Tuesday 24 December 2019

JOM MENABUNG


menabung merupakan amalan mulia yang patut diterapkan dalam kehidupan kita.menabung bermaksud menyimpan duit wang ringgit dan tidak membelanjakan duit tersebut.

kita harus mempraktikkan diri kita dengan amalan menabung.antara kebaikan menabung ialah :

# simpanan untuk masa hadapan

# sebagai duit bekalan di kala waktu-waktu kecemasan

# mengelakkan berlakunya pembaziran dan sikap boros berbelanja

# menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak

nadia juga cuba juga menabung dalam tabung kecil kat rumah.walaupun tak konsisten sangat simpan simpan duit tetapi tabung tu pun nampak macam dah nak penuh juga.nadia berazam tahun depan nak amalkan sikap menabung setiap hari.

ada kawan nadia hanya menabung duit rm20 sahaja..bila ada wang kertas rm20 dia akan masukkan ke dalam tabungnya..bayangkan masa cukup 2 tahun dia menabung dia kira balik jumlah tabungan adalah sebanyak rm4800..wooow banyak tu.duit tu boleh la kita simpan kat bank ataupun guna semula untuk keperluan harian.

sebenarnya amalan menabung ni bila kita sudah terapkan dalam diri kita, insyaallah akan jadi sebati dengan diri kita.bak kata orang menabung lah, sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit.

jom menabung



Thursday 5 December 2019

SABAR ITU INDAH





bagi pendapat Nadia, apabila melakukan kerja malam memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi kerenah pesakit.

pesakit bila dah sakit kadang-kadang mereka rasa nak marah apabila kita terpegang dan angkat kaki yang sudah patah.kami sebagai seorang jurux-ray perlu untuk mengambil gambar x-ray walau bagaimana keadaan pesakit pun.tu kadang-kadang kami perlu mengangkat bahagian anggota badan yang patah untuk di x-ray di atas kaset.pesakit akan mengeluh sakit dan adakalanya memaki hamun kami bila dia tak dapat tahan rasa sakit tu.

bila kerja malam kita pun adakalanya rasa mengantuk kerana berjaga untuk melakukan kerja.pernah juga semasa menunggu kehadiran pesakit untuk dix-ray kita terlelap depan kaunter.pesakit yang nampak kita tidur tu terus 'sound' kata kita tak buat kerja, hanya tidur sahaja.padahal kita baru terlelap ja akibat letih berjaga dan sudah mengantuk. nadia kata bila kerja malam memang perlu adanya sikap sabar melayan kerenah pesakit.

kalau kat dewan bedah pula bila pukul 2 atau 3 pagi perlu x-ray pesakit guna mesin c-arm kita juga perlu bersedia mendengar arahan doktor bedah yang menyuruh melakukan x-ray secara AP @ lateral.bila dah hampir sepertiga malam berjaga badan menjadi lesu dan letih juga.

memandangkan kerja malam memang shift yang perlu dilakukan oleh juru x-ray , nadia tabahkan diri untuk redha dan bersedia berjaga malam untuk melakukan tugas x-ray pesakit.kalau takdak sikap sabar memang dah lama tak dapat bertugas dengan baik.sabar itu indah walaupun ianya agak pahit untuk menghadapinya.moga kami semua yang ada bekerja shift malam di hospital sentiasa mempunyai kesabaran yang tinggi melayan kerenah pesakit.


RUTIN BULANANKU


setiap hujung bulan, nadia perlu menyiapkan rutin bulanan iaitu mengira bilangan statistik kes yang di x-ray untuk  sebulan.pengiraan dari awal bulan pada 1 haribulan hingga hujung bulan iaitu 31 haribulan.kes yang di x-ray itu hanyalah untuk kes di general x-ray.adanya bantuan daripada aplikasi  berkomputer, sistem eHis.

tetapi, agak mencabar bila terpaksa kira manual apabila sistem e His tergendala dan ada masalah.nadia perlu mengira dengan cermat supaya tidak berlaku kesilapan.kalau adanya kesilapan nanti akan mengakibatkan jadinya crush kat mana-mana bulan.bila dah kira manual sistem kalkulator sangat penting.

ini merupakan antara salah satu tugas nadia sebagai seorang jurux-ray dalam melakukan kerja pengurusan.selain daripada melakukan kerja klinikal x-ray pesakit nadia perlu menyiapkan tugasan ni setiap bulan.