Wednesday 3 July 2019

FIRST TIME BELI AIR MINUMAN STARBUCKS

Starbucks merupakan rangkaian coffee house yang berasal drpd Amerika Syarikat..telah melebarkan sayapnya di seluruh negara dan mempunyai lebih kurang 30000 cawangan di seluruh dunia.

ada bermacam-macam jenis kopi dijual..harganya pun boleh tahan mahal juga la.

pertama kali nadia beli air minuman starbucks kat giant Kulim masa awal tahun ni.memang bagi nadia harganya memang mahal.kopinya rasa sedap dan pekat..bila ada duit lebih barulah nadia merasa beli..sebabnya lebih daripada rm10 kot..boleh dah beli makanan kalau dah lebih drpd rm10 tu kan.

setakat ni nadia tak repeat lagi beli air starbucks ni..masih kuat menahan nafsu daripada membeli.orang yang suka dan kerap minum air Starbucks tu berkemungkinan ada duit   lebih la dapat beli air minuman yang boleh tahan mahal juga.

terpulang kat masing2 kan..ada duit belilah ikut keperluan bukannya kehendak..sesekali bolehlah turutkan kehendak tu.



resit bayaran


java chip  frappucino

NASI LEMAK BILIS TELUR JADI PILIHANKU

nasi lemak ikan bilis telur

nampak sedapkan nasi lemak dalam gambar kat atas tu.bagi Nadia bila makan nasi lemak, nadia suka makan ikan bilis dan telur..jarang ambik lauk lain macam ayam dan daging..

rasa sedap tambah-tambah kalau ikan bilis tu rasa rangup dan garing..memang sedap la mengunyah kan..ooh nikmatnya..

nasi lemak kat negeri Kedah harga yang paling murah setakat ni dijual hanya rm1 atau 80 sen.bergantung kepada kuantiti nasi juga.

kawan-kawan pula kalau makan nasi lemak suka lauk apa?