Monday 28 January 2019

HAPPY BIRTHDAY TO MY FIRST SON

Anakku Muhammad Arsyad dah masuk umur 4 tahun
pada 19 Januari yang lalu.ni gambar masa Arsyad berada dalam kereta nak pi sekolah tadikanya.

Muhammad Arsyad merupakan anak sulung mama yang pertama kali menghuni rahim mama.kamulah yang menjadikan mama seorang ibu setelah lahirnya di dunia ni.kamulah yang menjadikan mama seorang ibu yang cekal melakukan sesuatu kerja  walaupun mama sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga.

kek Arsyad yang nadia beli

kek Arsyad yang nadia beli


sambutan hari jadi Muhammad Arsyad diadakan 2 kali untuk kali ni..sambutan pertama di rumah tok semasa kami balik kampung di Alor Setar.Arsyad tersenyum riang gembira apabila mak lang Yana, mak tih Zati, pak su Faiz. tok Hasmah dan Tok wan Aziz menyanyikan lagu "happy birthday"..

sambutan kali kedua adalah semasa di sekolah tadikanya..kali ni buat pertama kali Arsyad dapat menyambut hari jadinya bersama kawan-kawan tadikanya.lagipun Arsyad baru bersekolah di tadika baru tu.

alhamdulillah anak mama dah besar.mama harap kalau Arsyad baca blog mama nanti Arsyad akan tahu yang mama sentiasa mengabadikan memori manis bersama anak-anak di dalam blog.mama doakan Muhammad Arsyad akan menjadi anak yang soleh mendengar kata mama dan ayah dan sentiasa menghormati semua orang di sekelilingmu.


topi birthday semasa sambut kat rumah tok

BERWASPADA MINUM TEH HIJAU THAILAND




Teh  hijau ni dikenali sebagai teh hijau Thailand.

tetapi, teh hijau thailand tidak boleh diminum kerap sebabnya ia banyak bahan pewarna.

antara kesan sampingan akibat minum teh hijau :

👎 kandungan kafein dan tanin dalam teh hijau mencegah penyerapan nutrisi dalam tubuh

👎 melambatkan proses pencernaan

👎menganggu melakukan sesuatu kerja akibat pencernaan yang lambat

👎 tidak boleh diminum ketika perut kosong

👎boleh menyebabkan keracunan hingga merosakkan fungsi hati

JADI KALAU NAK MINUM TEH HIJAU THAILAND NI BOLEH TETAPI WASPADALAH JANGAN AMBIL TERLALU KERAP YE!!
💀SAYANGILAH DIRI KITA💀

KERABU SOTONG VS KERABU MAGGIE







KERABU SOTONG



anda suka makan kerabu?nadia suka makan kerabu..tak kisahlah kerabu sotong ka atau kerabu maggie...selalu kerabu sotong atau maggie nadia makan dan beli di kedai masakan Thailand.orang Pattani pandai masak jenis kerabu ni..

rasanya masam-masam juga..sedap tau bila makan kerabu sotong dengan nasi panas2..boleh makan bertambah nasi tu..hehehe..kalau nak meratah saja kerabu sotong tu boleh juga makan macam tu saja.terpulanglah pada selera masing2 kan.

KERABU SOTONG


kerabu maggie sedap dimakan bila di dalamnya ada udang,fishball,fishcake dan macam2 lagi..ni pun sedap makan masa panas2..nadia tak suka makan kerabu maggie bila ianya dah sejuk..lebih suka lagi makan masa ianya panas.

kawan2 yang lain camna lebih suka makan yang mana satu?kerabu sotong ka kerabu maggie?kedua-dua kerabu ni ada keistimewaan tersendiri.

KERABU MAGGIE

Wednesday 16 January 2019

SELAMAT HARI LAHIR ANAK KEDUAKU




anak nadia yang kedua Muhammad Hakeem menyambut hari lahirnya pada 10 Januari yang lalu.dah masuk setahun dah umurnya..tak sangka dah besar, rasa baru ja bersalinkan dia ja.abangnya , Muhammad Arsyad juga akan menyambut hari lahir dalam bulan Januari juga iaitu pada 19hb ni.

kedua-dua orang anak Nadia dilahirkan pada bulan Januari.jadi bolehlah sambut sekaligus.hehehee...Muhammad Hakeem dah boleh berjalan sendiri sebelum umurnya masuk setahun.masa bulan 12 tahun lepas dia dah pandai berjalan sendiri tanpa bantuan.alhamdulillah syukur..usaha tanpa jemu walapun jatuh berkali kali Hakeem tetap gagah mahu berjalan juga..good job my son...

moga anak mama Muhammad Hakeem dapat menjadi anak soleh mendengar kata mama dan ayah..insyaallah..mama sayang anak-anak mama ni..walaupun kadang-kadang mama jadi "singa" juga bila ampa berdua buat perangai.

BUKU TADIKA ANAKKU

Buku-buku tadika Arsyad


untuk makluman semua, anak nadia yang sulung Muhammad Arsyad dah start bersekolah tadika berdekatan dengan taska adiknya..hantar berdekatan dengan taska adiknya kerana mudah untuk nadia menghantar dan mengambil anak-anak nadia.taska dan tadika dok taman yang sama juga.

baru-baru ni Arsyad dah dapat buku teks dan buku latihan.terkejut juga nadia bila tengok bukunya banyak juga bagi pelajar yang baru berumur 4 tahun.cikgunya bagi bawa balik buku-buku untuk ditulis nama dan perlu membalut buku dengan plastik buku.

nadia pun dah lama tak membalut buku ni..almaklumlah masa zaman sekolah ja dulu balut buku kan.balut jugalah walaupun taklah kemas sangat pun.mama harap Arsyad akan belajar rajin-rajin ye anakku sayang..mama tak paksa suruh Arsyad boleh membaca masa umur 4 tahun ni, cukuplah kenal huruf dan abjad dulu..tapi kalau dah pandai mengeja dan membaca itu merupakan suatu bonus buat anak mama yang baru 4 tahun..

mebalut buku dengan plastik buku

BEKERJA MALAM DI HARI KEDUA TAHUN BARU




Kerjayaku sebagai seorang juru x-ray semestinya ada kerja malam.bagi tahun 2019, nadia start keja malam pada hari kedua tahun baru, 2.1.2019.

hari tu keja onkoll ct scan..alhamdulillah dapat melalui keja malam dengan baik dan tenang ja..kebetulan pesakit pada malam tu taklah ramai sangat..jadi takdaklah rasa penat buat kes.

walaupun nadia onkoll ct scan, nadia perlu bantu rakan sekerja yang onkoll bilik general untuk buat kes-kes general juga sekiranya tiada kes ct scan..kes ct scan kebanyakannya yang kena scan tu scan kepala iaitu ct brain.ct brain tu merupakan kes basic dalam ct scan.semua juru x-ray perlu tahu camna nak buat kes ct scan brain.

permulaan tahun 2019 semasa nadia keja malam ni berjalan dengan lancar..alhamdulillah..moga di lain-lain hari nadia dapat menjalankan tugas dengan baik dan berjalan lancar.insyaallah..amin... 

Friday 11 January 2019

NESCAFE PERASA BARU...TROPICAL PARADISE




Anda dah pernah rasa kenikmatan nescafe perasa baru?

sedap pula flavor baru nescafe tropical paradise ni..rasa oren dan bau kelapa.bagi nadia yang pencinta kopi ni sedap la juga..sapa yang suka minum nescafe mungkin akan jatuh cinta dengan perasa baru ni..tapi terpulanglah pada citarasa masing-masing kan...mungkin ada yang tak suka sangat..

kalau anda nak cuba rasa belilah ye..rasa nikmat bau dan rasa baru..

SELAMAT TAHUN BARU 2019 MASIHI..SELAMAT TINGGAL 2018




Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat tahun baru bagi tahun 2019.alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umur kita semua ye, jadi bersyukurlah.nadia bersyukur juga kerana dah dikurniakan 2 orang putera sepanjang perkahwinan kami yang berusia 5 tahun.

anak sulung nadia yang bernama Muhammad Arsyad dah berusia 4 tahun dan nadia sudah menyekolahkan dia hantar tadika.biarlah dia belajar sambil main2 dulu lebih kurang macam playschool sambil belajar.dapat juga ilmu baru kat dia.

anak yang bongsu Muhammad Hakeem dah boleh berjalan sejak hujung bulan 12 ari tu..ni umur dia pun dah cukup setahun.alhamdulillah.

tahun baru ni nadia sentiasa berazam macam tahun2 lepas juga.azam supaya dapat menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak tersayang.menjadi anak yang taat kepada kedua ibu bapa dan menjadi pekerja yang cemerlang

kawan2 sekalian camna pula?azam baru anda apa pula?