Friday 25 September 2020

SAKIT BERSALIN


setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin berbeza..lain orang , lain cara dan pengalamannya.ketika sakit nak bersalin yang mana satu adalah paling sakit dan rasa terseksa.cuba kawan-kawan tengok gambar di atas.yang mana satu anda rasa ?

kontraksi adalah keadaan di mana berlakunya regangan pada dinding rahim apabila bayi sudah bergerak ke bawah dan telah sampai masanya untuk keluar daripada perut si ibu.ia merupakan salah satu tanda untuk melahirkan anak di mana uterus mengecut dan mengendur.bagi nadia sakit juga bila bermulanya kontraksi.

mengikut pengalaman nadia, induce adalah paling sakit.induce dilakukan untuk memberi tekanan kepada perut ibu mengandung supaya lebih cepat bersalin.induce merupakan kaedah untuk mempercepatkan kelahiran dan bukannya sakit semulajadi dan keadaan paksaan.pengalaman nadia kena induce untuk anak kedua dan ketiga memang rasa sakit sangat.rasa sakit perut yang amat sangat sebabkan pengecutan uterus berlaku secara paksaan.sampaikan rasa macam nak putus nyawa menahan kesakitan.

pasal kena seluk banyak kali semasa untuk periksa bukaan vagina pada mulanya untuk anak pertama rasa la sakit sikit.rasa  dijolok dengan jari.kalau dapat doktor yang jarinya besar lagi la rasa sakit.tetapi, bagi anak kedua dan ketiga nadia dah lali dan terbiasa dah bila diseluk untuk perika bukaan..takdak lah rasa sakit sangat macam masa anak pertama dulu..mungkin dah boleh menerima keadaan perlu memeriksa bukaan supya dapat tau bila masanya boleh bersalin.

kena gunting apabila nak bersalin ada yang mungkin rasa sakit.bagi nadia apabila kena gunting taklah sakit sangat sebabkan tak perasan sangat sebab masa tu dok tengah meneran nak keluarkan anak..jadinya kena gunting pun dah redha dan harapnya anak dapat keluar dengan mudah.laluan dah menjadi luas

semasa meneran melahirkan anak memerlukan tenaga yang banyak dan kesungguhan diri untuk mengeluarkan anak.bagi nadia rasa sakit juga tetapi abaikan saja sebab memikirkan perlu meneran sepenuh tenaga supaya anak dapat dikeluarkan dengan segera.jika lambat mengeluarkan anak dikhuatiri bayi akan lemas dan tidak bernyawa.

bila banyak koyak, jururawat atau doktor akan menjahit semula kat tempat keluar bayi tersebut.hal ni supaya tidak terlalu besar bukaan pada vagina.namun, ada juga tidak perlu dijahit kerana bayi yang dilahirkan tidak terlalu besar dan si ibu tidak mengalami koyakan yang  banyak.pengalaman nadia masa bersalin anak kedua yang beratnya 3.84 kilogram memang nadia alami koyakan yang banyak,almaklumlah bayi agak besar juga.

walaupun sakit dan pengalaman bersalin berbeza,tetapi setiap wanita sentiasa ada impian untuk menambah bilangan anak lagi walaupun telah merasa pengalaman bersalin.mereka tak pernah serik untuk bersalin lagi.walaupun agak perit untuk mengingati saat-saat melahirkan anak.

kawan-kawan yang lain bagaimana pula?yang mana satu adalah paling sakit dan menyeksakan.tepuk dada, tanya selera.moga sesiapa yang belum dikurniakan anak nadia doakan anda berpeluang mengandung dan melahirkan anak sendiri,,insyaalah yang penting berusaha, berdoa dan tawakal










Friday 18 September 2020

MANFAATKAN APPLIKASI TIK TOK DENGAN SEBAIKNYA






aplikasi Tik Tok agak baru di negara kita.ianya boleh didownload secara percuma melalui Play Store melalui telefon android dan Apple.

memang pada mulanya aplikasi Tik Tok ni ada banyak keburukannya.banyak video menari dan unsur negatif seperti adegan video yang memaparkan budaya negatif daripada negara Barat seperti bercium.

di sebalik video negatif, tetapi sebenarnya banyak info berguna yang dapat kita peroleh.tips kecantikan, ilmu bisnes, motivasi,resepi masakan,ilmu agama,kesihatan,review produk dan banyak lagi ada dalam Tik Tok.

sebagai pengguna kita perlu bijak memilih untuk lihat video yang ingin ditonton dalam aplikasi ni.jika terlihat video yang tidak sesuai ditonton teruslah ubah ke video lain pula.jika kita selalu follow video Tik Tok yang positif.dengan sendirinya feed kita akan dibanjiri benda-benda yang positif.kitalah perlu buat pilihan yang bijak supaya tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

manfaatkan aplikasi ni dengan sebaik mungkin.banyak yang nadia dapat info baru bila tengok video yang beri ilmu berguna.









Tuesday 15 September 2020

CARA BUAT KARTUN VIRAL AVATAR DI FACEBOOK



hari ni 15.9.2020 viral di Facebook kartun Avatar.semua netizen dan pengguna Facebook masing-masing terjebak dengan kartun ni.nadia pun turut sama terikut juga.seronok pula tengok kartun yang comel-comel belaka.cute jer.

kartun ni pun boleh jadi sticker pengganti diri kita.ada yang pandai edit dan buat kartun tu muka mirip muka sendiri pula.sangat pandai dan berbakat orang yang boleh buat kartun muka sendiri tu.bukan senang ooo nak buat muka kita jadi bentuk kartun.

bagaimana nak buat kartun avatar ni di Facebook?

1) mula-mula pastikan application Facebook kita merupakan versi yang terkini , paling latest.kalau masih  yang versi lama silalah update dahulu Facebook anda.nadia pun tak dapat buat pada mulanya kartun ni,bila dah lepas selesai update Fecebook baru boleh buat avatar ni.

2) tekan button try it kat mana-mana gambar kartun avatar dekat news feed rakan Facebook anda.

3)bila dah tekan button try it, silalah edit dan create muka,warna kulit, pakaian.hidung,kening dan mata anda melalui button yang telah tersedia.

4) bila dah selesai buat avatar anda, silalah share di feed Facebook anda untuk memberi pengenalan mengenai avatar anda sendiri.

5) anda boleh menggunakan sticker avatar anda tersebut apabila mahu komen di wall rakan anda

6) selamat mencuba ye!!


sticker Avatar Nadia sendiri

REVIEW BUKU BERTAJUK KILO VS KALORI




dah lama nadia tak baca buku.sejak cuti bersalin ni, banyak masa terluang di rumah jadinya nadia ambil peluang ni untuk membaca buku yang telah lama dibeli.buku ni menceritakan berkisar pasal cerita-cerita melawan obesiti iaitu di kalangan fighter dan survivor.

cerita-cerita ni dikongsi oleh 7 orang yang berusaha melawan obesiti dengan cara mereka sendiri.
mereka adalah
*Ahmad Fikri
*Eman Dhani
*Keknie
*Dr Mohd Azlee Ahmad
*Dr Nur Akmal Ismail
*Hazirah Hamzah
*Bahman Jamaludin

apabila membaca buku ni dapat memberi semangat dan motivasi untuk nadia supaya berusaha menurunkan berat badan dengan teknik yang betul supaya amalannya tidak sia-sia.almaklumlah nadia suka makan,jadinya berat pun makin bertambah la.tetapi sayangnya nadia tidak konsisten dalam usaha nak menurunkan berat badan tu.masih lagi terumbang -ambing dan tidak tetap pendirian.

akhir kata, buku ini cerita melawan kilogram dan kalori.
buku ni merupakan terbitan Kata Pilar.nadia memang suka dengan buku-buku daripada Kata Pilar.tidak sia-sia membeli buku yang dapat memberi info berguna kepada si pembaca.
jika kawan-kawan berminat nak beli buku ni bolehlah usha-usha di kedai buku yang berdekatan atau beli secara online.nadia beli online saja melalui instagram katapilarbooks.







MAKSUD NAMA ANAK KETIGAKU



tanggal 8.7.2020 lahirlah anak ke 3 nadia.bayi lelaki yang alhamdulillah sihat dan sempurna sifatnya.setelah sama-sama berbincang, nadia dan suami bersetuju nak letak nama Muhammad Harraz untuk anak ke 3 ni.

maksud nama harraz adalah yang amat warak.moga anak nadia menjadi anak soleh kebanggaan nadia dan suami.sentiasa melakukan amal ibadat dan berbuat kebaikan kepada semua orang di sekelilingnya.

nama Muhammad Harraz serasi dengan anak kami dan alhamdulillah takdak apa-apa masalah yang timbul semasa suami nadia pi daftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara di Anak Bukit, Alor Setar.kebetulan sama Nadia bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, jadinya urusan pendaftaran nama anak dan kelahiran suami nadia selesaikan di Alor Setar juga.

sekarang ni, Muhammad Harraz dah mula berinteraksi dan suka senyum apabaila namanya dipanggil oleh kami.nadia rasa bahagia bila melihat keletahnya.nadia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi nadia rezeki anak lelaki lagi.dah 3 orang hero anak lelaki  mengelilingi mama di rumah.mama ja satu-satunya perempuan dalam rumah kita ni.apa-apa pun nadia redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang diberikan.



Muhammad Harraz tersenyum bahagia


KEDAH VS COVID19

COVID 19 DI KEDAH..
------------------

Negeri Kedah merupakan antara negeri terawal di Malaysia yang di isytiharkan ZON HIJAU selepas negeri Perlis dan Kelantan pada 30 April 2020. 

Pada gelombang awal sebelum ini , Kedah selesa dengan hanya 96 kes berbanding negeri lain yang masih berada dalam zon merah. Status zon hijau ini bertahan agak lama, Kedah bebas dari kes Covid selama beberapa bulan tanpa sebarang kes baru.

Disangka panas hingga ke petang, rupa rupanya gelombang senyap Covid-19 bermula apabila kes pertama dari Kluster Sivagangga dikesan pada 28 Julai 2020.  

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗩𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 - 𝗚𝗘𝗟𝗢𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗡𝗬𝗔𝗣 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗦𝗣𝗥𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥

Kluster Sivagangga merupakan antara Kluster yang paling banyak mendapat perhatian ramai kerana isu ketidakpatuhan peniaga nasi kandar yang baru pulang dari India dan menyebabkan jangkitan pada keluarga, pekerja dan pelanggan. Virus mutasi D614G adalah punca Kluster ini dan ia dikatakan merebak 10X ganda lebih pantas dari virus sebelum  ini. Kluster Sivagangga telah menutup tirai , dengan jumlah 45 kes. 

𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥 - 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡

13 Ogos merupakan tarikh keramat dimana Kluster Tawar bermula. Punca jangkitan Kluster tawar sehingga kini TIDAK DI KETAHUI. 

Walaupun jenis virus yang berlaku pada Kluster Tawar adalah SAMA dengan kluster Sivagangga, Tiada bukti kukuh untuk mengaitkan antara kluster sivagangga dan kluster Tawar. 

Kluster Tawar bermula didalam sebuah perhimpunan keluarga bagi memperingati kematian dan ia menyebabkan jangkitan pada 21 ahli keluarga yang lain.

Sehingga kini, 79 individu telah dijangkiti dari kluster ini dan ia adalah kluster yang masih AKTIF mencatatkan kes baru. Kluster Tawar adalah bukti kegagalan pematuhan SOP dalam perhimpunan keluarga. 

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡

Selain jangkitan wabak dikalangan orang awam, kejadian di Kedah juga menunjukkan peningkatan jangkitan dikalangan petugas kesihatan. Kluster Sungai dan Kluster Telaga antara kes jangkitan yang bermula dari Petugas kesihatan.

𝗣𝗞𝗣𝗗 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮

Peningkatan kes ini menyebabkan Kawasan Amanjaya di ishtihar sebagai kawasan PKPD bermula 28 Ogos 2020 sehinggalah pada 13 September 2020. Terkini, Zon Melor di Amanjaya diteruskan pelaksanaan PKPD berikutan ada pertambahan kes 

𝗣𝗞𝗣𝗗 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿

Terkini, 366,787 penduduk Kota Setar perlu dikawal pergerakan di dalam daerah dan tidak dibenarkan keluar dari daerah berikutan pelaksanaan PKPD (11-25 September)

Pengajaran dari gelombang di Negeri Kedah

⚠️ Berada di zon hijau jangan disangka tidak mampu menyebabkan gelombang besar

⚠️ Sentiasa jaga SOP, kita masih dalam tempoh Pandemik. Tidak perlu bersesak sesak, pakai topeng muka dan jaga kebersihan

⚠️ Anggota kesihatan dan frontliners perlu lebih berhati hati, anda andalah tulang belakang bagi menghadapi Pandemik ini.

Semoga dengan pelaksanaan kawalan ketat pergerakan dapat menghentikan gelombang besar di Negeri Kedah. Doakan supaya frontliners kita terus bertahan dan masyarakat dapat terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. 

#Pray4Kedah

Sumber : Public Health Malaysia

c & p
#sharingiscaring














COVID19 KLUSTER TELAGA VS KLUSTER SUNGAI DI KEDAH

Kluster Telaga vs. Kluster Sungai
------------------------------------------------------

Kluster Telaga mula lebih awal dari Kluster Sungai tapi kita tergamam tengok kes dalam Kluster Sungai naik dengan jauh lebih laju.

Pada awal Kluster Telaga, kenaikan kes berlaku secara perlahan sampai ada yang mula terfikir,

'eh virus ni sudah semakin lemah ke?..dah tak boleh berjangkit kepada ramai orang?' 

Tetapi bila kluster Sungai muncul, kita dapat lihat coraknya tidak jauh beza dengan Kluster Tawar dan Kluster Sivagangga. 

Jadi kenapa ada perbezaan yang ketara antara dua kluster ini?

Jom kita tengok Kluster Sungai dulu.

7 September 2️⃣ + 1️⃣ kes 
8 September + 2️⃣3️⃣ kes baru = 2️⃣6️⃣
9 September + 1️⃣3️⃣ kes baru = 3️⃣9️⃣
10 September + 0️⃣1️⃣ kes baru = 4️⃣0️⃣

Dalam masa 4️⃣ hari dah ada 4️⃣0️⃣ kes❗

Kluster Telaga pula macam mana?

30 Ogos = 2️⃣ kes
31 Ogos = 5️⃣ kes
01 Sept  = 6️⃣ kes 
03 Sept  = 7️⃣ kes
04 Sept  = 8️⃣ kes
05 Sept  = 9️⃣ kes
07 Sept  = 1️⃣0️⃣ kes
09 Sept  = 1️⃣1️⃣ kes
10 Sept  = 1️⃣3️⃣ kes

Nampak tak?
Kes meningkat sangat perlahan,  dalam masa hampir 2 minggu (1️⃣2️⃣ hari) cuma ada 1️⃣3️⃣ kes. Setiap kali ada kes baru cuma seorang atau dua sahaja. 

Jadi melalui Kluster Sungai ni kita tahulah SARS-CoV-2 di Kedah ni masih sama, ia masih boleh menjangkiti ramai orang sekaligus. Ia tak lemah. Kalau awal tu terfikir ia macam dah tak ada power, silaplah anggapan tu. 

Tapi kenapa agaknya pattern kedua kluster ni jauh berbeza? 

Bila telitikan kluster Sungai, corak sebarannya tak jauh beza dengan Kluster Sivagangga dan Kluster Tawar.

Jadi apa persamaan ketiga-tiga kluster ini?
Jom kita telitikan semula. 

Kluster Sivagangga
--------------------------------
Ingat tak lagi kes indeks (kes pertama yg dikesan) dalam kluster Sivagangga? 

Dia seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020. Saringan awal negatif. Beliau diarahkan kuarantin tapi tak patuh. Saringan ulangan 2 minggu kemudian, didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Kes dilaporkan pada 28 Julai, sekaligus dengan kontak rapat dia, 5 orang dah pun positif pada masa tu, jadi maknanya dah lama juga dia positif sebab dah sempat berjangkit kepada ramai. Penyakit ni kan ada tempoh inkubasi, ia bukan terus positif sekelip mata, ia ambil masa, purata seminggu [tempoh inkubasi 2-14 hari] untuk orang lain jatuh sakit. 

1️⃣3️⃣ Julai
2️⃣8️⃣ Julai

2 minggu.
Dia dah berada di Malaysia 2 minggu dalam keadaan bebas bergerak, dan sempat sebarkan virus ni tanpa disedari kepada ramai orang.

Sebab itu bila KKM mula buat contact tracing, sangat ramai telah dijangkiti sehingga bukan sahaja di daerah Kubang Pasu, tapi sehingga ke negeri Perlis.

Kluster mula diumumkan 2️⃣8️⃣ Julai 
Kes terakhir diumumkan  0️⃣9️⃣ Ogos

Jumlah dalam 2 minggu ialah 4️⃣5️⃣ kes.

Kluster Tawar
----------------------

Ok kluster Tawar pula.
Macam mana ia bermula?

Kes pertama kluster ini ialah warga tempatan yang merupakan seorang peniaga. Sebelum sakit tu dia ada pergi upacara memperingati kematian ahli keluarga yang telah berlangsung di Pulau Pinang dari 31 Julai 2020 hingga 1 Ogos 2020 yang dihadiri 30 orang. 

Kes telah hadir event kematian 3️⃣1️⃣ Julai
Alami sakit dada + demam  0️⃣8️⃣ Ogos
Saringan Covid-19 dibuat 0️⃣9️⃣ Ogos
Keputusan dilaporkan positif 1️⃣1️⃣ Ogos
Keputusan contact tracing family 1️⃣3️⃣ Ogos 

Melalui contact tracing family dapati ada 9 lagi yang positif, dari mereka yang hadir event memperingati kematian itu. Jadi boleh kata mereka mungkin exposed kepada virus ni semasa event tersebut. Kluster Tawar diumumkan oleh KKM pada 13 Ogos 2020.

Contact tracing yang lebih meluas di buat. Kluster ni sekarang telah melibatkan dua negeri, Kedah dan Pulau Pinang.

Kluster diumumkan pada  1️⃣3️⃣ Ogos
Kes terakhir setakat ini 0️⃣9️⃣ September

Jumlah dalam 4️⃣ minggu ialah 7️⃣9️⃣ kes. Kluster ni jauh lebih ramai berbanding kluster Sivagangga, sebab ia telah tersebar melalui event sosial. (aktiviti berkumpulan bersama keluarga selama 2 hari). Jadi event sosial memang ada amplification effect. 

Kalau kita lihat, dalam kluster Tawar ni pun sama, ia dikesan lebih seminggu selepas event yang menjadi punca sebaran wabak. Jadi dalam tempoh ini mereka semua tak aware telah dijangkiti, dan dah bergerak ke banyak tempat dan berjumpa ramai orang. Sebab itulah virus ini sempat menjangkiti ramai orang di banyak lokasi. Kawalan  untuk Kluster ini ternyata lebih mencabar berbanding untuk Kluster Sivagangga. Walaupun sudah 4 minggu, wabak ini belum tamat dan melibatkan banyak daerah. 

Kluster Sungai 
------------------------

Kes pertama kluster Sungai ini seorang staff kesihatan di Hosp Swasta. Dia ada gejala bermula 30 Ogos 2020 tetapi tidak dapatkan rawatan. Seperti ramai orang lain, dia mungkin rasa itu adalah gejala jangkitan biasa dan bukannya Covid-19. (Bukan dia seorang je macam ni, in fact ramai orang selalu beranggapan begini sekarang dan tidak pergi buat saringan). 

Jadi saringan Covid-19 di buat pada hari yang sama dengan rakan sekerja yang mula ada gejala. Test mereka di buat pada 5 September 2020 dan didapati positif.

Jadi kes pertama ni dah ada gejala beberapa hari sebelum tahu telah dijangkiti Covid-19, jadi tak hairanlah ramai rakan sekerja dan ahli keluarganya telah dijangkiti.

Orang yang dijangkiti Covid-19 ini sebenarnya mula menjangkiti orang lain dalam masa 2-3 hari sebelum ada gejala, kita panggil pre-symptomatic phase.

Jadi kalau bergejala 30 Ogos, maknanya mungkin dari 27 atau 28 Ogos dah mula boleh menjangkiti orang lain. Jadi seminggu dah berlalu sebelum tahu diagnosis, maknanya sekali lagi kita dapat lihat, sebaran berlaku tanpa disedari.

Jadi setelah disusun panjang lebar di atas ni, yang nak highlight, apakah persamaan dalam 3 kluster ini? 

Persamaan yang ketara antara kluster Sivagangga, Tawar dan Sungai:

PENGESANAN KES YANG LEWAT.

Apabila kes dikesan lewat, virus akan tersebar tanpa had sebab orang tak aware, tak sedar mereka sebenarnya dah dijangkiti dan boleh sebarkan kepada orang lain. Tambah lagi jika tak follow sop macam pakai mask, jaga jarak dengan orang lain dan kerap cuci tangan dan tak pegang muka dengan tangan. Wabak tersebar secara senyap, tersembunyi dan tanpa disedari oleh ramai orang. 

Kalau kita bandingkan:

Kluster Siva, dua minggu 4️⃣5️⃣ kes
Kluster Tawar, empat minggu  7️⃣9️⃣ kes
Kluster Sungai, separuh minggu 4️⃣0️⃣ kes ❗

Boleh nampak tak betapa laju ia merebak? 
Boleh dikatakan, makin lama, makin cepat.
Adakah kluster Sungai berpotensi ada lebih ramai orang?  Wallahua'lam.

Jadi kenapa kluster Telaga ni sebarannya perlahan? Antara faktor ialah kemungkinan besar kes di kesan awal kerana mereka adalah staff hospital yang ada direct access kepada rawatan perubatan dan saringan Covid-19.

Mereka yang dijangkiti dan aaa gejala segera buat test, jadi dapat tahu awal dan cepat cepat diasingkan sebelum menjangkiti ahli keluarga mereka. Contact tracing juga daoat dibuat dengan cepat ditempat berbanding jika ia scattered dalam komuniti.

Setakat ni sebaran utama dalam kluster Telaga mostly berlaku di hosp sahaja kecuali semalam kita dah nampak ada generasi kedua, jangkit kepada ahli keluarga salah seorang staff  kesihatan. 

Jadi apa perkara paling penting yang boleh kita ambil iktibar selain nasihat KKM tentang norma baru n sop yang perlu kita ikut yang setiap hari mereka sebut ?

Analisa tentang kluster ni buat kita nampak betapa pentingnya untuk buat PENGESANAN AWAL untuk jangkitan Covid-19 ni.

Pengesanan awal memberi impak yang sangat besar kepada sebaran coronavirus ni.

Apa jadi jika ia dikesan lewat? 

Kesan lewat, wabak tersebar kepada ramai 
Kesan lewat, wabak tersebar ke banyak lokasi
Kesan lewat, wabak susah dikawal
Kesan lewat, lebih ramai yang susah

Kluster Sivagangga, TEMCO 4 + 2 mukim 
Kluster Tawar, PKPD Aman Jaya
Kluster Sungai n Telaga, PKPD 28 mukim ❗

Semakin lama semakin ramai yang affected atau terkesan dengan wabak coronavirus ini. 

Jadi, macam mana nak kesan awal?

Semua mesti beri kerjasama bila KKM buat contact tracing, beri maklumat yang tepat dan menyeluruh. Kena faham yang semua maklumat tentang kontak rapat + pergerakan selama 14 hari sebelum diagnosis adalah sangat penting. Jangan tunggu KKM sahaja buat contact tracing. Hubungi juga kontak rapat masing-masing supaya mereka tahu awal dan boleh segera buat saringan. Janganlah sembunyikan maklumat atau tidak hadir apabila dipanggil. 

Bagi yang berada dalam lokasi wabak, walaupun bukan close contact, kena tahu apakah gejala Covid-19 dan jangan bertangguh buat saringan jika ada alami apa-apa gejala. Jangan dengan mudah anggap itu jangkitan yang biasa sahaja. Tindakan acuh tak acuh begini boleh beri kesan kepada ramai orang di sekeliling kita. 

Cabaran besar dalam pandemik Covid-19 ini ialah kerana ramai yang tidak bergejala membuatkan ia mudah tersebar secara tersembunyi. Ini membuatkan penyakit ini tidak mudah dikesan dan sangat bergantung kepada proses saringan dan contact tracing.

Orang mula sebarkan virus sebelum ada gejala dan ramai orang dijangkiti tanpa ada gejala, sebab itulah pemakaian mask ini bukan untuk orang bergejala sahaja. Jadi kita jangan ambil mudah tentang pemakaian mask ni. Walaupun rasa malas nak pakai sebab rasa macam sihat je, tetaplah juga pakai mask. 😊

Akhir kata terima kasih sudi baca sehingga akhir dan silakan share jika rasa ia beri manfaat kepada orang lain.

Marilah kita doakan semoga wabak ini segera terkawal di wilayah Utara dan tidak merebak ke negeri lain pula. Bagi yang alami kesusahan kerana berada di lokasi wabak, semoga Allah mengganjari segala kesusahan kalian dengan kebaikan berganda ganda. Allahu musta'an.


Coretan pagi 11 September 2020,
Dr Safiya Amaran
Terengganu
c & p

Sunday 13 September 2020

KOLEKSI BAJU SKRUB





gambar di atas merupakan koleksi baju skrub nadia.baju skrub ni 
dipakai semasa nadia onkoll dan keja shif malam,pagi atau petang.baju skrub yang berwarna hitam dan hijau emerald  ni nadia beli melalui tempahan bersama rakan sekerja.

baju skrub warna pink tu nadia beli sendiri.tempah daripada page Facebook iaitu page Baju Skrub.ramai juga rakan-rakan dari hospital lain yang turut sama membuat tempahan baju skrub melalui mereka ni.mereka merupakan trusted seller dan kualiti kain baju skrub ni berkualiti juga.sangat berbaloi bila dibeli dan sangat selesa dipakai.ukuran saiz baju pun kena dengan saiz badan nadia.

ada pelbagai design dan pilihan warna yang menarik juga boleh dipilih oleh kita jika kita mahu membuat tempahan baju skrub ni.

jika kawan-kawan berminat bolehlah usha-usha page ni

page Facebook : BAJU SKRUB
☎017-2823303 (boleh Whatsapp juga)

baju skrub pink yang dibeli melalui page Fb Baju Skrub








baju skrub hijau yang ditempah bersama rakan sekerja




nadia bersama rakan sekerja menggayakan baju skrub hijau .masa ni baru dapat baju skrub.seronok pakai baju baru dapat.hehehe










Saturday 12 September 2020

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...💗💗

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.Tetapi, selalunya kaum ibu yang selalu mandikan anak.kadang-kadang si bapa tak ada keberanian untuk mandikan anak kecil lagi-lagi bayi yang baru lahir kan. Sambil memandikan, digalakkan berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

C & P
SHARING IS CARING 
Like ✔ SugarBabies 孩の屋 ☜







Saturday 5 September 2020

KAMI ANAK KEDAH

Kami orang Utara..

Bukan kecil tapi haluih
Bukan muat tapi celuih
Bukan terbenam tapi pereluih
Bukan rencong tapi tiruih.
Bukan laju tapi deraih.
Bukan panjat tapi ragaih.
Bukan tersungkur tapi tetomoih

Bukan bersalin tapi beranak
Bukan bodoh tapi benak, Kalau terlalu bodoh, kita kata bodoh piang
Bukan dongak tapi langut
Bukan angkat, kita kata angkit
Bukan bangun tapi bangkit,
Bukan semut gigit tapi semut ketit.

Bukan pondok tapi dangau
Bukan cakar tapi renghau
Bukan reban ayam tapi lau ayam
Bukan merayau tapi melilau.
Bukan lihat tapi tengok,
Bukan gelojoh tapi prolok,
Bukan peluk tapi kapok.

Bukan baling tapi punggai
Bukan pucat tapi kemasai,
Bukan lalai tapi lengai
Kita tak kata garang, kita kata cengei.
Bukan pancing tapi mengai.
Bukan.cuba tapi terai.

Bukan selut tapi keleboq
Bukan gayong tapi cebok.
Bukan bontot tapi pungkoq
Bukan cemerkap tapi loklaq
Bukan pencuri tapi kawaq
Bukan sarapan pagi tapi menyorok.

Bukan malu tapi segan.
Kita tak kata suka, kita kata bekenan
Bukan sekejap tapi sat.
Bukan gula gula.tapi cekelat
Bukan kenapa tapi awat

Kita tak kata bila,kita kata mengkala.
Bukan warna tapi kala.
Bukan pandai tapi tera
Bukan galak tapi merela
Bukan mereka tapi depa

c&p

😀🙄

#KamiGengUtara
#DengaqKasaq
#KamiBaikHati..lawak,lucu mcm2 ada..hampa faham dak org utara cakap?






gambar lama tahun 2018 Nadia memegang anak ke 2 Muhammad Hakeem yang memakai baju Lang Merah lambang negeri Kedah Darul Aman

PENGALAMAN BERSALIN NORMAL ADANYA KOMPLIKASI URI TERLEKAT DAN TUMPAH DARAH

Pengalaman bersalin mengajar kita menjadi lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran yg datang.setiap anak berbeza cara bersalinnya.

Nadia nak bercerita mengenai pengalaman bersalin anak ke 3.pengalaman ni merupakan pengalaman yg berharga dan tidak pernah nadia hadapinya sebelum ni.

Masa malam Selasa 7.7.2020 nadia sudah pergi ke PAC Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk memeriksa kandungan yg sudah overdue..due bersalin 6.7.2020..malam tu dah 7.7.2020.kebetulan baby kerap mengeras dan kurang gerakan.bila doktor check bukaan jalan rupanya dah 3cm.jadi nadia pun perlu masuk wad untuk pemantauan.di samping itu juga, bagi menunggu bukaan yg lebih banyak dan hampir sampai masa untuk bersalin.

Nadia pun masuk wad dan ditempatkan dalam bilik single.alhamdulillah selesa la sebab adanya bilik air sekali dalam tu tak perlu berkongsi dengan pesakit yg lain.pertama kali dapat bilik dok sorang sebab selalunya sebelum ni penuh ja dan payah nak dapat bilik single.

Nadia pun bermalam di bilik tu dan masa tidur tu rasa contraction tak berapa kuat sangat..tido pun lena juga.lepas solat subuh, nadia telah diperiksa dan bukaan masih 3 cm..tengah hari Rabu tu bila diperiksa bukaan dah 5cm.jadinya nadia pun dihantar oleh jururawat ke dewan bersalin.

Setibanya di dewan bersalin pukul 2 petang ,sekali lagi doktor kat situ check bukaan dan katanya bukan 5cm lagi baru 4cm sahaja buka.mungkin doktor kat wad salah check kot.doktor kata mungkin lambat lagi nak bersalin ni.hampir 2 jam dalam bilik bersalin tu  bukaan masih sama 4 cm lagi.disebabkan itu, doktor cadangkan untuk mempercepatkan bukaan dengan memberi ubat induce jenis air Pitocin.

Bila dah masukkan ubat induce melalui jarum branula kat tangan nadia, lama_lama sakit kontraksi makin terasa..rasa sakit perut yang teramat sangat..sampaikan nadia dok tak diam berpusing ke kiri ke kanan disebabkan sakit sangat..sakit yang tak tau nak gambarkan camna..
 
pukul 8.30 malam nadia bagitau jururawat yg berada dalam bilik bersalin tu rasa macam nak terkeluar & terberak ni..jururawat tu terus check bukaan dah full OS 10cm dan terus suruh nadia meneran..banyak kali juga meneran, akhirnya pukul 8.35 malam tanggal 8.7.2020 lahirnya seorang bayi lelaki bernama Muhammad Harraz.berat bayi adalah 3.76kg

Walaupun bayi dah keluar, ada berlaku komplikasi bila uri lambat keluar..hampir sejam doktor cuba untuk keluarkan uri.doktor bagitau kalau tak berjaya keluar kena masuk OT(dewan bedah) kena buat pembedahan..Allah mendengar doa hambaNya , akhirnya berjaya juga uri dikeluarkan melalui proses MRP (Manual Removal Placenta).Alhamdulillah..tetapi, masa doktor seluk dalam untuk buang uri tu memang rasa perit , sakit yang amat sangat walaupun dah diberi ubat tahan sakit..sakit yang tak terhingga sampai rasa macam nak putus nyawa bersalin ni..dugaan untukku..Subhanallah..

Nadia mengalami tumpah darah yg banyak juga iaitu dikenali PPH (post partum heamorrhage)..darah banyak keluar selepas prosedur buang uri tu.selepas selesai semuanya,nadia rasa pening kepala kerana sudah kehabisan tenaga bersalin dan pendarahan yg banyak.kepala berpinar-pinar sampaikan bila dah selesai bayi dibersihkan, nadia bangun untuk menyusu tetapi malangnya muntah pula.Alhamdulillah anak nadia tidak mengalami apa-apa masalah pun..sihat dan sempurna..syukur ya Allah..

Nadia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat nadia semasa proses bersalin terutamanya kepada staff dewan bersalin dan wad Kenanga 2D Hospital Sultanah Bahiyah.ini merupakan kali ke 3 nadia bersalin di HSB.ditakdirkan nadia dapat bayi lelaki juga kali ni.subhanallah.alhamdulillah rezeki.semuanya ketentuan Allah..bersyukur seadanya.rezeki dapat anak dalam tahun 2020.bermulalah kehidupan nadia menguruskan 3 orang anak lelaki dalam perjalanan hidupku semasa umur 33 tahun.




katil di bilik single wad 2D, HSB








 


bilik single wad 2D, Hospital Sultanah Bahiyah










semasa baru lahir
fresh from oven







                                       Muhammad Harraz bin Annuar
adik kepada Muhammad Arsyad dan Muhammad Hakeem
anak ke 3