Wednesday 13 March 2019

MEWARNA HOBIKU SEMASA WAKTU LAPANG

mewarna semasa waktu lapang kalau mood rajin

selain hobi nadia membaca ketika masa lapang, nadia pun suka mewarna doodle..

nadia suka tengok kaler warna-warni..rasa macam suatu terapi minda dan relakskan diri melalui mewarna ni..

ada kata ala macam budak2 pula suka mewarna.terpulanglah pada anda untuk menilai hobi orang yang suka mewarna.mewarna tu merupakan suatu seni yang tak dapat digambarkan bagaimana rasa seronoknya bermain dengan kaler yang berwarna-warni..

masing-masing ada hobi tersendiri .jadi hormatilah apa yang orang tu suka buat masa lapang.asalkan benda tu tidak memudaratkan diri dia.

BUKU PERMAINAN UJI MINDA

buku permainan uji minda kepunyaan Nadia

kawan-kawan pernah tengok buku permainan uji minda macam ni tak?mungkin ada yang dah biasa tengok buku yang lebih kurang macam ni kan.

buku permainan uji minda ni mempunyai beberapa aktiviti yang perlu diselesaikan seperti cari perkataan,teka silang kata, maze,mesej tersembunyi, padanan, susun huruf, dan macam2 lagi.

yang menariknya buku-buku ni dapat memberi ilmu pengetahuan mengenai judul buku tersebut seperti mengexplorasi mengenai 25 rasul,surah2 alQuran dan surah al Baqarah..sangat menarik kerana memberi info kepada pengguna buku ni.ia memberi kupasan yang lebih mendalam mengenai sesuatu perkara yang kita dah lama tahu ataupun tau sedikit saja.ini mengingatkan kita semula apa yang pernah kita baca dan belajar semasa di alam persekolahan dulu.

kat mana nak dapatkan buku ni ye?
nadia beli buku macam ni kat Hasani Bookstore jer kat Landmark Kulim, Giant.
selalu nadia beli apa-apa jenis buku kat Kulim Hasani Bookstore sebabnya kat sana ada pelbagai pilihan buku.lagipun nadia menjadi ahli dan ada kad ahli.jadinya murah la sebab ada diskaun bagi setiap pembelian barang kat situ.

jikalau kawan2 berminat nak beli cubalah pergi ke kedai buku yang berdekatan.jika nasib anda baik mungkin akan jumpa buku macam ni juga.ok sekian saja reviewku..

terima kasih sudi membaca coretanku ni...  

Friday 8 March 2019

BAWANG PUTIH GORENG RANGUP


bawang putih goreng rangup

baru-baru ni nadia ada beli secara online bawang putih goreng rangup .adik rakan sekolah nadia dulu yang jual bawang putih goreng ni.satu balang berharga rm10 sahaja.tak termasuk dengan bayaran pos ye..nadia tak sabar nak balik kg ambik barang ni , jadi beli online ja..barang boleh cepat dapat sebab bukannya selalu nadia balik kg.

rasanya sedap..garing.rangup.nipis sahaja.kalau orang yang suka makan bawang putih mesti boleh makan bawang putih goreng ni.

nadia makan bawang putih goreng rangup ni bersama nasi lemak , nasi goreng, bihun sup..sedap..makan bertambah-tambah..
Antara khasiat yang terkandung dlm bawang putih ialah

💗 melancarkan perjalanan darah

💗membuang angin dalam badan

💗membantu menurunkan kadar kolestrol

💗meningkatkan antibodi


sesiapa yang berminat dan mahu membeli bawang putih goreng rangup ni bolehlah menghubungi si penjual ni :

WANI'S KITCHEN
NO. 58 TAMAN SAYANG
MUKIM PADANG LALANG
06250 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

NO.TEL : 019-4463966 (WANI)


makan bersama nasi goreng

makan bersama nasi lemak

KAUNTER X-RAY CERIA

Kaunter x-ray yang berwajah baru

Kaunter pendaftaran kat jabatan x-ray di tempat kerja nadia dah bertukar wajah..dah menjadi lebih ceria dan kemas.rakan sekerja nadia yang rajin menghias dan mendeko semula kaunter ni.

kaunter merupakan tempat rujukan pertama pesakit apabila datang ke sesuatu jabatan.kaunter merupakan tempat pertanyaan sesuatu hal yang berkaitan.kaunter perlu sentiasa kelihatan kemas dan menarik supaya nampak kelihatan cantik di mata sesiapa pun yang melihatnya.

jadi, rakan sekerja nadia mengambil insiatif untuk menjadikan kaunter pendaftaran di jabatan kami menjadi lebih menarik.

nampak lain skit la kaunter daripada sebelum dihias..gambar sebelum kaunter dihias nadia tak sempat pula ambik gambar.hanya dapat tangkap gambar selepas kaunter siap dihias.

bila kaunter dah kemas dan menarik , rakan sekerja perlu bersama-sama menjaga kekemasan kaunter dengan lebih teratur..jangan pula biarkan kaunter berselerak dengan barang yang tak sepatutnya.beringatlah ye ada mata-mata yang sentiasa memerhati kaunter kita.




BROKOLI SAYUR KEGEMARAN ARSYAD

Arsyad suka sangat dengan sayur brokoli


selalunya kanak-kanak memilih untuk makan sayur.Arsyad pun tak semua sayur arsyad suka makan.tetapi kalau sayur brokoli memang dia suka sangat.arsyad panggil 'sayur hijau'.

selalunya nadia akan masak sup ayam dengan brokoli, sayur campur bersama brokoli ataupun rebus brokoli sahaja.buat masak apa pun mesti arsyad makan asalkan adanya brokoli.

brokoli merupakan sayuran hijau tanpa lemak yang rendah sodium, kalori dan tinggi akan serat,vitamin C,potasium,B6 dan vitamin A.

10 khasiat brokoli :

💗mencegah kanser terutamanya kanser payudara dan kanser rahim

💗mengurangkan kolestrol

💗meningkatkan kesihatan jantung anda

💗merupakan anti infalamasi yang dapat memperlambat kerosakan sendi termasuk osteoarthritis

💗mencegah osteoperosis kerana mengandungi kandungan kalsium dan vitamin K yang tinggi

💗menjaga kesihatan mata dengan adanya beta karoten,vitamin A, fosfor,B kompleks,vitamin C dan E

💗memiliki kadar antioksidan yang kuat

💗menjaga kesihatan kulit dan merawat dari dalam

💗menjadi anti penuaan dengan mengurangi garis-garis halus, jerawat dan pigmentasi

💗menjadi agen pencernaan yang baik untuk kesihatan tubuh badan


nadia berharap agar anak nadia, arsyad akan terus makan sayur sehinggalah besar nanti..adik Hakeem pun nampak macam suka juga sayur brokoli bila tengok abang dia berselera makan..adik ni suka tiru abang dia..takpalah tiru benda baik takpa kan..


jadi sayur brokoli sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak makan sayur tak kisahlah sayur apa pun.sayur memberi banyak manfaat kepada kesihatan diri kita.


adik Hakeem tengok dan perhati ja abang Arsyad



NAME TAG BARU

name tag baru


saja la nak bagitau nadia baru buat name tag baru.first time buat name tag letak lambang logo radioactive.

name tag ni nadia tempah kat Kedai Fotostat Iman Aina.harganya hanya rm7 sahaja.kedai ni terletak di Kulim Avenue berdekatan dengan kedai lampu dan foot spa.

masa siap name tag hanyalah dalam masa 3 hari sahaja..cepatkan?

nadia berpuas hati dengan name tag ni sebab kelihatan cantik dan ekslusif pula...terperasan pula..sori no..hehehe..

sesiapa yang tinggal d sekitar Kulim bolehlah mengunjungi Kedai Fotostat Iman Aina ni..mereka juga menyediakan perkhidmatan laminating,binding,penjualan alat tulis, computer print,fax dan scan.


Sunday 3 March 2019

TUDUNG AJ KEGEMARANKU

tudung jenama Aidijuma

Dah lama beli tudung Aidijuma ni...baru sempat nak update kat blog.ni contoh tudung Aj yang nadia beli secara online di laman Shopee.beli online jer malas nak pi terjah butik Aidijuma..kat kulim ni takdak official store untuk tudung ni..jadi nak mudah beli online la..

tudung ni merupakan tudung kegemaran nadia sebab coraknya yang cantik bila dipakai dan unik..corak bunga-bunga dan rama-rama memang merupakan corak kesukaan nadia.

kalau dah memang berkenan apa lagi memang terus beli la..sejak2 pakai dan suka tudung bawal ni nadia suka beli tudung bawal Aidijuma..senang dan mudah dibentuk apabila dipakai.

kawan-kawan pula bagaimana?adakah peminat tudung Aidijuma juga ka?

BAJU T-SHIRT BERKUALITI DENGAN HARGA MURAH

baju t-shirt nadia beli untuk anakku, Arsyad

baju t-shirt berkualiti dan merupakan kain cotton nadia beli di pasar tani dekat market Kulim..harganya hanyalah sehelai rm5...jadi sangatlah berbaloi untuk dibeli dan dimiliki.baju t-shirt ni boleh dijadikan baju harian.lagipun kain baju ni taklah tebal pun, nipis saja.

baju harian ialah baju yang dipakai hari-hari semasa berada di rumah.boleh juga nak buat pakai semasa berjalan kat tempat yang dekat2..terpulanglah kepada kita.

anak nadia yang sulung tu,Muhammad Arsyad seronok la bila dapat baju t-shirt ni sebab ada gambar kartun kegemarannya Boboboy dan Doraemon.apa lagi boleh dikatakan hari-hari nak pakai baju yang nadia beli ni ja.lepas ja basuh nak pakai balik.anak oh anak..begitulah ragam budak-budak kan seronok pakai baju kegemaran.

oklah, saja ja nak cerita pasal baju t-shirt yang harganya murah tetapi berkualiti.

AIS KRIM BASKIN ROBBINS



ais krim perisa oreo mint


ais krim Baskin Robbins ada macam2 perisa..selalu orang akan konsikan pasal kesedapan ais krim ni.ya memang diakui ais krim Baskin Robbins sangat sedap tetapi harganya boleh tahan mahal juga..tetapi sebab sedapnya ais krim ni rasa  berbaloi beli.

gambar di bawah ni nadia kongsikan pelbagai perisa ais krim 
Baskin Robbins untuk rujukan kepada newbie yang baru nak merasa ais krim ni







DILEMA SEORANG WANITA YANG SUDAH BERKAHWIN



Tak pernah beranak .... "Mandul!"
Gugur kali ke-3 .... "Rahim lembik!"
Czer kali ke-3 .... "Rahim cacat!"
Anak sorang ...."Tak subur!"
Beranak anak ke-5 .... "Gelojoh!"
Mengandung awal... "Biar betul cepat nya!"
Jadi perempuan, semua berlaku pd kita dipertikaikan..Lebih2 lagi bab anak2..
Everyone is having their own struggles in life.
Jgn ditambah dgn kata2 kurang simpati.

Wanita yg tiada anak...Jgn ditangisi.
Kamu bukan mandul,
Kamu istimewa,
Krn Allah SWT mahukan masa kamu utk Dia sepenuhnya..
Wanita yg keguguran...Jgn ditangisi,
Tidak semua anak2 di muka bumi ini yg lahir Islam dpt mati dlm iman.
Tetapi Allah SWT dah jaga keislaman anak2 kalian
Pasti seorang anak syurga itu ada di sana kelak.
Wanita yg bersalin czer...Jangan ditangisi,
Jika zmn dahulu dgn komplikasi yg kita hadapi skrg...kemungkinan anak2 kita sudah meninggal di dlm perut.
Tetapi dgn kurniaan teknologi, anak2 kita selamat.....Kitalah wira yg sanggup dilapah demi menyelamatkan anak2...
Bukan sekadar hanya melahirkan.
Wanita yg tak ramai anak...Jangan disesalkan,
Anak yg satu sudah mencukupi dari mana2 berlian di dunia ini.
Yg satu mampu jadi yg terbaik jika dijaga kualiti didikan Islamnya....
Lihatlah pada Rasulullah SAW itu sendiri, si anak tunggal.
Kpd ibu2 yg beranak ramai...Jgn dikeluhkan,
Zuriat yg ramai itulah bekal kita di alam barzakh kelak,
"Doa anak yg soleh"...
Susah anda hanya di dunia,
Mewah anda ada di sana.

Kpd semua wanita di luar sana...
Stand up...Stand out.
Be proud of who you are.
Ada anak @ tidak,
Normal @ czer,
Ramai @ tidak.
Belajar mensyukuri nikmat yg ada,
Belajar utk abaikan kata2 mereka di luar sana.
Mengapa perlu bersedih dgn kata2 durjana,
Sdgkan byknya rahmat Allah SWT terbentang di depan mata....yg kita boleh syukuri.
"WANITA" kita insan yg hebat 💗💗 kurniaan Allah SWT... Jgn sesekali mengalah !!!












JAM TANGAN KEGEMARANKU



ini merupakan jam tangan kegemaranku..nadia suka pakai jam tangan yang talinya getah...rasa lebih selesa..pernah juga pakai jam tangan yang talinya rantaian besi tapi rasa kurang selesa skit.rasa macam berat ja..hehehehehe

jam tangan jenama Casio ni nadia beli secara online.beli kat Shopee.harganya yang sebenar adalah rm103.jam tangan ni original tau.harga selepas diskaun adalah rm41.20.bolehlah tu beli harga yang mampu milik.

ada orang suka beli jam tangan yang boleh tahan dan pakai lama.jam tangan yang berharga ratus2 ringgit..terpulang kat masing-masing..ikut kemampuan kita la.beli setakat mana yang mampu.jangan paksa diri beli jam tangan yang mahal sangat, satgi tak cukup duit pula untuk beli barang lain pula. 

kawan-kawan yang lain pakai jam tangan jenama apa pula?suka beli secara online ka beli terus kat kedai?