Wednesday 25 November 2020

KOPI MEMBUATKU BERTENAGA DI KALA KERJA MALAM



Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran. Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.

bila nadia kerja shif malam kadangkala nadia akan minum nescafe atau kopi untuk menguatkan stamina dan untuk mengurangkan rasa mengantuk.kita perlu mengawal pengambilan minuman berkafein supaya tidak mengalami tanda-tanda seperti di bawah ni : 

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Imsonia (masalah sukar tidur)
  • Cirit-birit
  • Kehausan
  • Iritabiliti (mudah marah, rasa rimas)
jika mengalami tanda-tanda seperti di atas , anda perlulah ;

  1. Ambil minuman kopi menggunakan cawan yang kecil. 
  2. Hadkan pengambilan minuman kopi pada 400 miligram sehari (4 cawan kecil).
  3. Elakkan daripada mengambil pil suplemen atau kafein dalam bentuk serbuk.
  4. Amalkan gaya pemakanan seimbang.
  5. Lakukan aktiviti fizikal secara kerap.










7 SECRETS OF SUCCESS

7 secrets of success....

 

I found the answers in my room....

ROOF said:Aim high

FAN said:Be cool

CLOCK said: Every minute is precious

MIRROR said: Reflect before u act

WINDOW said: See the world

CALENDER said: Be up to date
 
DOOR said: Push hard to achieve ur goals..


 









Thursday 12 November 2020

STICKER COMEL BELI ONLINE DI SHOPEE


pelbagai jenis sticker yang nadia beli secara online di Shopee


kebetulan ada promosi kat Shopee, harga setiap jenis 1 set sticker berharga rm1 sahaja.apa lagi nadia pun beli la banyak jenis corak.bukan senang nak dapat harag murah camtu kan.

bila dah dapat sticker tu, anak nadia lah yang paling seronok.si Arsyad terus melekatkan sticker pada topinya.dia kata comellah banyak kartun kat topi.

nadia pun suka tengok sticker comel-comel.rasa cute ja dengan warna sticker yang pelbagai warna tu.hehehe




topi Arsyad yang penuh dengan sticker

MURAL JABATAN RADIOLOGI YANG CANTIK


ni merupakan mural @ lukisan pada dinding di Jabatan Radiologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

gambar ni nadia ambil daripada Facebook rakan yang masih lagi bekerja di sana.hospital nilah merupakan tempat posting pertama nadia semasa mula-mula baru bekerja sebagai seorang 
juru x-ray.nadia  asalnya dari Alor Setar dan agak terkejut bila kena pi bekerja di negeri yang jauh di hujung Semenanjung Malaysia iaitu negeri Johor.nasib baiklah juga dapat Muar dekat belah utara Johor juga.alhamdulillah,

banyak pengalaman dan kenangan manis semasa bekerja di sana.rakan sekerja di HPSF pun baik dan sempoi.boleh buat geng la..hehehehee.tetapi semuanya tinggal kenangan dah.tahun 2012 nadia sudah berpindah ke negeri Kedah setelah bekerja selama setahun lebih di sana.

insyaallah suatu hari nanti kalau ada kesempatan masa nadia nak bawa suami dan anak2 pi sana melawat dan berjumpa rakan sekerja di sana.sejak dah balik ke Kedah tak pernah lagilah nadia pi sana lagi akibat kekangan masa dan sibuk menguruskan keluarga.

JANGAN BERTANGGUH

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. 

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. 
Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan
Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa

Kerana hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa disangka. 

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik
Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik
Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik
Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik
Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. 
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. 
Kerana kematian itu sangat rapuh. 

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian. 

c&p















Monday 9 November 2020

HAPPY WORLD RADIOGRAPHY DAY



sambutan Hari Radiografi Sedunia adalah pada 8 November setiap tahun.
kami warga kerja di Jabatan Radiologi  terdiri daripada :

💚juru x-ray
💛 pembantu perawatan kesihatan (PPK)
💚jururawat (staff nurse)
💛doktor (MO/medical officer) 
💚doktor pakar radiologi (radiologist)








sambutan Hari Radiologi 2020 
di Hospital Kulim



#proudtoberadiographer


Ahli radiografi kian penting dalam era pandemik COVID-19 sebagai petugas barisan hadapan yang membantu mendiagnosis pesakit. Ahli radiografi membantu dalam menghasilkan imej perubatan tubuh manusia menggunakan teknologi peralatan yang canggih dan sentiasa berubah, seperti radiografi am, tomografi yang dikira (CT Scan), pengimejan resonans magnetik (MRI), dan ultrasonografi. 

Selamat Hari Radiografi Sedunia 2020!

#kkm
#frontliners
#hariradiografisedunia2020
#kitajagakita
#kamisediamembantu

Saturday 7 November 2020

AKAUN INSTAGRAM BERMASALAH



pada 25.10.2020 yang lalu akaun Instagram nadia mengalami masalah.nadia hanya boleh post gambar sahaja tanpa penjelasan pada gambar tersebut.nadia juga tidak boleh like dan komen pada gambar Instagram kawan-kawan.
story instagram boleh guna macam biasa .tetapi sayangnya pada feed nadia tak dapat untuk pos gambar bersama penjelasan (caption).

sedihnya bila jadi cmni..dah la instagram nadia banyak gambar kenangan nadia bersama famili dan kawan2.

nadia dah buat report pada pihak Instagram.tetapi masih lagi macam tu lagi..rasa sangat sedih bila jadi camni..nadia agak puncanya sebab nadia tertekan mesej pada messenger Facebook yang suruh tukar password la apa.lagi satu kawan-kawan Facebook nadia dapat mesej supaya tekan link tersebut.rupa-rupanya tu adalah hacker yang nak buat onar pada pengguna media sosial.sejak kejadian tu, Facebook dan Instagram nadia bermasalah.


jadinya kita semua perlu berhati-hati jika berlaku kejadian macam ni. nadia berharap Instagram nadia akan kembali seperti sedia kala.sedih sangat bila jadi macam ni sebab Instagram merupakan aplikasi yang kerap juga nadia kongsi gambar beserta dengan caption yang bersesuaian.bila jadi macam ni tak dapatlah nadia nak berkongsi momen-momen indah.




Tuesday 3 November 2020

ONKOLL DEWAN BEDAH RUTIN SEORANG JURU X-RAY




juru x-ray sememangnya perlu buat x-ray di dewan bedah jika diperlukan.selalunya kes ortopedik memerlukan x-ray untuk memudahkan tugas mereka merawat pesakit.

di hospital nadia bekerja, juru x-ray perlu bertugas onkoll 24 jam untuk bertugas di dewan bedah.jika hari bekerja kami perlu datang macam biasa pukul 8 pagi dan berada di Jabatan Radiologi.jika tiada kes selepas pukul 4 petang kami boleh balik berehat di rumah.sekiranya pihak dewan bedah memerlukan khidmat juru x-ray mereka akan menghubungi juru x-ray yang onkoll tersebut.

jadinya kami perlu alert dengan panggilan telefon daripada dewan bedah hospital.kalau hari weekend kami hanya perlu standby di rumah sahaja.jika diperlukan , pihak yang terbabit akan menghubungi kami.kami perlu respon segera dan perlu memastikan sampai di hospital dalam lebih kurang 45 minit.sekiranya terlambat sampai perlu memaklumkan pada pihak dewan bedah dahulu supaya mereka tahu status juru x-ray.

bertugas onkoll dewan bedah kadang-kadang menjadikan nadia letih apabila dipanggil bertugas pada tengah malam lebih kurang dalam pukul 3 pagi ka.sebabnya masa petang kita dah bertugas di dewan bedah dan sudah pulang ke rumah bila kes sudah selesai.tetapi tengah malamnya dapat panggilan sekali lagi perlu datang ke dewan bedah untuk melakukan x-ray pula.nak buat camna kan tu merupakan salah satu skop tugas kami yang perlu bertugas buat x-ray di dewan bedah.alhamdulillah kami dapat buat tuntuan elaun(claim) jika mula bertugas  selepas jam 4 petang masa hari bekerja biasa.jika weekend dapat claim dari awal bertugas di dewan bedah.syukur dapat juga menambah duit poket tengah-tengah bulan kan.

selepas nadia selesai cuti bersalin, nadia dah mula bertugas di dewan bedah pada bulan Oktober yang lalu.semasa mengandung juru x-ray tidak perlu bertugas di dewan bedah kerana sangat berisiko kepada kandungan dan mesin ii C-arm tu memberi sinar radiasi yang tinggi walaupun memakai lead gown (baju kebal).
 juru x-ray perempuan yang mengandung memang tidak boleh melakukan x-ray di dewan bedah.

sebenarnya nadia sangat bersyukur kerana tidak jadi apa-apa pada kandungan nadia.sebabnya semasa mengandungkan anak ketiga tahun lepas nadia tidak sedar sudah mengandung 12 minggu dan masa sebelum tempoh tu nadia dah banyak kali bertugas di dewan bedah.alhamdulillah kandungan masih selamat dan anak yang lahir alhamdulillah sempurna sifatnya.syukur sangat-sangat.nadia tidak sedar sudah mengandung kerana tidak ada apa-apa simptom orang mengandung dan period pun tidak teratur.

insyaallah niat untuk bekerja seikhlas hati membantu para doktor dan pesakit, tuhan mempermudahkan segalanya.nadia akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua masyarakat dan membantu rakan sepasukan dengan sebaik mungkin.moga Allah memberkati niat murni kami petugas kesihatan dalam melakukan tugas sebagai seorang juru x-ray.

#kejakujuruxray
#radiographerlife
#kitajagakita
#wearefrontliners







FIRST TIME PAKAI CLOTH FACEMASK



baru - baru ni nadia ada beli penutup muka jenis kain iaitu cloth facemask.coraknya pula kartun kegemaran nadia iaitu kartun Mickey Mouse..hehehee...suka tengok warnanya yang hitam dan nampak elegan bila dipakai.

jika kita nak beli facemask/pemutup muka jenis kain pastikan ianya ada 3 lapisan/layer supaya dapat menapis dan memerangkap habuk/virus daripada menjangkiti kita.

Dalam masa yang sama, Centres for Disease Control and Prevention (CDC) turut mengesyorkan orang ramai untuk memakai penutup muka kain di tempat awam sebagai langkah-langkah menjauhkan sosial lain sukar untuk dipelihara (contohnya, kedai runcit dan farmasi), terutamanya dalam bidang penghantaran berasaskan masyarakat yang penting.

CDC juga menasihatkan penggunaan penutup muka kain yang mudah untuk melambatkan penyebaran virus itu dan membantu orang yang mungkin mempunyai virus dan tidak mengetahuinya daripada menghantarnya kepada orang lain.

Penutup muka kain yang dibuat daripada barangan isi rumah atau dibuat di rumah daripada bahan biasa dengan kos rendah boleh digunakan sebagai tambahan dan langkah kesihatan awam.

Namun, ia tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak kecil di bawah umur 2 tahun, individu yang mengalami kesukaran bernafas atau tidak sedarkan diri dan mereka yang tidak mampu atau tidak dapat membuang topeng tanpa bantuan.

Orang ramai juga diingatkan untuk membasuh secara rutin bergantung kepada kekerapan penggunaan dan memadai dengan menggunakan mesin basuh.

Pilihan di tangan anda, sama ada mahu memakai penutup muka atau tidak tetapi para petugas kesihatan dinasihati untuk memakai penutup muka setiap masa ketika bertugas dan berhadapan dengan pesakit kerana risiko mereka lebih tinggi dari orang biasa.