Thursday 18 March 2021

KINDLE E-BOOK READER @ GAJET UNTUK BUKU DIGITAL



anda pernah dengar pasal kindle? kindle merupakan salah satu gajet membaca untuk buku digital di alam maya.lebih kurang macam tab tetapi fungsinya untuk bacaan sahaja.kindle ini merupakan e-book reader milik Amazon.nadia pertama kali tau pasal kindle ni bila sahabat baik nadia berkongsi mengenai "bestnya" menggunakan dan memiliki kindle.

Peranti Amazon Kindle membolehkan pengguna melayari, membeli, memuat turun, dan membaca 
e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain melalui rangkaian tanpa wayar ke Kindle.Platform perkakasan yang dikembangkan oleh anak syarikat Amazon Lab126, bermula sebagai satu peranti pada tahun 2007 dan kini terdiri dari pelbagai perangkat, termasuk e-pembaca dengan paparan E Ink elektronik dan aplikasi Kindle pada semua platform pengkomputeran utama. Semua peranti Kindle diintegrasikan dengan kandungan Kindle Store, dan sehingga Mac 2018, kedai mempunyai lebih dari enam juta e-buku yang terdapat di Amerika Syarikat.

kindle sebesar 6 inci sahaja dan muat juga masuk 
dalam poket.ianya ringan sahaja dan 
membolehkan kita
mudah dibawa ke mana sahaja.kindle tidak 
menyakitkan mata apabila dibaca disebabkan 
screennya yang seperti
 membaca pada kertas.ianya merupakan 
teknologi e-ink berwarna hitam putih sahaja.

di Malaysia, kindle boleh dibeli secara 
dalam talian online melalui Shopee.ni 
merupakan barang dari 
luar negara , jadinya harga sebuah kindle 
boleh tahan mahal juga.
tetapi walaupun mahal,ianya sangat berbaloi
 bagi kaki buku atau orang yang gemar membaca kerana  e-book yang dijual di pasaran boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah daripada sebuah buku fizikal.e-novel english ada juga yang dijual dengan harga tak sampai rm10.cuma rm 1 pun ada tau.cuma e-novel Bahasa Melayu sahaja dijual dalam harga belasan ringgit.e-novel pun boleh dibeli di Shopee.

jika kita membeli e-book melalui Shopee kita boleh memberi emel Kindle kita pada seller tersebut.
jadinya kita boleh syncronize semula dan buka di dalam kindle.seller biasanya akan hantar e-book melalui format pdf.

bila kita memiliki kindle, kita perlu membuat akaun Amazon.dari situ kita akan dapat akaun Kindle kita.
untuk pengetahuan anda, ada juga apps Kindle pada Playstore dalam handphone kita.jika kita download apps Kindle tersebut dalam handphone kita, kita boleh juga melanggan e-book.cuma bezanya bila kita membaca e-book melalui apps Kindle dalam handphone kita akan rasa sakit@ pedih mata disebabkan screen led.pencahayaan yang terang.kindle yang macam tab tu screennya macam kertas kerana adanya e-ink. 


sekarang ni, di pasaran ada pelbagai jenis kindle.terpulanglah untuk kita membeli jenis mana.ada juga kindle yang ada ads(iklan) dan no ads (tiada iklan).harganya sudah pasti berbeza.

sebenarnya, nadia bercerita pasal kindle ni sebab nak berkongsi dengan semua bahawa kindle merupakan antara salah satu e-book reader yang popular di dunia.saya nasihatkan jika hendak membeli kindle pastikan membeli dengan trusted seller dan barang memang dari amazon bukannya jenama dari China.bukan apa jika kita beli brand China dikhuatiri susah untuk membeli e-book nanti disebabkan masalah bahasa dan bukannya barang yang original dari Amazon.

ni merupakan antara barang wishlist nadia..nadia mengumpul duit onkoll untuk dapatkan kindle.masa nadia post pasal kindle ni, nadia sudah pun memesan dan membeli kindle..tetapi barangnya masih belum sampai.insyaallah nanti bila dah sampai, nadia akan review dan bercerita lebih banyak lagi mengenai manfaat memiliki kindle, cara penggunaannya dan sebagainya.sebenarnya terpulanglah pada kita untuk membeli dan memiliki kindle.jika ada duit lebih, apa salahnya kita membuat pelaburan sedikit membeli kindle.tepuk dada, tanya selera.


BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA,

JOM MEMBACA

#MALAYSIA MEMBACA❤







LANYARD KESAYANGANKU YANG CANTIK DENGAN LAMBANG RADIOLOGI


lanyard atau tali tag nama dalam gambar di atas merupakan lanyard nadia yang paling nadia suka sejak bekerja sebagai juru x-ray ni.tali tag nama ni merupakan idea daripada salah seorang doktor di tempat nadia bekerja.dialah yang designkan lanyard ni.

semua pekerja terutama sekali penjawat awam memang perlu memakai tag nama sebagai pengenalan diri sebagai pekerja perlu membiasakan diri memakai tag nama atau kad nama.terpulanglah untuk mengantung pada tali tag nama atau lanyard.

fungsi tali tag nama atau lanyard ni boleh juga digunakan untuk menggantung cop nama, pen , kunci,flashdisk dan sebagainya.

KASUT BARUKU HITAM PUTIH YANG MENAWAN



menarik tak kasut baru nadia?

nadia suka juga pakai kasut bertutup iaitu sneakers.kasut ni nadia beli dengan cikgu tadika anak nadia.Teacher Syamira.

selesa pakai kasut ni walapun tapaknya taklah nipis sangat .ok la..sederhana tebal..bagi nadia bila guna dan pakai, rasa selesa pakai sebab materialnya jenis kain kanvas.tapak kasutnya pula diperbuat daripada getah...

rasa ringan sahaja bila dipakai.jenama kasut yang nadia beli ni ialah jenama Vans.

antara tips pemilihan kasut yang perlu diambil perhatian apabila membeli kasut :

👀 pilih saiz kasut yang sesuai dengan kaki kita..

👀 pastikan material kasut tahan lama dan selesa bila dipakai semasa berjalan

👀 pilih jenis kasut yang mudah dipakai dan bagi keselesaan kepada kita bila memakainya sama ada sandals, sneakers, kasut bertumit tinggi, selipar dan banyak lagi jenis kasut

👀 berat kasut juga memainkan peranan.jika kita memakai kasut yang berat, ini membuatkan kita rasa lenguh dan sakit tumit apabila berjalan .

👀 pilih kasut yang tahan lasak dan tahan lama.walaupun kasut agak mahal, tetapi kalau kasut tu tak mudah koyak dan boleh pakai lama berbaloi untuk kita membelinya.

ok, sekian dahulu perkongsian saya..

Friday 5 March 2021

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS RANGUP PEDAS


sambal ikan bilis rangup pedas




Bahan-bahan

semangkuk ikan bilis mengikut kemahuan 

4 biji cili merah

6 biji cili padi hijau

secubit belacan

garam

air asam jawa

gula

4 ulas bawang merah besar

4 ulas bawang putih

minyak masak

cara-cara membuatnya

1.ikan bilis yang telah dibasuh perlu dikering dan ditoskan.

2.guna air fryer untuk menggoreng ikan bilis.nadia setkan suhu 160 darjah celsius dan dibakar dalam masa 10 minit.rangup ooo..boleh mengurangkan kolestrol kerana tiada minyak pada ikan bilis

3.sementara menunggu ikan bilis masak, kisar cili merah,cili padi hijau dan bawang merah putih dengan sedikit belacan.

4.siap dikisar, tumiskan di dalam minyak yang sudah panas

5.biarkan masak sehingga menjadi kekuningan

6.siap masak, boleh diangkat dan dihidangkan 

7.boleh dimakan bersama nasi panas-panas dan roti gardenia.



3.cili merah,cili padi hijau dan bawang merah serta putih dikisar sedikit kasar mengunakan mesin pengisar.






boleh dimakan dengan roti gardenia




antara bahan-bahan yang diperlukan





guna air fryer untuk menggoreng ikan bilis.suhu 160 celcius 10 minit