FIRST TIME ORDER MAKANAN MELALUI FOOD PANDA DI KULIM





adakah anda pernah dengar pasal Food Panda?Food Panda merupakan syarikat penghantaran makanan yang dipesan dari restoran/kedai makan dihantar ke rumah/pejabat.selalunya orang yang menghantar makanan yang dipesan tu menunggang motosikal dan memakai baju t-shirt uniform pink bertulis Food Panda.

kalau sesiapa yang susah untuk keluar membeli makanan bolehlah memesan makanan melalui Food Panda.

bagaimana nak pesan?

caranya anda perlu download aplikasi Food Panda di dalam handphone masing-masing.setelah download isi segala butiran diri yang diperlukan supaya segala maklumat alamat rumah kita lengkap.

2 bulan lepas, nadia malas nak keluar membeli makanan dan takdak mood nak masak.kebetulan suami nadia tiada di rumah.jadi nadia pun cuba la buat pertama kali order makanan melalui Food Panda.setelah memilih makanan yang hendak beli, kita perlu terus membayar makanan melaui sistem online banking.ada sesetengah kedai makan ambil bayaran delivery.bergantung kepada kedai tu juga.

nadia ada order nasi ayam dan pisang goreng cheese.harganya boleh tahan juga sebab adanya bayaran delivery.kedua-dua makanan tu merupakan dari penjual yang berlainan.masa penghantaran makanan tu adalah lebih kurang 2 jam kami tunggu.takpalah tunggu dengan penuh kesabaran sebab malas nak bersiap untu keluar rumah.jadinya order food delivery ja la.

alhamdulillah makanan yang nadia pesan tu habis dimakan oleh kami bertiga, nadia dan anak2.lapar la katakan sebab kebetulan pula hujan renyai-renyai.

pada pendapat nadia, memang berguna juga ada perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah seperti Food Panda.hal ini memudahkan orang ramai supaya tidak perlu bersusah payah keluar membeli makanan.dunia di hujung jari, tekan-tekan boleh terus pesan makanan selamat sampai di rumah kita.kalau ada ramai anak2 yang kecik menyukarkan para ibu mengusung anak membeli makanan,jadinya ibu boleh mencari alternatif lain dengan memesan makanan melalui Food Panda.

sekarang ni nak apa-apa mudah ja.asalkan ada duit, semua boleh beli.takpa yang penting beli dan berbelanjalah secara berhemah.jangan membazir pula membeli banyak makanan.

 

2 comments:

Powered by Blogger.