Monday 30 March 2020

SUSU PEKAT TUBE VIRAL

aneka jenis susu pekat tube yang nadia beli daripada rakan

sebenarnya dah lama nak bercerita mengenai susu pekat tube yang viral di Malaysia tetapi kali ni baru berkesempatan nak cerita di blog ni.untuk pengetahuan semua susu pekat jenis tube ni asalnya daripada negara jiran kita iaitu Thailand dan diimport masuk ke negara kita.

walaupun adanya tulisan Siam kat susu tube tu tetapi anda semua jangan khuatir sebab masih halal untuk dimakan.susu ni sangat mudah digunakan kerana kita tak perlu susahkan diri untuk membuka tin macam dulu lagi sebabnya hanya buka penutup dan picit hingga keluar..pelbagai jenis perasa susu pekat yang dijual di pasaran.terpulanglah kepada kita sebagai pembeli untuk memilih jenis susu pekat yang digemari.

susu pekat ni boleh dimakan bersama kepingan roti juga selain digunakan untuk membancuh air minuman.kita sebagai pengguna perlu juga mengurangkan kuantiti susu apabila menggunakan jenis susu pekat tube ni supaya mengelakkan bacaan gula dalam darah menjadi tinggi..beringatlah dan berpada-pada makan susu tube ni.jangan sampai tahap kena potong kaki akibat terkena kencing manis yang kronik.nauzubillah..mohon dijauhkan .

nadia beli susu pekat tube ni melalui seorang rakan yang menjual secara online.sekarang ni dah banyak juga peniaga menjual susu pekat tube ni di kedai runcit dan pasaraya.jadinya mudah untuk dapat bekalan juga.masa mula2 baru diperkenalkan di Malaysia memang banyak dijual melalui atas talian sahaja(online shopping). 

#DUDUKRUMAH #STAYATHOME #GOAWAYCOVID19

Seluruh dunia kecoh dengan penyebaran wabak penyakit coronavirus @ Covid19 pada awal tahun 2020 ni.kebanyakan negara maju turut sama terkena ancaman covid19 ni.negara kita Malaysia turut sama terkena tempias virus ni hinggakan Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18.3.2020 hingga 14.4.2020 .


semakin hari semakin banyak yang dijangkiti Covid19 dan angka kematian semakin bertambah setiap hari.jadinya kita sebagai rakyat yang sayangkan negara perlu bersama sama kerajaan bantu dengan hanya duduk sahaja di rumah untuk melenyapkan rantaian Covid19.hanya keluar untuk membeli barang keperluan asas sahaja dan bekerja dari rumah iaitu work from home (WFH).rakyat yang dibenarkan keluar bekerja adalah dari golongan yang perlu menyumbangkan tenaga bagi sama-sama membantu menangani penyakit ni.

marilah kita menyambut seruan kerajaan untuk sentiasa berada di rumah dan berdoa agar rantaian Covid19 dapat dihapuskan.moga negara kita pulih daripada penyakit yang boleh menyebabkan maut.kalau semua rakyat bekerjasama dalam menangani covid19 ni insyaallah kita akan dapat suatu yang positif.

I STAY AT WORK FOR YOU
YOU STAY AT HOME FOR US
#STAYHOME
#DUDUKRUMAH 





maksud yang sama walaupun singkatan yang berbeza.



pakailah face mask apabila keluar rumah untuk mengelakkan terkena jangkitan Covid19.pilihlah face mask yang betul untuk mendapatkan perlindungan yang lebih terjamin

jom berzikir dengan ayat suci alquran




please follow & do all this



salah satu perlindungan yang kami wajib pakai face mask apabila melakukan kerja x-ray pesakit.alat perlindungan peribadi @ personal protective equipment (PPE)

BEG KEGEMARAN

beg kegemaran nadia sekarang ni adalah beg jenis backpack dan juga beg sandang..dulu memang suka pakai handbag/beg tangan tetapi sejak tahun lepas nadia saja2 cuba pakai beg jenis sandang atau beg backpack.rasa seronok pula bila pakai beg 2 jenis tu.

anda pula bagaimana?suka pakai beg jenis apa?almaklumlah orang perempuan ni ada banyak pilihan beg untuk digunakan untuk kegunaan harian/peribadi..gunalah apa-apa jenis beg megikut kesesuaian kerja,tempat, majlis dan sebagainya.



beg backpack kegemaran nadia
(beg galas belakang)


beg ni ada banyak ruang letak barang.banyak compartment dan berzip..jadi rasa lebih selamat kerana adanya zip yg dapat mengelakkan barang daripada terjatuh



beg jenis sandang atau orang kata beg galas tepi.best juga pakai sebab rasa selesa apabila dipakai walaupun takdak banyak sangat compartment tapi ruang letak barang agak luas juga

Thursday 19 March 2020

GAMBAR PROFIL FACEBOOK NADIA YANG TERBARU DI MUSIM COVID-19

GAMBAR PROFIL FACEBOOK NADIA YANG BARU


Nadia pun terpengaruh dengan rakan-rakan Facebook yang masing-masing menukar gambar profil Fb seperti di atas..kebanyakan kami yang bekerja sebagai kakitangan di sektor kesihatan terutamanya "healthcare worker' terpanggil untuk memberitahu kepada masyarakat yang kami perlu keluar bekerja walaupun sudah bermula tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 selama 14 hari bagi mengekang penularan wabak COVID -19.

antara perintah yang perlu dipatuhi adalah seperti :

🔷 larangan menyeluruh pergerakan/perhimpunan ramai termasuk aktiviti agama,sukan,sosial dan budaya

🔷 semua aktiviti keagamaan di masjid & surau ditangguh termasuk Solat Jumaat

🔷 institusi pengajian tinggi seperti kolej, universiti (IPT awam & swasta , institut latihan kemahiran diarahkan tutup

🔷pentupan taska/tadika/sekolah kerajaan rendah & menengah, pusat tahfiz

🔷 sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara

🔷 bagi yang baru pulang dari luar negara, dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan & melakukan kuarantuin sukarela selama 14 hari

🔷sekatan kemasukan semua pelancong asing ke dalam negara

🔷penutupan premis kerajaan/swasta kecuali perkhidmatan penting iaitu air,letrik,tenaga, komunikasi,pos, pengangkutan,pengairan, minyak ,pelincir,penyiaran,kewangan,perbankan,kesihatan,farmasi,bomba,penjara,pelabuan,lapangan terbang,keselamatan, pertahanan,pembersihan,peruncitan dan bekalan makanan.

pada 17 mac 2020 yang lalu Malaysia telah mencatatkan kes kematian COVID-19 sebanyak 2 kes kematian.
😭kes yg ke 178 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Jamek Sei Petaling.beliau mengalami gejala demam mulaim 5.3.2020.beliau meninggal dunia pada 17.3.2020 di Hospital Permai, Johor Bahru

😭kes yg ke 358 melibatkan lelaki warganegara Malaysia yg mempunyai sejarah penyakit kronik,beliau mula mengalami gejala demam,batuk & kesukaran bernafas pda 7.3.2020.beliau meninggal dunia pada 17.3.2020 di Hospital Umum Sarawak.

bagi mencegah COVID-19 kita perlu mengamalkan langkah pencegahan:

😷amalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun @ hand sanitizer.

😷tutup mulut dan hidung dengan tisu jika batuk @ bersin..basuh tangan serta merta.

😷elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai dan jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter drpd org yg bergejala

😷sekiranya mengalami batuk ,demam & sakit tekak elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai

😷kekalkan berada di tempat anda, dan jangan balik kampung kerana dikhuatiri anda pembawa virus COVID-19 kepada orang terdekat

moga kita semua terpelihara dan dilindungi Allah drpd segala wabak COVID-19 ni..nadia sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan perlu berhati hati apabila mengendali pesakit yang suspek penyakit ni..kami perlu memakai pakaian perlindungan (PPE) yang lengkap.

I STAY AT WORK FOR YOU
YOU STAY AT HOME FOR US
#STAYHOME
#DUDUKRUMAH 


Tuesday 10 March 2020

KERONGSANG

Kerongsang nadia yang dibeli secara online di Shopee

kerongsang adalah benda yang penting untuk golongan wanita yang bertudung bawal,shawl, selendang dan sebagainya.kerongsang merupakan salah satu pin tudung yang digunakan untuk melekatkan tudung serta memudahkan wanita bertudung menjadi lebih rapi dan kemas.

masalah utama wanita yang menggunakan kerongsang adalah selalunya kerongsang akan mudah hilang sama ada tercicir ataupun pin dia sudah terkeluar atau senget(rosak).nadia pun selalu mengalami masalah seperti tu juga..jadinya nadia mengambil langkah penyelesaian dengan memborong kerongsang sebanyak 50 pieces di Shopee.harganya mampu milik dan kia perlu membuat pilihan dengan berhati hati sebab barang online kan.jadinya buat pilihan yang bijak semasa membeli secara atas talian ni.

bila dah ada banyak kerongsang rasa puas sangat.bila kerongsang hilang atau rosak sebab ada lagi pengganti yang lain juga.haa kawan-kawan yang lain camna pula? ada macam nadia tak borong kerongsang juga?