Thursday 28 May 2020

RAYA COV-EID 2020




Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambut Hari Raya Puasa.pada 24 dan 25 Mei yang lalu merupakan cuti kelepasan am bagi seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat yang beragama Islam menyambut hari raya selepas sebulan menunaikan ibadah puasa.kali ini suasana raya di negara kita melalui fasa yang berbeza disebabkan masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat penularan penyakit Covid19.raya juga menjadi sangat unik dan lain daripada yang lain.

antara keunikan raya adilfitri 2020 adalah :

beraya dengan memakai penutup muka iaitu mask

masing-masing hanya beraya di rumah sendiri dan masyarakat tidak dapat balik kampung sekiranya merentas negeri, hanya pergerakan antara daerah dalam negeri sahaja dibenarkan ,

ada yang tidak membeli baju raya..hanya pakai ala kadar sahaja, apa yang ada sahaja.

setiap rumah tidak boleh melebihi 20 orang berada dalamnya.sekiranya terlebih pihak berkuasa akan mengenakan kompaun Rm1000 kepada tuan rumah sebab membenarkan tetamu masuk beraya walaupun sudah melebihi had yang dibenarkan

solat raya yang diadakan di masjid dan surau hanya boleh dihadiri oleh orang tertentu sahaja.selebihnya digalakkan solat raya di rumah sendiri

semasa beraya tidak boleh bersalaman atau berpelukan seperti selalu

masyarakat yang mahu keluar beraya hanya boleh keluar daerah masa hari raya pertama sahaja

sebarang kenduri kendara dan rumah terbuka tidak boleh diadakan

jaga jarak sosial apabila berada di khalayak ramai


sudah semestinya kita akan berasa suatu kelainan apabila berhari raya dengan cara yang berbeza kali ni.ini merupakan suatu pengalaman yang berharga yang tidak pernah kita fikirkan akan terjadi di negara kita.moga kita semua akan terpelihara daripada penyakit Covid19 yang telah memberi suatu kesan yang amat besar kepada negara.marilah kita sama2 bekerjasama dengan mematuhi PKPB agar orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung tidak melakukan kerja yang sia-sia dalam membanteras Covid19.

akhir kata, nadia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan yang menyambut perayaan ni.moga hari raya kalian semua memberi seribu satu makna .semua yang berlaku memberi suatu hikmah kepada kita semua.




anak sulung Nadia, Muhammad Arsyad berselera makan rendang ayam yang Nadia masak





anak kedua Nadia, Muhammad Hakeem bergaya dengan baju melayunya








Nadia bersama anak dan 3 orang adik Nadia yang datang beraya 


keluarga Nadia datang beraya .terubat rindu kat mak,abah dan adik-adik setelah lama tak jumpa akibat PKP yang lalu

Saturday 16 May 2020

ASAM















dah lama tak makan asam macam kat gambar di atas.mak mertuaku telah memberi nadia asam ni.lama tak makan rasa sedap pula walaupun rasanya yang masam.

saja nadia nak bercerita mengenai personaliti orang yang suka makan makanan yang masam
berdasarkan kajian di Google:
 
# biasanya berperibadi serius dan pendiam

#selalu merancang dan merencanakan masa depannya dengan teliti

#setia pada pasangannya

ada yang bertanya bahaya ka makan benda yang masam ni?

ada kebaikannya juga.antara kebaikannya makan benda yang masam

  •  mempunyai nutrisi kerana kaya dengan vitamin C , potassium dan folik asid.

  • menurunkan berat badan

  • melegakan ketegangan otot

  • memperbaiki kadar insulin dalam badan

  • makanan yang dijerukkan mempunyai antioksida di mana membantu melawan bahaya radikel bebas.

tetapi, awas bahaya makan benda yang masam yang mempunyai banyak bahan pewarna atau perasa.jadi, berhati-hatilah ye dalam memilih makanan untuk dimakan

.

Friday 8 May 2020

SALAM RAMADHAN 2020



rasanya masih belum terlambat lagi nadia dan keluarga mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang berpuasa pada tahun ni.tahun ni memang tahun yang menguji kesabaran dan keimanan kita bagi seluruh rakyat di dunia ini kerana adanya penyebaran penyakit Coronavirus @ Covid 19.
jadinya pada hari pertama berpuasa kita masih dikehendaki duduk di rumah sahaja dan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .tetapi takdak jadi halangan untuk kita berpuasa walaupun bermacam dugaan kita tempuhi.kali ni sangatlah berbeza kerana bazar Ramadhan tak ada dah dan rakyat boleh membeli secara dalam talian saja dan makanan dihantar oleh runner(delivery boy).ada yang boleh menjimatkan duit kerana orang perempuan mencuba memasak pelbagai resepi memandangkan tidak berasa puas untuk membeli secara online.adanya risiko kalau kita tidak pernah lagi membeli dengan pengusaha makana tersebut kerana kita tidak dapat melihat makanan terlebih dahulu sebelum membeli, hanya melihat melalui gambar yang ada sahaja.

sejak PKP ni masjid dan surau pun tidak boleh dihadiri oleh orang ramai. jadinya masing-masing berpeluang menunaikan solat terawih bersama ahli keluarga sendiri.si ayah atau si abang boleh belajar menjadi imam dan belajar menunaikan solat terawih sendiri di rumah.ini sedikit sebanyak mengajar kita semua menjadi orang yang berani dan yakin dalam mengetuai solat di rumah.sebelum ni, kita semua dah biasa bersolat terawih di sura atau masjid kan, jadinya tahun 2020 ni sangat berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni.

gambar di bawah ni merupakan gelagat 2 orang anak Nadia yang turut sama bangun sahur semasa hari pertama kita berpuasa.tak sangka depa pun nak join sekali kami bersahur.padahal pagi tersebut pukul 9.30pagi dah minta nak makan roti.adik Hakeem memang tak berpuasa, si abang Arsyad la dah berumur 5 tahun .dan kami memang menggalakkan si abang puasa tetapi dia tak tahan lapar .selalunya pukul 10 pagi dah kata lapar nak makan tak sempat lagi tnggu tengah hari skit.dia tak boleh tengok si adiknya makan, bila adiknya makan apa lagi teruslah si abang pun makan sekali.lagipun sekarang ni memang dok rumah kan, jadinya mudah la tengok makanan yang ada.kalau pi tadika bolehlah juga dia menahan lapar dan  takdak gangguan si adik yang menayang makanan depannya.memang mencabar nak ajar si abang berpuasa..hai anak oh anak..harapnya tahun depan si abang boleh belajar berpuasa lebih lama lagi.

oklah di kesempatan ini, nadia nak mengucapkan 

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MENINGKATKAN AMAL IBADAT DI BULAN YANG MULIA NI.













Thursday 7 May 2020

IPAD2 BERTAHAN LAMA



anda pernah ada ipad?nadia pertama kali ada barang keluaran Apple iaitu tab Ipad2 masa baru kerja tahun 2012.kebetulan beli ipad ni masa nadia buat bisnes.sekarang ni ipad tu masih elok dan boleh digunakan lagi walaupun usianya dah hampir 8 tahun..ya la kan dari 2012 lagi nadia beli sehinggalah tahun 2020 ni.

memang bertahan lama kena la dengan harganya yang boleh tahan tu masa baru beli tu.walaupun ipad nadia ada mengalami keretakan pad skrinnya tetapi masih boleh digunakan lagi.nadia dah pernah baiki ipad tu dengan skrin baru tetapi anakku terbagi jatuh lagi sekali jadinya retak balik skrin tersebut.buat masa sekarang ni tak terpikir lagi untuk baiki semula memandangkan keadaan ekonomi yang memerlukan duit untuk kegunaan yang lebih penting.

jadi lebih baik utamakan keperluan daripada kehendak.ipad tu masih boleh guna lagi walaupun skrin saja yang retak..syukur memang bertahan lama la barang daripada Apple ni kan.yang tu ja barang daripada Apple yang nadia ada.kalau guna handphone nadia lebih suka pakai android.rasa lebih mudah dan mesra pengguna.brand Apple ni memerlukan peranti yang sama kalau nak guna untuk memindahkan data,menyalin atau berbuat sesuatu.terpulanglah pada citarasa kita .masing-masing mempunyai sebab tersendiri apabila menggunakan barang peribadi untuk kegunaan harian.

ini antara spesifikasi Ipad 2 .dikeluarkan pada tahun 2011.
        

Apple iPad 2 WiFi + Cellular Specification

General General
  • Available Status: Discontinued
  • Network Bands: 3G
  • SIM: Micro-SIM
  • Dimension: 241.2  x  185.7  x  8.8 mm
  • Weight: 607 g (1.34 lb)
  • OS: iOS 4, upgradable to iOS 9.3.5
  • CPU: Dual-core 1.0 GHz Cortex-A9
  • Chipset: Apple A5 (45 nm)
  • GPU: PowerVR SGX543MP2
  • Internal: 16/32/64 GB, 512 MB RAM
  • External Memory: No
  • Battery: Non-removable Li-Po 6930 mAh battery (25 Wh)
  • Stand By: Up to 720 h
  • Talk Time: Up to 9 h
  • Colors: Black, White
Connectivity Connectivity
  • 3G Speed: HSPA 14.4/2 Mbps
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band
  • Bluetooth: 2.1, A2DP, EDR
  • USB: 2.0
Entertainment & Features Entertainment & Features
  • Sensor: Accelerometer, gyro, compass
  • GPS: Yes, with A-GPS
  • Radio: No
  • - iCloud cloud service
    - MP3/WAV player
    - MP4/H.264 player
    - Document viewer
Camera Camera & Video
  • Primary: 0.7 MP
  • Secondary: VGA
  • Video: 720p@30fps
  • Feature: No
Screen Screen
  • LED-backlit IPS LCD, capacitive touchscreen, 16M colors
  • 9.7 inches, 291.4 cm2 (~65.1% screen-to-body ratio)
    768 x 1024 pixels, 4:3 ratio (~132 ppi density)
  • Multi Touch: Yes
  • Scratch-resistant glass, oleophobic coating
Sound Sound & Music
  • Alert Types: N/A
  • Loud Speaker: Voice 65dB / Noise 65dB / Ring 75dB
  • 3.5mm jack: Yes
  • Radio: No

BUAH HARUM MANIS



buah harummanis merupakan antara jenis buah mangga @  mempelam.buah ini enak dimakan apabila sudah masak ranum.buah harum manis ditanam di negeri yang paling kecil di Malaysia iaitu negeri Perlis.buah ini sinonim dengan negerI Perlis.digelar harummanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

2 minggu lepas, nadia berpeluang membeli buah ni daripada jiran Nadia.katanya memang buah original daripada Perlis.ini merupakan kali pertama membeli buah harummanis ni memandangkan buah ni agak mahal untuk dibeli.kalau ada duit lebih bolehlah membelinya.lagipun nadia teringin lama dah nak makan buah ni.nadia beli sebanyak 3 kilogram dengan harga rm75.buahnya sangat elok dan manis bila dimakan...ooh sedapnya..alhamdulillah dapat berpeluang makan buah yang mahal ni juga akhirnya.


Saturday 2 May 2020

SALAH SATU TUGASKU SEBAGAI SEORANG JURU X-RAY BEKERJA DI KAUNTER TEMUJANJI




salah satu skop tugas juru xray adalah bekerja di kaunter temujanji selain daripada melakukan kerja di bilik general x-ray,ct scan,mri,mammo dan sebagainya.

semasa bertugas di kaunter temujanji ,kami perlu bersedia mental dan fizikal melayan kerenah pesakit yang berbagai ragam.kami juga perlu menjawab panggilan telefon dengan penuh berhikmah supaya urusan temujanji berjalan dengan lancar.

nadia pernah mengalami masalah komunikasi apabila mahu menjelaskan berkaitan temujanji kepada pesakit berbangsa Cina yang kurang faham akan Bahasa Melayu.sehinggakan nadia perlu memanggil rakan sekerja yang berbangsa Cina untuk menjelaskan apa yang sepatutnya pesakit itu tahu mengenai temujanjinya.kalau tidak menjelaskan apa yang sepatutnya pesakit itu ambik tahu , ini akan menyebabkan pesakit tidak datang pada hari temujanjinya dan mungkin tidak buat persediaan yang sepatutnya seperti berpuasa dahulu sebelum menjalani prosedur ultrasound dan ct scan.

urusan temujanji selalunya melibatkan pemeriksaan seperti ultrasound, ct scan, mri,fluoroskopi dan  mammogram.kami akan menetapkan tarikh temujanji pesakit dengan melihat sama ada pemeriksaan perlu dilakukan dalam tempoh terdekat atau lama lagi.sama ada kes tersebut normal, early atau urgent.

dulu nadia pun tak pandai sangat nak tengok tarikh untuk bagi temujanji kat pesakit.tetapi, lama kelamaan dah boleh buat sendiri tanpa perlu bantuan daripada juru x-ray senior.alhamdulillah.dah memang tugas kami.jadinya perlu belajar menyesuaikan diri dengan tugas yang telah diberikan.


Friday 1 May 2020

STOK SUSU KURMA FARM FRESH


siapa suka minum susu kurma Farm Fresh kita geng...susu kurma ni sangat sedap diminum.

jadinya, nadia telah membeli sekarton susu kurma Farm Fresh 200ml sebagai stok bekalan di bulan puasa ni.sekarton susu kotak kurma ni ada 24 kotak.

selalunya nadia minum masa waktu sahur.bila minum susu kurma ni rasa lebih bertenaga dan cergas melakukan kerja.macam memberi tenaga tambahan kepada orang yang berpuasa.alhamdulillah.

manfaat susu kurma Farm Fresh :

Susu Kurma Farm Fresh bukan sahaja bagus diambil ketika berpuasa malah bagus juga diamalkan ketika mengandung & ketika menyusu badan.

😍MENYUSU BADAN
Susu Kurma Farm Fresh telah diperakui oleh ramai ibu-ibu menyusu badan yang ia dapat membantu memperbanyakkan susu badan mereka. Bayi yang mendapat susu badan secukupnya akan lebih sihat serta kurang mendapat penyakit.
Susu Kurma Farm Fresh mengandungi banyak khasiat yang terkandung dalam Susu Segar & Kurma itu sendiri.

😍IBU MENGANDUNG
Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat nutrien untuk diri sendiri serta bayi dalam kandungan. Antaranya adalah kandungan iron zat besi yang tinggi dalam Susu Kurma Farm Fresh dapat membantu pembentukan sel darah merah yang sihat bagi bayi dalam kandungan.

😍GASTRIK
Selain itu Susu Kurma Farm Fresh juga mendapat testimoni yang sangat positif daripada pesakit gastrik dimana mereka yang mengamalkan minum Susu Kurma Farm Fresh semasa sahur & berbuka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa & kurang gangguan sakit perut.








HAPPY BIRTHDAY TO ME



tanggal 26 April yang lalu merupakan hari bersejarahku di mana nadia telah dilahirkan di dunia ini.nadia lahir pada tahun 1987 dan sekarang ni genaplah umurku 33 tahun...rasa cepatnya masa berlalu dan umurku dah bertambah 1 angka.alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi dan berpeluang hidup bersama dengan suami dan anak2.

kebetulan pada tahun ni kita telah mula berpuasa pada 24 April yang lalu.jadinya masa tarikh lahir nadia tu memang dalam bulan puasa la,bulan Ramadhan.alhamdulillah bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan.

nadia hanya reward diri dengan membeli juadah berbuka iaitu ayam bakar pasu dan foldover Mc Donald.cuti memasak hari tu..hehehe..tak sangka pula encik suami buat kejutan dengan memesan Dominos pizza untukku.jadinya banyak la makanan untuk kami berbuka hari tu.alhamdulillah rezeki sempena menyambut birthdayku di kala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).hanya perlu duduk di rumah menyambut hari lahir bersama kelurga tersayang.

Alhamdulillah, bila bertambahnya umur nadia hanya berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dapat melihat anak-anak membesar di depan mata sendiri.insyaallah.amin.

SELAMAT HARI PEKERJA 2020

hari ni merupakan 1 Mei merupakan sambutan hari pekerja di Malaysia.bersamaan dengan 8 Ramadhan iaitu  sudah 8 hari kita melakukan ibadah puasa bagi umat yang beragama Islam.

hari pekerja juga dikenali sebagai hari buruh.kita semua dapat menikmati cuti dan tidak perlu keluar bekerja kerana setiap tahun tanggal 1 Mei kita berpeluang untuk mendapat cuti rehat.ia menjadi salah satu 'public holiday" di negara kita.

pada tahun ini, seluruh negara terkena serangan ancaman penyakit Covid 19.negara Malaysia juga terkena tempiasnya dan sekarang kita berada dalam fasa PKP ke 4.jadinya sambutan hari pekerja yang diadakan setiap tahun tidak dapat diadakan seperti biasa untuk mengelakkan penularan wabak ni daripada berleluasa. ini melibatkan perhimpunan orang ramai, jadinya langkah yang paling selamat sambutlah saja di rumah masing-masing.

oklah, nadia ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua orang yang mempunyai pekerjaaan masing-masing tidak kiralah daripada sektor apa pun.jaga diri kita ye sebagai pekerja apabila berada di tempat kerja di saat kita menghadapi ancaman virus corona ni.moga kita semua terhindar daripada terkena penyakit Covid 19 yang boleh menyebabkan maut.Nauzubillah..mohon dijauhkan