Monday 13 April 2020

KOPI O PANAS MENJADI KEGEMARANKU BILA KEJA MALAM

Kopi O panas


waktu nadia keja malam, selalunya minuman kegemaran nadia adalah kopi O panas..selalunya kalau nadia onkoll dengan pembantu perawatan kesihatan (PPK) Pak Hassan , beliau selalu bancuh kopi O dalam jag untuk habuan kami yang bekerja malam membasahkan tekak .

kopinya yang pekat dan elok bancuhannya membuatkan nadia rasa segar apabila minum dan membuatkan nadia bertenaga untuk  melakukan kerja x-ray pesakit yang datang ke jabatan radiologi untuk di x-ray.

alhamdulillah mata pun taklah mengantuk sangat bila terpaksa berjaga malam untuk bekerja.ada juga yang kata bila minum kopi banyak sangat boleh menyebabkan kepala menjadi pening tetapi itu terpulanglah kepada penerimaan badan masing-masing kan.macam nadia ni dah biasa mium kafein jadinya takdak lagi masalah apabila minum kopi.alhamdulillah mungkin dah biasa minum kot.

RESEPI AYAM GORENG MAMAK

ayam yang telah nadia goreng bersama tepung yang dibeli



cara membuatnya

1) perap beberapa ketul ayam bersama tepung yang telah dibancuh dengan telur selama 3 @ 4 jam supaya akan dapat rasa yang sebati

2) selepas lama diperap goreng ayam menggunakan minyak masak yang panas

3) ayam yang telah digoreng akan menjadi garing warna keemasan, sila angkat dan toskan

4) setelah siap ditos, sedia untuk dihidangkan

5) selamat mencuba

RESEPI DALGONA COFFEE @ KOPI KOREA YANG SUDAH VIRAL DI MALAYSIA

Bahan-bahan :

kopi @ nescafe
gula
air panas
susu segar @ susu low fat kotak
beberapa ketulan ais (pilihan)

Cara membuatnya :

1) ambil gelas dan campurkan serbuk kopi @nescafe dengan 2 sudu gula dan 4 sudu kecil air panas.

2) kacau dan pukul sehingga menjadi foam menggunakan mixer @ whisk utensil sehingga menjadi pekat dan likat.

3) kemudian, ambil gelas lain dan tuangkan susu segar @ susu low fat kotak.

4) jika anda suka minum sejuk, masukkan beberapa ketulan ais ke dalam gelas yang berisi susu

5) tuang campuran kopi yang telah siap dipukul ke dalam gelas berisi susu tersebut.

6)ok dah siap jadilah dalgona coffee .anda akan dapat lihat ada tona warna kopi.

7) selamat mencuba.

dolgano coffee


Monday 6 April 2020

REZEKI KAMI JURU X-RAY YANG BEKERJA SHIFT



cheese tart yang comel hadiah pemberian kepada kami petugas kesihatan di Hospital Kulim



Sejak hospital kerajaan perlu mengendalikan kes Covid19, kami yang bekerja di hospital mendapat bantuan makanan secara percuma yang diberikan oleh agensi dan badan NGO yang membuat amal jariah.bukannya setiap hari kami dapat makanan secara percuma tetapi kadang-kadang kalau bernasib baik kami dapat makan secara percuma..alhamdulillah rezeki kami yang bekerja.

juru x-ray juga terlibat secara langsung dengan kes Covid19 kerana kami juga dipanggil untuk buat pemeriksaan x-ray dada pesakit yang disyaki Covid19.jadi, kami juga turut sama  berpeluang dapat makanan percuma .ada masa shift petang nadia juga berpeluang dapat makan percuma chesse tart yang sangat sedap .comel saja bila tengok cheese tart yang berwarna warni  siap dengan tulisan penghargaan kepada kami kakitangan hospital.terima kasih kepada pemberi yang sangat baik hati dan kreatif

masa keja shift malam pula, selalunya kami dapat makanan seperti nasi berlauk..ada sekali tu nadia dapat makanan percuma masak lemak ikan dan ikan bakar..oo rasa sedap dan menyelerakan ..kebetulan memang tengah lapar sebab dah penat buat keja kes x-ray pesakit.

sesiapa yang sudi memberi kami makanan percuma kepada staff kesihatan dan juga anggota keselamatan ,kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut sama menyumbangkan sesuatu kepada kami yang penat bekerja menghadapi wabak covid19 ni.sekurang-kurangnya kami rasa dihargai oleh masyarakat dan penat lelah kami rasa berbaloi.terima kasih sekali lagi..

nasi lauk masak lemak ikan dan ikan bakar

FACE MASK MENJADI SUATU KEPERLUAN APABILA KELUAR RUMAH

face mask nadia beli melalui rakan sekerja

face mask atau topeng muka merupakan suatu keperluan untuk kita semua.sejak dunia kena serangan wabak Covid19 face  mask sangat berharga dan laku di jual di pasaran.

nadia berharap  orang ramai terutamanya rakyat Malaysia sentiasa memakai topeng muka untuk menghindarkan diri daripada terkena penyakit yang makin menular di negara kita.di pasaran ,  ada sesetengah penjual menjual face mask dengan harga yang tidak munasabah dan terlalu mahal.

kebetulan rakan sekerja nadia iaitu kak Mashitah ada menjual face mask..dia jual sekotak rm75 sebanyak 50 helai face mask.ok la tu harganya sebab bila nadia tengok kat lazada & shopee harga sekotak face mask dah mencecah rm100 lebih.jadi berwaspadalah ye nak beli sesuatu barang online..


Nadia memakai face mask..kami yang bekerja di hospital wajib memakai face mask apabila melakukan kerja






RESEPI TELUR SEPARUH MASAK AIR FRYER

anda nak tahu telur separuh masak boleh guna air fryer saja...

cara-cara :

1)basuh telur sehingga bersih

2) masukkan dlm air fryer

3)setkan masa suhu  90 celcius dan masa selama 10 minit

atau boleh juga setkan 150 celcius dengan masa selama 5 minit...

4) terpulang kepada anda untuk menetapkan suhu memasak telur separuh masak mengikut kelapangan masa anda

5) dah siap boleh dimakan bersama lada sulah ataupun letakkan sedikit kicap..ikut selera masing-masing ye




nadia menggunakan air fryer jenama Russel Taylors



dah siap telur separuh masak menggunakan air fryer.nadia setkan suhu 90 celcius dengan masa 10 minit.nadia campurkan lada sulah dan kicap...rasa sedap

Thursday 2 April 2020

LAB COAT DARI DRYANA WORLD JADI PILIHANKU

white lab coat memang merupakan salah satu baju uniform wajib untuk kakitangan hospital untuk golongan doktor, juru teknologi makmal, juru x-ray, farmasist, fisioterapist, dan sebagainya.nadia sebagai seorang juru x-ray juga wajib mempunyai baju uniform white lab coat apabila bekerja pada waktu pejabat (office hour).kami juga dapat elaun baju setiap tahun  dan kain putih untuk dibuat labcoat..

baru-baru ni nadia berkenan dengan lab coat rakan sekerja nadia.nampak design dan pattern yang dia pakai tu menarik juga.jadinya nadia bertanya la kat mana dia tempah lab coat macam tu.dia pun bagitau dia order online melalui page Facebook DrYana World..

nadia pun usha-usha la page tersebut dan telah membuat pesanan jenis dan pattern yang nadia berkenan.harga lab coat tu pun berpatutan juga iaitu RM91. kain lab coat pun kelihatan cantik putih bersih macam putih nila tu.bila basuh lab coat pun warna dia masih ok dan kekal macam baru ja beli..ok memang berbaloi tau.

jika kawan-kawan yang berminat dan nak mengetahui lebih lanjut mengenai lab coat ni silalah layari 

page Facebook : DrYana Worlds
nama syarikat : DRYANA WORLD RESOURCES
no tel :   0173696185 (Whatsapp only)

lab coat yang nadia beli melalui DrYana Worlds

BAJU SKRUB BARUKU WARNA PINK

pada bulan Februari yang lepas, nadia saja-saja la tengok page kat Facebook BAJU SKRUB..rasa terberkenan kat baju skrub warna pink pula..sebenarnya nadia dah ada dah sebelum ni baju skrub warna hitam dan hijau emerald. baju skrub yang lama tu nadia order ramai2 bersama rakan sekerja.jadinya dapat la bayaran murah skit..

kebetulan nadia ada duit lebih sikit jadinya nadia pun order la baju skrub warna pink pula..harganya termasuk pos rm92.saja kan order lagi padahal dah ada kot 2 pasang dah.takpa tambah koleksi baju skrub.hehehe...



untuk pengetahuan semua, nadia pakai baju srub ni bila keja onkoll sama ada keja shift pagi, malam atau petang.kalau saja2 nak beli pakai tu taklah..nadia beli pun sebab memang dok pakai bila masuk keja onkoll ja.selesa tau bila pakai baju skrub ni.nadia memang ambik saiz besar sebabnya nadia pun badan agak chubby juga..bila pakai saiz besar rasa selesa dan senang nak bergerak.



                                  baju skrub warna pink yang nadia beli


ada nama nadia, radiographer dan lambang radiology kat lengan baju skrub


kat baju skrub tu bolehlah kita nak letak nama,jabatan apa.nadia kan keja juru X-ray jadinya nadia suruh letak lambang radiologi tu la dan label nama nadia kat baju tu.terpulanglah kalau kita nak letak label apa2 ka ikut suka la..tu pilihan kita sama ada nak tambah apa2 kat baju skrub tu..

kebanyakan staff yang keja di sektor kesihatan di seluruh Malaysia memang order dengan Baju Skrub Enterprise.kain baju skrub pun taklah nipis sangat dan material kain pun cantik..

jadi, jika kawan-kawan berminat nak tengok design baju dan warna pilihan baju skrub yang lawa bolehlah singgah di         
     laman page Facebook BAJU SKRUB
          NO TEL : 017-2823303 (Whatsapp only)

nadia berselfie dengan baju skrub pink masa keja malam



kerjaku sebagai juru x-ray perlu memastikan imej x-ray yang dihasilkan berkualiti(nadia menggayakan baju skrub pink)

      baju skrub nadia saiz besar tau.
             tengoklah nadia pun agak chubby juga...hehehehe

CHANNEL BARU ASTRO 2020

Astro telah mengeluarkan senarai nombor channel Astro yang baru berkuat kuasa bermula 1 April 2020. Jadi bermula pada hari tersebut, banyak channel atau saluran telah bertukar nombor daripada lama kepada nombor yang baru.jadi,  pengguna Astro perlu lebih peka yang bagi channel yang telah berubah nombor channelnya ye...jangan ingat pula astro ada masalah sebab tak boleh tengok channel favourite anda..padahal dah bertukar nombor channel dah...jadi, sila ingat semula nombor channel favourite anda sekiranya ada yang berubah.


Pihak Astro mengambil keputusan membuat pertukaran besar-besaran ini adalah bagi memudahkan pengguna atau pelanggan Astro mencari saluran High Definition (HD) terlebih dahulu berbanding salurang Standard Definition (SD) atau saluran biasa.

Selain itu juga, Astro merangkumkan channel ini mengikut kategori atau variety seperti Malay variery, sports, english variety, kids, learning, movies dan sebagainya. Ianya juga sama mengikut pakej langganan. Jadi pelanggan akan lebih mudah mencari siaran yang dilanggan dan digemari selepas ini.


ok, selamat menonton Astro ye kepada sesiapa yang melanggan Astro..