Sunday 28 October 2018

BORONG TUDUNG AIDIJUMA DI SHOPEE









Tudung Aidijuma sememangnya menjadi pilihan nadia.semua orang mesti tau jenama Aidijuma ni sudah lama berada di pasaran dan sangat terkenal di kalangan remaja perempuan dan wanita.

Tudung Aidijuma ini diasaskan oleh Datin Norjuma Habib Mohamed.

Datin Norjuma



setiap tudung Aidijuma mempunyai label mengikut warna .setiap label warna mempunyai harga tertentu.anda boleh lihat seperti gambar di bawah.





nadia selalu shopping online tudung Aidijuma kat Shopee.memudahkan sebab tak perlu pergi ke butiknya.kadang2 bila pergi berkunjung ke butik Aidijuma stok tudung yang nadia nak beli selalu cepat habis.jadi nadia pun akan shopping kat Shopee la.memang ada kos pos delivery tetapi lebih menjimatkan masa sebabnya semuanya di hujung jari.klik bayar dan tunggu sahaja tudung sampai selamat ke rumah.

gambar-gambar di bawah merupakan antara koleksi tudung Aidijuma yang nadia beli kat Shopee.

anda yang peminat tudung Aidijuma pula beli online ka pergi ke butiknya?










I AM BAWAL LOVERS

antara koleksi tudung bawal yang nadia beli

siapa peminat tudung bawal?

tudung bawal ni takkan lapuk ditelan zaman kerana patern tudung bawal yang sentiasa mengikut arus semasa.ada pelbagai jenis tudung bawal yang plain (kosong), bermanik dan bercorak.tudung bawal ni boleh dipakai sepanjang zaman sebab boleh digayakan dengan pelbagai jenis fesyen baju.

harga tudung bawal juga ada yang murah dan ada yang mahal..kena pandai pilih la yang mana satu pilihan anda semua.ada orang sanggup menghabiskan duit beribu ringgit untuk beli tudung bawal  yang ada manik-manik kristal..semuanya terpulang pada diri sendiri..alah membeli menang memakai..ukurlah baju di badan sendiri.

jangan mudah melabel orang yang suka membeli bawal yang mahal sebagai membazir duit..mungkin orang tersebut selesa memakai tudung bawal yang mahal.lagipun dia berkemampuan membeli tudung bawal yang mahal harganya.biarlah janji dia menggayakan tudung bawal tersebut mengikut syariat Islam.

dulu ada suatu ketika nadia malas nak pakai tudung bawal sebabnya kena selalu seterika tudung tu.tapi sekarang ni terbalik plak walaupun ada 2 orang anak lelaki yang perlu diuruskan nadia rajin pulak iron tudung bawal untuk dipakai ke mana-mana.mungkin sebab dah terjatuh cinta dan selesa pakai tudung bawal kot..

anda pula bagaimana? adakah bawal lovers juga?

VITAMIN C SOLUBLE FLAVETTES EFFERVESCENT VITAL PILIHANKU

VITAMIN C YANG NADIA MAKAN
adakah anda juga mengamalkan pengambilan vitamin C?berbagai jenis vitamin C di pasaran sekarang berbentuk pil , cecair dan soluble(meresap dalam air).terpulanglah kepada anda untuk pilih yang mana satu.

kebaikan pengambilan vitamin C :

💗 meningkatkan daya ketahanan/imunisasi badan

💗 anti oksida

💗 merendahkan tekanan darah tinggi

💗 mengekalkan berat badan yang ideal

💗 meningkatkan aliran darah ke dalam mata

💗 mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes

💗 menyembuhkan luka

💗 menghasilkan kolagen

nadia telah memilih untuk membeli vitamin C yang larut dalam air iaitu jenis Flavettes vital..bila masukkan vitamin C ke dalam gelas yang berisi air kosong ia akan melarut..lepas melarut , bolehlah minum air vitamin c tu..rasanya macam minum air oren saja.

vitamin C ni merupakan 3 in 1 iaitu mempunyai vitamin C,vitamin D dan kalsium.haa macam2 ada.nadia syorkan kita semua perlu menambah vitamin C kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C yang secukupnya oleh badan.oleh itu, perlu mengambil langkah makan vitamin C untuk makanan tambahan.


Friday 26 October 2018

TUDUNG BAWAL.SHAWL & TUDUNG INSTANT SARUNG YANG MANA SATU PILIHAN ANDA?



tudung bawal & shawl akan membuatkan anda kelihatan muda manakala tudung instant sarung akan membuatkan anda kelihatan berumur dan sedikit matang.

sapa yang setuju dengan pendapat saya ni?tapi sebenarnya terpulang pada individu yang memakainya kalau dia pandai menggayakan gaya tudung , pakai tudung instant pun boleh kelihatan muda juga.

bagi pendapat nadia, nadia kelihatan berumur bila pakai tudung instant sarung..rasa kelihatan berusia.lagipun muka nadia nampak sedikit matang dan agak lebar bentuknya.heheehe perasaanku ni.entahlah kan..

walaubagaimanapun pakai apa jenis tudung pun yg penting niat bertudung perlulah daripada hati yang ikhlas kerana Allah..tiada paksaan sesiapa pun ye.

MY TOM CAT GAME KESUKAAN ANAKKU




My Tom Cat adalah game kegemaran anakku Arsyad.permainan game ni boleh didownload di Playstore dalam handphone.ni anakku main game kat ipadku.download kat Apps store.

game ni melatih kebolehan kanak-kanak untuk menjaga dan membelai seekor kucing dengan memberinya makan, mandi, tidur.apabila kucing tu dah letih bermain perlu diberi masa untuk berehat dan tidur pula.bila nampak dia lapar kena la bagi makan .dah kotor perlu  bersihkan dan bagi mandi.

anakku, arsyad bersungguh sungguh membelai kucingnya.hehehe.game ni hanya di alam maya sahaja tetapi ia boleh juga memberi gambaran sebenar sekiranya kami menjaga atau membela kucing yang sebenar nanti.ia sedikit sebanyak melatih kanak-kanak menjadi insan prihatin dan kasihkan binatang ternakan.

JALAN-JALAN ZOO TAIPING BERSAMA FAMILI TERCINTA

pada 5 oktober yang lalu, nadia, suami dan anak-anak telah jalan-jalan makan angin di Zoo Taiping.alhamdulillah masa kami sampai di sana cuaca masih cerah dan tak hujan .syukurlah boleh masuk tengok haiwan puas-puas.

tiket masuk berharga rm16 bagi dewasa dan bagi kanak-kanak pula berharga rm8.kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas  perlu bayaran masuk..Hakeem baru berumur 9 bulan.jadi tak perlu bayar la.

kat Zoo Taiping macam-macam haiwan kami dapat lihat seperti gajah,zirafah,harimau,buaya,rusa dan banyak haiwan lain lagi.Arsyad berasa teruja bila melihat macam-macam haiwan.lagipun ni merupakan pengalaman pertama dia berkunjung ke zoo.macam-macam soalan yang Arsyad tanya bila dia tengok gelagat haiwan.

jika kita malas nak berjalan jalan sendiri Zoo Taiping ada sediakan kereta api yang mengelilingi sekitar zoo.kami seronok lagi jalan-jalan tengok haiwan daripada naik trip kereta api sebab bila jalan-jalan rasa lagi puas tengok haiwan lama-lama.dapat tengok dengan lebih dekat lagi.

bila berkunjung ke zoo anak-anak pasti teruja melihat haiwan yang ada sebabnya selalu mereka tengok dalam televisyen dan buku sahaja.ni bila tengok live depan mata rasa lagi puas dan menyeronokkan bila melihat gelagat haiwan.ada tu Arsyad tergelak bila dia tengok beruang dok mengasah kuku sambil bunyi ketit..ketit..sungguh melucukan.

jalan-jalan melihat haiwan di zoo merupakan kenangan nadia bersama famili tersayang.my sweet quality time with my sweet family.









orang utan

suami dan anak sulungku

aku bersama anak bongsuku

Arsyad khusyuk tengok rusa
zebra dan zirafah



muka riang gembira Arsyad dapat tengok haiwan
 di Zoo Taiping



Friday 12 October 2018

JATUH HATI DENGAN BAJU SKRUB X-RAY BARU

baju skrub yang baru ditempah

Baru-baru ni rakan sekerja Nadia telah mencadangkan kami yang bekerja onkoll buat baju skrub yang sama pattern.kebanyakannya bersetuju dan masing-masing bayar rm70 untuk baju skrub tersebut .baju skrub tersebut berwarna hijau gelap.

Baju skrub tu ditempah secara online.saiz baju kami ukur sendiri mengikut ukuran baju yang telah diberikan mengikut saiz baju sama ada M,L ,XL dan sebagainya..Nadia pilih saiz yang besar memandangkan Nadia pun berbadan lebar juga.


Untuk pengetahuan korang, Nadia merupakan orang pertama yang memakai baju skrub tu masa mula-mula baru dapat baju..kebetulan Nadia antara yang terawal onkoll dulu iaitu shift  keja petang.nasib baik Nadia beli saiz yang besar jadi rasa lebih selesa di pakai bila buat keja x-ray.
Gambar di bawah menunjukkan gambar baju skrub juru x-ray hospital kami.cantik tak?hehehehhe  





nadia bersama rakan sekerja
selfie

Sunday 7 October 2018

ANDROID OTG MOUSE MOBILE WITH KEYBOARD

ramai blogger dok bagitau update blog menggunakan OTG mouse mobile phone ja sekarang ni..nadia pun terjebak juga.nak tahu nadia beli kat mana? nadia beli kat online shopping Shopee..

harganya mampu dimiliki iaitu rm27.11 tidak termasuk postage tau.memang memudahkan kita nak usung pi mana2..tak payah bawa beg laptop dah.mudahkan..

mula2 masa sampai tu nadia try la connect kat handphone..hairan kenapa tak detect pun..last2 bila bertanya rakan blogger Fieza Sani rupanya kena setting dulu kat handphone..

nadia kan guna handphone Oppo F5.jadi nadia tengok youtube camna nak setting.

first step kena pi kat Settings > Additional settings > ON OTG connection

bila mouse dah menyala atau kursor dah ada kat skrin tu maksudnya dah detect la dan boleh digunakan dah.

best tau guna ni...ok kalau berminat usha usha la kat Shopee tu.💓
Pilihan nadia