Monday 21 June 2021

BERSABAR PAKAI PPE WALAUPUN BERMANDI PELUH


bergambar kenangan di mesin Dr mobile x-ray








pelbagai jenis PPE suits Nadia gayakan


sebagai seorang juru x-ray, nadia juga perlu melakukan x-ray pada pesakit suspected Covid19 (SARI) dan pesakit yang sudah positif Covid19.

sebelum melakukan x-ray pada pesakit Covid19, nadia perlu memakai Personal Protective Equipment (PPE) atau pakaian perlindungan diri untuk keselamatan dan perlindungan diri daripada terdedah kepada virus Covid19.

bila pakai PPE suits memang sangat panas dan berpeluh.walaupun bermandi peluh, kami tetap bersabar melakukan x-ray pada pesakit Covid19.selepas selesai melakukan kerja x-ray di wad Covid kami dikehendaki membersihkan diri iaitu mandi membersihkan diri dulu sebelum menyarung baju uniform kerja yang dipakai semasa datang bertugas.

apabila mandi, kami perlu memastikan membersihkan anggota badan dengan betul dan menggunakan sabun antibakteria seperti dettol,lifebouy, dan sebagainya.

pengalaman melakukan x-ray pada pesakit positif Covd19 merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga kerana pelbagai jenis dan ragam pesakit bila mereka bersedia di x-ray.ada pesakit yang boleh bangun duduk macam biasa ,ada yang terlantar tidur baring telentang kat katil seperti diintubated, tidur meniarap , dan sebagainya. 

pentingnya pemakaian PPE di kalangan frontliners.penggunaan PPE boleh melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti doktor, jururawat,anggota bomba, polis dan sebagainya. Initermasuklah;

1. Udara tercemar

2. Jangkitan virus

3. Jangkitan kulit

4. Luka akibat terdedah bahan kimia

5. Kejutan elektrik

6. Suhu melampau

7. Melindungi mata


nadia berharap kita yang masih sihat dan tidak pernah kena penyakit Covid19 lagi, marilah kita bersama-sama menjaga diri kita dengan menjaga SOP, mengamalkan penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar,dan banyak lagi..duduklah di rumah jika tidak ada keperluan untuk membeli barang.jagalah diri..

#kitajagakita

#kitabelummenang

#stayathome

#frontliners

Thursday 10 June 2021

BIAR MACAM BODOH - BODOH SIKIT TETAPI JANGAN JADI BODOH PULA

"BIAR MACAM BODOH-BODOH SIKIT"

Isu hangat semalam. Harap tak ketinggalan lagi. Lepas dengar video Prof. Muhaya, saya setuju. Bukan 100% setuju sebab berpegang kepada kata-kata hikmah "jodoh ditangan Tuhan". bukannya nak tunjuk kita tu bodoh tetapi pandai-pandailah kita tengok keadaan camna kan..lelaki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan lelaki.sama-sama saling memerlukan..give and take..

Kalau bodoh-bodoh sikit sekian lama tapi tak kahwin jugak, sebab Allah tak izinkan. Tetap tak kahwin. Kan?

❌ Bukan prof suruh jangan belajar tinggi
❌ Bukan prof tak bagi kerja bagus
❌ Bukan prof tak bagi ada gaji banyak

Cuma selepas kahwin nadia rasa kita perlu bodoh-bodoh sikit. 

Jangan semua benda kita nak buat sendiri tanpa bantuan pasangan.kita perlukan juga bantuan pasangan dalam menguruskan rumah tangga sebab kalau tidak kita perempuan dok buat sorang-sorang kerja rumah dan urusan anak-anak nanti pasangan kita akan mula tidak bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga.kita juga akan letih sorang-sorang.jika pasangan kita bantu dalam menguruskan kerja rumah jadi mereka akan ada tanggungjawab juga dalam menguruskan rumah bersama-sama.

Itulah. Praktiskan bodoh-bodoh sikit dalam rumah tangga. Suami rasa diperlukan, dia bertambah sayang sebab dia rasa dia serba boleh, dia paling hebat. Isteri perlu dibantu. Paling penting isteri tak penat 😝

Biar macam bodoh-bodoh sikit. Bukan setiap masa ye. Jarang-jarang. You know what you know.

Samalah sebelum kahwin, 

"Awak, saya takut nak isi minyak kereta"
"Awak, saya tak tahu kat mana nak beli laptop"
"Awak, macam mana nak jawab soalan kuadratik ni?"

Gitu la pikat boyfriend awak. Bukan suami orang. Biar dia rasa diperlukan 😌

nasihat orang tua yang mana elok tu ambik teladan..tak nak ambik dengar dan tidak suka cubalah dok diam-diam...pengalaman dia lebih dari kita..masih jauh lagi perjalanan hidup kita dalam menguruskan rumah tangga.prof M dah banyak pengalaman dan bagaikan seorang ibu yang menasihati anak-anak.😂 

 sebelum semua orang berkahwin, sila lah baca buku " Women from Venus and Men from Mars" by John Gray.

Kita perlu belajar and faham kan nature of women and men, sebelum kita berumah tangga atau yang sudah berumah tangga tetapi ada masalah memahami pasangan kadang-kadang dalam hati ada terdetik kenapa pasangan kita ni macam orang luar saja walaupun duduk serumah..padahal kita jahil tapi malas cari ilmu.

nadia rasa prof M is trying to explain the similar concept like what John Gary wrote in his book but in Mak-mak style....

aduh, Kenapa semua tiba-tiba nak jadi melatah ni bila dengar pasal video tu?

untuk prof M> takpa mereka dah kahwin and mereka encounter situation yang dimaksudkan, mereka paham la, or yang dah kahwin buat kesilapan sama then baru finally nak reflect, mereka akan paham...bukan ke kita belajar dari kesilapan..

**wise people learn from their mistakes, excellent people learn from other people's mistakes. You choose what you want. 🌷🌷


#MyTwoCents
"BIAR MACAM BODOH-BODOH SIKIT"













Saturday 5 June 2021

PESANAN UNTUK MEREKA YANG BELUM BERKAHWIN

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tak cukup"..
Moga Tuhan mudahkan perjalanan kepada sesiapa yang belum berkahwin dan bertemu jodoh dengan orang yang sekufu..

C&P
Whatsapp Group







alhamdulillah, nadia bertemu jodoh pada Mac 2014






Wednesday 2 June 2021

RUPANYA SUDAH 7 TAHUN BERKHIDMAT DI HOSPITAL KULIM..SATNYA MASA



pejam celik pejam celik rupanya dah masuk 7 tahun nadia bekerja di Hospital Kulim.antara tempat kerja yang paling lama nadia berkhidmat sejak mengandungkan anak pertama tahun 2014.sebelum ni tempat posting pertama nadia bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar..selepas tu bertukar ke hospital yang berdekatan dengan rumah mak abah iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

selepas berkahwin , nadia berPJJ dengan suami yang bekerja di Penang..selepas berbincang, nadia pun bertukar ke Hospital Kulim.suami nadia berulang alik dari Kulim ke Penang untuk ke tempat kerjanya.alhamdulillah rezeki kami masa anak pertama dah setahun lebih kami berjaya memiliki rumah sendiri di Kulim Hi Tech.rumah nadia sangat strategik berdekatan dengan tempat kerja dan kemudahan yang dekat
dengan balai polis, balai bomba, kedai makan, bank dan sebagainya.

pelbagai kenangan pahit dan manis dapat nadia lalui semasa bekerja di Hospital Kulim.banyak perkara baru yang nadia belajar di sini..belajar menguruskan masa bekerja, uruskan rumah tangga dan berusaha menjadi ibu yang penyayang kepada 3 orang buah hati nadia..semuanya hero iaitu Arsyad,Hakeem dan Harraz.

semasa bekerja di Hospital Kulim, ada juga rakan-rakan sekolah SAINA dulu adik junior dan senior yang turut sama bekerja di sini.nadia bekerja sebagai juru x-ray dan adik junior dan senior bekerja sebagai doktor.masing-masing dalam jabatan lain.ada juga kawan yang terlibat dalam bidang pengurusan pentadbiran hospital.

rakan sekerja di Jabatan Radiologi Hospital Kulim juga sangat baik dan kami sentiasa bekerjasama dalam pengurusan kerja.kami bekerja office hour sekiranya tidak ber on call..ada juga kami bekerja pagi, malam dan petang.on call 24 jam pun ada.setiap bulan kami sentiasa perlu mengikut jadual tugas yang telah disediakan oleh juru x-ray kanan..sekiranya ada perubahan dan tidak dapat bertugas on call pada hari berkenaan, kami perlu mencari pengganti untuk tugasan on call tersebut.

insyaallah, kalau nadia masih diperlukan lagi di hospital ni nadia akan terus menabur bakti kepada semua masyarakat di sini.mungkin akan bekerja di sini lama juga kot. sekiranya  jika nadia dinaikkan pangkat dan dapat berhijrah ke hospital lain yang berdekatan dengan rumah mungkin nadia akan berpindah juga..tengok keadaan macam mana dulu..

sayang juga dengan hospital kulim ni..dah la tempat kerja yang paling lama nadia bertugas.insyaallah nadia akan berusaha jadi juru x-ray yang sentiasa komited dengan tugas yang diberikan..yang terbaru, salah satu tugas kami di sini adalah memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit positif Covid19 di Pusat Kuarantin Kulim dan wad 3 Hospital Kulim, wad covid19.doakan kami semua diberi kekuatan untuk terus berkhidmat membantu kerajaan dalam menangani kes Covid19.