Saturday 20 February 2021

PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN DI RUMAH KITA








Simpan mesej ni.. 
Sebagai pedoman 
Andai ada kematian di rumah kita.
-------------------------------------------------------

Urusan untuk mendapat permit, 
pengebumian..
---------------------------------------------------

1) Call Ambulans.  Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.

2) Call orang surau atau jiran yang terdekat

3) Bawa dokumen yang diberi doktor tadi. IC si mati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.
  
4) Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran². 

Urusan di rumah..
----------------------------

1) letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.

2) Chek seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu. 

3) Salin seluar baju yang bersih. 

4) Cari perca kain bersih.  Buat beberapa tali.  
sedia kan minyak zaitun atau baby oil.  mulakan dari muka.  Urut pelan² muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala. 
 
5) Urut mata pelan², rapatkan.  Jika tak rapat.  letak duit syiling 50sen di kelopak. boleh dah rapat, keluarkan duit tu.  

6) Tangan, siku urut pelan². Kiamkan elok², ikatkan kemas².  

7) Punggung, peha rapat kan elok². Urut pelan².

8) Lutut rapatkan elok2.  ikat tali.  

9) betis rapatkan. ikat tali.

10) Pergelangan kaki urut, dengan minyak rapatkan dan ikat kemas². 
 
11) 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.  

12) Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..

13) Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.

Untuk persiapan yang lain²
-------------------------------------------

1) Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 4 helai. Towel satu. 

2) Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat². Simpan dalam plastik. 

3)  sebelum kedatangan jiran² .  anak² yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat² bersihkan rumah.  

7) Bila jenazah di rumah dah ready semua.  sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambik kesempatan membaca surah.    

**Note**,
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi² tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat pelan²,  sambil tu sedekah Al-Fatihah. Ni kerana jenazah yang tercabut nyawanya, di dalam keadaan perit dan sakit.  

Wallahua'lam
Moga bermanfaat untuk saya dan semua.
Maaf sekiranya ada kekhilafan dan kelemahan didalam catitan ini..

C&P..








TUDUNG PELANGI



tudung warna pelangi kelihatan macam ais krim Paddle Pop pula.tudung yang diberi nama Pastel Aurora merupakan tudung jenama Ladorra.

bila pertama kali nadia tengok tudung ni kat Shopee rasa menarik pula ton warna dia yang berwarna warni..rasa nak memilikinya terus order di Shopee.

bila dah sampai tudung bawal ni, nadia pun pakai la dan rasa mudah juga dibentuk.material selesa juga sebab kain cotton.

pelbagai jenis warna dan corak koleksi tudung bawal  nadia..tak pernah jemu dan suka sangat beli tudung bawal.sampai kan dah penuh almari dah.heheheheh..perempuan kan memang suka beli pakaian baru.