Tuesday 11 September 2018

RESEPI SUP TULANG LEMBU

BAHAN-BAHAN

1 kg tulang lembu
1 sup bunjut
5 biji bawang merah dikisar 
1 ulas bawang putih dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
4 biji ubi kentang dipotong 
1 kiub pati ayam
daun sup dan daun bawang
bawang goreng dan celery jika suka
garam dan gula secukup rasa
bahan penumis : 1 batang kulit kayu manis,3 biji buah pelaga,4 kuntum bunga cengkih dan 1 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK

1) mula-mula rebus tulang lembu di dalam periuk noxxa jika ada.guna high pressure selama 45 minit.masukkan air lebih tinggi paras daripada tulang.

2) selesai merebus tulang, tumis semua bahan penumis berserta bawang yang telah dikisar dan dimayang ke dalam periuk..masukkan juga halia. 

3) air rebusan tulang tu boleh dimasukkan ke dalam periuk yang telah siap dengan bahan tumisan tu.letakkan sup bunjut dan ubi kentang

4) setelah empuk ubi kentang,masukkan tulang yang telah direbus ke dalam periuk 

5) masukkan garam dan gula secukup rasa.

6) kiub pati ayam boleh dimasukkan ke dalam kuah sup tu untuk memberi rasa.

7) biarkan selama beberapa minit sehingga mendidih kuahnya

8) hidangkan dengan daun bawang dan daun sup.kalau anda sukakan bawang goreng dan celery bolehlah tambah ke dalam hidangan sup tulang lembu ni.

9) selamat mencuba 

sup tulang dalam periuk

sedia dihidangkan..sup tulang dalam mangkuk


TAYANGAN FREE SEMUA SALURAN CHANNEL ASTRO BERAKHIR 17 SEPTEMBER 2018


bermula selepas 31 Ogos 2018 pihak Astro telah memberi tayangan secara percuma semua channel.jadi channel yang kita tak pernah langgan kita dapat tengok secara percuma ja.wah, terima kasih Astro kerana memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang melanggan Astro untuk menikmati peluang keemasan ni.

nadia berpeluang melayan dan menonton english movies ,bollywood (filem Hindustan box office) dan filem Korea sepanjang tempoh Astro memberi tayangan percuma ni.lebih kurang 3 minggu juga kita berpeluang menonton channel yang tak pernah kita tengok.haa untungkan sapa yang melanggan Astro..sapa yang ada Njoi tak berpeluang la sebab anda hanya beli pakej Njoi sahaja.tayangan channel percuma ni khususnya untuk pelanggan Astro.

sepanjang pengetahuan nadia, tayangan percuma ni akan berakhir selepas Hari Malaysia iaitu pada 17.09.2018.
akhir kata, sekali lagi nadia ucapkan terima kasih Astro dan moga Astro akan terus sukses menjadi gemilang dan terbilang di rantau Asia ni.

BORONG BABY BROOCH KAT SHOPEE

first time beli secara borong baby brooch @ kerongsang kat Shopee..secara kebetulan nadia dok scroll scroll kat web shopee tu ternampak pula belian borong baby brooch kat situ..

nadia kan selalu hilangkan kerongsang tudung .jadi tanpa fikir panjang terus ja tekan klik button buy tu.korang nak tahu baby brooch tu berharga rm30 untuk 100 pieces.ok la kan harga tu.kalau beli kat kedai pun 1 brooch rm1 kan.

tambah la koleksi kerongsangku..setakat ni nadia pakai baby brooch yang beli online ni ok la.jarang la nak patah pin dia.tapi kena pandai buat pilihan juga untuk beli brooch secara online ni sebab benda tak nampak depan mata kan.nadia selalunya baca review pembeli yang lain dulu.bila banyak feedback positif barulah nadia buat pilihan untuk membeli barang tersebut.





baby brooch yang dibeli di Shopee

ASSIST FOOD MACHINE @ PUTING MAKANAN

ASSIST FOOD MACHINE @ PUTING MAKANAN

kawan-kawan pernah tengok dan tau tak apa bendanya ni?benda ni untuk bayi yang baru nak merasa makanan.puting makanan ni mempunyai lubang-lubang sederhana besar di sekelilingnya.gambar di atas nampak puting tu kuning kan? sebenarnya nadia dah masukkan potongan pisang ke dalam puting tersebut.

bagaimana cara bayi nak guna? 
mudah saja.bayi hanya perlu menghisap puting dan dia akan merasa sedikit makanan yang keluar daripada lubang-lubang puting tersebut.

makanan apa yang boleh guna?
buah buahan yang mudah dihadam seperti pisang,epal yang telah dilenyek,betik,ubi kentang dan keledek yang telah direbus

kelebihan menggunakan assist food machine
anak dapat menikmati makanan tertentu dengan sendiri tanpa mudah tercekik kerana makanan hanya keluar melalui lubang-lubang puting sahaja.

dimana untuk dapatkan alat ini?
boleh dapatkan di kedai bayi berdekatan anda

gambar di bawah menunjukkan anak nadia khusyuk menikmati pisang yang diletakkan ke dalam puting makanan tersebut.mudah kan zaman sekarang ni macam2 benda yang dicipta oleh manusia bertamadun untuk kemudahan orang ramai.

khusyuk Hakeem menikmati pisang yang diletakkan dalam food assist machine

muka berkerut..reaksi makan pisang