Tuesday 7 August 2018

IRON STEAMER PHILIPS MADE MY LIFE EASY

nadia nak cerita mengenai barang yang baru nadia beli ni..barang apa ye? seterika steam .nadia beli iron steamer jenama Philips.

iron steamer Philips


iron steamer Philips
2 years warranty
no cartridge needed
280g steam boost
1.5 liter water tank capacity
carry lock
smart calc clean

nadia rasa mudah dan cepat bila iron banyak baju apabila guna steam iron ni.harganya rm750..memang agak mahal padahal untuk seterika pakaian ja kan.tapi nadia beli bukannya cash sebaliknya nadia main kutu selama 7 bulan dengan my schoolmate dulu cikgu Azalina Farah.

kalau nak beli terus dengan harga tu pikir banyak kali juga nak beli,jadi nadia main kutu bayar bulan2..taklah rasa terbeban sangat nak keluarkan duit.giliran nadia dapat iron ni masa nak dekat raya hari tu..cikgu Farah hantar sendiri iron tu kat rumah mak nadia..kebetulan nadia dah balik bercuti di Alor Setar.

banyak kelebihan iron ni.antaranya -

😍menjimatkan masa kalau nak iron banyak baju

😍tak mudah terbakar sebab iron ni tak perlu setkan suhu.menukar suhu secara automatik mengikut fabrik yang diseterika

😍mudah digunakan dan sangat praktikal

cikgu Farah menyerahkan barang yang diorder dekat anak kutu,Nadia





RESEPI TOM YAM THAI

Bahan untuk pes tom yam

6 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
10 biji cili kering
4 batang serai
1 inci lengkuas
3 helai daun limau purut
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa

cara membuatnya - 

1)kisar semua bahan di atas.
2) panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar
3) masukkan air asam jawa dan letakkan garam dan gula secukup rasa
4)masaklah sehingga menjadi pes tom yam
5)jika untuk simpanan buatlah banyak sikit daripada biasa

bahan sup tom yam

pes tom yam yang telah siap dimasak
2 ulas bawang besar yang telah siap dipotong
6 helai daun limau purut
ayam
isi ketam
udang
3 lobak merah yang siap dipotong
cendawan
bunga kubis
putik jagung
2 batang serai yang telah diketuk
2 ketul kiub tom yam

cara membuatnya

!)rebus ayam selama 10 minit.masukkan bawang besar yang telah dipotong
2)masukkan pes tom yam yang telah di masak ke dalam air rebusan ayam tu
3)masukkan lobak merah,bunga kubis, putik jagung,udang, isi ketam dan serai ke dalam periuk 
4)setelah mendidih masukkan cendawan,daun limau purut dan kiub tom yam
5)perasakan dengan garam
6)setelah masak, hidangkan dan makan panas-panas.
7) selamat mencuba

tom yam thai

Sunday 5 August 2018

MY LOVELY PENCIL BOX



gambar di atas merupakan kotak pensel nadia..haa macam kanak2 riang kan ..almaklumlah berkenan corak kartun Minnie Mouse dan Elsa Frozen..hehehe..jangan kecam ye..

2 kotak pensel ni agak mahal juga harganya..original ni.bukannya tiruan..sori tak ingat dah beli harga berapa..ni beli kebetulan ada duit lebih sikit, jadi pejam mata beli jer la..dah lama teringin nak ada.anak nadia dah 2 orang lelaki jadi kotak pensel ni takkan jadi hak milik diaorang la..kartun ni kan watak kartun untuk girl kan.takkan nak bagi boy plak guna.jadi maknya lah yang teringin ni guna simpan alat tulis.biarlah kan maknya nak seronok ada kotak pensel kartun..hehehehee

MASA ITU EMAS




KONSEP MASA

Jumlahnya sama bagi semua manusia
24 jam sehari

7 hari seminggu
4 minggu sebulan
12 bulan setahun
Tidak boleh diperbaharui, diganti atau dikumpul
Terhad


terjemahan Surah al- Asr (surah yang ke 103 dalam kitab alQuran)

Demi MASA !
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran

KEPENTINGAN MENGURUS MASA


🌟Masa dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah
🌟Aktiviti dapat dilakukan secara cekap dan berkesan
🌟Dapat mengelakkan pembaziran masa
🌟Meningkatkan produktiviti
🌟Meningkatkan kecekapan dan ketepatan bekerja



PUNCA KEKURANGAN MASA


✨Tidak tahu mengenalpasti keutamaan di antara aktiviti
✨Suka menggunakan banyak masa untuk satu jenis kerja sahaja
✨Sikap suka menangguhkan kerja
✨Sikap “serba sanggup”
✨Terlalu banyak gangguan

NAMPAK MUDAH DAN SENANG KERJAYA JURU X-RAY TETAPI HAKIKATNYA.......



nampak mudah dan senang kerja menjadi juru x-ray kan..cuma ambik dan tangkap gambar anggota badan manusia..tetapi hakikatnya kami sebagai juru x-ray yang bertauliah perlu belajar anatomi dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai gambar imej yang dihasilkan dengan kaitan penyakit yang dihadapi..kami tak perlu mendiagnosis dengan jelas, itu semua kerja dan tugasan doktor yang berpengalaman tetapi kami kena tahu juga sedikit sebanyak apa gambar imej yang telah kami x-ray.

takkan la tau ambik gambar x-ray pesakit hinggakan tak belajar langsung mengenai ilmu menganalisa imej yang dihasilkan.ingat lagi masa student dulu nadia ada belajar subjek Critic Image..subjek ni lah yang membuatkan nadia berdebar-debar sebab kena belajar menganalisa dan meneliti gambar imej x-ray..bukan senang ooo sebab kena tau banyak benda seperti anatomi sebenar anggota badan manusia, jenis penyakit, dan sebagainya..

sebenarnya seronok menjadi juru x-ray ni kerana :

😍banyak mengajar nadia erti kesabaran dalam menguruskan ragam pesakit 

😍dapat membantu tugas doktor dalam mendiagnosis sesuatu penyakit

😍mempelajari ilmu baru mengenai sesuatu penyakit

😍memberi keinsafan kepada diri melihat pesakit yang mengalami kekurangan anggota badan gigih juga datang 
x-ray untuk menerima rawatan doktor

😍memberi semangat baru bila setiap kali x-ray, pesakit akan mengucapkan terima kasih..rasa lebih dihargai.