Thursday 23 July 2020

MAKSUD WARNA NAJIS BAYI




Maksud Warna Najis Bayi πŸ‘ΆπŸ» πŸ’©

1. Hitam Kehijauan πŸ–€
Najis ini normal dan selalu didapati pada bayi newborn sehingga 3 bulan. Najis ini sedikit melekit dan dinamakan mekonium 😊

2. Kuning Mustard πŸ’›
Bayi yang menyusu susu ibu sahaja. Jika bayi tidak membuang najis selama 5-10 hari tanpa gelaja demam, sakit perut dan menyusu seperti biasa adalah normal πŸ₯°

3. Kuning Coklat 🧑
Bayi yang menyusu susu formula. Bayi mesti membuang najis setiap hari, jika tidak dikuatiri sembelit atau jenis susu formula yang tidak sesuai πŸ˜‰

4. Hijau πŸ’š
Bayi yang diberi supplemen zat besi untuk menambah darah 🧐

5. Merah ❤
Bayi menyusu tertelan darah daripada puting luka. Segera membawa bayi berjumpa pakar kanak-kanak 😨

6. Putih 🀍 
Segera bawa berjumpa pakar kanak-kanak kerana membuang najis tidak berwarna bermaksud mempunyai masalah pada organ hati dan hempedu (bukan keturunan mahsuri ya)😫

7. Mukus πŸ’¦
Berlendir dan seperti cirit-birit. Kemungkinan bayi dijangkiti bakteria. Perlu dipandang serius kerana boleh membawa masalah dehidrasi πŸ˜₯

8.Coklat Gelap 🀎
Jika mama dapati anak membuang najis berwarna coklat gelap, tahniah anak mama sudah menjadi seorang kanak-kanak yang berjaya πŸ˜‡

Mama Papa kena ambil tahu ❗

Simpan data ini sebagai rujukan nanti πŸ‘πŸ» barulah tak confius πŸ‘ΌπŸ»

#credittomomopage
#goodinfo

Saturday 18 July 2020

BUAH SETOI & PELAM TELUR

buah setoi dan pelam telur


sedap oo makan menyicah buah setoi dan pelam telur.menyicah dengan garam belacan  rasa pedas-pedas sikit.rasanya yang masam membuatkan hilang loya.almaklumlah masa makan buah ni nadia mengandungkan anak ke 3 .kandungan berusia 6 bulan.

bila mengandung memang nadia suka sangat makan makanan yang masam.kadang-kadang nak mengurangkan rasa loya juga.bila makan benda yang masam rasa puas sangat.

Thursday 16 July 2020

GANDINGAN AURA 3 'N'


nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan di negeri utara Semenanjung Malaysia.setiap hari apabila berada di tempat kerja kami perlu mengikuti jadual harian yang telah ditetapkan oleh juru x-ray U32.kami perlu bertugas di bilik general, ct scan, kaunter pendaftaran dan kaunter appointment.

kebetulan ada suatu hari tu, Nadia, Najwa dan Nazira ditugaskan bekerja di bilik general,gandingan kami bertiga atau 3'N' menjadikan kami bekerjasama melakukan kerja x-ray di bilik general.aura 3'N" tidak membuatkan kami 'jonah' pun..alhamdulillah syukur kes yang datang biasa-biasa ja.semuanya berada dalam dalam kawalan.

bukan senang kami bertiga nak berganding bahu bersama melakukan x-ray.kadang-kadang secara kebetulan ja dapat bekerja sekali.tetapi, seronok bila bekerja dengan rakan perempuan kerana kami sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain..tidak berkira dalam melakukan  x-ray.
 

FIRST TIME DAPAT DOK BILIK SINGLE ROOM DI WAD BERSALIN,HSB SEMASA MUSIM PKPP


single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah





single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah



Rezeki nadia masa masuk wad untuk bersalin baru-baru ni nadia ditempatkan di bilik single room di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah.kebetulan ada kosong.untuk pengetahuan semua,nadia selamat bersalin bayi lelaki pada pukul 8.35 malam tanggal 8.7.2020...dok ingatkan bayi nak keluar masa tarikh cantik 7.7.2020..tetapi takpalah terlebih sehari pula..alhamdulillah lega dah selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.76kg secara normal.insyaallah ada masa nanti nadia cerita pula mengenai pengalaman bersalin anak ke 3 nanti dalam entri lain.

Masa sakit contraction nadia rasa tenang sahaja bila berada sorang-sorang dalam bilik tu.lagipun tak perlu kongsi bilik air dengan pesakit lain.rasa sangat selesa..ada ruang juga untuk solat memandangkan biliknya agak luas juga.

Bila berada dalam bilik single room dapat memberi ruang privasi kepada kita.kita rasa bebas melakukan apa-apa tanpa ada orang yang melihatnya.cumanya memandangkan musim Covid19 pelawat tidak dibenarkan masuk melawat kami yg berada dalam wad.lagipun masih dalam fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)

Jika suami nak menghantar barang makanan ka apa, cuma boleh minta tolong pengawal keselamatan untuk menghantar kepada pesakit.memang agak bosan juga sebab kita seorang diri sahaja dalam wad dan takdak orang datang melawat..rasa sunyi juga.bila dah selesai bersalin barulah nadia bertukar katil lain berdekatan dengan kaunter wad dan tidak duduk dalam single room dah.

nadia sudah ada pengalaman menguruskan 2 orang anak sebelum ni, jadinya taklah kekok sangat kerana tidak ada bantuan daripada ahli keluarga kita bila telah selamat bersalin memandangkan pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam wad.tetapi ,staff nurse dan doktor yang ada dalam wad 2D tu baik dan mesra .mereka sentiasa menghulurkan bantuan jika kita memerlukan bantuan seseorang.lagipun. mereka sentiasa membantu menguruskan bayi jika depa lihat si ibu masih tidak bertenaga menguruskan bayi selepas penat bersalin.

nadia bersyukur telah selamat bersalin dan sangat berterima kasih kepada warga kerja wad Kenanga  2D dan kakitangan dewan bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah di atas kesungguhan mereka menguruskan nadia dan pesakit lain semasa kami berada di sana.memandangkan nadia pun seorang juru x-ray hospital kerajaan , nadia juga turut rasa bangga dengan staff hospital kerajaan  yang sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.





Wednesday 15 July 2020

PENTINGNYA REDHA SUAMI




sebagai seorang wanita yang sudah bergelar isteri seseorang kita perlu meminta izin suami jika ingin melakukan sesuatu perkara.jika suami kita redha apa yang kita lakukan insyallah memberi kelancaran kepada kita dalam membuat sesuatu perkara.

keredhaan suami memberi peluang kita masuk selangkah ke pintu syurga.kita perlu memohon ampun maaf sekiranya ada pernah terkasar bahasa,terlajak bicara,berprasangka dan tercerita aib suami kat orang lain.

jadinya, kita perlu menjadi isteri solehah yang sentiasa berbuat baik kepada suami kita.sentiasalah memberi layanan yang baik kepada suami yang merupakan ketua keluarga.

BARANG ALAT TULIS KESAYANGANKU

kotak pensel kegemaran Nadia.

memandangkan Nadia suka akan kartun Disney iaitu Minnie Mouse dan Elsa Frozen, jadinya bila  terjumpa kotak pensel ada corak tersebut semestinya rasa nak beli.haganya boleh tahan mahal juga sebab beli kotak pensel yang original.bila beli barang yang mahal selalunya akan bertahan lama dan tidak mudah rosak.






marker pen jenama Sharpie ni pun antara alat tulis kegemaran nadia.pen ni mempunyai muncung yang tajam dan rasa sangat selesa untuk menulis.




Wednesday 1 July 2020

DAGING BURGER PERISA UDANG KELUARAN RAMLY


jenama Ramly memang tidak asing lagi di negara kita dan merupakan pengeluar untuk makanan sejuk beku seperti daging burger, nuggets,kentang goreng,sosej,bebola daging dan banyak lagi.pengasasnya bernama bernama Ramly bin Mokni dan telah mula beroperasi sejak tahun 1980..dah lama mereka di dalam industri bisnes makanan kan..alhamdulillah masih dapat bertahan lama.

buat pertama kali, nadia ada beli daging burger perisa udang jenama Ramly di kedai berdekatan dengan rumah nadia hari tu.selalunya beli daging burger jenama Ramly beli jenis ayam dan daging sahaja.kebetulan pula tengok ada jenis perisa udang ni.nadia pun beli la nak rasa macam mana.

1 peket daging burger perisa udang ni ada 10 keping daging.harganya pula rasanya tak lebih daripada Rm10 kot.entahlah tak berapa ingat sangat harga sebenar 1 peket daging burger perisa udang ni.maafkan saya ye, terlupa pula harganya berapa. kebetulan beli dengan barang lain sama. jadi tak berapa ingat harga sebenarnya.

setelah selesai bakar daging menggunakan air fryer, nadia pun mula menikmati daging burger perisa udang bersama roti Gardenia.sedap juga rasanya..memang rasa udang.lembut dan juicy daging tu berkemungkinan sebab nadia bakar daging menggunakan air fryer kot tetapi awas ye kawan-kawan jangan bakar daging terlalu lama bila guna air fryer, daging mungkin akan jadi keras pula nanti.nadia cuma set masa selama 10 minit dengan suhu 180 celcius.alhamdulillah ok dan sedap.



1 pek daging burger perisa udang jenama Ramly
(ada 10 keping)




daging burger ni berbentuk 4 segi..sedap juga rasanya

TEH TARIK 3 IN 1 LIPTON





1 sachet teh tarik instant (3 in 1)

kawan-kawan pernah cuba tak minum teh tarik instant atau 3 in 1?selalunya kita biasa dok minum nescafe 3 in 1 sahaja kan..sekarang ni di pasaran teh tarik pun dah ada 3 in 1 dalam bentuk sachet.
inilah pengalaman pertama nadia minum teh tarik 3 in 1.

bagi nadia memanglah taklah rasanya sesedap macam kita bancuh sendiri atau minum di kedai makan .tetapi boleh tahan jugalah rasanya.jadilah habuan untuk melayan tekak nak minum teh tarik kan.kalau malas nak pi singgah beli ka minum di kedai bolehlah bancuh sendiri di rumah dengan 1 sachet teh tarik ni.

kita sebagai pengguna perlu bijak membuat pilihan makanan.memang tidak digalakkan untuk minum minuman 3 in 1 tetapi haruslah berpada -pada agar tidak mudah terkena penyakit 3 serangkai akibat kerap ambil minuman 3 in 1.jadi berwaspadalah kita dalam memilih minuman dan makanan.jangan menyesal pula di kemudian hari kerana terlalu alpa minum minuman 3 in 1.







1peket teh tarik instant (3 in 1)cap Lipton