Saturday 21 September 2019

JEREBU..BERHATI-HATILAH


Pada bulan September ni, negara kita turut sama mengalami jerebu sejak negara Indonesia mengalami kebakaran hutan.disebabkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 banyak sekolah di seluruh Malaysia ditutup.pelajar sekolah dinasihatkan berada di dalam rumah dan tidak melakukan aktiviti di luar rumah.

















DIM SUM SEDAP

dim sum



apa itu dim sum?dim sum adalah sejenis makanan Cina.sekarang ni di Malaysia masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa turut tahu dan reti makan dim sum.dim sum dibuat daripada kepingan yang intinya ada banyak jenis seperti daging,udang.sotong, ayam dan banyak lagi.

selalunya dim sum dikukus.jika mahu menggoreng dim sum boleh juga..terpulanglah kita nak makan cara bagaimana ianya dimasak.pilihan di tangan kita..kita yang nak makan pandai-pandailah kita masaknya.

dulu nadia kurang gemar makan dim sum..tetapi nadia dah suka makan dim sum sejak nadia beli dim sum daripada jiran yang berdekatan dengan rumah nadia.bila beli sebungkus dim sum dapat sebotol sos pencicah percuma.rasanya sedap tau.sangat berbaloi beli.

kawan-kawan yang tinggal di Kulim bolehlah beli dim sum ni..jika sesiapa yang berminat nak rasa dan makan dim sum ni bolehlah menghubungi nombor di bawah :
Puan Faizah 👉017-2324013

selain Kulim, beliau boleh juga COD di sekitar kawasan Bukit Mertajam.


antara contoh pek dim sum yang dijual


BAHAGIA CARA SENDIRI..BERSYUKURLAH



Masing-masing ada cara sendiri untuk rasa bahagia.bahagia bermaksud suatu keadaan perasaan  aman damai serta gembira.Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat.

💗Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.

💗Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia...

💗Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..

💗Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..

💗Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang.

Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.BAHAGIA CARA SENDIRI ASALKAN TAK MENGANGGU ORANG LAIN..




Sunday 15 September 2019

KEGEMARANKU IKAN KELI BAKAR



ikan keli merupakan makanan kegemaran nadia.ikan keli bakar cicah air asam saja boleh membuatkan nadia makan berselera.

ni nadia beli kat Restoran Sila Oo Sila berdekatan dengan rumah nadia.suami nadia memang selalu bawa kami sekeluarga makan kat restoran tu.selain Kulim,restoran ni pun ada cawangan juga kat Bukit Mertajam.pelbagai jenis lauk pauk boleh didapati di restoran tu.

TOPI KELEDAR PENTING UNTUK KESELAMATAN ANAK

anakku Arsyad bergaya dengan topi keledar


suami Nadia sangat mementingkan keselamatan anak kami di jalan raya.topi keledar ni dibeli oleh suami nadia untuk kegunaan arsyad bila suami nadia bawa arsyad menaiki motosikal di kedai yang berdekatan.walaupun dekat ja kedai dengan rumah tetapi disebabkan perlu melalui jalan raya wajib pakaikan arsyad dengan topi keledar.

bila dah biasa pakai topi keledar, jadi arsyad tak pernah merungut rimas ka apa bila pakai menutupi kepalanya.orang kata alah bisa tegal biasa.jadi kita sebagai ibu bapa perlu biasakan anak-anak kita memakai topi keledar ye.

kadang-kadang ada segelintir ibu bapa tidak ambik peduli keselamatan anak mereka yang menunggang motosikal dengan tidak memakaikan mereka topi keledar.selalunya kita lihat masa anak-anak balik atau pergi ke sekolah.walaupun jarak dekat dengan rumah tetapi sekiranya melalui jalan raya, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga dengan memakaikan mereka topi keledar.

sebagai juru x-ray, nadia banyak kali dah x-ray pesakit kanak-kanak yang mengalami kemalangan akibat terjatuh daripada motosikal dan kebanyakannya tidak memakai topi keledar.bahagian kepala akan berdarah dan nasib tak baik mungkin adanya pendarahan otak(bleeding) perlu melakukan imbasan ct scan.kesiannya anak kecil yang baru nak hidup, akibat kelalaian ibu bapa yang tidak ambil peduli hal keselamatan anak-anak.

jadi, di sini nadia tegaskan pentingnya pemakaian topi keledar kepada anak kita.janganlah disebabkan kecuaian kita, kita kehilangan orang yang tersayang..

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.
PAKAILAH TOPI KELEDAR KEPADA ANAK KECIL.. 



kemaskan ikatan topi keledar untuk keselamatan anak kita

PATUNG COMEL HADIAH BIRTHDAY ANAKKU

patung ikan paus, ikan dan anak rusa

gambar di atas merupakan hadiah pemberian adik-adik nadia kat anakku sempena birthday mereka.dah lama mak lang Yana dan mak tih Zati bagi kat Arsyad dan Hakeem.baru ja tergerak hati nak cerita dalam blog ni.

bila tengok 3 jenis patung yang berlainan jenis tu rasa comel ja bila anak-anak nadia main,selalunya patung ni arsyad dan hakeem jadikan bantal bila depa baring kat ruang tamu rumah.biasalah budak-budak memang suka patung comel macam ni.

terima kasih ye mak lang Yana dan mak tih Zati bagi kat Arsyad dan Hakeem.moga murah rezeki kalian berdua ye adikku.

NESCAFE ROSE LATTE LIMITED EDITION




minuman baru air tin nescafe rose latte ni edisi terhad..kawan2 dah pernah minum tak?

pada pendapat nadia, rasa air tin ni biasa-biasa ja..taklah rasa sedap sangat sebabnya rasa pelik pula bila nescafe ada rasa macam sirap rose.nadia pernah minum 2 kali ja dan lepas tu tak pernah dah rasa nak beli lagi.tak berapa kena dengan selera nadia pun.

tetapi, terpulanglah kat selera masing-masing yang rasa ok dengan air tin ni.sesetengah orang suka rasa kelainan pada air nescafe..nak rasa campuran lain pula mungkin dah bosan rasa yang sama ja.tepuk dada, tanya selera.

Thursday 12 September 2019

CERITA SEORANG JURU X-RAY



anda nak tahu  cerita seorang juru x-ray?

mai sini nadia nak bercerita sebagai seorang juru x-ray yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan.sebelum nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray nadia belajar di kolej swasta tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 tahun mengambil Diploma Radiografi (medical imaging).

bagaimana nadia memohon untuk masuk belajar kos ni?
mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara online memilih 8 jenis pekerjaan yang nadia minat..pilihan pertama nadia semestinya
 juru x-ray.alhamdulillah setelah berjaya ditemuduga nadia berjaya mengikuti latihan separa perubatan anjuran kerajaan.

bermulanya kerja pada tahun 2012 di Muar.kerja juru x-ray ni memang agak berisiko kerana melibatkan sinaran radiasi.juru x-ray perlu bertugas melakukan kerja radiografi am,mengendalikan mesin ct scan,MRI, mammografi, dexa scan, dan banyak lagi yang melibatkan mengambil gambar anggota badan manusia.sebagai seorang juru x-ray nadia juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai anatomi badan manusia untuk memudahkan melakukan kerja x-ray nanti.beberapa penyakit yang banyak melibatkan x-ray juga kami perlu tahu.




sepanjang pengalaman nadia bergelar juru x-ray, nadia perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa melakukan x-ray atau scan pesakit yang tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan.kami juga perlu mengetahui ilmu-ilmu kecemasan jika pesakit memerlukan bantuan.kat dewan bedah juga memerlukan juru x-ray bertugas mengendalikan mesin c-arm untuk kes ortopedik seperti kes memasukkan plating/k wire kat tangan .memasukkan besi kat paha dan banyak lagi kes lain.

selalunya bila buat x-ray kat pesakit nadia berasa simpati melihat keadaan pesakit yang kadang-kadang kehilangan jari tangan, kaki.ada juga yang x-ray disebabkan kes penderaan kanak-kanak (child abuse).bila tengok anak2 kecik merengek sakit disebabkan penderaan rasa sayu pula dan geram dengan sikap manusia yang tiak berhati perut mendera kanak-kanak tersebut.bila melibatkan kes dera memerlukan juru x-ray melakukan skeletal survey (x-ray seluruh anggota badan).ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami radiasi berlebihan pula.semestinya menjadi kes polis.bila melibatkan kes polis kami perlu mengambil gambar x-ray dengan teliti supaya bahagian yang hendak dilihat dapat didiagnos dengan jelas dan tepat.

dulu nadia geli geleman melihat darah yang banyak.sejak menjadi juru x-ray nadia dapat melawan sikap takut darah.bila pesakit mengalami kemalangan ada yang mengalami pendarahan yang banyak ketika kami sedang mengambil gambar x-ray anggota badan mereka.kat dewan bedah juga bila doktor bedah nak memasukkan besi ke dalam paha memang akan berlaku pendarahan yang banyak juga.kalau orang yang tak biasa tengok darah yang banyak boleh jadi pitam oo..alah biasa tegal biasa sebab nadia dah banyak kali tengok darah yang banyak .jadi ok ja la.alhamdulillah syukur kerana mudah nak buat kerja sebab dah lali tengok darah.

dulu masa tak belajar pasal x-ray ni, nadia pun taktau pasal mammogram iaitu prosedur x-ray payudara wanita/lelaki.selaku juru x-ray wanita, kami juga perlu melakukan x-ray pada payudara untuk mengetahui keadaan payudara pesakit ada kanser,cyst, ketulan dan sebagainya.memang malu juga bila terpaksa melihat dan sentuh payudara pesakit .tapi itu merupakan salah satu skop tugas juru x-ray..tabah dan cekalkan hati juga la buat x-ray tu.ini sedikit sebanyak dapat membantu wanita mencegah adanya kanser payudara.wanita yang berumur 40 tahun ke atas wajib melakukan screening mammogram.

tambahan pula, sebagai seorang juru x-ray nadia dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang melibatkan pemeriksaan radiologi.kami dapat membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit.salah satu cara untuk merawat pesakit yang memerlukan bantuan perubatan.kami juga mendapat cuti tambahan selain daripada cuti tahunan iaitu cuti radiasi .cuti radiasi ada 14 hari dalam setahun dan kami perlu menghabiskan cuti tersebut dan tidak boleh dibawa ke hadapan(tidak boleh carry forward).

shift juru x-ray bekerja pagi , malam dan petang juga memerlukan kesabaran yang tinggi.memang kadang-kadang rasa letih badan dan otak mengadap kerja yang tak pernah habis.anak-anak pun terpaksa berkorban dan seakan memahami tugas kami yang perlu meninggalkan mereka kepada pengasuh  sekiranya bekerja malam atau onkoll.

nadia bersyukur dengan kerjaya sebagai seorang juru x-ray walaupun ada juga risikonya..tetapi takpalah  sentiasa cuba berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit..berdoa supaya tuhan mempermudahkan kerja kami dan seterusnya bertawakal agar kami juga terhindar daripada jangkitan penyakit.

 terima kasih kerana sudi baca perkongsian nadia ni.moga entri ni dapat memberi info kepada anda semua mengenai juru x-ray.







Wednesday 11 September 2019

KENANGAN RAYA AIDILADHA 2019

3 cucu Tok Wan Aziz & Tok Hasmah
Afiq,Arsyad dan Hakeem


pada 11 Ogos 2019 yang lalu, umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidiladha.ia juga dikenali sebagai hari raya haji/korban.nadia berpeluang menyambut raya haji bersama keluarga di Alor Setar.anak-anak nadia teruja melihat lembu korban disembelih..ini merupakan suatu pengalaman yang sangat bermakna kepada anak kecil yang baru mula mengerti ibadah korban..Arsyad,Hakeem dan sepupu mereka Afiq sangat teruja melihat lembu..adik nadia Faiz dan juga abang ipar turut membantu jeemaah surau melapah daging korban.

ibadah korban melambangkan ibadat ikhlas lambang pengorbanan hamba kepada Allah.ini memberi peringatan mengenai kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail kerana mahu mengikut perintah Allah s.w.t..selain itu dapat dengan adanya ibadah korban dapat membantu fakir miskin dan orang yang tidak berkemampuan untuk menikmati daging korban yang telah diagihkan kepada mereka.



Hakeem teruja melihat lembu

khusyuk melihat lembu disembelih

adikku Zati bersama menemani kami melihat ibadah korban

nadia bersama anak kedua, Hakeem

Afiq dan Arsyad berbual mengenai lembu yang disembelih

adikku Faiz melapah daging

adikku Faiz (baju kuning) dan abang iparku Shahril (baju hijau) tekun melapah daging korban

BILA JURU X-RAY JADI PENULIS DAN GEMAR MENCATAT

Cop emoticon/emoji ni comelkan?
ni nadia beli cop ni kat Hasani Bookstore.suka tengok emoji comel2 jadi terbelilah cop macam kat gambar atas ni..tu nadia cop emoji kat buku catatan yang mencatat  pinjaman buku yang dipinjam daripada library.untuk makluman kawan2 kerja hakiki nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray tetapi nadia gemar menulis dan mencatat apa yang dibaca kat buku catatan..ayat2 menarik dan kata2 motivasi yang boleh digunakan untuk masa hadapan nanti.😜

tambahan pula, nadia menulis blog ni sebabnya suka menulis dan mengarang sesuatu cerita untuk berkongsi cerita dengan kawan2.nadia menulis bila ada masa terluang sahaja bukannya selalu sangat update blog pun.kadang2 sampai satu masa tu rasa malas nak mengarang dan menulis cerita kat blog sebab kesibukan bekerja sampai takdak entri baru hampir beberapa minggu.blog ni belum lagi berusia 5 tahun.masih banyak lagi perjalanan nadia untuk belajar menulis blog dengan lebih baik.moga nadia akan terus istiqamah menulis entri baru..insyaallah😄

mencatat ayat2 menarik ke dalam buku catatan

Tuesday 10 September 2019

REMPEYEK KACANG PARPU..RANGUP DAN SEDAP

snadia suka makan kudapan..salah satunya rempeyek kacang parpu..nadia beli kat kakak cleaner kat tempat keja..sedaplah rempeyeknya..rangup ..krup.,..krup..

bila makan sambil menonton tv sampai tak sedar hampir habis sebalang rempeyek ni..syok mengunyah rempeyek..tambahan pula ianya sangat sedap dan rangup.

Sunday 1 September 2019

BERSYUKUR SEADANYA



nadia memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kerana anak-anak nadia dapat dijaga dengan baik oleh pengasuh taska.alhamdulillah dikurniakan pengasuh yang dapat menjaga dan mendidik anak nadia belajar perkara baru seperti mengajar mereka menguruskan diri untuk memakai pakaian sendiri tanpa bantuan seseorang.terima kasih team taska TIZ..

nadia turut rasa bersyukur anak nadia tak banyak kerenah atau meragam sangat walaupun kadang mereka berdua terpaksa bermalam di rumah pengasuh disebabkan nadia bekerja shift malam dan suami nadia pun bekerja juga.alhamdulillah..bukan senang nak jumpa pengasuh yang sudi mengasuh dan menjaga anak orang lain apabila waktu malam.semuanya Allah mempermudahkan urusan nadia yang perlu meninggalkan anak2 sekejap kat taska/rumah pengasuh.moga suatu hari nanti anak2 dapat menghargai jasa pengasuh mereka yang sudi menjaga mereka di kala nadia bekerja shift.


MYTUNER RADIO ONLINE

myTuner radio online kat smart tv
anda pernah dengar application myTuner?.apps ni merupakan radio online yang boleh kita download kat smartphone ataupun smarttv..

nadia dah download kat handphone Oppo dan kat televisyen nadia juga.bagi yang suka mendengar radio bolehlah download apps ni.macam-macam saluran radio ada kat dalam apps myTuner ni.pilihlah yang mana pilihan radio yang kita suka dengar.

selama ni nadia taktau pun kewujudan saluran radio Nurul Quran.rupanya saluran radio ni islamik dan menyiarkan lagu-lagu nasyid dan ayat2 suci al-Quran.bila dah ada apps ni barulah tau adanya saluran radio ni selain saluran radio Ikim.fm.. 

PERIA GORENG RANGUP




peria adalah sejenis sayuran buah yang mempunyai rasa pahit.sesiapa yang gemar makan peria berkemungkinan akan boleh makan peria goreng.peria goreng kurang sikit rasa pahitnya dan lebih rasa garing dan crunchy.

selalunya restoran mamak menyediakan juadah peria goreng ni.nadia suka juga makan peria goreng..tak suka makan dengan nasi cuma suka meratah makan saja ja.baru-baru ni nadia ada beli peria goreng yang rakan satu tempat kerja jual..kakaknya yang buat..sedap juga..
ada 2 jenis pula..
😍peria goreng perisa original
😍peria goreng spicy (pedas)

kedua-dua perisa tu nadia dah pernah makan..kedua-duanya sedap dimakan..sambil tengok tv boleh abis makan peria goreng tu walaupun ada juga rasa pahit sikit2.





peria goreng original



peria goreng spicy