Thursday 11 April 2019

JATUH CINTA DENGAN GARLIC BREAD DAN WHITE COFFEE RESTORAN OLD TOWN WHITE COFFEE

white coffee

nadia merupakan penggemar kopi susu.nadia suka minum white coffee bersama garlic bread apabila pergi makan di Restoran Old Town White Coffee.


Restoran Old Town White Coffee merupakan kopitiam yang mendapat sijil halal yang pada mulanya dibuka di Ipoh, Perak pada tahun 1999.akhirnya berkembang dan menjadi banyak cawangan di seluruh Malaysia.

di sini berbagai jenis kopi dan minuman lain disediakan.juadah masakan pun berbagai menu juga seperti nasi lemak Old Town White Coffee, laksa, mee kari,roti bakar.

pencuci mulut ataupun orang panggil dessert juga ada seperti ais krim, ais kacang, dan banyak lagi.

memang harga di Restoran Old Town White Coffee boleh tahan mahal juga..tetapi, bagi pendapat nadia ianya berbaloi sebab kopinya pekat dan juadah makanannya yang tidak mengecewakan dan boleh tahan sedap juga.selalunya nadia pi makan kat sana jika ada duit lebih dan teringin nak makan garlic bread yang nadia suka tu.

ada juga harga murah sikit bila ambik set breakfast, lunch atau teatime.

kalau anda nak cuba makan garlic bread memang nadia syorkan pergilah rasa di Restoran Old Town White Coffee yang berdekatan dengan anda..terpulanglah kat anda semua untuk membuat pilihan, citarasa kita lain-lainkan..


garlic bread


kedua-duanya jadi kegemaranku bila berkunjung ke Restoran Old Town White Coffee

BILA SHOPPING BERSAMA ANAK

Arsyad & Hakeem diletakkan di dalam troli

apabila shopping di pasaraya nadia dan suami selalu meletakkan anak-anak di dalam troli barang..kalau dibiarkan berjalan mereka akan menyentuh dan menarik barang-barang dalam pasaraya tersebut.berkemungkinan kalau kena barang kaca dan mudah pecah boleh menyebabkan kena bayar ganti rugi pula.jadi bagi memudahkan kami untuk membeli barang tanpa kekacauan, kami letakkan mereka di dalam troli.

memang diakui troli barang tidak semestinya bersih.kami akan memastikan selepas pulang daripada membeli belah di pasaraya nadia akan menyalin baju dan memandikan mereka dengan menyental sabun terutamanya di kaki dan tangan.moga dijauhkan terkena penyakit HFMD (tangan,kaki,mulut).

kadang2 nadia bawa dan guna baby carrier ataupun baby trolley yang nadia beli.bergantung kepada keadaan semasa. 

SHELLOUT DI KULIM

shellout di Restoran Kak Sue Mi Kuah Tulang di tengah2 pusat bandar Kulim

apa itu shellout? shellout merupakan suatu hidangan masakan yang berasaskan makanan laut (seafood) yang dihidangkan di atas helaian plastik dan dimakan beramai-ramai.shellout tersebut ada udang, ketam dan kepah.shellout dimakan bersama nasi.

nadia telah pergi mencuba makan shellout di Restoran Kak Sue Mi Kuah Tulang yang terletak di tengah-tengah pekan Kulim.sedap juga hidangan shellout di sana yang setnya berharga rm35.

di sana hidangan istimewa adalah mi kuah tulang gear box..Selain hidangan istimewa mi kuah gear box, pelbagai juadah lain seperti mi sizzling, hidangan barat, tomyam, shell out dan masakan panas turut disediakan di restoran berkenaan yang beroperasi setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

kawan-kawan yang berada di sekitar Kulim bolehlah mencuba makan di restoran ni..ramai orang selalu berkunjung di restoran ni..berdekatan juga dengan Pasaraya 99 Ceria..