Friday 23 October 2020

KISAH TRAGIS PEMBUNUHAN KEJAM YANG MENYAYAT HATI


Chris bersama Shannan dan 2 org anak perempuannya




Chris bersama skandalnya,Nichole


kisah benar yang belaku di Amerika Syarikat mengenai pembunuhan kejam seorang isteri yang baru mengandung telah dibunuh kejam oleh suaminya.anak perempuannya masing-masing berusia 3 dan 4 tahun.

Lady, its not about looks. Scandal ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ pun bukan cantik sangat. Salah satu punca dia ada marriage problem coz dia tak puas atas katil.  Macam mana tak puas tu? Dia minta sex songsang pada si isteri, tapi wife tak nak, then bila jumpa scandal lain, scandal dia tu sudi pulak nak buat Sex A*** siap google berjam² untuk preparation kasi bo**** kat si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ yang monster tu. Si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ni tak puas dengan Vajayjay isteri yang dah beranak 2. So dia nak jadi kaki sadomi pulak which is si wife tak setuju benda tu di practic kan dalam hubungan sexual mereka. 
_
Dan motive utama ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ bunuh family dia bukan sebab bini dia tak cantik, tapi dia dah simply bosan and wants to break free. Years of marriage and day by day ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ realize that he can only love his wife as a friends. Dia mula ada affair dengan perempuan lain.

The wife is good enough.
Tries to fix the marriage in every ways possible. Dia juga dah cuba untuk cantikkan diri, Pergi gym, make up sana sini, cuba layan suami dengan baik but still tak jalan and ended up si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ curang dengan perempuan lain. Kesian bini, Punya la tunjuk dalam social media yang mereka sebenar-benarnya happy dan hoping itu akan menjadi reality, tapi tak. Akhirnya mati di tangan suami sendiri. Btw, Setiap kali ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ balik dari 'out station', ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง akan cantikan diri dia dengan harapan dia akan dapat berikan layanan terbaik untuk suami. Tapi ada sampai at some point, ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ tak nak sentuh dia langsung sebab dah tak ada hati .

Macam mana ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ๐–๐š๐ญ๐ญ๐ฌ bunuh family dia?
The Wife: ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ๐–๐š๐ญ๐ญ๐ฌ cekik bini sampai mati selepas mereka bergaduh bila ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ๐–๐š๐ญ๐ญ๐ฌ beritahu ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง yang dia nak bercerai sebab dah ada perempuan lain. ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง kecewa dan tak nak cerai, Tapi ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ๐–๐š๐ญ๐ญ๐ฌ insisted jugak nak ceraikan ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง . So mereka gaduh teruk dan ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง akhirnya angkur. So dia cakap dengan ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ kalau betul dia nak cerai, ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ tak akan jumpa anak dia lagi. So ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ triggered dan bunuh ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง kat situ juga. 

Lepas tu dalam bilik siasatan si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ pusing cerita, Sebenarnya ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง cakap kalau dia kena cerai, Dia nak fight untuk custody. Iaitu dia nak fight untuk penjagaan penuh anak dia. Tapi dengan IO (Investigation Officer/Detective) si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ni pusing cerita cakap ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง ugut nak bunuh anak dia sebab ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง mention ayat "You will never seen your children again". Dan apa yang ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง maksudkan ialah "Hak Penjagaan Penuh Anak". Sebab ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง tak nak anak dia stay dengan scandal ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ yang home wrecker tu.

The Kids:
Lepas dia bunuh wife dia, Dia balut mayat isteri then letak kat dalam kereta 4 by 4. Dia angkut 2 orang anak dia sekali then bawak kat tempat dia bekerja, Tempat tu tempat simpanan minyak. 

Lepas tanam mayat si isteri, ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ datang kat kereta dia, dia angkat anak bongsu dia kemudian balut budak tu dengan selimut, lepas balut sambil anak dia meronta, dia campak anak dia (Celeste) yang umur 3 tahun dalam oil tank. 

Lepas campak Celeste dalam oil tank, Dia dukung pulak anak dia Bella yang berumur 4 tahun dan campak jugak dalam Oil Tank. 

So kau bayangkan kanak-kanak umur 3 dan 4 tahun mati lemas dalam oil tank, itu Oil tuan, puan. Bukan air ye. but Oil. Kita ni tersedak air pun dah mengelupur ni pulak nak lemas dalam minyak. Masa campak si Belle, anak dia umur 4 tahun tu, ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ ada beritahu dalam Bilik Siasatan, yang anak begging pada dia macam ni: "๐๐ฅ๐ž๐š๐ฌ๐ž ๐๐š๐๐๐ฒ ๐๐จ๐ง'๐ญ ๐๐จ ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ฐ๐ก๐š๐ญ ๐ฒ๐จ๐ฎ ๐๐ข๐ ๐ญ๐จ ๐‚๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐ž!". Which means anak dia tahu dan aware yang ibu dan adik dia telah di bunuh oleh bapa dia sendiri. dan dia saksikan semua kejadian tu. (๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ cakap dia bunuh ๐‚๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐ž dulu, tapi postmoterm menunjukan yang ๐‚๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐ž masih hidup waktu dia di campak dalam oil tank)

Dalam kes ni, Ini bukan kes kau tak cantik ke, Tak menarik hati suami ke whatever, tapi ini story about ๐Œ๐”๐‘๐ƒ๐„๐‘๐„๐‘ ๐Œ๐„๐๐“๐€๐‹๐ˆ๐“๐˜, ๐ก๐จ๐ฐ ๐ฌ๐จ๐ฆ๐ž๐จ๐ง๐ž ๐œ๐จ๐ฎ๐ฅ๐ ๐š๐ง๐ ๐ก๐š๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐ข๐ฅ๐ฅ ๐ญ๐จ ๐ž๐ซ๐š๐๐ข๐œ๐š๐ญ๐ž ๐ก๐ข๐ฌ ๐ฐ๐ก๐จ๐ฅ๐ž ๐Ÿ๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฒ ๐ฃ๐ฎ๐ฌ๐ญ ๐ญ๐จ ๐›๐ž ๐Ÿ๐ซ๐ž๐ž ๐จ๐ฎ๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐ฆ๐š๐ซ๐ซ๐ข๐š๐ ๐ž.

Kat sini ada 4 orang yang mati.
1. Bini ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ.
2. Anak dalam perut bini ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ (bini dia mengandung).
3. Anak dia number 2 (Celeste).
4. Dan anak dia number 1 (Belle).
Plus, masa polis gali 'kubur' ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง, mereka jumpa ๐’๐ก๐š๐ง๐š๐ง๐ง punya fetus sekali terkeluar dari perut. She is 15 weeks pregnant. 
*****************
Motive:
Si ๐‚๐ก๐ซ๐ข๐ฌ bunuh semua family dia sebab dia nak break-free dari marriage dan dia nak bersama dengan scandal dia, Nichole Kessinger.

Hukuman Chris?
Dia kena penjara seumur hidup tanpa parole. Which means dia akan di penjara sampai dia mati. Hakim tarik hukuman gantung sebab Chris mengaku perbuatan dia.

C&P
kredit to Ha Thi Thuy




kat Netflix ada dokumentari mengenai kes pembunuhan kejam ni.
a real story (kisah benar) 

RESEPI KOTEOW LADNA


#nadiamasak




 Bahan - bahan

5 ulas bawang putih yg siap dikisar
Sebungkus koteow
1 biji tomato yg siap dipotong dadu
Brokoli
Seikat sayur pak choy
2 sudu besar tepung jagung
6 batang fishcake yg dipotong
10 biji fishball dipotong dua
15 ekor udang yg siap dikupas kulitnya
Serbuk perasa

Cara memasak

1.tumis bawang putih yg siap dikisar ke dalam kuali sehingga naik aroma baunya.
2.masukkan brokoli,udang,fishcake dan fishball ke dalam hasil tumisan bawang putih tadi
3.biarkan semuanya masak dalam kuali dalam masa 10 minit.
4.masukkan bancuhan tepung jagung ke dalam kuali supaya kuah menjadi likat dan pekat. 
5.tambahkan sedikit air
6.bila semuanya dah mendidih masukkan koteow yg telah dibasuh dan ditoskan
7.kacau sehingga rata
8.perlahankan api, masukkan tomato dan sayur pak choy..tomato dan sayur perlu dimasukkan sebelum siap dimasak supaya tak jadi lembik dan terlebih masak.(overcooked)
9.kacau kesemua bahan dalam kuali  supaya tak melekat sangat kat permukaan kuali
10.letak sedikit perasa ke dalam masakan mengikut citarasa anda 
11. Setelah siap dimasak,hidangkan.
12.Selamat mencuba


Monday 19 October 2020

MARI BELAJAR LOGHAT BAHASA KEDAH

Loghat bahasa Kedah yg selalu diperkatakan di kalangan rakyat Negeri Jelapang Padi ni.
mari kita sama-sama belajar...



English  : I don't know
BM         : Saya tidak tahu
Kedah.   : Taktau

English  : I dont want it
BM         : Saya tak mahu
Kedah.  : Takmau 

English.  : I dont care
BM          : Aku tak peduli
Kedah.   : Biaq pi

English. : Lets go
BM         : Ayuh, kita pergi sekarang
Kedah.  : Jomla

English  : Yes, i understand what you're talking about
BM.        : Ya, Saya faham apa maksud awak
Kedah.  : Haa

English  : I dont know what to do
BM.        : Saya Tak tahu nak buat apa.
Kedah.  : Penin!

English  : Can u repeat again?
BM.        : Boleh ulang sekali lagi.
Kedah.  : Padia?

English.  : You're very naughty
BM.         : Kamu ini nakal sangat
Kedah.    : Bueh sunggoh

English.  : Party is over 
BM.         : Majlis sudah pun selesai
Kedah.   : Habih dah

English.  : where are you going?
BM.         : Nak ke Mana?
Kedah.   : Pi na?

English  : Its up To You
BM.        : Terpulang lah kepada kamu
Kedah.   : Kot suka hang

English.  : i dont know what are you talking about
BM.         : Tak paham saya apa yang kamu cakap.
Kedah.   : Natang pa?

English.  : is that true?
BM.         : biar betul?
Kedah.   : Betoi ka?

English.   :This thing is out of my mind
BM           : Benda ni diluar pemikiran ku
Kedah.    : Ngarut

English   : i think i did the right thing.
Malay.    : saya rasa betul dah tu.
Kedah.   : Saheh dah

English.  : you're so handsome
BM.         : Menawan sekali kamu
Kedah.   : Segak haih

Hanya orang KEDAH dan pasangan nya orang KEDAH ja paham. Kalau tak sama gu jenoh jugak la nak bagi paham.๐Ÿ˜†

Bukan kami tak boleh berbahasa Inggeris tetapi Bahasa Kedah lebih piaww.seronok melontarkan loghatnya..

Be happy. Jangan stress.๐Ÿ˜‚

Kami orang Kedah Tak KahaQ tapi KetegaQ๐Ÿ‘ช


๐Ÿ“ธKredit : Mahdzir Hasan Det


                                    mekap orang Kedah 
                                    warna hijau kuning









Friday 16 October 2020

BELI T-SHIRT FRONTLINERS KAT ZARAVELL


T-shirt berwarna hitam dan pink 





nadia tertarik dengan t-shirt frontliner yang dijual oleh Zaravell.coraknya yg comel membuatkan nadia jatuh hati dan terus order online. baju t-shirt warna pink nadia beli jenis muslimah.jadinya cutting agak besar.bila pakai baju pink rasa macam besar .almaklumlah baju jenis muslimah.baju warna hitam pula memang elok nadia pakai.muat dan kena sepadan dengan saiz badan nadia yg agak berisi ni.hehehe.

gambar di bawah merupakan baju t-shirt frontliner yg nadia pakai masa keja malam ari tu.baju ni selesa dipakai..kainnya pun jenia cotton. menarik dan comel pula kartun yg ada kat baju t-shirt hitam tu.

jika kawan-kawan berminat bolehlah tengok di instagram @zaravell dan facebook Zaravell









pakai t-shirt yg dibeli masa nadia keja malam

Wednesday 14 October 2020

SUKA DENGAN TUDUNG DINARA DARI LIYYAN COUTURE

nadia menggayakan tudung Dinara



zaman sekarang ni tudung sarung memang sangat diperlukan oleh wanita yang sibuk dalam menguruskan kehidupan seharian..tak kisahlah suri rumah ka ataupun wanita bekerjaya.tudung sarung ni merupakan tudung instant yang mudah disarungkan oleh golongan wanita.

nadia dah terjatuh hati dengan tudung Dinara jenama dari Liyyan Couture ni.harga tudung sehelai rm45..tetapi jadi murah bila beli 4 helai tudung harganya menjadi rm100.ada promosi.harganya sangat murah dan berpatutan apabila adanya promosi.

bila ada promosi nadia akan beli banyak skit la..tudung ni sangat selesa dipakai.kain dia jenis lembut dan mudah dipakai.nadia beli saiz L.

NAK CEPAT, NAK JIMAT DAN NAK SELAMAT SARUNG JER DINARA NI.

Dinara merupakan tudung sarung yang bercorak dan mengunakan material Premium Lycra Silk untuk body dan awning dari material Soft Cotton.pelbagai pilihan warna dan corak boleh dipilih.kebanyakannya semua cantik-cantik.

Khas untuk DINARA kali ni ada 2 size iaitu M & L.

NAk TAU APA YANG MENARIK TENTANG DINARA NI??

✔SIAP DENGAN HANYA SEKALI SARUNG
MUDAH nak pakai sebab cuma angkat & sarung sahaja ye. Sekelip mata, tak sampai 5 saat dah siap. Jimat masa!

✔ADA 2 PILIHAN SAIZ
BAGUSNYA lagi sebab tudung sarung ni ada 2 saiz. Size M & L . Jadi mudah dan sesuai untuk semua ukuran saiz badan boleh pakai.

✔ COOLING FABRIC
Kami hanya gunakan fabrik TERBAIK yang diimport dari luar negara. Lembut, selesa dan sejuk berangin rasanya. Memang konfem lah takda rasa melekit & tak selesa sepanjang hari!

✔AURAH FRIENDLY
Labuh bahagian depan, cukup untuk menutup bahagian anggota badan dengan sempurna. Ada 2 Size M & L, jadi boleh pilih ikut kesesuaian size badan uols.

✔ AKSESORI METAL TAG
Koleksi ini lengkap dengan aksesori metal tag di bahagian hadapan tudung yang menyerlahkan lagi eksklusiviti DINARA

✔KESELESAAN MAKSIMUM
Stretchable material. Memang sesuai untuk semua jenis dan bentuk muka. 99% selesa dan sejuk sepanjang masa, InshaAllah!

✔Jika ada sebarang kerosakan dari dalam bungkusan, jaminan produk akan digantikan dengan yg baru atau refund 100%.

sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi :
Izzati Aziz
 (nama Facebook)
                                        izzati_aziz
                                   (nama Instagram)




koleksi tudung Dinara yang nadia beli

FIRST TIME GUNA APPS WATSONS BELI BARANG



baru-baru ni nadia telah download apps Watsons kat dalam handphone.nadia hendak membeli barang keperluan diri.memandangkan dengan keadaan yang ada sekarang ni,rasa tidak mahu terdedah dengan virus merbahaya,jadinya beli barang dari Watsons secara online saja.ni merupakan kali pertama nadia guna apps Watsons ni,

nadia telah memesan krim jenis Himalaya,pencuci muka Himalaya dan sekotak pelitup muka yang berwarna-warni.harganya berpatutan dan biasalah ada juga charge delivery.biasalah beli barang online memang akan kena charge delivery.kalau tidak silap charge delivery kena bayar sebanyak rm5..oklah juga..

penghantaran barang agak cepat sampai juga.nadia order hari Jumaat dan hari Isnin dah sampai.keadaan barang yang sampai adalah terjamin selamat sebabnya barang diletakkan di dalam kotak dan dibalut dengan kertas plastik seal.kesimpulannya, barang diterima dalam keadaan yang baik.syukur alhamdulillah.



Friday 9 October 2020

SUKA PAKAI PELITUP MUKA BERWARNA WARNI



pelitup muka yang berwarna warni




sekarang ni, sejak seluruh negara dilanda Covid19 semua orang diwajibkan memakai pelitup muka atau org panggil face mask.berbagai jenis pelitup muka dijual di pasaran , ada yang jenis kain boleh dibasuh dan ada yang jenis pakai buang.

pelbagai jenis warna boleh dibeli di pasaran.baru-baru ni nadia telah membeli pelitup muka yang berwarna -warni dari Watsons store.nadia beli secara online melalui apps Watsons yang dimuat naik daripada Play Store.

di dalam kotak tersebut ada 10 jenis warna dan semuanya adalah 50 keping.10 jenis warna yang berlainan membolehkan nadia pakai pelitup muka ni mengikut warna baju atau tudung.sekarang ni nadia jadi suka pakai pelitup muka mengikut warna pakaian yang dipakai.mix and match.seronok pula bila pakai pelitup muka yang berwarna-warni.

harga sekotak pelitup muka ni adalah rm35..berbaloi beli sebab pelitup muka ni sangat tebal, tidak mudah terputus dan juga mempunyai 3 lapisan pelapik permukaan.

marilah kita menyahut seruan kerajaan supaya sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan virus Covid19.kerajaan sentiasa menegaskan kepada orang ramai supaya sentiasa mengikuti SOP apabila berbuat sesuatu.kerajaan telah mengenakan denda kepada sesiapa yang ingkar arahan iaitu orang yang tidak memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#hidupfrontliners





gambar pemakaian pelitup muka berbagai warna

Sunday 4 October 2020

PERTAMA KALI BERMULANYA KERJA SHIFT PAGI & MALAM SELEPAS LAMA CUTI BERSALIN

hai,saya juru x-ray Nadia
\

pada hari ni, 3.10.2020 Sabtu bermulanya kerja shift pagi dan malam nadia iaitu melakukan kerja onkoll sebagai seorang juru x-ray di hospital.baru-baru ni nadia telah mengambil cuti bersalin selama 3 bulan selepas melahirkan anak ke 3.puas sungguh cuti lama dah dok rumah mengasuh anak dan bermain dengan anak.jadinya nadia kenalah mula bekerja semula apabila nama kat roster onkoll juru x-ray ada nama nadia kena kerja.nilah pertama kali nadia bekerja waktu hari minggu selepas cuti bersalin.anak-anak ditinggalkan dengan suami nadia yang kebetulan dapat bercuti dan dapatla suami nadia mengasuh mereka bertiga.

sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan sememangnya kami perlu bertugas pada waktu pagi , petang dan malam.Jabatan Radiologi  di seluruh hospital di Malaysia  memang beroperasi 24 jam dan setiap shift perlu adanya juru x-ray dan pembantu perawatan kesihatan (PPK) bertugas.di hospital nadia, ada 2 orang juru x-ray yang bertugas di bilik general dan ct scan dan kami perlu berada di Jabatan Radiologi untuk membuat kes x-ray.kami akan dibantu oleh 1 orang pembantu perawatan kesihatan (PPK).bagi juru x-ray yang bertugas di OT (dewan bedah) perlu standby di rumah sahaja menunggu panggilan telefon daripada hospital untuk datang buat kes x-ray di dewan bedah. 

sepanjang nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray pelbagai ragam pesakit yang datang x-ray.masa nadia keja malam kali ni ada pesakit yang bibir dan mukanya pecah dan berdarah dan nadia perlu buat ct brain & face iaitu scan kepala dan mukanya.apabila doktor mengambil sejarah pesakit rupa -rupanya pesakit perempuan tu kena pukul dengan suaminya yang mabuk.kesian bila lihat keadaan pesakit yang menahan sakit dan redha ja apa yang petugas kesihatan merawatnya.

ada juga rakan sekerja nadia iaitu partner yang bekerja sekali nadia buat x-ray kaki dan tangan untuk pesakit yang mengalami kemalangan.(MVA) malam minggu  selalunya banyak yang datang buat x-ray kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.biasalah malam minggu orang kan selalu keluar dan melepak di luar rumah seperti bersantai santai dengan rakan-rakan.

selama 8 tahun nadia bergelar juru x-ray di hospital kerajaan berbagai jenis ilmu baru yang nadia belajar.belajar menggunakan mesin baru dan program pendaftaran secara online untuk mendaftar pesakit, seperti software eHis dan Synapse.pebagai kecanggihan teknologi mesin dan revolusi baru dalam skop tugas kami yang perlu dipelajari dan diambil tahu.nadia bersyukur juga mempunyai rakan-rakan sekerja yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu baru mengenai sesuatu perkara yang nadia tidak tahu.almaklumlah nadia bercuti lama selama 3 bulan dan banyak perubahan dilakukan di tempat kerja nadia.perubahan cara mendaftar pesakit, cara menggunakan mesin mammogram baru yang baru dipasang, dan bermacam macam lagi la.

nadia berharap agar nadia berusaha menjadi seorang juru x-ray yang berwibawa dan berusaha untuk belajar melakukan tugas dengan berhemah dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan.




first partner onkoll nadia iaitu Najwa yang merupakan seorang blogger juga iaitu dikenali dengan nama Wawa Hass 





first time keja malam selepas lama cuti bersalin




first time keja pagi selepas lama cuti bersalin