Friday 28 February 2020

ABAH & MAK INSAN YANG KUSANJUNGI

MAK DAN ABAH YANG TERSAYANG

Pantun kasih sayang   ibu bapa

Sedap sungguh  makan serawa,
 Sambil makan bersama  keluarga;  
 Menghormati ibu bapa amalan mulia,  
 Sayangilah mereka hingga ke syurga.

   Pagi-pagi menjemur   gelama,
    Gelama disimpan di dalam raga;
    Kasih saudara semasa berada,
    Kasih ibubapa  hingga ke syurga.

Kuning sungguh seludang  kelapa,
Mayang mengurai di puput  bayu;
Pintunya  syurga  di tangan si bapa,
Syurga   pula   ditelapak kaki   ibu.
Harum wangi si bunga kenanga,            
Hiasan sanggul si anak dara;
Hormati ibubapa semasa hidupnya,
Doakan  mereka  hingga ke syurga.
                                                                 
  Ke kota Melaka mencari sutera,
  Sutera  indah   dari  Negara  China;
   Kesejahteraan  hidup  harapan ibubapa,
   Doa dititipkan  setiap masa.

Selasih  diraut  sambil bersenda,
Buat  mengubat  hati yang lara;      
Ibubapa  rela berkorban harta ,
Untuk kesejahteraan  hidup  anak tercinta.


 Indah  sungguh si bunga kelawang,
Untuk hiasan  si bubur pengat;
Lawati ibubapa ketika terluang,
Sayangi mereka sepanjang  hayat


NADIA SAYANG MAK ABAH...
MAK ABAH INSAN MULIA YANG TELAH MENCORAKKANKU MENJADI ORANG BERGUNA

Thursday 20 February 2020

KOPI JUNA PRODUK DARIPADA FYNN JAMAL


KOPI JUNA
SUSU KAMBING berperisa KOPI diperbuat dari 100% biji kopi ARABICA. Diperkaya dengan ekstrak Kurma, Madu, Manna dan Delima.
Kopi Juna menggunakan Nano Sugar ( kurang gula, kurang kalori )
1 Kotak Kopi Juna = 15 Sachet ( 25g/sachet )
sekotak berharga RM 39


nadia dah beli dan rasa kopi juna ni..memang berbaloi beli..rasanya yang sedap dan berlemak susu kambing sama.nadia beli online sahaja melalui Shopee.











FIRST TIME MAKAN DI DESSERT CAFE MYKORI KULIM



adakah anda pernah dengar Mykori .Mykori merupakan dessert cafe dan merupakan outlet yang ada banyak cawangan di seluruh Malaysia.menunya berasal daripada Jepun.antara menu di Mykori adalah seperti :

👅signature kakigori (aiskrim pelbagai perasa)
👅kenko kakigori (aiskrim bersama buah-buahan)
👅signature toast (roti)
👅croissant taiyaki (croissant berbentuk ikan pelbagai perasa)

nadia pernah pi makan di Mykori cawangan Kulim bersama suami dan anak2 pada tahun lepas.harganya boleh tahan juga..tapi, nadia order sikit ja habuan kami nak makan 4 beranak ja.lagipun suami nadia nak kurangkan makan benda manis , jadinya dia makan croissant ja.

kat situ ada juga disediakan air mineral jika kita hendak minum.masa lepas nadia order makanan seperti di bawah kena terus buat bayaran.ia merupakan sistem layan diri di mana kita perlu mengambil makanan yang dipesan dekat kaunter apabila nombor giliran dipanggil.

anak nadia yg sulung, arsyad suka la makan aiskrim.tersengih sengih dia dapat makan apa yang dia inginkan.adiknya hakeem biasa2 ja.untuk pengetahuan semua,Mykori Kulim terletak berhadapan dengan Giant Landmark Central, bangunan sederet dengan Secret Recipe,Dominos Pizza dan Kedai rm2.

sesiapa yang suka makan dessert pemanis mulut bolehlah mengunjungi Mykori.pelbagai pilihan dessert disediakan untuk pembeli.




cheese croissant dan aiskrim vanilla yang nadia makan di Mykori Kulim

Sunday 16 February 2020

MAUT TIDAK MENGENAL USIA, ADAKAH KITA JUGA SUDAH BERSEDIA?


Innalillahiwainnailaihirojiun...😭😭

Isnin yang lepas pada tanggal 10.2.2020 Malaysia dikejutkan dengan pemergian pelawak tanah air yang terkenal iaitu Abam Bocey.arwah meninggal dunia selepas 2 hari demam panas dan telah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang masih kecil lagi.rasa macam tak percaya bila dengar berita mengenai kematiannya.rasa macam baru ja tengok persembahan lawaknya pada awal tahun ni masa arwah dalam rancangan Astro Warna iaitu Maharajalawak Mega bersama Fad dan Achey.

arwah memang suka bersedekah dan sangat merendah diri.arwah sangat memuliakan ibunya sendiri dan sentiasa berkorban untuk keluarganya.kematian memang tidak mengira umur.saya juga turut terkesan dan sedih apabila melihat mak, isteri dan anaknya yang masih belum mengerti apa2 lagi.Allahuakbar...

Ramai orang sayangkan abam sehinggakan ramai orang datang untuk bersolat jenazah arwah mengalahkan macam orang pi solat Jumaat.pergi Abam pula semasa tidur pula.sangat mudah dan tenang ja cara Allah menjemput arwah.sana sini masih ramai netizen up status mengenai pemergianmu abam sama ada di blog,fb,IG,Twitter dan Youtube dengan mendoakanmu..Subhanallah..


sekali lagi nadia dikejutkan dengan pemergian rakan sekerja hospital Allahyarham Muhammad Arsyad.arwah merupakan seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK) atau dikenali sebagai attendant bekerja di jabatan kecemasan hospital nadia bekerja sekarang ni.arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas pulang dari tempat keja selepas habis keja shift pagi.arwah setiap hari berulang-alik dari Baling ke Kulim.

nadia sangat terkejut bila dapat berita yang sedih ni sebabnya pada pagi Rabu, 12.2.2020 tu arwah ada menghantar pesakit ke bilik ct scan.nadia sempat bertegur sapa dengan arwah.tak sangka petang tu pula dengar berita yang arwah sudah meninggal dunia.rasa sekelip mata ja, orang yang berada di sekelilingku telah pergi menemui Ilahi..Allahuakbar..maut menjemput tidak mengira waktu.bila sampai ajalnya, masa kematian sudah sampai kita akan pergi juga.

nadia mengenali arwah Muhammad Arsyad tahun lepas kerana arwah baru bertugas di hospital tempat nadia bekerja selepas berpindah dari JKM Kuala Kubu Baru.nadia mudah ingat namanya kerana secara kebetulan nama arwah sama nama dengan anak sulung nadia.jadi, mudah ingat la dan selalu bersembang dengannya apabila dia hantar pesakit untuk dix-ray.arwah sangat baik dan ringan tulang rajin membantu kami semua.

berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Abam Bocey dan PPK Muhammad Arsyad.orang selalu kata orang yang baik akan pergi dulu meninggalkan kita.Allah lebih sayangkan mereka.
al- Fatihah buat mereka berdua.


orang yang pergi, tetap pergi.orang yang masih hidup kena berazam untuk menjadi orang yang baik.

*KITA SEMUA AKAN PERGI KE TEMPAT YANG SAMA, CUMA DIA YANG PERGI DULU*




1988 - 2020


1989 - 2020

Thursday 13 February 2020

PENGORBANAN ANAK SEORANG JURU X-RAY

kerjaya juru x-ray merupakan suatu pekerjaan mulia yang mana memainkan peranan penting dalam sesuatu institusi perubatan.seperti yang sudah sedia maklum, nadia merupakan salah seorang juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan di utara tanah air.sudah 8 tahun nadia bekerja sebagai juru x-ray.

juru x-ray perlu mengikuti shift onkoll dan kadang-kadang bekerja waktu pejabat.setiap bulan kami perlu mengikut jadual yang telah ditugaskan sama ada bekerja shift pagi,malam, petang dan onkoll 24 jam.dari kecil, anak-anak nadia sudah biasa ditinggalkan bersama pengasuh sekiranya nadia bekerja shift petang,malam ataupun hujung minggu.jika suami nadia pun bekerja shift yang sama dengan nadia,anak-anak akan ditinggalkan pada pengasuh..alhamdulillah dikurniakan pengasuh yang baik dan sangat penyayang.bersyukur padamu Allah.

itulah namanya pengorbanan anak sebagai seorang juru x-ray yang perlu membiasakan dengan kerja mama mereka yang bekerja shift.kadang-kadang rasa terkilan juga anak-anak perlu bermalam di rumah orang lain tanpa mama dan ayah mereka sendiri.suami nadia pun bekerja shift juga.jika suami nadia tak bekerja shift yang sama dengan nadia, suami nadia akan mengasuh anak-anak kami.

moga anak mama iaitu Arsyad dan Hakeem menjadi anak yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup ni dan kuat menghadapi cabaran yang datang.terima kasih kerana tidak banyak kerenah apabila mama terpaksa tinggalkan kamu berdua bermalam di rumah pengasuh.moga Allah membalas segala pengorbananmu wahai anakku sayang..



Arsyad & Hakeem posing di hadapan pintu belakang Jabatan Radiologi



KERJAYA JURU X-RAY


Juru x-ray merupakan merupakan seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi.

Memohon Kerjaya Juru X-ray
Untuk memohon sebagai seorang Juru X-ray dengan kerajaan, seseorang yang mempunyai kelayakan boleh mengisi borang secara atas talian di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu www.spa.gov.my.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Lantikan Ke Gred U29
  • Diploma Radiografi atau Radioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau GRED U29 [ Gaji Permulaan : RM1,687.59 ]
  • Diploma daripada Society of Radiographer United Kingdom yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Lantikan Ke Gred U41
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olah kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. GRED U41 [ Gaji Permulaan : RM2,260.00 ]
  • Senarai bidang yang dipertimbangkan bagi lantikan ke Gred U41:
    • Diagnostik – Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik & Radioterapi (UKM), Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (UIAM), Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (UiTM).
Deskripsi Tugas
1.  Juru X-ray Gred U29
  • Tanggungjawab klinikal
  • Aspek pengurusan organisasi
  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  • Memastikan kualiti imej yang dihasilkan.Pendidikan dan latihan.
  • Teknologi terkini:
    • Mengikuti perkembangan terkini pengimejan diagnostik.
2.  Juru X-ray Gred U41
  • Fungsi Klinikal
    • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
    • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.
    • Melakukan pemeriksaan radiografi mengikut permohonan yang dibuat oleh doktor yang merawat pesakit.
  • Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu
    • Menggunakan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
    • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Fungsi Pengurusan
    • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.
  • Latihan dan Penyelidikan
    • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-ray semasa penempatan klinikal.
    • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.
  • Tugas-Tugas Lain
    • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.
Tempat Bertugas
Anda boleh ditempatkan bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan seperti hospital kerajaan atau klinik kesihatan kerajaan. [1]
Rujukan
  1. Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Diploma/4970

bekerja di ct scan dengan memastikan imej yang dihasilkan selaras dengan borang scan pesakit






menghasilkan imej berkualiti dan tahu menggunakan mesin CR console