam acuan bekas isi dadih

6) sejukkan dalam suhu bilik sekejap dan kemudian letakkan dalam peti sejuk

7) setelah beku, dadih sudah boleh dimakan

8) selamat mencuba


susu cair dan serbuk dadih segera




1 peket serbuk dadih dapat memuatkan 40 bekas kecil



KUNJUNGAN TETAMU DI RUMAHKU SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI 2018

lama dah tak update..hari ni baru sempat nak update blog..berhabuk dah kan..raya sebulan sampai blog pun tak update sebulan juga...jeemm krenng...hehehehe..kemalasan melanda almaklumlah sibuk uruskan anak2 dan bekerja juga.

saja nak bagitau ni tahun ni kami menerima kunjungan ramai tetamu juga.tetamu dari keluarga sebelah abah nadia (sepupu dan bapa saudara) dan famili mertua dan juga famili abang iparku.nadia taklah sedia juadah yang banyak cuma ditambah sedikit dengan bihun goreng dan kuih raya.almaklumlah kebetulan nadia baru ja balik bercuti dari kampung.jadi taklah sempat sangat menyediakan juadah yang banyak.

bila kita menerima kunjungan tetamu orang kata murah rezeki nanti,insyaallah..tetamu bukannya selalu berkunjung ke rumah nadia, selalunya hari-hari istimewa ja macam hari raya misalnya.jadi bila ada tetamu berkunjung ke rumah rasa seronok sangat.rumah akan berseri dengan riuh rendah suara tetamu berbual mesra dan bergurau senda.

lagipun dapat merapatkan silaturahim sesama sendiri.banyak perkara berbangkit dapat dibualkan.tambahan pula, dah lama tak jumpa kan..macam2 cerita la kami berbual.moga di lain hari kami dapat berjumpa lagi dan berkumpul ramai2 macam ni lagi.





famili sebelah abah nadia(sepupu dan bapa saudara)



famili mertua dan famili abang ipar