Wednesday 19 June 2019

AIR TEBU

air tebu

bila cuaca panas, sedap sungguh apabila dapat minum air tebu ais.rasa lega tekak dan rasa segar dapat minum air tebu semasa hari yang panas terik.

ada orang tua2 melarang perempuan yang baru hamil tak digalakkan minum air tebu kerana ada kemungkinan risiko keguguran..katanya air tebu sangat tajam.tu pun bergantung kepada ketahanan badan seseorang.

antara manfaat minum air tebu adalah :

💜menurunkan kadar kolestrol

💜merawat kulit dan mengurangkan tanda penuaan

💜menguatkan tulang

💜menyeimbang kadar hormon stress

💜membantu tidur lebih nyenyak

💜mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke

💜meningkatkan antibodi daya ketahanan tubuh badan

💜jadi pengganti gula pasir bagi pesakit diabetis

💜mempunyai glukosa dan memberi kekuatan tenaga


walaupun air tebu mempunyai manfaatnya, tetapi kita haruslah minum berpada-pada supaya simptom sakit kepala, mual,sakit perut dan imsomnia tak terjadi


Sunday 9 June 2019

DULU & SEKARANG

dari kiri : Shafik (sepupuku), Alif (sepupuku) & Faiz (adikku)

gambar di atas merupakan gambar dulu masa adikku dan sepupu kami kecik lagi dan gambar sekarang ni masa depa dah besar meningkat remaja dah.

sepupu perempuan nadia la yang bagi cadangan supaya mereka bertiga buat gaya macam gambar masa depa kecik tu..buat throwback dulu dan sekarang.

nadia suka tengok gambar ni apabila dapat tengok betapa mereka dah meningkat usia remaja..dah besar panjang pun sekarang..gambar dulu tu sangat comel la..gambar sekarang pula makin handsome..jadilah no puji adik sendiri dan sepupuku..hehehehee..jangan marah na..

masing-masing masih belajar lagi..moga adikku dan sepupuku ni dapat menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara..kakngah harap ampa bertiga sentiasa akan mengekalkan ukhwah tali persaudaran kita sebagai satu famili...bak kata pepatah air dicincang tak akan putus..marilah kita sentiasa berhubung antara satu sama lain tak kiralah bila masa pun. tak perlulah hari raya saja dapat berjumpa walaupun semua sibuk dah dengan kehidupan masing2.

FIRST TIME JEJAKKAN KAKI DI IKEA BATU KAWAN, PENANG


Raya Syawal ketiga yang lepas nadia bersama mak dan adik2 perempuan nadia telah berkunjung di Ikea Batu Kawan, Penang.Ikea Batu Kawan ni baru dibuka beberapa bulan yang lepas.kawan-kawan mesti tau kan ikea tu apa?

Ikea tu merupakan suatu shopping mall yang menjual barang kelengkapan rumah dan merupakan tempat kegemaran orang untuk shopping yang merupakan one stop centre of houseware.sebelum dibuka di utara Semenanjung Malaysia, Ikea ada di Cheras dan Kota Damansara.dulu kalau pi belah KL, mesti orang akan singgah cuci mata dah cuci duit poket beli barang rumah..tapi, sekarang orang yang tinggal di Utara tanah air tak payahlah bersusah payah nak pi sana..kat Penang pun dah ada Ikea.mudahkan untuk kita cari barang.

kalau pi Ikea, antara tempat tujuan orang ramai selalu serbu adalah kafe yang menyediakan makanan yang menjadi buah mulut orang ramai meatball dan chicken wings.kami juga turut sempat merasa makan kat kafe di tingkat 2.kebetulan kami pi masa orang nak pi solat Jumaat , jadinya taklah beratur panjang sangat untuk memesan makanan.

ok not bad la makanan dia..sedap sehinggakan anak nadia makan tak berhenti-henti si Hakeem tu..sedap sangat makan chicken wings tu sampai menjilat jari..kami turut makan mushroom sup.pasta dia bagi nadia kurang sedap sebab agak masam sikit kuahnya..yang lain sedap la.

selepas kenyang menjamu selera, barulah kami berjalan jalan cuci mata beli barang yang kami berkenan.besar sungguh ikea ni sampaikan anak nadia, si Arsyad tu tak larat nak berjalan, nak dok atas troli barang tu.tapi puaslah dapat berpeluang pi berjalan jalan di ikea tu..mungkin kebetulan kami pi masa hari raya jadi senanglah juga cari parking.petang masa nak balik tu baru nampak banyak kereta nak masuk ke pintu ikea.

pengalaman nadia bila berada dalam Ikea tu memang agak seronok melihat showroom yang sangat cantik dekonya..rasa nak buat macam tu juga kat rumah sendiri.jika kita pandai dan suka deko rumah memang baguslah kalau berkunjung di ikea ni kerana ianya dapat memberi secebis idea bagaimana nak hias rumah bagi nampak lebih cantik .

bila ada masa terluang lagi, insyaallah nadia nak mai sini lagi dengan suami pula..masa ni suami kena keja..jadinya nadia pi dengan mak,adik2 dan anak2 saja.





makanan yang kami order..ultraman Arsyad pun sibuk nak interframe juga..hehehehe


chicken wings


meatball


Arsyad & Hakeem


nadia melayan anak2 makan


Arsyad & Hakeem dalam troli

Arsyad & Hakeem bermain tab tv kat dalam bilik salin bayi

nadia bersama mak di  kafe Ikea

kami berlima bergambar kenangan di pintu masuk Ikea


Ikea Batu Kawan, Penang
Arsyad sibuk nak bergaya pakai spek mata hitam..

Saturday 8 June 2019

OOTD RAYA SYAWAL KEDUA

#teammerah #teamrayakedah

gambar ni diambil semasa raya kedua yang lalu..cukup susah nak bergambar si Hakeem ni..ada ja gambar yang tak ready.masa ni suami nadia pi kerja..nadia pi rumah sepupu beraya bersama mak,abah dan adik2..baju t-shirt anak nadia ni sebenarnya adik nadia yang hadiahkan kat Arsyad & Hakeem..adik nadia beli semasa dia pi bercuti di Korea tahun lepas.kebetulan nadia tak pernah lagi pakaikan baju ni kat diaorang, jadinya baju t-shirt ni jadi baju raya anak2 la.baju nadia pula jubah seluar beli online ja...

rezeki anak2 nadia la tahun ni..banyak juga depa berdua ni dapat kutip duit raya.alhamdulillah syukur mama keluarkan duit raya bagi kat anak buah, anak mama pula dapat duit raya juga.insyaallah duit raya anak2 nanti nadia nak masukkan dalam akaun Tabung Haji diaorang nanti.

setiap tahun memang nadia akan masukkan duit raya anak2 ke dalam akaun Tabung Haji masing2.jadi duit raya tu dapat dijadikan simpanan masa depan mereka.setakat ni tak usik lagi la duit raya yang dalam akaun tu.alhamdulillah semakin bertambah jumlahnya setiap tahun..rezeki anak2..💕



SALAM AIDILFITRI ..SALAM LEBARAN

foto raya familiku




Alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat beraya bersama famili tercinta..nadia dapat cuti bermula daripada raya pertama sampailah raya kelima..syukur alhamdulillah..tetapi suami nadia kerja pula.dapat beraya dengan famili pun dah seronok dah..

di kesempatan ni, nadia ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan terutamanya buat rakan2 yang sudi membaca blog nadia yang agak sendu ni..hukhuk..terima kasih sudi baca blogku ni..mohon ampun dan maaf sebab tak dapat balas komen anda semua disebabkan ada masalah setting kot kat blog nadia..nadia akan cuba bertanya kepada yang arif mengenai blog kenapa komen tak dapat dibalas.nadia akan balas semula komen2 anda semua jika telah diperbaiki masalah tu nanti. 

terimalah pantun raya untuk anda semua :

Doa restu dan maaf dipinta,
Sesama insan di pagi raya,
Kekalkan persaudaraan yang ada,
Semoga sejahtera kita bersama.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.




anakku bergaya dengan baju melayu