Thursday 16 December 2021

BEG KEGEMARAN



beg tote ni agak besar dan boleh letak barang banyak..beg tote ni nadia order kat penjual online di Facebook..nadia selalu guna beg ni untuk letakkan  buku yang dipinjam di Perpustakaan Awam Kulim.

beg tote ni merupakan beg kegemaran dan kesayangan nadia.macam-macam barang nadia pernah letak dalam beg tote ni.besar dan mudah untuk dipegang atau dijinjing.

beg tote ni saja nadia tempah dengan meletak nama sendiri.kena pula tulisan nama dan kartun muslimah yang comel.rasa cute ja beg ni..hek eleh puji beg sendiri pula..

dulu masa tahun lepas 2020 jadi trend penjual menjual beg tote yang boleh ditempah letak nama dan gambar pun ada.ikut pilihan masing-masing untuk beli jenis beg tote jenis mana..beg tote ada pelbagai saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.terpulanglah kepada kita untuk pilih yang mana satu.


Sunday 5 December 2021

APPS ZEPETO


my Zepeto is LadyNeddy

adakah anda pernah dengar Zepeto..
Zepeto merupakan suatu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat kartun Avatar sendiri.kartun tersebut boleh dipelbagaikan mengikut gaya fesyen,pakaian,mekap,gaya rambut,dan sebagainya.

kartun dari apps Zepeto Nadia adalah seperti di atas .nadia namakan sebagai LadyNeddy.nadia ada kongsikan video Zepeto nadia di akaun TikTok yang bernama @nadnur8.bolehla sesiapa nak follow nadia di akaun TikTok tersebut.taklah ada banyak video lagi sebab baru ja berjinak-jinak dengan apps Zepeto ni.

menarik juga tengok kartun dari apps Zepeto ni..ada yang jenis kartun muslimah dan ada yang tak bertudung juga..ikutlah suka kita nak create avatar yang mana.kartun pun nampak cute dan comel-comel saja.

Saturday 27 November 2021

MY FAVOURITE PEN



pen kesukaan nadia bila guna untuk menulis adalah pen jenama Faber Castell jenis rx gel mata 0.7.seronok bila guna untuk menulis..rasa smooth saja dan lancar menulis.

walaupun nadia bekerja taklah memerlukan buku dan pen tetapi nadia suka juga mengumpul buku nota dan pen apabila berada di rumah menulis catatan mengenai belanja harian,bulanan,bajet tahunan,menulis mengenai pinjaman buku dan sebagainya.kat tempat kerja di hospital kami memerlukan komputer dan mengendalikan mesin x-ray, mobile x-ray, ct scan . mesin mammogram dan sebagainya.jarang menggunakan pen.guna juga pen tetapi apabila untuk mencatat sesuatu .taklah perlu menyediakan kelengkapan  alat tulis sendiri seperti orang yang bekerja di pejabat.

kebaikan menulis menggunakan pen :

📌melatih diri supaya lebih yakin menulis sesuatu tanpa perlu dipadam secara kerap

📌menjadikan tulisan kelihatan lebih kemas , tersusun dan sentiasa kekal.

📌sukar dipadam kecuali penggunaan cecair pemadam(liqiuid paper)

📌 perkembangan minda supaya lebih teliti apabila menulis menggunakan pen




Thursday 25 November 2021

KOMRAD BUKU PENERBIT BUKU TERBAIK UNTUK BACAAN UMUM


buku terbitan Komrad Buku






baru-baru ni nadia pergi berkunjung di Perpustakaan Awam Kulim.dulu masa lepas Pkp nak pergi masuk ke Perpustakaan perlu buat appointment terlebih dahulu jika nak masuk..tetapi sejak bulan 11 ni tak perlu dah buat appointment boleh terus walk in sahaja.syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan .


banyak buku baru terdapat di Perpustakaan Awam Kulim ni.nadia telah pinjam buku dari penerbit Komrad Buku.Komrad Buku merupakan penerbit buku untuk bacaan umum.judul buku daripada penerbit ni banyak berkaitan dengan dunia kehidupan masyarakat di Malaysia. 

buku-buku dari Komrad Buku sangat berkualiti dan mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.judul buku yang menarik juga membuatkan nadia rasa nak baca apa yang terkandung dalam setiap buku.sedikit sebanyak cerita yang disampaikan adakalanya merupakan pengalaman sebenar oleh penulis.kita dapat mengambil ikibar dan pedoman mengenai apa yang disampaikan.

Wednesday 10 November 2021

BILA AKU SEMAKIN TUA BERTAMBAH USIA

Aku mula sedar aku dah semakin tua.. 

1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga. 

2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.

3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.

4. Dia malas layan drama. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.

5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana. 

6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya. 

7. Dia banyak bersendiri. 'Me time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri atau bersama family. 

8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.

9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana. 

10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar...'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'. 

11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa. 

12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.

#copypaste dari : Siti Suryani
#peringatanbuatdiriku
#masihbelumterlambat




MENGIKUT URUTAN DO TO DOT DAPAT MERANGSANG MINDA


Arsyad tekun mengikut dot to dot mengikut susunan nombor




anda pernah tengok dan buat buku dot to dot..apa maksud dot to dot? ianya bermaksud melakar mengikut susunan titik-titik nombor menjadi sebuah lukisan seperti tumbuhan,bangunan,binatang,dan sebagainya.

sebenarnya seronok buat dot to dot ni.

ianya memberi manfaat seperti :

💗merangsang minda mengenai susunan nombor-nombor seterusnya

💗melatih diri bersabar mengikut dan mencari nombor

💗dapat memberi kepekaan kepada kanak-kanak mengenai latihan mengenal nombor

💗dapat belajar berusaha menghabiskan lakaran dot to dot iaitu titik-titik nombor sehingga terjadinya sebuah lukisan lakaran sesuatu benda

nadia ada juga beli buku dot to dot untuk anak nadia..dot to dot sambungan nombor tersebut sesuai dengan usia anak Nadia yang masih bersekolah tadika.kalau untuk peringkat dewasa, kita boleh saja beli buku yang sambungan dot to dot yang angkanya sehingga mencecah ke angka ribu.tengoklah keupayaan masing-masing kan.

Thursday 28 October 2021

MISI SOLAT 5 WAKTU



komik Misi Solat 5 Waktu merupakan bahan bacaan yang baik dan bagus untuk bacaan kanak-kanak.kanak boleh belajar menunaikan solat melalui ilmu yang diajar dalam komik tersebut.harga komik ni taklah mahal pun..harganya tak sampai pun rm10..dalam rm4.50 sahaja.

komik ni yang dilengkapi dengan ilustrasi kartun dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar menunaikan solat.komik ni memberi ilmu mengenai solat dan bacaan dalam solat.

anak Nadia iaitu Arsyad dan Hakeem sangat teruja bila melihat kartun dalam komik tersebut.komik dapat memberi semangat kepada anak yang kecil dalam usaha mempelajari apa itu solat.memberi gambaran apa yang perlu dilakukan semasa menunaikan solat..

nadia beli komik ini kat Hasani Bookstore kat Kulim Central.
anda yang mempunyai anak yang masih kecil bolehlah menerapkan nilai-nilai positif kepada mereka dengan memberi galakan membaca komik..walaupun hanyalah komik sahaja, tetapi ianya memberi impak positif kepada anak-anak supaya rajin menunaikan solat.belajar apa yang patut semasa bersolat.

nadia doakan agar anak-anak kita semua rajin bersolat dan tidak akan meninggalkan solat 5 waktu.solat merupakan tiang agama Islam.solat merupakan salah satu Rukun Islam yang perlu kita ikuti.





Monday 4 October 2021

SEKALI SEKALA WANITA BERKAHWIN PERLUKAN ME TIME



me time merupakan masa bersendirian yang diperlukan oleh seseorang untuk merehatkan diri daripada kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga seharian.

bagi wanita yang sudah berkahwin semestinya me time amat diperlukan untuk merehatkan diri dengan kesibukan menguruskan rumah tangga , suami dan anak-anak.para suami perlu faham kehendak isteri mereka seperti memberi keizinan kepada isteri mereka keluar membeli belah atau bercuti dengan rakan perempuannya.

setiap hari, nadia me time di rumah bila suami dan anak-anak dah masuk tido waktu malam.masa bersendirian tu la nadia buat aktiviti berfaedah seorang diri seperti menonton filem menarik kat Netflix.membaca buku motivasi sambil minum kopi kegemaran,melayari internet dengan singgah berbalas komen dengan rakan blogger dan banyak lagi.sebenarnya banyak ja boleh dibuat apabila mereka dah masuk tido,tiada gangguan dan bebas melakukan benda yang kita nak buat.bila ada masa terluang begitu memang nadia akan manfaatkan sepenuhnya me time tersebut.

manfaat me time :

💗memberi peluang kita berehat dengan melakukan aktiviti tanpa gangguan

💗dapat bermuhasabah diri menghargai masa bersendirian

💗dapat belajar menghargai masa terluang

💗dapat memanfaatkan masa melakukan aktiviti yang ingin kita lakukan

Friday 1 October 2021

ULAM AWET MUDA




Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.

Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara.

Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terang juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat.

dulu, nadia tak pandai sangat makan ulam.emak nadia memang suka makan ulam.bila tengok emak nadia makan dengan penuh berselera dan nampak macam sedap, nadia pun cubalah makan ulam cicah dengan sambal belacan beserta nasi putih.bila dah makan tu, rasa sedap juga makan sayur mentah ni.

antara ulam - ulaman yang nadia suka makan adalah seperti :

💗 ulam pegaga

💗 timun

💗 bendi yang dicelur

💗 ulam raja

Mungkin, bagi sesetengah ahli masyarakat, pengambilan ulam-ulaman dan pencicahnya dilihat sebagai kolot dan ketinggalan zaman. pencicah selalunya orang Melayu suka makan  adalah sambal belacan .Pencicah seperti cincalok, budu, sambal belacan dan tempoyak semuanya dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang membantu sistem penghadaman badan.

Sementara pemakanan salad yang dipopularkan kulinari barat kelihatan lebih hipster dan moden.Hidangan salad walaupun sihat, kadangkala ditambah sos dressing komersial siap yang penuh pengawet. Kebanyakan dressing salad dalam botol siap adalah tinggi dengan lemak tepu, garam dan gula tambahan.

Sedangkan ulam-ulaman bukan sahaja lebih segar kerana hasil tempatan, bahkan kebanyakan pencicahnya kaya dengan probiotik.

antara manfaat amalan memakan ulam adalah :

🍁menjadikan kita awet muda

🍁memberi penyembuhan luka

🍁merawat penyakit jantung dan kencing manis

🍁memberi kesan positif kepada gula dalam darah dan selera makan

🍁memberi ransangan tenaga 

Saturday 11 September 2021

SEKALI SEKALA KUMPUL KOLEKSI KARTUN FROZEN


FAIL KARTUN FROZEN
KOTAK PENSEL KARTUN FROZEN
PATUNG MAINAN FROZEN ELSA & ANNA(DOLL)


corak dan kartun dari filem Frozen dah banyak di pasaran negara kita..pelbagai jenis barang dibuat untuk kartun Anna dan Elsa .Frozen  ni merupakan salah satu filem animasi muzikal yang dibuat daripada Walt Disney Studios pada tahun 2013.

Filem Frozen ini mengisahkan seorang puteri yang berani dalam sebuah perjalanan epik bersama-sama seorang lelaki gunung yang lasak, rusa peliharaan yang setia dan orang salji untuk mencari kakaknya yang mempunyai kuasa ais yang menyebabkan kerajaannya berada dalam keadaan musim sejuk abadi.


nadia saja suka-suka kumpul koleksi barang daripada kartun Frozen..walaupun nampak macam  kebudak -budakan  tetapi nak buat camna memang nadia suka tengok kaartun yang comel-comel.biarlah apa orang nak kata yang penting kita bahagia memiliki koleksi kartun Frozen.

Friday 27 August 2021

SHOPPING BUKU BARU SECARA ATAS TALIAN MELALUI BIG BAD WOLF(BBW)


buku -buku yang nadia beli secara online 


di zaman pandemik ni, agak sukar untuk membeli buku di kedai buku seperti biasa.memandangkan kes Covid19 yang semakin meningkat naik msing-masing membeli secara atas talian sahaja..banyak kedai buku yang menjual secara online seperti Hasani Bookstore, Popular, Kinokuniya, dan banyak lagi.

Big Bad Wolf (BBW) merupakan antara pesta buku terbesar yang sering diadakan di seluruh Malaysia sebelum zaman Covid19 lagi.sekarang ni, walaupun telah lama tidak berlangung BBW tetapi pembeli boleh membeli secara atas talian melalui laman webnya.

nadia pun tak terkecuali turut sama membeli buku secara online..ada yang dapat harga diskaun yang sangat murah dan berbaloi.buku yang dari luar negara boleh dapat diskaun sehingga 90%.nadia pun borong segala buku dot to dot banyak skit.dah harganya sangat murah rugi kalau tak beli.

setiap bulan Big Bad Wolf (BBW) akan membuat sale@potongan harga.pilihlah buku yang kita berkenan dan nak beli.buatlah pilihan yang bijak memilih buku yang ada banyak potongan harga.buku yang mahal dapat dibeli dengan harga murah.ini memberi kelebihan dan manfaat kepada pembeli.

sesiapa yang pencinta buku memang akan membeli buku juga sekali sekala kalau ada duit.beli buku sendiri rasa lebih puas kerana kita berjaya memiliki sendiri buku tersebut dan boleh berulangkali baca.tak rugi membelanjakan duit membeli buku yang berfaedah dan berguna untuk kita.







buku-buku hasil shopping di BBW

Tuesday 10 August 2021

SAYANGILAH DAN HARGAILAH PASANGAN KITA



ramai ibu mengandung di seluruh dunia yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid19.seluruh Malaysia terkesan dengan berita ni iaitu  tanggal 9.8.2021 penyanyi terkenal Malaysia iaitu Siti Sarah Raisuddin telah meninggal dunia akibat penyakit Covid19 setelah melahirkan anak keempatnya secara pembedahan.moga syurga buatmu dan mati syahid.mati syahid akibat wabak dan mati selepas bertarung nyawa melahirkan anak.Allahu Akbar sungguh besar pengorbananmu dan ini merupakan dugaan besar buat suaminya Shuib Sepahtu yang juga merupakan pelawak terkenal juga.

ibu mengandung sangat 'fragile' apabila terkena Covid19.mereka adalah golongan berisiko tinggi dan kebanyakannya akan terkorban.hilangnya bidadari untuk seorang suami,hilangnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak dan hilanglah segala seri dalam rumahtangga.

seperti mana yang kita telah ketahui Shuib Sepahtu dan Siti Sarah merupakan pasangan yang sangat bahagia.banyak video yang memaparkan kemesraan pasangan sejoli ini.Sarah menerima Shuib dengan sepenuh hati di kala Shuib tidak ada apa-apa.mereka bersama-sama susah dan senang dan melakukan bisnes seperti produk madu air Bubblebee,dobi AquaNano, tudung dan baju rekaan Siti Sarah.

Shuib dan Siti Sarah adalah bukti :

'kesetiaan wanita diuji ketika lelaki tidak mempunyai apa-apa & kesetiaan seorang lelaki diuji ketika mmempunyai segala-galanya.'

kita boleh mencontohi pasangan ini yang sentiasa redha dan menerima kekurangan pasangan..
jadi, hargailah dan sayangilah pasangan kita sepenuh hati.sesungguhnya pasangan kita hanyalah pinjaman sahaja.selalulah rakam gambar dan video momen-momen indah bersama pasangan kita supaya bila pasangan kita telah tiada ada juga kenangan tercipta di antara kita.memori tercipta dapat diabadikan untuk kenangan abadi.


Nukilan puisi buat sang suami sekalian :

Jaga Isteri ..
Memang Susah . 
.
Memang Penat . 
.
Memang Rasa Rimas . 
.
Suka Membebel . 
Suka Marah-Marah . 
Suka Merajuk . 
.
Tapi , 
Ketahuilah ..
.
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu . 
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu . 
.
Dan , 
.
Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu . 
.
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu . 
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu . 
.
Dan , 
.
Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu . 
.
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu . 
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu .
.
Dan Nasihatku ..
' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu ' 🙂 
.
Kerana , 
Kamu Akan Mengerti ..
.
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu .. 
.
Ketika Kamu Kehilangannya .
Dan Ketahuilah .
.
Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
.
Ramai yang lupa pesan Rasulullah: 
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (isterinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (isteriku).”
C&P






Sunday 8 August 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KELUARGA (PKPK)

_*PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KELUARGA - PKPK*_

_*Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah*

*Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:*

1. Parasetamol.
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur.
3. Vitamin C dan D3.
4. B kompleks.
5. Wap + kapsul untuk wap.
6. Oksimeter.
7. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja).
8. Latihan Bernafas.


*Covid Tiga Peringkat*

1. *Covid hanya di hidung* - masa pemulihan adalah setengah hari.  Menghirup wap yg ada cengkih, dn ambil vitamin C. 
Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik.

2. *Covid di tekak* - sakit tekak, masa pemulihan 1 hari
Berkumur air panas campur garam, air suam untuk diminum, makan Vitamin C dan Bcomplex. Jika suhu badan panas, ambil parasetamol

3. *Covid pada paru-paru* - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari. Makan vitamin C, BComplex, kumur air panas campur garam, oksimeter, parasetamol, silinder oksigen jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

*Tahap ketika hendak ke hospital:*
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya 43 dan ke bawah (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen. 

*Tetap sihat, Tetap Selamat!*

Sila *kongsikan* kepada semua senarai keluarga dan kenalan anda. Anda tidak pernah tahu siapa yang anda akan bantu.





Nasihat dari hospital, *pengasingan kita boleh lakukan di rumah.*

Ubat yang diambil di hospital ketika pengasingan.
*1. Vitamin C-1000.*
*2. Vitamin E (E).*
*3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.*
*4. Makan telur sesekali.*
*5. Berehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.*
*6. Minum 1.5 liter air setiap hari.*
*7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).*

Itulah yang dilakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?
  
1. Tekak gatal
2. Kerongkong kering
3. Batuk kering
4. Suhu tinggi.
5. Sesak nafas.
6. Kehilangan bau.

Lemon dengan air suam boleh menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru.

*Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Sampaikannya kepada semua keluarga dan rakan anda.

_*REPOST | KONGSI SEMULA*_

_*#PerangMelawanCovid19*_
_*#KitaJagaKita*_
_*#KitaAmbilPeduli*_














SURAH AL KAHFI

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah Syukur..
Salam Rahmat Allah..
Salam Jumaat Berkat..

💚💖🌻🌹🌻💖💚
*Surah Kahfi dan Fitnah Dunia*

1. Dalam zaman yang penuh dengan tipudaya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran dari Surah al-Khafi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.

2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini adalah menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka. 

3. Kisah kedua pula adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah.

5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.

6. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.

7. Menariknya dipenghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

8. Ia adalah pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara. 

Semoga Allah membimbing kita.

*Jumaat📖Al-Kahfi*

Marilah kita Muhasabah Diri,Dakwah Hati dan Teruskan Berselawat..
#SUBHANALLAH
#MAHASUCIALLAH
#AMAL&SAMPAIKAN


Wednesday 28 July 2021

LOGHAT KEDAH,,PERBANDINGAN DENGAN ENGLISH & BM

Loghat Kedah..Jom ambil tahu dan belajar menguasainya.!

English  : I don't know
BM         : Saya tidak tahu
Kedah.   : Taktau

English  : I dont want it
BM         : Saya tak mahu
Kedah.  : Takmau 

English.  : I don't care
BM          : Aku tak peduli
Kedah.   : Biaq pi

English. : Let's go
BM         : Ayuh, kita pergi sekarang
Kedah.  : Jom la

English  : Yes, i understand what you're talking about
BM.        : Ya, Saya faham apa maksud awak
Kedah.  : Haa

English  : I don't know what to do
BM.        : Saya Tak tahu nak buat apa.
Kedah.  : Penin!

English  : Can u repeat again?
BM.        : Boleh ulang sekali lagi.
Kedah.  : Padia?

English.  : You're very naughty
BM.         : Kamu ini nakal sangat
Kedah.    : Bueh sunggoh

English.  : Party is over 
BM.         : Majlis sudah pun selesai
Kedah.   : Habih dah

English.  : where are you going?
BM.         : Nak ke Mana?
Kedah.   : Pi na?

English  : Its up To You
BM.        : Terpulang lah kepada kamu
Kedah.   : Kot suka hang

English.  : i don't know what are you talking about
BM.         : Tak paham saya apa yang kamu cakap.
Kedah.   : Natang pa?

English.  : is that true?
BM.         : biar betul?
Kedah.   : Betoi ka?

English.   :This thing is out of my mind
BM           : Benda ni diluar pemikiran ku
Kedah.    : Ngarut

English   : i think i did the right thing.
BM.    : saya rasa betul dah tu.
Kedah.   : Saheh dah

English.  : you're so handsome
BM.         : Menawan sekali kamu
Kedah.   : Segak haih

Hanya orang KEDAH dan pasangan nya orang KEDAH ja paham. Kalau tak sama gu jenoh jugak la nak bagi paham.😆

Bukan kami tak boleh berbahasa Inggeris. boleh sahaja..cuma seronok bercakap dalam loghat  Kedah.orang kata lebih piaww.

Be happy. Jangan stress.😂

PKP tak habih lagi.......

Kami orang Kedah Tak KahaQ tapi KetegaQ






Friday 23 July 2021

MAINAN ANAK


mainan untuk anak-anakku


kanak-kanak memang suka bermain dengan mainan..imaginasi kanak-kanak berkembang bila bermain mainan yg menggembirakan mereka.kita pun dulu masa kecil suka bermain dengan mainan..pelbagai jenis mainan ada di pasaran.sebagai ibu bapa kita perlulah memilih mainan yang bersesuaian dengan anak2.


sekali sekala bila ada duit lebih, nadia akan reward anak-anak dengan mainan baru.sekurang-kurangnya dalam sebulan atau 2 bulan sekali nadia akan membeli mainan baru dan menghadiahkan kepada mereka bertiga.

bila dah dapat mainan baru, anak2 sangat seronok dan menunjukkan riak gembira dapat bermain dengan mainan baru pula.biarlah mainan tak mahal mana pun tetapi bila adanya mainan baru dapat memberi mereka kelainan dengan jenis mainan yang lain pula.

sebagai ibu bapa janganlah terlalu berkira duit ringgit untuk membeli mainan anak2..belilah mainan ikut kemampuan diri kita.sekali sekala reward anak-anak dengan mainan baru apa salahnya kan.ornag kata berkongsilah rezeki dengan anak-anak.moga kita mendapat ganjaran pahala mengembirakan anak-anak dengan mainan baru..





Wednesday 21 July 2021

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU



anak ketiga nadia telah masuk usia setahun masa 8.7.2021 yang lepas.alhamdulillah, Muhammad Harraz sihat walafiat dan sentiasa aktif.

anak ini merupakan amanah Allah yang Nadia tak sangka.nadia telah mengandung tanpa mengetahuinya.lagipun takdak apa2 simptom yng menunjukkan nadia telh mengandung.sebagai seorang juru x-ray nadia telah buat x-ray di dewan bedah seperti biasa.ikutkan kalau dah mengandung juru x-ray perempuan tidak boleh bekerja di dewan bedah lagi kerana sinar radiasi di dewan bedah adalah sangat tinggi apabila menggunakan mesin x-ray C - arm.

Apabila dah check Upt dan hasilnya positif , nadia bersyukur sangat anak yang dikandung berada dalam keadaan elok dan tidak apa-apa yang berlaku.Harraz dilahirkan cukup sempurna.rezeki nadia dapat tambah zuriat lagi selepas 2 tahun melahirkan anak kedua, Hakeem.

harraz merupakan anak yang baik .walaupun kadang-kadang agak manja dan merap tetapi apabila dah bagi minum susu dan  makanan insyaallah dia tidak akan meragam dah.asalkan bagi dia rasa kenyang.walaupun harraz lambat berjalan daripada abang2 dia tetapi dia berusaha berjalan sambil meniti sambil pegang kat sofa.

nadia doakan agar semua anak nadia menjadi anak soleh dan anak yang baik.moga Harraz dapat menjadi adik yang penyayang terhadap abang Arsyad dan Hakeem

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA ANAKKU HARRAZ💓




KOMPILASI GAMBAR HARRAZ DARI KECIL HINGGA SEKARANG