Tuesday 25 December 2018

ENJOY WATCHING YOUTUBE WITH MY SMART TV







mungkin sesetengah orang dah lama ada smart tv.nadia baru dapat merasa ada smart tv..suami nadia ni kaki tv juga.suami nadia la yang belikan tv baru iaitu  smart tv jenama LG 55 inci.jadi teruja sat bila dapat sambungkan wifi mobifi Digi kat smart tv tu.

apa lagi nadia pun layan la macam2 cerita..tengok Youtube la.Astro On the Go la...semuanya sambung guna wifi mobifi Digi.anak nadia pun seronok juga dapat layan kartun kegemaran dia kat tv tu.macam la kartun dia Boboboy,Ejen Ali,Upin Ipin,Didi & Friends dan banyak lagi la.

bagaimana nak sambung wifi kat smart tv :

# pi kat Setting > Network > Wifi > connect media dan letak password wifi >tekan OK









nadia juga buat senaman zumba tengok smart tv ni..kalau ada masa lapang dan rajin nak buat senaman..tu pun kalau anak2 dah nyenyak tido..barulah mamanya terhegeh hegeh bersenam.tapi puas la tv besar , jadi nampak lebih jelas dan nyata.alhamdulillah terima kasih suamiku belikan smart tv ni..

sekian..terima kasih sudi membaca..

Monday 10 December 2018

ONKOLL DEWAN BEDAH MEMANG MENGUJI KEIMANAN DIRIKU SEBAGAI SEORANG JURU X-RAY




Seperti yang sudah sedia maklum nadia merupakan salah seorang juru x-ray (radiographer) di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah. juru x-ray ada onkoll bekerja di dewan bedah yang menguruskan mesin C- arm (II)  .hanya 
juru x-ray perempuan yang mengandung sahaja tak dibenarkan keja di dewan bedah sebab x-ray yang menggunakan mesin II ni sangat kuat radiasinya.jadi bahaya untuk ibu yang mengandung.

kami dikehendaki memakai baju plumbum lead gown apabila mahu menjalankan kerja x-ray di dewan bedah.semua yang berada di dalam bilik operation dikehendaki memakai baju lead gown tu.ini adalah untuk mengelakkkan terkena dedahan radiasi pada diri.baju plumbum lead gown dapat menghalang dedahan radiasi terkena pada seseorang.







                                                   




di hospital yang nadia bekerja jika ditugaskan bekerja di dewan bedah.kami perlu bertugas onkoll 24 jam.jika tiada kes dewan bedah selepas ofis hour boleh balik berehat di rumah.staff dewan bedah akan menelefon kami sekiranya ada kes yang perlu x-ray di dewan bedah.selalunya kes ortopedik yang memerlukan x-ray seperti kes k-wire,plating, rf nail, ILN, dan banyak lagi.

kenapa nadia kata onkoll dewan bedah menguji keimanan kerana kadang-kadang apabila dipanggil semasa pukul 2 atau 3 pagi memang meletihkan.masa semua orang sedang nyenyak tido tapi kita perlu bersengkang mata bekerja.memang mengantuk dan menguji kesabaranku yang senipis kulit bawang.tapi memandangkan tu merupakan tugas kami sebagai juru x-ray jadi nadia redha saja dan tabah menghadapi tugas yang diberikan.

seronok bekerja sebagai juru x-ray ni sebenarnya..mengambil gambar tulang manusia,sesuatu yang unik dan menarik.



ALL ABOUT BOOKS DURING MY FREE TIME






I am a booklover..seronok bergelumang dengan dunia buku...bau buku baru tu merupakan satu nikmat yang sukar dinyatakan..sapa yang suka buku tu  mesti faham akan apa yang saya cakap ni kan..bau buku baru merupakan suatu nikmat dan membuatkan diri kita segar semula(refresh)

masa lapang nadia selalunya akan berbuat sesuatu yang ada kaitan dengan buku..

đź’“read books (baca buku) baca buku motivasi, buku parenting keibubapaan, majalah, buku pengurusan kewangan

đź’“buy books (beli buku) membeli buku baru untuk menambah koleksi bahan bacaan yang ada

đź’“research books (mengkaji buku) mengkaji buku apa yang hot selling di pasaran buku bagi tahun tertentu dan akan membuat keputusan untuk membeli buku tersebut atau tidak.

đź’“ review book (meneliti buku) meneliti buku yang menarik di pasaran.review juga jalan cerita buku tersebut

đź’“smell books (menghidu buku) suka bau buku..tambah2 buku baru yang baru dibeli.suatu nikmat yang tak dapat didustakan...ahakss...

đź’“rearrange books (menyusun buku) mengemas dan menyusun buku di rak buku yang sedia ada..

banyak  manfaat yang kita dapat apabila kita rajin membaca buku.kita dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengetahui info baru..meningkatkan keyakinan diri apabila banyak membaca buku motivasi..banyak tau kalau nak senaraikan ...

oklah, sapa yang macam saya juga? cer komen skit..hehehehe

 terima kasih kerana sudi membaca...sekian wassalam