Wednesday 28 July 2021

LOGHAT KEDAH,,PERBANDINGAN DENGAN ENGLISH & BM

Loghat Kedah..Jom ambil tahu dan belajar menguasainya.!

English  : I don't know
BM         : Saya tidak tahu
Kedah.   : Taktau

English  : I dont want it
BM         : Saya tak mahu
Kedah.  : Takmau 

English.  : I don't care
BM          : Aku tak peduli
Kedah.   : Biaq pi

English. : Let's go
BM         : Ayuh, kita pergi sekarang
Kedah.  : Jom la

English  : Yes, i understand what you're talking about
BM.        : Ya, Saya faham apa maksud awak
Kedah.  : Haa

English  : I don't know what to do
BM.        : Saya Tak tahu nak buat apa.
Kedah.  : Penin!

English  : Can u repeat again?
BM.        : Boleh ulang sekali lagi.
Kedah.  : Padia?

English.  : You're very naughty
BM.         : Kamu ini nakal sangat
Kedah.    : Bueh sunggoh

English.  : Party is over 
BM.         : Majlis sudah pun selesai
Kedah.   : Habih dah

English.  : where are you going?
BM.         : Nak ke Mana?
Kedah.   : Pi na?

English  : Its up To You
BM.        : Terpulang lah kepada kamu
Kedah.   : Kot suka hang

English.  : i don't know what are you talking about
BM.         : Tak paham saya apa yang kamu cakap.
Kedah.   : Natang pa?

English.  : is that true?
BM.         : biar betul?
Kedah.   : Betoi ka?

English.   :This thing is out of my mind
BM           : Benda ni diluar pemikiran ku
Kedah.    : Ngarut

English   : i think i did the right thing.
BM.    : saya rasa betul dah tu.
Kedah.   : Saheh dah

English.  : you're so handsome
BM.         : Menawan sekali kamu
Kedah.   : Segak haih

Hanya orang KEDAH dan pasangan nya orang KEDAH ja paham. Kalau tak sama gu jenoh jugak la nak bagi paham.😆

Bukan kami tak boleh berbahasa Inggeris. boleh sahaja..cuma seronok bercakap dalam loghat  Kedah.orang kata lebih piaww.

Be happy. Jangan stress.😂

PKP tak habih lagi.......

Kami orang Kedah Tak KahaQ tapi KetegaQ






Friday 23 July 2021

MAINAN ANAK


mainan untuk anak-anakku


kanak-kanak memang suka bermain dengan mainan..imaginasi kanak-kanak berkembang bila bermain mainan yg menggembirakan mereka.kita pun dulu masa kecil suka bermain dengan mainan..pelbagai jenis mainan ada di pasaran.sebagai ibu bapa kita perlulah memilih mainan yang bersesuaian dengan anak2.


sekali sekala bila ada duit lebih, nadia akan reward anak-anak dengan mainan baru.sekurang-kurangnya dalam sebulan atau 2 bulan sekali nadia akan membeli mainan baru dan menghadiahkan kepada mereka bertiga.

bila dah dapat mainan baru, anak2 sangat seronok dan menunjukkan riak gembira dapat bermain dengan mainan baru pula.biarlah mainan tak mahal mana pun tetapi bila adanya mainan baru dapat memberi mereka kelainan dengan jenis mainan yang lain pula.

sebagai ibu bapa janganlah terlalu berkira duit ringgit untuk membeli mainan anak2..belilah mainan ikut kemampuan diri kita.sekali sekala reward anak-anak dengan mainan baru apa salahnya kan.ornag kata berkongsilah rezeki dengan anak-anak.moga kita mendapat ganjaran pahala mengembirakan anak-anak dengan mainan baru..





Wednesday 21 July 2021

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU



anak ketiga nadia telah masuk usia setahun masa 8.7.2021 yang lepas.alhamdulillah, Muhammad Harraz sihat walafiat dan sentiasa aktif.

anak ini merupakan amanah Allah yang Nadia tak sangka.nadia telah mengandung tanpa mengetahuinya.lagipun takdak apa2 simptom yng menunjukkan nadia telh mengandung.sebagai seorang juru x-ray nadia telah buat x-ray di dewan bedah seperti biasa.ikutkan kalau dah mengandung juru x-ray perempuan tidak boleh bekerja di dewan bedah lagi kerana sinar radiasi di dewan bedah adalah sangat tinggi apabila menggunakan mesin x-ray C - arm.

Apabila dah check Upt dan hasilnya positif , nadia bersyukur sangat anak yang dikandung berada dalam keadaan elok dan tidak apa-apa yang berlaku.Harraz dilahirkan cukup sempurna.rezeki nadia dapat tambah zuriat lagi selepas 2 tahun melahirkan anak kedua, Hakeem.

harraz merupakan anak yang baik .walaupun kadang-kadang agak manja dan merap tetapi apabila dah bagi minum susu dan  makanan insyaallah dia tidak akan meragam dah.asalkan bagi dia rasa kenyang.walaupun harraz lambat berjalan daripada abang2 dia tetapi dia berusaha berjalan sambil meniti sambil pegang kat sofa.

nadia doakan agar semua anak nadia menjadi anak soleh dan anak yang baik.moga Harraz dapat menjadi adik yang penyayang terhadap abang Arsyad dan Hakeem

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA ANAKKU HARRAZ💓




KOMPILASI GAMBAR HARRAZ DARI KECIL HINGGA SEKARANG

SALAM AIDILADHA 1442H


permata hatiku.3 orang anakku


selamat hari raya haji.
selamat hari raya korban.
salam raya Pkp.

kali ni kita semua masih lagi beraya di rumah masing-masing .tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri lagi.semuanya gara-gara penyakit Covid19 yang masih menjangkiti rakyat Malaysia.

sebenarnya nadia kesiankan anak-anak kita yang tidak dapat merasai suasana beraya seperti zaman kita dahulu..sejak adanya Covid19, beraya pun di dalam rumah sahaja..tiada aktiviti ziarah menziarahi..sehinggakan anak-anak takut bersua muka dengan orang yang tak dikenali dan tidak biasa dikunjungi tetamu yang datang bertandang di rumah..

aktiviti menyembelih lembu korban pun telah dilakukan di tempat tertentu dan tertutup mengikut SOP yang ditetapkan.anak-anak tidak dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana suasana dan keadaan korban dilakukan.sayang sungguh mereka tidak berpeluang melihat ibadah korban.

nadia berharap moga tahun-tahun depan kita berpeluang meraikan raya aidiladha seperti masa sebelum adanya Covid19.rindu sungguh dengan keluarga di kampung..dah lama tak jumpa.

JAGA DIRI
KITA JAGA KITA

Wednesday 14 July 2021

REZEKI ANAK


Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya.rezeki ada dalam pelbagai bentuk dan keadaan.rezeki dikurniakan wang yang banyak, rezeki dapat kesihatan yang baik, rezeki dikurniakan anak, rezeki dapat naik pangkat, dan pelbagai lagi bentuk rezeki.

kita perlu sentiasa mensyukuri nikmat rezeki yang telah Allah berikan.bagi pasangan suami isteri yang telah berumah tangga semestinya mahu memiliki cahaya mata sendiri.rezeki anak merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kita.alhamdulillah , selepas 7 tahun berkahwin nadia telah dikurniakan rezeki 3 orang anak lelaki.ni adalah nikmat yang sangat berharga buat nadia dan suami.

walaupun belum memiliki anak perempuan tetapi takpa nadia dah cukup  bersyukur telah dikurniakan cahaya mata sendiri.alhamdulillah nadia berpeluang melahirkan anak-anak secara normal walaupun semasa proses bersalin ada mengalami sedikit komplikasi..tetapi alhamdulillah anak-anak lahir cukup sempurna dan sihat tubuh badan.

nadia berharap dan berdoa kepada rakan-rakan yang belum lagi memiliki zuriat sendiri akan berusaha dan sentiasa berdoa agar anda juga akan dapat anak sendiri. walaupun mungkin ambil masa yang lama tetapi jika kita sentiasa berikhtiar insyaallah doa untuk memiliki anak akan termakbul juga.sekarang ni pun ada banyak cara untuk mendapatkan anak seperti IVF.

rezeki anak merupakan anugarah yang sangat bernilai.sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik dan menjaga amanah Allah ini supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.




alhamdulillah , nadia berpeluang memiliki 3 orang anak lelaki.amanah Allah yang sangat bernilai buat nadia dan suami

Sunday 11 July 2021

CACTUS DANCE TOY



inilah mainan terbaru yang Nadia beli kat Shopee..terpengaruh tengok orang dok share pasal  mainan ni  kat TikTok.

cactus dance toy ni merupakan mainan yang boleh menari dan mengajuk cakap kita apabila kita bercakap.ada juga beberapa lagu muzik yang telah dirakam dan boleh dengar apabila button ditekan.

anak-anak nadia cukup seronok apabila bermain dengan cactus ni kerana apabila mereka bercakap cactus ni akan ikut apa yang mereka cakap.macam comel jer..

tetapi, baru-baru ni ada viral video kat TikTok apabila seorang pembeli berdepan dengan situsi menyeramkan apabila cactus bercakap dan menyanyi walaupun bateri pada cactus telah dibuka dan dibuang.seramnya kan...cactus tu boleh berfungsi apabila adanya bateri .tetapi bila jadi kejadian macam yang pembeli tersebut rasa menakutkan juga.setakat ni, tak pernah la terjadi kat nadia lagi.harap takkan berlaku la kat rumah ni...mohon dijauhkan la..

Saturday 10 July 2021

BARU MEMILIKI WIRELESS HEADPHONE


wireless headphone



bulan lepas, nadia ada order wireless headphone kat Shopee..nadia order jenis biasa warna biru tanpa ada macam tanduk tu..tetapi, nasib tak menyebelahiku kerana dapat jenis lain yang macam dalam gambar di atas.

headphone ni boleh connect kat handphone,tablet atau laptop melalui connection Bluetooth,kita perlu pair dengan benda yang kita nak dengar.headphone kelihatan menarik sebabnya ada lampu-lampu LED bila keluarnya muzik atau suara.berwarna -warni lampunya.

bila nak guna sambungan wayar pun boleh,,ada juga disediakan sekali.kiranya macam 2 in 1 la..beli wireless headphone boleh guna melalui Bluetooth atau sambungan wayar.sangat berbaloi tau.

anak-anak nadia teruja bila tengok ada lampu yang bercahaya.nadia pun suka juga tengok.hehehehe..benda baru nak cuba pakai, orang lain dah lama guna dah.harganya tak sampai pun Rm40.kawan-kawan dah pernah beli dan cuba ka?

antara kelebihan wireless headphone :-

❤hands-free - mudah buat sesuatu kerja.sambil driving  pun boleh dengar lagu melalui sambungan Bluetooth pada handphone.

❤memberi keselesaan - tak perlu sambungan  wayar bila dah boleh direct connect guna Bluetooth

❤memberi fokus yang tinggi - dapat fokus mendengar dengar aman dan teliti