Friday 25 October 2019

BERBALOI BELI MESIN LABEL MARKER SECARA ONLINE

label marker yang nadia beli di Shopee

adakah anda suka melabel barang-barang peribadi?nadia suka melabel dan tag barang seperti buku, botol air dengan sticker.dulu nadia selalu menempah sticker comel dengan orang.sekarang ni, nadia bersyukur dan berjaya memiliki mesin label marker sendiri.

nadia teruja dan terus semangat membeli mesin label marker apabila terjumpa dalam apps Shopee 5 bulan yang lepas.jenama mesin ni adalah Dymo Letratag Label Marker/Printer.harganya rm149 tak termasuk postage.bagi nadia yang memang gemar tempah marker untuk tag kat barang peribadi rasanya memang berbaloi beli mesin label marker ni.

cara penggunaan mesin label marker ni ada ditunjukkan dalam buku panduan.rujuklah dan belajarlah apa yang patut untuk menghasilkan label marker mengikut kepuasan diri kita sendiri.

zaman sekarang ni kita dapat menghasilkan sesuatu dengan berusaha membuatnya sendiri tanpa perlu menempah pada orang tertentu.banyak ja mesin dijual di hab shopping online seperti Lazada dan Shopee.kita juga perlu rajin mencari dan berusaha mempelajari sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan keluarga kita.

OBSES DENGAN GAJET



Nadia suka tengok dan perhati gajet seperti telefon pintar (smartphone) dan tablet.smartphone sekarang makin lama makin canggih dan banyak kegunaannya sampai ada banyak edisi la .contohnya handphone Samsung Note 1 dulunya dan sekarang ni dah canggih sampai edisi Note10 dah.pelbagai kegunaannya dan ruang storan pun makin banyak boleh simpan data.kamera pun makin canggih dan ada juga gambar yang ditangkap pada waktu malam boleh dilihat dengan jelas dan terang bila adanya night mode pada kamera.

walaupun nadia agak obses dan suka tengok gajet terbaru tetapi nadia masih boleh kawal diri daripada sering bertukar-tukar handphone baru.nadia masih lagi mempertimbangkan terlebih dahulu perlu ke nak upgrade handphone baru padahal handphone yang sedia ada masih elok dan boleh dipakai lagi.jadinya buat apa nak membazirkan simpanlah duit yang ada untuk simpana untuk hal kecemasan nanti.

kalau ikutkan kata hati setiap kali ada model baru handphone mesti nak beli dan upgrade kepada handphone lebih canggih.ikut hati mati, ikut badan binasa.jadinya daripada kita menghabiskan duit membeli gajet baru lebih baik kita gunakan duit itu untuk membeli barang keperluan diri.

 zaman masa kini, kita memang perlu adanya sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai gajet supaya kita tidak jauh  ketinggalan dan kena tipu dengan orang yang tidak bertanggungjawab.

smart phone yang paling mahal nadia pernah miliki tahun 2012 iaitu Samsung Note 2.masih boleh dipakai lagi cuma ruang storan kurang mencukupi.





smart phone Oppo F5 yang nadia masih pakai lagi sekarang ni setakat ni 2019


Thursday 24 October 2019

PAKEJ UNIFI 2019 MENJADI TARIKANKU UNTUK MELANGGANNYA




pay nothing dari bulan Oktober sampailah bulan Disember untuk pelanggan baru daftar..pakej internet wifi Unifi ni merupakan bawah kelolaan Telekom Malaysia (TM).pakej ni hanyalah untuk internet sahaja dan tiada percuma telefon.nombor telefon dapat tetapi telefon perlu dibeli sendiri dan bayaran dikenakan mengikut pakej Unifi mana yang kita langgan.

nadia tertarik dengan pakej yang paling murah 30mbps tu yang harga rm89 sahaja.lagipun unlimited kuota dan data dan  boleh disambung ke banyak peranti lain.kebetulan pula kawasan perumahan nadia dah masuk UNifi.masa mula2 nadia daftar nak pakai unifi ni nadia pergi ke TM Kulim dan buat pendaftaran.daftar pun takdak bayaran..free of charge ye.masa pendaftaran kita perlu bagi kad pengenalan kat pegawai TM.lepas tu pegawai TM bagitau esoknya atau lusa nadia akan dapat mesej SMS daripada UNifi untuk pemasangan.

nadia dah set appointment dengan pihak Unifi lusanya tu selepas hari pendaftaran melalui SMS.hari pemasangan pihak kontraktor datang ke rumah nadia dan menjelaskan bagaimana pemasangan akan dilakukan.masa ni nadia dikenakan bayaran sebanyak rm66 sebagai kos pemasangan Unifi.di rumah Nadia, wayar dipasang di dinding.percuma untuk 30m pertama dan rm10 untuk 1 meter seterusnya.nadia dan suami perlu menetapkan username dan password wifi untuk pihak kontraktor setting.

selepas pemasangan, kami cuba sambungkan internet (connect) Unifi kat handphone masing-masing.ok laju tau.dowload apps pun sat saja..tak sampai 3 minit pun.biasanya,nadia dan suami selalu guna mobile data connect internet kat smart tv.jadi selalu nak abis juga la data internet handphone.jadinya bila dah pasang Unifi .data internet handphone dapat dijimatkan.lagipun nadia selalu juga melayari internet menggunakan laptop nadia menonton drama Korea,english movies, dan banyak lagi.jadi bila dah ada UNifi nadia tak perlu risau lagi pasal data internet sebabnya nadia pakej yg unlimited data.

jika sesiapa yang  langgan pakej mahal adalah dapat set Unifi tv box yang dapat tengok lebih daripada 100 blockbusters movies.oklah , nadia harap wifi jenama Unifi ni akan terus kekal laju dan bertahan lama di negara kita.


router dan BTU di rumah nadia


Monday 21 October 2019

PAKAIAN BARANG SHOPPING KEGEMARAN WANITA


sesetengah perempuan suka membeli pakaian terutamanya baju dan tudung.kebanyakannya suka simpan untuk koleksi peribadi dan gemar mengumpul jenama pakaian kegemaran mereka.bagi wanita yang sudah mempunyai pendapatan tetap akan membelanjakan sedikit wang gaji mereka untuk membeli pakaian baru setiap bulan.kalau tak beli tudung mungkin tambah kolesi baju blaus, baju kurung dan sebagainya.

shopping pakaian merupakan salah satu terapi bagi wanita kerana rasa puas dapat beli dan memakai pakaian yang baru.orang perempuan kan suka kelihatan cantik dan bergaya.ada juga yang mesti padankan baju dengan warna tudung.mix and match la katakan.

nadia pun tak terkecuali suka membeli pakaian juga terutamanya tudung.pelbagai jenis koleksi tudung nadia pernah beli seperti tudung jenama Aidijuma,Mirabelle,Kekabooo,Naelofar Hijab,Divascarf,tudung bawal manik,tudung crush glitter,dan banyak lagi.

akibat suka dan selalu membeli baju dan tudung almari yang besar pun padat dan penuh dalam almari.makanya nadia kena tekadkan azam supaya kena menahan nafsu beli tudung dan baju dah.lagipun baju yang sedia ada masih elok dipakai lagi.jadinya kena la posa sat beli pakaian.itulah perempuan kan.suka sangat shopping pakaian sampaikan nak simpan pakaian pun takdak tempat.

bila nadia dah berhenti beli pakaian baru rasa duit pun boleh simpan untuk kegunaan lain pula.banyak benda lagi nak pakai duit.jadi jangan terlalu ikut kata hati shopping pakaian sampai tak ingat dunia.beringatlah kita supaya tak jadi boros berbelanja ikut hawa nafsu.nadia dah ambik iktibar supaya shopping pakaian berpada pada.

Wednesday 16 October 2019

CEMPEDAK GORENG


lepas raya puasa hari tu memang jadinya musim cempedak.rata-rata orang menjual buah cempedak ataupun cempedak yang telah siap digoreng (CUCUR).nadia pun turut sama membeli dan menggoreng cempedak.sedap pula makan panas-panas.makan masa waktu petang.

cucur cempedak ni kalau nak goreng nadia suka guna tepung goreng jenama Adabi.sebabnya jadi rangup dan sedap.kalau anda pandai bancuh tepung sendiri terpulanglah.nadia beli yang segera ja.mudah dan pantas cara penyediaanya

cara penyediaan menggoreng cucur cempedak guna tepung goreng Adabi :

😋bancuh bancuhan tepung tidak terlalu pekat.

😋ratakan cempedak pada bancuhan tepung

😋masukkan cempedak yang dah dirata dengan bancuhan ke dalam kuali panas yang terisi dengan minyak

😋goreng sehingga cempedak menjadi kuning keemasan

😋siap digoreng, angkat dan toskan dahulu supaya minyak dapat dikurangkan

😋sedia dihidangkan

SELAMAT MENCUBA😜





cempedak yang sedang digoreng

cempedak yang telah siap digoreng


TE
Contoh tepung goreng Adabi yang nadia guna .boleh juga untuk menggoreng cempedak.sumber drpd Google

REVIEW NESCAFE lLIMITED EDITION MOCHA ORANGE


anda pernah beli air minuman tin Nescafe perisa baru iaitu perisa mocha orange?bagi nadia boleh tahan la rasanya..taklah sedap sangat.

kalau sesiapa yang suka makan buah oren mungkin anda akan jatuh hati dengan rasa kelainan nescafe ni.terpulanglah pada citarasa masing-masing kan.mungkin ada yang suka atau kurang suka.

Sunday 13 October 2019

MOGA KAMI BAHAGIA SELAMANYA





jodoh merupakan aturan Tuhan..kita kena redha dan yakin dengan jodoh yang telah ditakdirkan kepada kita.walaubagaimanapun pasangan kita, setelah terlafaznya akad nikah semestinya kita kena sentiasa berusaha menyayangi, menghormati dan menyokong pasangan kita dalam apa jua keadaan.biasalah kadang-kadang ada salah faham dan pertengkaran kecil di kalangan suami isteri tetapi cubalah kita tidak mengeruhkan lagi keadaan rumah tangga.kalau boleh cubalah muhasabah diri masing-masing dan berusaha menyelamatkan rumah tangga kita daripada berlakunya perceraian.

memang kadang-kadang dah kronik sangat kemelut rumah tangga tu tetapi cubalah rujuk kepada pihak ketiga jika suami isteri gagal untuk menyelesaikannya.pihak ketiga seperti pejabat agama daerah perlu memainkan peranan dengan memberi kaunseling terlebih dahulu kepada pasangan suami isteri..setiap wanita tidak suka bergelar janda dan cuba mengelaknya,nadia pun sangat bersimpati juga dengan pasangan yang masih muda lagi sudah bergelar janda akibat kegagalan rumah tangga yang baru dibina.sebenarnya persefahaman dan saling bertolak ansur sangat penting dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.

nadia pun berkahwin baru 5 tahun..memang masih panjang lagi perjalanan hidup melayari rumah tangga..alhamdulillah kami berdua dikurniakan 2 orang putera iaitu Muhammad Arsyad dan Muhammad Hakeem.nadia sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada famili kecilku.nadia pun pernah juga bergaduh manja dengan suami tetapi kami berbaik semula dan meruntuhkan ego masing-masing supaya dapat menjadi ibu bapa yang menjadi contoh teladan kepada anak-anak kami..sedangkan lidah lagi tergigit, siapa la yang tidak pernah bergaduh  suami isteri kan..nasihat nadia janganlah mengeruhkan lagi keadaan.cubalah berusaha menyelamatkan hubungan agar ikatan perkahwinan sentiasa terpelihara.

antara cara menjaga keharmonian rumah tangga :

😍saling hormat menghormati

😍sentiasa berlaku jujur pada pasangan

😍sentiasa bertolak ansur 

😍berusaha menjadi ibu bapa contoh kepada anak-anak dengan menunjukkan teladan yang baik

moga sesiapa yang sudah berkahwin sentiasa menetapkan matlamat hidup mendirikan rumah tangga kerana agama Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.moga kita semua bahagia dengan cara tersendiri.





Thursday 10 October 2019

PENGALAMAN PERTAMA ANAKKU TENGOK WAYANG




suamiku telah membawa anak sulungku tengok wayang menonton filem BoboiBoy Movie 2 masa bulan 8 yang lepas.anakku Muhammad Arsyad senyum riang gembira la sebab teruja nak tengok filem kartun kegemarannya tu.nadia dan anak keduaku Muhammad Hakeem tak turut serta sebabnya Hakeem tidak boleh dok diam bila tengok menonton cerita.jadinya Arsyad sahajalah yang dapat pergi tengok wayang bersama suamiku.ini merupakan pengalaman pertama dia.

zaman sekarang anak-anak kecik pun boleh masuk tengok wayang bersama ibu bapa jika filem yang ditayangkan di pawagam adalah untuk tontonan umum.sekarang ni kan banyak dah filem untuk tontonan kanak-kanak dihasilkan.

review jujur oleh anakku mengenai filem  BoboiBoy Movie 2 :

💓best sebab tunjuk adanya kekuatan kuasa Boboiboy 

💓rasa lucu bila adegan lawak seperti adanya Papazola, Gopal, Adu Du yang menghiburkan penonton

💓Arsyad kata ada aksi lawan-lawan yang menarik dan mendebarkan.rasa macam nak pi berlawan sekali 

Para peminat BoBoiBoy pastinya sudah arif bahawa filem BoBoiBoy Movie 2 yang menelan kos belanja sekitar RM7 juta ini adalah kesinambungan daripada siri Boboiboy Galaxy yang berkaitan dengan bola sphera kuasa. Jadi, pada filem BoBoiBoy Movie 2 ini dapat dilihat bagaimana watak utama BoBoiBoy dan rakan-rakannya berhadapan dengan sebuah watak baru yang merupakan musuh utama mereka di dalam filem kali ini iaitu Retak'ka yang sebenarnya merupakan pengguna asal Kuasa Elemental. Jadi, para penonton akan dibawa untuk mengenali dengan lebih dekat tentang salah silah kehidupan Retak'ka dan kaitannya dengan kuasa tersebut.





PENGALAMANKU DI JUALAN BUKU BIG BAD WOLF PENANG 2019


jualan buku Big Bad Wolf merupakan pesta jualan buku yang dijual secara diskaun di seluruh Malaysia mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.masa bulan Julai yang lepas, nadia telah pergi jualan buku Big Bad Wolf Penang kat Mydin Mall Bukit Mertajam.Dikenali kerana menawarkan diskaun menarik antara 75% hingga 95% berbanding dengan harga runcit yang disyorkan, Jualan Buku Big Bad Wolf akan menampilkan koleksi buku beraneka yang terdiri daripada genre yang berbeza. Dalam sepanjang tempoh Jualan Buku berkenaan, para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dari judul-judul terlaris hinggalah novel remaja, buku kanak-kanak, kisah cinta, sains fiksyen, jenayah, thriller, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan dan banyak lagi.





banyak buku telah nadia beli.kebanyakannya nadia beli buku bahasa Melayu.banyak juga jualan buku Bahasa Melayu.tengok ni penuh troli nadia borong buku.memang rambang mata nak pilih buku sebab banyak sangat buku yang berkenan.jadinya nadia pilih buku yang betoi2 nadia nak baca.





puas hati nadia dapat beli buku yang banyak dengan harga diskaun.sangat berbaloi borong buku kat sini.bukan senang nak dapat harga buku yang murah.sesiapa yang pencinta buku atau ulat buku wajib mai Jualan buku Big Bad Wolf ni.nadia syorkan kalau nak mai membeli seeloknya datang pada hari bekerja sebabnya taklah ramai orang sangat.sebabnya kalau waktu cuti weeekend memang ramai sangat orang sampai susah kita nak pilih buku.buku untuk kanak-kanak juga berbaloi beli sebab sangat murah.nadia pun turut membeli untuk kedua-dua orang anak nadia juga.ye la kan takkan nak beli kat nadia sahaja.alang-alang dah murah beli juga la umtuk bacaan anak-anakku.insyaallah kalau berpeluang mai lagi jualan buku seperti ni, nadia akan mai beli lagi buku yang berkenan.


pintu masuk yang diadakan kat tempat parking Mydin Mall



buku-buku yang dipamerkan






buku untuk Arsyad & Hakeem

buku untuk bacaan nadia & suami

ONKOLL DEWAN BEDAH ANTARA SKOP TUGAS JURU X-RAY



antara skop tugas seorang juru x-ray adalah bertugas di dewan bedah iaitu melakukan onkoll dewan bedah.onkoll dewan bedah memerlukan juru x-ray sentiasa bersedia selama 24 jam iaitu satu hari jika diperlukan untuk melakukan tugas x-ray pesakit di dewan bedah.operator hospital akan menyambung talian telefon kepada juru x-ray yang bertugas jika khidmat juru x-ray diperlukan.

dulu masa mula-mula nadia bekerja, nadia tak biasa berada di dalam keadaan standy menunggu kes melalui panggilan telefon.tetapi lama-kelamaan baru faham akan keadaan sebegitu yang memerlukan ketepatan masa di dewan bedah supaya pembedahan berjalan lancar.

kalau hari ortopedik di dewan bedah memang meletihkan sebab kena berada lama di dewan bedah dan banyak kes yang memerlukan x-ray dipakai.jadinya hampir sehari dok dewan bedah sahaja buat kes.kat hospital nadia  tak dapat jalankan sistem shif bagi keja di dewan bedah disebabkan kekurangan juru x-ray.jadinya kami perlu onkoll 24 jam dan memerlukan seorang sahaja juru x-ray yang bertugas setiap hari.










2 bulan lepas semasa nadia onkoll dewan bedah nadia dikehendaki memakai pelapik kasut atau shoes cover sebabnya mengendalikan pesakit yang menghidap Retrovirus Disease positif (RVD+).penyakit ni boleh berjangkit melalui percikan darah.selalunya RVD ni merupakan penyakit HIV. jadinya perlulah berhati - hati.jarang nadia kena pakai pelapik kasut bila buat kes x-ray di dewan bedah.hanya kes-kes tertentu sahaja yang memerlukan menyarung pelapik kasut.

kadang-kadang untuk kembali segar dan cerdas nadia minum nescafe untuk menambah tenaga.dah la seharian bekerja semasa hari yang sibuk hari ortopedik di dewan bedah memang rasa letih dan lemau juga.memandangkan tu merupakan tugas kami sebagai juru x-ray jadinya kena tabah dan cekalkan hati la bekerja di dewan bedah.insyaallah nadia akan bekerja dengan seikhlas hati.




Wednesday 9 October 2019

FACEBOOK @ FB

apa itu Facebook?



Facebook  ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo SaverinDus
tin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan BostonLiga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".

Facebook @ fb masa kini ada pelbagai kegunaannya

💚 Ada org buat fb dia mcm Lara Oh Lara...Hari2 upload pic & cerita tentang proses tumbesaran anak2 dia...

💛 Ada org buat fb dia mcm shopping complex,setiap minit update tentang produk n testimoni jualan...

💚 Ada org buat fb dia mcm Semanis Kurma...Bahagia dia suami isteri, semua dia update.

💛Ada org buat fb dia mcm Bersamamu..cerita sedih2 n touching2 aje yang dipamerkan

💚 Ada org buat fb Mcm Berita Sukan, asyik update aktiviti sukan Dia jer..


💛Ada org buat fb Dia Mcm Traveling agensi,asyik Update Percutian Dia kesana Kemari...

💚 Ada Org buat fb semata2 nk stalker Seseorg Yg dia benci @ Suka,lepas tu komen Yg sentap2,puji2. Hahaha Yg benci2 ni Spesies sedang SAKIT

💛Ada org buat fb Mcm Nursery,asyik2 keluar pokok2,bunga2,Segala2 Hasil tanaman

💚 Ada orang buat fb mcm diari masakan..hari2 update masak lauk/kuih apa...

Apa pun yang org update/komen kita layan ajelah...korang nak buat facebook korang macam Rumah Tinggal pun takpe...Krik Krik...

Yang penting respect each other...Tak perlu nak kondem...sentiasa bersikap positif

Facebook mereka biar jelah,tak perlu nak perli dan seumpama dengannya,berlapang dada je ok...
Kalau rasa tak suka sgt tengok status mereka ✔unfriend...✔unfollow...atau block aje....
Hidup ini SIMPLE
Respect each others.
Spread the love
💚💛💚💛💚💛
Kita copy and paste jgk😎

Friday 4 October 2019

BEG KEGEMARANKU



gambar di atas adalah beg kegemaran nadia.beg yang berwarna warni ni nadia guna untuk menyimpan buku-buku yang nadia pinjam di library.

nadia suka warna warni..rasa ceria dan menarik.pelbagai jenis warna membuatkan kita bersemangat dan merangsang fikiran positif.

FIRST TIME ORDER MAKANAN MELALUI FOOD PANDA DI KULIM





adakah anda pernah dengar pasal Food Panda?Food Panda merupakan syarikat penghantaran makanan yang dipesan dari restoran/kedai makan dihantar ke rumah/pejabat.selalunya orang yang menghantar makanan yang dipesan tu menunggang motosikal dan memakai baju t-shirt uniform pink bertulis Food Panda.

kalau sesiapa yang susah untuk keluar membeli makanan bolehlah memesan makanan melalui Food Panda.

bagaimana nak pesan?

caranya anda perlu download aplikasi Food Panda di dalam handphone masing-masing.setelah download isi segala butiran diri yang diperlukan supaya segala maklumat alamat rumah kita lengkap.

2 bulan lepas, nadia malas nak keluar membeli makanan dan takdak mood nak masak.kebetulan suami nadia tiada di rumah.jadi nadia pun cuba la buat pertama kali order makanan melalui Food Panda.setelah memilih makanan yang hendak beli, kita perlu terus membayar makanan melaui sistem online banking.ada sesetengah kedai makan ambil bayaran delivery.bergantung kepada kedai tu juga.

nadia ada order nasi ayam dan pisang goreng cheese.harganya boleh tahan juga sebab adanya bayaran delivery.kedua-dua makanan tu merupakan dari penjual yang berlainan.masa penghantaran makanan tu adalah lebih kurang 2 jam kami tunggu.takpalah tunggu dengan penuh kesabaran sebab malas nak bersiap untu keluar rumah.jadinya order food delivery ja la.

alhamdulillah makanan yang nadia pesan tu habis dimakan oleh kami bertiga, nadia dan anak2.lapar la katakan sebab kebetulan pula hujan renyai-renyai.

pada pendapat nadia, memang berguna juga ada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah seperti Food Panda.hal ini memudahkan orang ramai supaya tidak perlu bersusah payah keluar membeli makanan.dunia di hujung jari, tekan-tekan boleh terus pesan makanan selamat sampai di rumah kita.kalau ada ramai anak2 yang kecik menyukarkan para ibu mengusung anak membeli makanan,jadinya ibu boleh mencari alternatif lain dengan memesan makanan melalui Food Panda.

sekarang ni nak apa-apa mudah ja.asalkan ada duit, semua boleh beli.takpa yang penting beli dan berbelanjalah secara berhemah.jangan membazir pula membeli banyak makanan.