Saturday 19 December 2020

KISAH JATUH BANGUN PENGASAS KFC






Pada usianya 5 tahun, ayahnya pergi untuk selama-lamanya. 

Pada usia 16 tahun, dia berhenti sekolah. Pada usia 17 tahun, dia sudah hilang 4 pekerjaan. Pada usia 18 tahun, dia berkahwin. 

Daripada usia 18 hingga 22, dia adalah seorang railroad yang acapkali gagal. 

Join tentera kena buli. 
Join insurance, satu polisi pon tak terjual.

Di usia 19 tahun, beliau jadi bapa muda. Tapi tulah... Hidup susah, siapalah yang tahu. Lalu pada usianya 20 tahun, isterinya lari tinggalkan dia. Bawa anak perempuan mereka lari bersama. 

Dia pilih untuk jadi tukang masak dan pencuci pinggan mangkuk di sebuah cafe kecil. Kerana masih sayangkan isterinya, dia cuba pujuk isterinya untuk kembali. Tak berjaya. Dia cuba pula culik anak mereka. Pon tak berjaya. 

Di usianya 65 tahun, dia bersara. Pada hari pertama persaraannya, dia terima cek daripada kerajaan berjumlah $105.

Dia rasa loser. Pada fikirannya, kerajaan seolah-olah cuba memberitahu dirinya bahawa dia tak boleh menanggung diri sendiri. 

Dia pilih untuk bunuh diri. Baginya takde guna lagi dia hidup jika yang menjadi miliknya hanya kegagalan. 

Dia duduk di bawah sebatang pokok dan mula menulis 'wasiat' yang sebenarnya lebih kepada apa yang sepatutnya dia miliki dalam hidupnya. 

Kemudian dia tersedar bahawa masih ada banyak perkara yang dia belum buat dalam hidupnya. Ada satu perkara yang menjadi kepandaiannya dan tiada pada ramai orang. 

Dia pandai memasak dan tahu macam mana nak jadikan masakan itu terhasil sempurna! 

Lalu dia gunakan $87 daripada wang yang diperolehi melalui cek tu dan beli ayam. Dia hasilkan resepi rahsia dan mula menggoreng ayam itu. Setelah siap, dia jual ayam goreng itu dari pintu ke pintu kejiranan di Kentucky. 

Daripada menulis wasiat kerana ingin bunuh diri di usia 65 tahun, dia akhirnya jadi billionaire  melalui Kentucky Fried Chicken (KFC) Empire.

Dia ialah Colonel Sanders, pengasas KFC yang kita semua suka makan. 
 
Apa iktibar daripada kisah ini? 
Tiada istilah terlambat untuk bermula! Kejayaan bukan bergantung pada usia.

Semuanya bergantung kepada sikap kita sendiri. Jangan pernah putus asa walau berapa hebat sekalipun ujian yang mendatang. 

Redah dan harunginya untuk berjaya!!!

C&P
#motivasipagi











WARNA PINK @ MERAH JAMBU

nadia bersama rakan sekerja memakai warna pink.sahabat baik nadia ni memang suka sangat dengan warna pink




dulu masa nadia umur belasan tahun, nadia tak berapa suka dengan warna pink sebab dok rasa warna pink ni hanya khas untuk orang perempuan sahaja.jadi jaranglah beli barang warna pink sangat.

tetapi bila dah ada anak ni, warna pink yang dahulunya nadia tak berapa suka dah jadi salah satu warna kegemaran nadia.sesuatu yang sukar dijangka.mungkinkah pengaruh rakan sebaya yang suka warna pink ka ataupun sebab dah jadi naluri mak-mak yang suka warna lembut.hahahaha rasa lucu pula.

Warna pink @ merah jambu, sebagai contoh, dianggap sebagai warna menenangkan yang berkaitan dengan kebaikan dan kewanitaan.

Warna merah jambu sering digambarkan sebagai warna feminin, mungkin sebahagian besarnya disebabkan persatuan orang yang terbentuk semasa zaman kanak-kanak. 'Mainan gadis' biasanya berwarna merah jambu.
Oleh kerana warna ni sangat berkaitan dengan kewanitaan, orang kadang-kadang mengaitkan warna dengan kualiti yang sering dianggap sebagai feminin, seperti 
*kelembutan
*kebaikan 
*pemeliharaan
*belas kasihan.

antara 2 sisi orang yang suka warna pink

sisi positif - sederhana,ceria,ramah,bersikap keibuan

sisi negatif - sensitif,terlalu manja,mudah menangis

Antara Contoh Produk Warna Pink

  • Lipstik
  • Hijab
  • Warna Rambut
  • Cat Kuku
  • Pakaian
  • Kasut
  • Kacamata
  • Dompet
  • Topi
  • Handphone


                  pelbagai jenis warna pink

Monday 14 December 2020

CABARAN MENANGANI ANAK 3 TAHUN

7 SEBAB PERANGAI ANAK 3 TAHUN LEBIH MENCABAR BERBANDING ANAK 2 TAHUN

1. DAH LEBIH PANDAI BERCAKAP
Masa usia 2 tahun, mereka baru mula nak belajar bercakap. Bila dah 3 tahun, bukan main lagi – ada saja yang nak dicerita dan ditanya. Kalau masa free, seronok juga melayan. Tapi kalau tak kena masa, kita yang letih melayan.
Mengikut kajian, kemahiran verbal anak kecil akan mula menjadi lebih advanced dalam usia 3 hingga 5 tahun. Ini kerana dalam tempoh ini mereka sudah mula memahami emosi, menjelaskan sesuatu hal, belajar guna perkataan baru dan membina ayat yang sempurna.

2. MULA MEMILIH MAKANAN
Bila dah makin besar, ramai yang dah pandai memilih makanan. Masa 2 tahun, mereka makan saja apa yang kita bagi kalau makanan kegemaran mereka tak ada. Setakat mi dan pasta, tak ada beza pun dulu. Tapi dah 3 tahun ni, mula berkeras tak mahu makan walaupun benda yang hampir sama.
Tapi sekarang kalau kita cakap tak ada – mereka dah tak percaya lagi (dan mungkin tak mahu terima kenyataan).

3. ‘LIAT’ DIAJAK MANDI
Masa 2 tahun, tak adalah susah sangat nak diajak mandi. Bila dah 3 tahun ni, banyak pula alasan mereka.
Sekali dah masuk tandas, lain pula halnya. Kalau dulu kita mandikan 10 minit siap, sekarang 30 minit pun tak habis-habis main sabun lagi.

4. POTTY TRAINING
Biasanya ibu akan mula potty training lepas anak pandai bercakap atau selepas bercerai susu, iaitu sekitar usia 3 tahun. Walaupun dulu kita mengeluh masa nak tukar lampin mereka, sekarang baru tahu lebih susah lagi nak ajarkan anak ke tandas.
Memang memenatkan. Dalam seminggu dua asyik ikut ‘punggung’ dia saja. Itu pun tak tentu berjaya!

5. NAK BERFESYEN
Masa anak umur 2 tahun, dia pakai saja apa yang kita bagi. Kalau ada yang suka pilih sendiri pun, sekali-sekala saja.
Bila dah 3 tahun, ramai yang berkeras nak pilih baju sendiri. Padanannya pula memang ‘hebat’. Sekali kalau ajak keluar, mesti ada yang ingat mak ayah dia tak belikan baju. Ada yang asyik nak pakai kostum Spiderman tiap-tiap hari. Ada pula yang asyik nak tukar baju selang 2-3 jam. Dalam bakul baju kotor, penuh baju dia saja…

6. LEBIH SUKAR DIPUJUK
Pada usia 2 tahun, biasanya kita susah nak agak kenapa mereka menangis sebab ada masanya mereka sendiri pun tak tahu sebabnya. Mungkin mereka penat atau mereka tak faham apa yang berlaku. Kalau nak pujuk pun, biasanya tak susah sangat.
Tapi bila dah masuk 3 tahun dan pandai berdebat, mereka seolah-olah ada lagi banyak sebab untuk menangis!
Memang ada anak kecil yang mula menjadi lebih empati dalam usia 3 tahun. Mereka mula memahami perasaan orang sekeliling. Tapi ini mungkin boleh mengelirukan perasaan mereka sendiri. Sama jugalah menangis tak sudah!

7. BANYAK ‘AKAL’
Dalam usia ini juga, minda anak semakin ligat dan aktif berfikir. Mereka suka bertanyadan mahukan jawapan serta-merta. Ada yang suka bereksperimen – contohnya ‘kemas’ baju yang disimpan dalam almari bertutup. Ada yang suka memerhati dengan penuh perincian – contohnya mereka minta sesuatu yang kita tak faham.
Dari sinilah mereka belajar meneroka dan ada kalanya mencabar kesabaran kita. Apapun, itulah tandanya ‘sel otak mereka sedang berhubung!’

APAPUN, MEREKA TETAP MENGHIBURKAN
Walaupun ada yang menghadapi sedikit kesukaran mengawal kelakuan anak 3 tahun ini, janganlah terlalu stres kerana fasa ini juga bakal berakhir tanpa anda sedari. Sedikit sebanyak, cabaran yang dihadapi ini akan mempersiapkan anda untuk lebih memahami anak anda dengan lebih mendalam.
Ini semua hanyalah sebahagian daripada proses perkembangan yang mereka lalui. Bila anak dah besar nanti, ia tentu menjadi kenangan yang indah!

C&P drpd Facebook









RESEPI WAFFLE HOMEMADE




nadia suka makan waffle..baru-baru ni sajalah usha-usha kat Shopee waffle maker.harganya boleh tahan juga.taklah mahal sangat.jadinya nadia pun beli la waffle maker jenama Panaflux.tepung waffle segera nadia beli jenama Anisa.

nadia nak kongsi resipi waffle guna tepung waffle segera jenama Anisa.

Bahan-bahan

tepung waffle segera 200gram

2 biji telur

200ml air 

20ml minyak masak

cara membuatnya

1) mula-mula tuangkan 200 gram tepung waffle segera ke dalam mangkuk

2) masukkan 2 biji telur ke dalam tepung tersebut

3) letak minyak masak 20ml dan 200ml air ke dalam mangkuk yang berisi tepung

4) pukul dan kacau semua adunan tadi.jika hendak menggunakan blender boleh juga.

5)bila adunan sudah rata dan elok, letakkan pada waffle maker.sebelum letak bancuhan tepung tersebut, sapukan marjerin pada tempat letak waffle tersebut supaya tidak terlampau melekat nanti

6) setkan masa mengikut jenis waffle maker yang digunakan

7) dah siap masak, hidangkan waffle bersama jem@madu@coklat mengikut citarasa anda

8)selamat mencuba