Saturday 29 May 2021

KLCC BERTEMA BENDERA PALESTINE

sangat cantik.❤
klcc bertemakan bendera Palestine




Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina

marilah umat islam seluruh dunia
berdoa agar Palestine akan merdeka sepenuhnya
tanpa gangguan daripda Israel yang zalim
marilah kita bersatu hati 
doa sebagai senjata utama

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA





bebaskan Palestine
#freePalestine
#savePalestine

ISRAEL VS PALESTINE









Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika SyarikatRusiaKesatuan EropahPertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony BlairLiga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatifMesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utamaFatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Hal ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalempelarianpetempatankeselamatansempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.


sejak Mei tahun 2021 ada sahaja cerita letupan di Palestine.Palestine sempat merdeka pada 9 Syawal 1442H bersamaan 21.5.2021.adanya perundingan genjatan senjata.

Kenapa Israel bersegera mahukan gencatan senjata? 

1. Kekalahan naratif perang di peringkat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa berpihak kepada naratif perjuangan Palestin dan menyaksikan ledakan sokongan kepada Palestin terutama di sosial media dan dunia Barat. Semakin lama perang, semakin lama membuka hakikat Israel sebagai negara penjajah. US juga menekan Israel setelah US menerima tekanan Antarabangsa. 

2. Kos perang yang meningkat dan mereka tidak sanggup untuk menamatkan perang dengan melaksanakan ground invasion terhadap Gaza. Apabila berlaku ground invasion, kemungkinan besar akan berlaku penculikan tentera Israel oleh pejuang Palestin seperti yang berlaku kepada Gilad Shalit. Israel terpaksa tunduk kepada permintaan pejuang Palestin sebagai ganti pembebasan Gilad Shalit. 

3. Mata mata Israel di Gaza telah ditangkap dan mereka berperang di dalam keadaan tidak ada maklumat yang lengkap. Israel terpaksa bom secara rambang dan kemuncaknya apabila mereka menyerang bangunan menempatkan syarikat akhbar antarabangsa di Gaza, naratif perang Israel tidak lagi memihak kepada mereka. Israel tidak lagi mempertahankan diri dari Hamas tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar dari dunia antarabangsa. 

4. Israel tidak berjaya melumpuhkan walau satu pusat kawalan mujahidin di Gaza melalui serangan bom mereka akibat mata mata mereka di Gaza sudah ditangkap. 

5. Pergolakan politik dalaman dari parti pembangkang Israel terhadap Netanyahu. Mereka mendesak untuk dihentikan peperangan dan menyalahkan Netanyahu sebagai punca Israel mendapat malu. 

Sekiranya kita mengikuti perkembangan perjuangan Palestin bermula Intifada yang pertama pada 1987, kita harus akui perjuangan Palestin telah meningkat ke satu tahap baharu yang menggerunkan Israel. 

Sokongan antarabangsa yang meningkat kepada Palestin, kekuatan persenjataan tentera Hamas, sokongan rakyat kepada Hamas walaupun sebahagian mereka syahid dan cedera akhirnya memberi kita kefahaman bahawa Palestin pasti akan merdeka suatu hari nanti. Dan hari itu sudah semakin hampir. 

InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan sama sama sujud di Masjid al Aqsa yang sudah merdeka. Tahniah para pejuang Palestin, tahniah pejuang siber dan social media di Malaysia, tahniah para donator. Semoga Allah swt ganjari kita dengan sebesar besar pahala. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahil hamd. 

Arifin Manan 

Ketua Sekretariat 
Kempen Kesedaran Perang Pedang Al-Quds 2021
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KELUARGA OLEH TAN SRI DR NOOR HISHAM ABDULLAH




_*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KELUARGA - PKPK*_

_*Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah*_

Laksanakan SOP PKPK (Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga). 

Antara SOPnya adalah :

1. *Anak-anak dan warga emas* tidak dibenarkan lagi untuk makan di kedai atau restoran.

2. *Anak-anak dan warga emas* tidak dibenarkan pergi ke pasar2 raya, theme park atau di mana-mana tempat orang ramai berkumpul.

3. Peraturan ketat anak-anak (cucu) selepas balik sekolah atau ahli keluarga yg keluar ke mana saja, dikehendaki untuk *mandi sebersih- bersihnya* sebelum menyentuh sesiapa di rumah.

4. Dikehendaki untuk sentiasa *membasuh tangan* sekerap mungkin.

5. *Tidak boleh bersalam* dengan sesiapa di mana-mana sahaja. Hanya menunduk kepala dan meletakkan tangan di dada.

6. Sentiasa *mengambil vitamin C dan segala vitamin* dan keperluan yang penting. Banyak makan buah-buahan.

7. *Tidak perlulah berkumpul atau bertemu* jika ia tidak penting.

Peraturan ini akan terpakai sehingga keadaan Covid19 kembali satu angka dan tiada kluster baru.

*Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:*

1. Parasetamol.
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.
3. Vitamin C dan D3.
4. B kompleks.
5. Wap + kapsul untuk wap.
6. Oksimeter.
7. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).
8. Latihan Bernafas.

*Covid Tiga Peringkat*

1. *Covid hanya di hidung* - masa pemulihan adalah setengah hari.  Menghirup wap yg ada cengkih, dn ambil vitamin C. 
Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.

2. *Covid di tekak* - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari
Berkumur air panas campur garam, air suam untuk diminum, makan Vitamin C dan Bcomplex. Jika suhu badan panas, ambil parasetamol

3. *Covid pada paru-paru* - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. Makan vitamin C, BComplex, kumur air panas campur garam, oksimeter, parasetamol, silinder oksigen jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

*Tahap ketika hendak ke hospital:*
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya 43 dan ke bawah (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen. 

*Tetap sihat, Tetap Selamat!*

Sila *kongsikan* kepada semua senarai keluarga dan kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang anda akan bantu.

Nasihat dari hospital, *pengasingan kita boleh lakukan di rumah.*

Ubat yang diambil di hospital ketika pengasingan.
*1. Vitamin C-1000.*
*2. Vitamin E (E).*
*3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.*
*4. Makan telur sesekali.*
*5. Berehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.*
*6. Minum 1.5 liter air setiap hari.*
*7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).*

Itulah yang dilakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?
  
1. Tekak gatal
2. Kerongkong kering
3. Batuk kering
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau.

Lemon dengan air suam boleh menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru.

*Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sampaikannya kepada semua keluarga dan rakan anda.

_*REPOST | KONGSI SEMULA*_

_*#PerangMelawanCovid19*_
_*#KitaJagaKita*_
_*#KitaAmbilPeduli*_

SAYA SUDAH DIVAKSIN.ANDA BILA LAGI?JOM CUCUK VAKSIN COVID19


*Vaksin*

Masih ramai yang tidak faham apa itu vaksin.
1. *Vaksin bukan ubat penyembuh.* Ia tidak boleh menyembuhkan pesakit covid19. Pesakit covid19 tidak akan sembuh dengan mengambil vaksin.
2. *Vaksin bukan ubat kebal.

* Ia tidak boleh menghalang daripada jangkitan covid19. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti virus covid19.*Habis kalau tak boleh menyembuhkan dan tak boleh mengelakkan jangkitan, untuk apa kita divaksin???*Jawapan kepada soalan ini telah diajar oleh guru sekolah anda dalam matapelajaran *Sains Tingkatan 5 Bab 1 (Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan)* atau *Biologi Tingkatan 5 Bab 1 (Pengangkutan - Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation))*. Kesalahfahaman tidak sepatutnya timbul jika kita menumpukan perhatian sewaktu guru menyampaikan pelajaran dahulu

.*Vaksin (vaccine)* ialah ampaian bakteria (suspension of bacteria) atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam badan untuk merangsang limfosit (lymphocytes) untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).Tujuan penvaksinan adalah untuk membina imunisasi atau dalam bahasa melayunya daya tahan tubuh. Vaksin dimasukkan ke dalam tubuh untuk membolehkan antibodi dalam badan kita mengenali patogen atau virus. Dengan mengenali patogen atau virus, barulah antibodi badan kita dapat bertindak balas melawan virus tersebut

.*40 staff KKM yang telah divaksin dijangkiti covid19?

 Imran Khan dijangkiti covid19? Apa jadi?* Jadi jangan salah faham. 

Badan kita tetap masih boleh dimasuki virus covid19 walaupun setelah divaksin. Dah bagitau kan. Vaksin bukan ubat kebal. Tetapi antibodi badan orang yg telah divaksin akan terus mengenali virus covid19 sebagai patogen, dan melawan virus tersebut. Oleh itu virus akan gagal menambahbiak, merosakkan sistem, sel, dan organ tubuh. Virus akan akan mati dan dikumuhkan, dan peluang untuk virus untuk menjangkiti orang lain pula adalah rendah. 

Berbanding dengan mereka yang tidak menerima vaksin. Virus yang masuk ke dalam badan tidak dikenali oleh antibodi tubuh, oleh itu virus bebas membiak, berparti dan merosakkan sel dan organ. 

Walaupun tidak bergejala, tubuh akan menjadi sarang dan pembawa virus, dan menjangkiti orang² lain di sekitar kita terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja.

*Demam teruk dan kesan sampingan selepas divaksin?* Benar! 3.48% penerima vaksin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan selepas divaksin. 0.02% mengalami kesan sampingan serius seperti bengkak dan sesak nafas.

 Kesan sampingan adalah normal kerana tempoh penyesuaian yang berbeza untuk setiap orang. Manakala kesan serius atau simptom penolakan berlaku jika penerima mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.Walau bagaimanapun kemudaratan jika tidak divaksin adalah lebih tinggi berbanding kesan sampingan vaksin.

 Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan sebenarnya adalah golongan yang bakal mengalami kesan yang paling buruk jika dijangkiti covid19! Jika vaksin samada mRNA atau partikel virus yang dilemahkan pun telah mengakibatkan kesan sampingan, 

Virus yang aktif dan bebas tanpa antibodi tubuh yang dapat mengenalpastinya bakal memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Ingat bahawa virus Covid19 telah ada dan akan kekal berada dalam komuniti kita dalam tempoh yang panjang.Harap penjelasan ringkas ini dapat menguraikan kekeliruan dan salah faham terhadap vaksin.

saya merupakan salah seorang frontliner di salah sebuah hospital kerajaan.saya merupakan seorang juru x-ray dan perlu mengambil gambar x-ray dada pesakit positif Covid19 dan juga pesakit yang dikategorikan sebagai SARI .saya juga berisiko untuk dijangkiti.alhamdulillah saya berpeluang mengambil vaksin jenis Pfitzer.semasa mengambil vaksin dos pertama dan kedua, saya rasa lenguh-lenguh bahu dan badan agak sedikit letih..selepas  3 hari disuntik baru keadaan diri menjadi normal semula.syukur semuanya telah selesai.

kawan-kawan sekalian , jomlah kita semua mendaftarkan diri untuk divaksin.moga lebih ramai orang mempunyai kesedaran untuk mengambil vaksin Covid19.jadilah kelompok majoriti yang telah divaksin supaya kita boleh menjaga sesuatu komuniti supaya bebas dijangkiti Covid19.


selepas selesai divaksin..syukur alhamdulillah






nadia bersama rakan sekerja selepas
 disuntik vaksin dos pertama





















Wednesday 26 May 2021

1 HARI DAPAT 5 BUNGKUSAN POS..SAKAN SHOPPING ONLINE


berhantu ooo Shopee atau Lazada...hari tu 1 hari sampai 5 parcels sampai di rumah nadia...sakan kan nadia shopping..kebetulan 5 barang serentak sampai kat rumah..memang sakan...zaman sekarang ni tambahan pula waktu pkp ramai orang lebih suka shopping online.tak perlu dah keluar ke kedai membeli barang.tengok juga jenis barang camna kan kita nak beli.

TIPS ONLINE SHOPPING

๐ŸŽ€ pastikan pilih barang yang sesuai mengikut harga yang munasabah

๐ŸŽ€  sentiasa memastikan anda membeli dengan trusted seller

๐ŸŽ€    lihat rating  dan komen setiap barang sebelum membuat pilihan untuk membeli

๐ŸŽ€    awasi pergerakan barang anda sama ada sudah dipos atau tidak dengan melihat tracking nombor parcel


๐ŸŽ€  perlu kontrol dan tidak terlalu mengikut nafsu apabila membuat belian dalam talian dan pastikan beli barang keperluan 

buatlah pilihan yang bijak..
berwaspada online shopping

Thursday 20 May 2021

SAHABAT



SAHABATKU SAYANG

Layaknya lilin di tengah gulita
menyiramkan cahaya dalam kegelapan
Seperti mentari di pagi buta
menghantarkan sinar kehangatan, mengusir kebekuan
Bagaikan bintang yang mewarnai malam
yang tak membiarkan rembulan mengangkasa tanpa teman
membawa keceriaan dan kesetiaan

Bersamamu…
Melalui hari-hari yang penuh liku
Bergenggaman erat menepis gundah dan nestapa
Berbagi kisah…
Tentang cita-cita namun bukanlah angan belaka
Tentang cinta yang membuncah namun tertahan di dalam jiwa
Tentang harapan yang hendak digapai di masa datang
Tentang kegagalan yang hampir meremukkan keyakinan

Sahabat…
Kita bersama dalam suka maupun duka
Saling mengingatkan di tengah canda
Aku berharap dan berdoa…
Kita kan terus melangkah bersama
Menggapai redha dan cinta-Nya
Meski jarak membentang di antara kita
Tak kubiarkan meluluhkan benang kasih yang telah tercipta

Sahabat…
Terima kasih untuk segalanya
Dan biarkanlah kisah kita terus terangkai
Kini, esok, hingga masa depan
Aku bangga dapati Dirimu seadanya
Kupikir, pantaslah dirimu kutemani
Aku bahagia, Sungguh ingin terurai Kata

Kaulah sahabatku…
Bila hari-harimu tertimpa Bahaya,
Kudoakan Kasih Bagimu
Bila hari-harimu dilanda duka,
Kudoakan Harapan Bagimu
Bila Hari-harimu Barlarut ceria,
Kudoakan Damai bagimu
Selama matahari masih terbit dan terbenam,
Selama panas dan hujan masih silih Berganti,
Selama bulan dan bintang dilangit masih bercahaya,

Akulah sahabatmu…
Biarpun kita tak mungkin bersama
Sendiri kan kurangkai karsa
Sendiri kan kususun cerita
Berjalan terus menggapai cita
Dalam satu asa dan doa
Bahagia menyertaimu selamanya.

---Distryadeanis




Sunday 16 May 2021

BEZA BUKU BIASA DAN KINDLE


gambar di atas merupakan beza kindle dan buku biasa.buku biasa lebih berat dan agak payah untuk kita usung merata tempat.kindle lebih fleksibel mudah dibawa ke merata tempat sebab saiznya kecil, ringan dan muat poket baju skrub.

kindle merupakan gajet untuk buku digital iaitu e-book reader.


di Malaysia, kindle boleh dibeli secara 
dalam talian online melalui Shopee.ni 
merupakan barang dari 
luar negara , jadinya harga sebuah kindle 
boleh tahan mahal juga.
tetapi walaupun mahal,ianya sangat berbaloi
 bagi kaki buku atau orang yang gemar membaca kerana  e-book yang dijual di pasaran boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah daripada sebuah buku fizikal.e-novel english ada juga yang dijual dengan harga tak sampai rm10.cuma rm 1 pun ada tau.cuma e-novel Bahasa Melayu sahaja dijual dalam harga belasan ringgit.e-novel pun boleh dibeli di Shopee.

jika kita membeli e-book melalui Shopee kita boleh memberi emel Kindle kita pada seller tersebut.
jadinya kita boleh syncronize semula dan buka di dalam kindle.seller biasanya akan hantar e-book melalui format pdf.

bila kita memiliki kindle, kita perlu membuat akaun Amazon.dari situ kita akan dapat akaun Kindle kita.
untuk pengetahuan anda, ada juga apps Kindle pada Playstore dalam handphone kita.jika kita download apps Kindle tersebut dalam handphone kita, kita boleh juga melanggan e-book.cuma bezanya bila kita membaca e-book melalui apps Kindle dalam handphone kita akan rasa sakit@ pedih mata disebabkan screen led.pencahayaan yang terang.kindle yang macam tab tu screennya macam kertas kerana adanya e-ink. 


sekarang ni, di pasaran ada pelbagai jenis kindle.terpulanglah untuk kita membeli jenis mana.ada juga kindle yang ada ads(iklan) dan no ads (tiada iklan).harganya sudah pasti berbeza.

sebenarnya, nadia bercerita pasal kindle ni sebab nak berkongsi dengan semua bahawa kindle merupakan antara salah satu e-book reader yang popular di dunia.saya nasihatkan jika hendak membeli kindle pastikan membeli dengan trusted seller dan barang memang dari amazon bukannya jenama dari China.bukan apa jika kita beli brand China dikhuatiri susah untuk membeli e-book nanti disebabkan masalah bahasa dan bukannya barang yang original dari Amazon.

ni merupakan antara barang wishlist nadia..nadia mengumpul duit onkoll untuk dapatkan kindle.masa nadia post pasal kindle ni, nadia sudah pun memesan dan membeli kindle..tetapi barangnya masih belum sampai.insyaallah nanti bila dah sampai, nadia akan review dan bercerita lebih banyak lagi mengenai manfaat memiliki kindle, cara penggunaannya dan sebagainya.sebenarnya terpulanglah pada kita untuk membeli dan memiliki kindle.jika ada duit lebih, apa salahnya kita membuat pelaburan sedikit membeli kindle.tepuk dada, tanya selera.


BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA,

JOM MEMBACA

#MALAYSIA MEMBACA❤










KELEBIHAN KINDLE


kindle merupakan buku digital elektronik atau dikenali dengan e-book reader.kindle kepunyaan nadia ni merupakan keluaran Amazon.nadia beli melalui Shopee.

banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan apabila memiliki kindle .antaranya ialah :

๐Ÿ’š sangat ringan dan memudahkan kita membawanya ke mana sahaja.tidak perlu mengusung banyak buku dalam satu-satu masa

๐Ÿ’› saiznya yang sebesar poket baju sahaja..lebih kurang besar poket baju skrub

๐Ÿ’š menggunakan teknologi E-ink.tidak sakit mata bila baca dalam keadaan yang lama sebab skrinnya yang tidak menggunakan pencahayaan LED dan seperti membaca pada sekeping kertas.warna hitam putih sahaja.

๐Ÿ’› mempunyai Build In Dictionary .ini memudahkan kita mencari maksud sesuatu perkatan dalam Bahasa English sekiranya kita tidak mengetahui maknanya.menambahkan kosa kata dalam English

๐Ÿ’š bateri kindle tahan lama.boleh menggunakan kindle sehingga 2 ke 3 minggu juga tanpa perlu mengecas setiap hari


BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA,

JOM MEMBACA

#MALAYSIA MEMBACA❤









Tuesday 11 May 2021

SALAM AIDILFITRI , SALAM RAYA PKP







esok, hari Rabu 12 Mei 2021 merupakan hari terakhir kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dah mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Khamis 13 mei 2021  bersamaan 1 Syawal 1442H.

malam ni merupakan malam terakhir kita menunaikan solat terawih untuk tahun ni.alhamdulillah nadia pun berpeluang menunaikan solat terawih walaupun solat sendiri sahaja di rumah.sempat juga solat terawih bila anak-anak dah tidur dan bila anak-anak tak meragam.syukur dapat juga buat solat sunat walaupun tak dapat solat berjemaah di surau/masjid.

tahun ni sekali lagi kita beraya dalam PKP 3.0 (Perintah Kawalan Pergerakan).tahun ni juga dah masuk 2 kali nadia beraya di Kulim sahaja.walaupun agak sedih dan syahdu tidak dapat beraya di kampung tetapi suasana raya kita kena hidupkan supaya anak-anak kita dapat berpeluang merasai suasana raya juga.

kita kena bersyukur dapat juga beraya walaupun masih dalam tempoh PKP jika dibandingkan dengan negara Palestin yang teruk diuji dengan ledakan bom dan tembakan daripada Israel.selain itu, frontliners seperti bomba, polis, rela, kakitangan kesihatan sibuk menguruskan apa yang patut untuk menghalang penularan Covid19.mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menabur bakti kepada masyarakat Malaysia.

kita cubalah menjadi rakyat yang patuh dan ikut seruan kerajaan supaya duduk beraya di rumah.ada kebaikan dan hikmah di sebaliknya tidak dapat merentas daerah dan negeri.Covid19 ni perlu dikawal supaya tidak terus menular ke seluruh negara kita.

akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SALAM LEBARAN
SALAM RAYA PKP


Wednesday 5 May 2021

GAMBAR SELFIE PENGUBAT RINDU KAMI SEKELUARGA๐Ÿ’–





sejak zaman Pkp adanya Covid19 ni. jarang kita dapat balik bercuti di kampung.bagi mengubat kerinduan kami sekeluarga sentiasa bervideo call bersama menggunakan aplikasi Whatsapp video call.gambar di atas adalah gambar selfie kami bertujuh..mak dan abah pun join sekali tau selfie.masing-masing berada di tempat yang berbeza.


bila bermulanya Pkp di Kulim dan Alor Setar dari 1.5.2021 hingga 14.5.2021 jadinya nadia tak dapat balik beraya la di rumah mak abah di Alor Setar la..huwaaa raya di Kulim lagi la tahun ni..tahun lepas pun dah beraya di sini.tu la disebabkan Covid19 ni kita dah tak dapat rasa beraya macam dulu dah..suasana raya dah jadi lain.kita terpaksa beraya di rumah sendiri dan tidak digalakkan berkumpul ramai-ramai dalam 1 rumah.

Pada mulanya selfie dikenali sebagai self-potrait dalam bahasa Inggeris dan kemudian disingkatkan kepada selfie.selfie dalam bahasa Melayu adalah berswafoto.

manfaat selfie

๐Ÿ’šmemberi keyakinan diri sendiri

๐Ÿ’›antara salah satu cara komunikasi zaman moden

๐Ÿ’šmengekspresi diri dalam mengabdikan foto yang menarik

๐Ÿ’›membuat promosi sesuatu barangan untuk tujuan menjual barang tersebut

FIRST TIME MEMILIKI TELEKUNG JENAMA SITI KHADIJAH



pertama kali dapat memiliki telekung jenama Siti Khadijah..ini merupakan pemberian daripada mak mertuaku,terima kasih mak.

pernah juga ada keinginan nak beli telekung ni,,katanya selesa dan sedap dipakai..walaupun harganya boleh tahan mahal juga tetapi rasanya berbaloi la kot.tak sangka dapat hadiah daripada mak mertuaku..syukur alhamdulillah dapat juga merasa pakai telekung ni.



Ciri-Ciri Telekung Berkualiti:

1. Mementingkan keselesaan khusus pada wajah dengan menggunakan fabrik terpilih dan reka bentuk sesuai
2. Fabrik yang tidak panas dan rasa nyaman ketika dipakai
3. Praktikal - Telekung mudah dipakai dan ditanggalkan
4. Boleh dipakai dalam tempoh masa yang lama.

Kesemua ciri-ciri ini amat dititik beratkan oleh Telekung Siti Khadijah.

Miliki Telekung Siti Khadijah hari ini juga! Dapatkan secara online di http://bit.ly/1bC9n0O

www.sitikhadijah.com - Lambang Cinta Abadi