Monday 26 April 2021

NESCAFE TARIK AIS



menarik tak tengok buih-buih pada air minuman ni...ni namanya nescafe tarik ais.

nadia memang penggemar kopi @ nescafe..apa2 yang berunsur kopi memang nadia suka minum.ssetengah orang tak boleh minum kopi disebabkan jadi pening kepala ataupun migrain.alhamdulillah setakat ni nadia masih boleh lagi minum kopi.mungkin dah biasa dan selalu minum.

Khasiat kopi

dapat memberi kecergasan dan menambah tenaga

❤ mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

❤ melawan kemurungan dan memberi mood gembira

❤ mengurang risiko daripada mendapat kanser hati

❤ mendapat nutrisi yang baik seperti :
            1. Riboflavin (Vitamin B2
            2. Pantothenic Acid (Vitamin B5)
            3. Manganese dan Potassium
            4. Magnesium dan Niacin (B3)

AMARAN !!

  1. Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos.
  2. Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening.
  3. Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua. Ada segelintir orang yang tidak menyukai kopi. Tidak mengapa, mereka mungkin lebih berminat kepada teh hijau.

Kopi sekarang pula sudah banyak pilihan. Anda boleh dapatkannya di pasar raya berdekatan. Elakkan 3-in-1, dan pilihlah serbuk kopi atau yang perlu dibrew sendiri.

Sunday 25 April 2021

ANAKKU PENGGEMAR BUAH STRAWBERI🍓🍓





buah strawberi nadia beli dengan kawan



masa bulan 2 yang lepas nadia telah beli sekilo buah strawberi kat kawan nadia yang ambil stok buah dari Cameron Highland.buah dijual sebanyak Rm 25 sekilogram.

dah lama tak makan buah strawberi ni kan. 2 orang anak Nadia makan sungguh berselera walaupun ada juga buah yang agak masam..tetapi kebanyakannya buah ok la.masam masam manis.buah pun masih elok dan segar lagi.

nadia pun seronok bila tengok anak-anak berselera makan.buah strawberi banyak manfaat & khasiat tau.

antara khasiat buah strawberi ialah  :


Menjaga Kesihatan mata
Alasan utama terhadap hampir semua permasalahan mata adalah radikal bebas dan kekurangan nutrisi tertentu. Dengan semakin bertambahnya usia dan kurangnya nutrisi pelindung, radikal bebas akan dengan mudah menyebabkan permasalahan pada mata. Beberapa anti-oksidan seperti vitamin C dan flavonoid hadir dalam stroberi,di mana dapat menangkal perkembangan yang berhubungan dengan penyakit mata terkait usia seperti katarak dan degenerasi makula.

Pembersih Kulit
Ekstrak strawberi sering digunakan sebagai bahan pembersih kulit, sabun wajah dan masker wajah meremajakan kerana mengandung vitamin C, asam salisilat, antioksidan da exfolianAsam salisilat menghilangkan sel-sel mati dari wajah sambil mengencangkan pori-poriAsam ellagic merupakan antioksidan yang memerangi kerosakan kulit dan mempertahankan keremajaan kulit.Strawberi mampu mengangkat kotoran, melembutkan kulit serta memberikan perlindungan terhadap polusi

Tona Kulit
Strawberi digunakan sebagai tona kulit Menghaluskan strawberi hingga menjadi ekstrak jus Campur dua sudu teh ekstrak strawberi, dengan 50 ml air mawar dan sejukkan kulit.

    Anda dapat menggunakannya sebagai tona untuk menghilangkan kerut. Jus ini dapat disimpan selama 10 hari


    Menjaga fungsi otak

    Semakin bertambahnya umur seseorang maka juga akan berefek pada semakin melemahnya jaringan otak dan saraf, yang pada akhirnya dapat mengganggu fungsi otak. Antioksidan yang terkandung dalam stroberi seperti vitamin C dan fitokimia dinilai mampu menjaga dan meningkatkan fungsi otak. Selain itu, stroberi juga kaya akan yodium yang dapat membantu menjaga fungsi otak dan sistem saraf


    Kesihatan ibu hamil

    kandungan asam folat dalam buah strawberry sangat baik untuk para ibu hamil karena asam folatnya dapat membantu perkembangan otak bayi yang sedang dikandungnya, selainitu asam folat bermanfaat juga untuk mencegah bayi terlahir dalam kondisi cacat


    Mempertajam daya ingat serta kesehatan mental

    penelitian telah menunjukkan bahawa bahawa, selain memiliki efek anti - anemia, folat yang ditemukan dala buah strawberi juga ber-manfaat untuk meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kemampuan otak untuk memproses informasi . Hal ini juga penting untuk mencegah cacat otak pada bayi selama masa kehamilan si ibu. 

    Menurunkan Kolestrol

    Strawberry kaya akan phyto - nutrisi yang merupakajenis senyawa yang berperan untuk mencegah dari berbagai macam penyakit. Senyawa ini juga lah yangmembuat warna dan juga bau pada buah strawberry. Senyawa ini jug telah terbukti mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan menghambat oksidasi low densit lipo - protein ( LDL)

    Memutihkan gigi

      Strawberi juga memperanan memutihkan gigi dan menjaga kekuartan gigi.

      Menjaga kesihatan jantung

      Anti - oksidan yang ditemukan dalam buah strawberry berupa perpaduan antara vitamin C dan anthocyanidins dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam pembuluh darah. 



SEMOGA BERMANFAAT




berselera sungguh anak Nadia makan
Arsyad & Hakeem makan tak tengok kiri kanan dah

Friday 2 April 2021

FIRST TIME MAKAN RIELKIES




pertama kali nadia makan chocolate jar daripada keluaran pekalon terkenal iaitu Aeril Zafrel iaitu Rielkies
ni pun adik ipar nadia yang beli dan bagi nadia rasa..sedap juga rasa coklat salutannya..sesiapa yang penggemar coklat mesti suka makan ni.

Rielkies adalah sejenis Coklat dengan campuran berries. Untuk keluaran pertama terdapat tiga jenis coklat yg berbeza: 🍫Chocoball with berries 🍫Chocorice with berries 🍫Choco mini crunch with berries ✅PREMIUM CHOCOLATE ✅HIGH QUALITY
Retail harga: 🍫Chocolate rice with berries rm16 sm/ RM21 ss 🍫Chocolate ball with berries rm16 sm/ RM21 ss 🍫Chocolate mini crunch with berries rm16 sm/ RM21 ss

anda boleh beli secara online di Shopee juga atau pengedar yang terdekat.

PERTAMA KALI BELI SUSHI



ini merupakan kali pertama Nadia beli sushi..sebenarnya nadia tak berapa gemar makan sushi sebab kadang2 ada yang tak kena dengan selera nadia.kebetulan beli ni sebab temankan kawan yang nak beli sushi juga.

jadi, nadia pun belek-belek yang mana berkenan dan rasa boleh kena dengan tekak.jadi belilah sushi yang macam kat atas tu.hehehehe

anda semua reti dan pernah makan sushi tak?

Sushi ialah salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada  1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua. 

Bahan yang asas untuk pelbagai jenis sushi adalah nasi bercuka. Pelbagai jenis sushi diperbuat daripada inti dan topping yang berbeza, perasa, dan proses penyediaan mereka. Bahan-bahan yang sama namun proses penyediaan yang berbeza boleh mewujudkan keputusan dan rasa yang sangat berbeza

Bahan-bahan utama sushi Jepun tradisional terdiri daripada ikan mentah dan beras, yang mempunyai lemak yang rendah serta protein yang tinggi.

Makanan lautan mengandungi tahap Omega-3 yang agak tinggi. Sushi sering dihidangkan dengan bahan mentah, tiada lemak masak diperkenalkan semasa penyediaan. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional seperti keju dan mayonis yang kadang-kadang dijumpai dalam hidangan sushi ala Barat boleh meningkatkan jumlah lemak yang ketara.

Vitamin dan mineral juga didapati dalam kebanyakan makanan laut dan sayur-sayuran yang digunakan dalam penyediaan sushi. Kandungan nutrisi adalah bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Sebagai contoh, udang kaya dengan kalsium dan iodin, manakala salmon kaya dengan Vitamin D. Nori yang digunakan untuk membalutkan sushi kaya dalam kedua-dua nutrien tersebut. Sayur-sayuran lain yang dibalut dalam sushi juga menawarkan pelbagai vitamin dan mineral.

Karbohidrat terdapat dalam nasi dan sayur-sayuran. Sesetengah bahan-bahan bukan tradisional boleh meningkatkan tahap karbohidrat yang agak tinggi.

Sushi biasanya dihidangkan bersama-sama dengan hidangan sos kecil. Sushi dicadangkan untuk mencelup bahannya dengan kicap tetapi bukan beras. Ini adalah beras akan menyerap kicap yang terlalu banyak dan akan runtuh. Bahan yang mempunyai sos mereka tersendiri (seperti belut) tidak boleh dicelup dengan kicap.