Monday 29 June 2020

PENGALAMAN ANAKKU MENGIKUTI KELAS ONLINE SECARA WHATSAPP VIDEO CALL

anakku, Arsyad belajar secara online
mengunakan Whastsapp video call




masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu , semua institusi pendidikan  seperti universiti, kolej, sekolah dan tadika ditutup disebabkan bagi mengelakkan daripada menularnya penyakit C0vid19.pelajar dikehendaki belajar di rumah dan mengikuti kelas online melalui panggilan video call bersama guru masing-masing.

anak Nadia yang sulung, Arsyad juga pertama kali mengikuti kelas online bersama gurunya melalui panggilan video call aplikasi Whatsapp.memang bukan mudah untu belajar melalui atas talian kerana kadang-kadang berlakunya gangguan internet di kawasan kediaman.murid-murid pun tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mengenai apa yang dipelajari kerana tidak berdepan bersua muka dengan guru .memang tidak puas bila kita hanya lihat muka dan wajah guru melalui hanset sahaja...tidak bertentang mata berbual bicara.

memang dunia mengalami suatu kejutan budaya bila adanya penyakit covid19 ni.sehinggakan pembelajaran diteruskan dan dilakukan secara atas talian (online)..memang bukan mudah nak mengajar dan belajar melalui video call ini.banyak sangat kekangan dan gangguan yang dihadapi..tetapi ada juga kelas online  yg berjalan lancar..ini merupakan suatu norma baharu dalam intitusi pendidkan negra

Friday 19 June 2020

BERBALOI BELI PRINTER CANON E470 SERIES



zaman sekarang ni, printer atau mesin pencetak sangat diperlukan di rumah kita sendiri.nadia pun tak terkecuali mahukan printer kepunyaan sendiri untuk memudahkan dan melancarkan kerja harian.

masa PKP hujung bulan 4 yang lalu nadia telah membeli printer melalui apps online shopping Shopee.harga printer jenama Canon jenis E470 wireless printer ni adalah Rm299..setelah siap dengan postage harga yang perlu nadia bayar adalah Rm 303.88.oklah harganya berpatutan , lagipun jenis wireless boleh terus print apa-apa melalui handphone sahaja, tak payah connect dengan laptop dah..sangat mudah dan praktikal.

penghantaran printer sangat berjalan lancar dan cepat, hanya beberapa hari sahaja sudah sampai..dahlah kedai yang menjual printer ni jauh terletak di negeri selatan iaitu Muar,Johor.nadia pula dok di Kulim, Kedah negeri utara. nadia order printer 30.4.2020 dan printer selamat sampai di rumah nadia adalah pada 2.5.2020.cepat juga sampai walaupun masa tu masih dalam tempoh negara kita dalam perintah kawalan pergerakan (PKP).

masa mula-mula nak start print kerja  memang perlu ikut dahulu langkah-langkah permulaan bagaimana nak mengunakan printer melalui wireless guna handphone terus atau sambungan laptop..memang perlu setting dahulu.nadia pun taklah pandai sangat nak setting sebabnya tak pernah lagi ada printer sendiri.jadinya bila nadia tak pasti dan tak berjaya juga nak print kerja, nadia terus menghantar mesej kepada penjual melalui apps mesej kat apps Shopee tu..penjual tu sangat baik melayan kerenah nadia yang sentiasa bertanya lebih lanjut sebab nadia tak dapat set up printer dengan baik dan ada berlaku masalah printer tidak berfungsi.memang pada mulanya ingatkan printer memang bermasalah , tetapi rupanya cara nadia set up tidak kena.patutlah printer pun tak dapat berfungsi lagi.

bagi nadia, sangat mudah bila adanya wireless printer ni sebabnya terus boleh print direct menggunakan handphone melalui wifi printer yang telah ada.bila nak print direct melalui handphone kita perlu pastikan kita dah download apps Canon Printer dahulu melalui Playstore.jadinya nadia tak perlu dah nak transfer masuk dalam laptop lagi.sangat menjimatkan masa kita.nak print melalui sambungan laptop pun boleh bila kita dah install software jenis Printer Canon E470 series dalam laptop.lagipun sejak sekolah ditutup akibat Covid19 , printer sangat diperlukan untuk print kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.kawan sekerja nadia pun turut sama membeli printer untuk kegunaan anaknya juga tetapi dia beli printer jenama lain tak sama dengan nadia pun.tu menunjukkan kepentingan printer dalam kehidupan kita buat masa sekarang ni.

nadia sangat bersyukur kerana berpeluang memiliki sendiri printer sebab dah lama merupakan barang wishlist yang nadia nak beli bila ada duit.lagipun nadia suka print gambar foto untuk disimpan dalam album sebagai kenangan.sebelum adanya printer, nadia akan cuci gambar yang banyak dalam handphone tu kat kedai gambar.tetapi sekarang ni sejak dah ada printer sendiri, nadia dapat print gambar-gambar yang berlambak dalam handphone tu menggunakan kertas foto yang turut dibeli secara online di
Shopee. cuma perlu pastikan dakwat ink printer jenis berwarna sentiasa ada dan mencukupi.

kesimpulannya, nadia berpuas hati dengan jenis wireless printer yang nadia beli ni.
3 in 1 .boleh digunakan untuk print,copy (fotostat) dan scan.
ok alhamdulillah syukur.




Wireless Printer jenama Canon E470 series yang nadia beli di Shopee






antara button dekat printer Canon E470 series



selain dapat print kertas , printer ni dapat print foto-foto yang berlambak dalam handphone nadia..connect dengan wifi printer ja..mudah sangat sebab jenis wireless printer




antara foto-foto yang nadia print menggunakan printer ni.connect dengan handphone nadia ja, tak payah transfer masuk laptop dah.



anak nadia iaitu Arsyad dan Hakeem teruja tengok foto-foto mereka yang telah siap nadia print menggunakan printer yang dibeli ni.

Thursday 18 June 2020

RESEPI PUDING JAGUNG KUSTARD

puding jagung kastard yang telah siap dimasak









Bahan-bahan

1.)1 cawan tepung jagung
2.)1 cawan tepung kastard
3.)1 1/2 cawan susu cair
4.) 3/4 gula pasir
5.)1 tin jagung dalam tin
6.) 3 cawan air

Cara membuatnya 


1) Campurkan semua bahan di dalam periuk.kacau sehingga sebati.
2) Pasangkan api perlahan dan sentiasa kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3) Pastikan masak sehingga betul-betul menjadi likat dan pekat dengan api yang sederhana supaya tidak menjadi berketul dan hangus.
4) Selesai masak, masukkan ke dalam acuan
5) Sejukkan
6) Pastikan puding sudah betul-betul sejuk supaya bila dipotong tidak menjadi hancur dan menjadi elok potongannya.
7) Selamat mencuba

2020 TAHUN CORONAVIRUS



#Tahun2020 #TerimaKasihPM#TerimakasihAbah #Moment #kenangantakBolehdilupakan

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan 

Nak simpan kat blog juga la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, sejarah negara kita mengenai fasa-fasa yang dihadapi : 

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste  ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain.  
Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu Malaysia !
saya sayang ❤️Malaysia

akan jadi kenangan abadi selamanya...

COPY & PASTE#