Friday 8 November 2019

KUIH NONA MANIS




sapa suka makan kuih nona manis? dulu nadia tak pernah pun makan kuih ni.bila tengok kawan sekerja pakat beli dan makan kuih nona manis ni barulah nadia tergerak hati nak beli dan rasa kuih ni.

bila dah cuba makan, rasanya sangat sedap dan rasa lemak-lemak manis.patutlah kawan-kawan nadia kerap dok beli kuih ni.nadia beli kuih ni berdekatan dengan rumah juga kat jalan nak pergi Taman Senangin, Kelang Lama.orang panggil tempat yang jual kuih ni Pecah Batu.

kat Pecah Batu ni, banyak kuih muih dijual di sana.bihun sup, laksa, mee rebus, nasi goreng, dan macam2 lagi makanan dijual.

RESEPI SUP SAYUR



bahan-bahan

brokoli
4 lobak merah
6 biji ubi kentang
15 biji bebola ikan
4 ulas bawang merah dipotong nipis
6 ulas bawang putih ditumbuk halus

cara memasaknya

1) tuangkan sedikit minyak masak.tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah disediakan ke dalam periuk

2) setelah garing bawang, masukkan 4 cawan air masak ke dalam periuk

3) bila air dah hampir mendidih, masukkan lobak merah dan ubi kentang yang telah dipotong

4) biarkan lobak merah dan ubi kentang empuk. masukkan pula bebola ikan dan brokoli

5) bila dah kelihatan masak semua bahan tersebut, masukkan serbuk perasa secukup rasa.

6) tutup api dapur setelah rasa masakan dah OK

2 HEROKU SEMASA PULANG DARI TASKA DAN TADIKA

anak-anak nadia semasa pulang dari Taska & Tadika

inilah wajah 2 orang anak lelakiku nadia semasa pulang dari taska dan tadika.masa jemput mereka dari tempat masing-masing ,nadia rasa seronok bila si abang Arsyad akan bercerita mengenai apa aktiviti yang dibuat di tadikanya.

hari tu masa lawatannya ke Taman Burung Kulim , masa balik dan masuk dah dalam kereta abang Arsyad bersemangat bercerita mengenai haiwan2 yang ada di Taman Burung tu.nadia rasa gembira dengan perkembangan postif Arsyad sejak dia mula bersekolah tadika sejak awal tahun ni.walaupun umur baru 4 tahun, tetapi anakku Arsyad petah bercakap dan cikgu tadikanya cakap nampak dia matang macam budak umur 6 tahun.

adik Hakeem pula bolehlah bercakap sikit-sikit tetapi taklah banyak perkataan lagi.apa yang dia cakap nadia masih boleh faham lagi walaupun ada yang pelat.biasalah baru nak masuk umur 2 tahun tahun 2020.moga adik Hakeem akan dapat bercakap lebih banyak perkataan lagi nanti.

mama harap anak-anak mama akan berusaha menjadi anak yang baik dan mendengar nasihat mama dan ayah.sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan saling bekerjasama antara satu sama lain.