Saturday 29 January 2022

BAJU TURUN TEMURUN


3 orang anak Nadia memakai baju yang sama




baju singlet Spiderman ni dah lama  nadia beli sejak tahun 2015 masa si abang Arsyad masih kecil lagi.lepas tu si abang Hakeem pula pakai baju yang sama..akhirnya adik Harraz pun dapat pakai baju ni juga..

haa kan dah jadi baju warisan @ turun-temurun..baju ni masih elok dipakai .tu la nadia masih bagi si adik yang kecil ni pakai..sekarang dah tahun 2022 maksudnya dah 7 tahun usia baju ni.dah agak lama baju ni masih bertahan. jadinya baju ni dah jadi lusuh skit la.almaklumlah dah sampai kepada anak ke 3 pun masih boleh pakai.


Wednesday 26 January 2022

DART MAGNET


Dart Magnet




baru-baru ni nadia beli mainan dart magnet kat Shopee..

seronok main dart ni kena fokus pada target untuk mengenai sasaran.bukan mudah untuk berada pada titik tengah tu jika kita baling dart tanpa fokus betul-betul.

ruang hitam dan putih - markahnya ikut nombor ruang tersebut
lingkaran pertama/besar - markahnya di ganda 2
lingkaran kedua/kecil - markahnya di ganda 3
lingkaran ke 3 - pointnya 25 dan
tengah-tengah tu point dia 50

camner nak main? baling jer! hehe
boleh 3x baling..
korang boleh start dari 501,301,101...
ikut suka hari korang lah nk start dari mana pn..
pastu tolak dengan point yg korang dapat tu..
sampai la kosong..sapa yg habis dulu
dia lah pemenangnya..

yang penting mata akhir kena buat gandaan..
tak boleh straight je sampai kosong..
contoh : point last korang 12..
korang tak leh habiskan terus dengan baling ke ruang 12.
tak boleh..
korang kena amik gandaan..
contoh, baling kat lingkaran besar,ruang no 3
3x2 = 6 atau baling no 10 n double 1
mana2 je yg boleh dapat 12..
janji kena ada jugak gandaan..

hehe..jom layan dart!


BOOK STAND @ TEMPAT LETAK BUKU


Book Stand @ tempat letak buku

pernah tak kawan-kawan tengok book stand ni? nadia ada skroll Shopee.tetiba terlihat book stand..apalagi teruslah masuk bakul untuk dibeli..almaklumlah nadia kan hobi suka membaca buku..benda ni mestilah wajib ada kan..heheheheehe

harganya adalah lebih kurang rm6..tetapi sekali postage adalah dalam rm10..ok la tu kan..taklah mahal sebab ni jenis plastik ja bukannya rehal kayu..berbaloi dengan harganya la kan .

kelebihan menggunakan book stand :

πŸ“ŒπŸ“Œtidak perlu pegang buku apabila dibaca

πŸ“ŒπŸ“Œ fokus membaca kerana ada tempat letak yang stabil

πŸ“ŒπŸ“Œdapat membaca di meja belajar dengan tenang






Monday 24 January 2022

SELAMAT HARI JADI ANAK KE-2 MAMA


Tanggal 10.1.2018 lahirlah anak ke 2 nadia iaitu seorang putera yang bernama Muhammad Hakeem.alhamdulillah tahun baru ni Hakeem dah berusia 4 tahun..rasa cepat sungguh masa berlalu..Hakeem dapat adik Harraz pun masa usia 2 tahun lebih..tak puas lagi nak bermanja dengan mama kan..

Hakeem sekarang dah banyak bercakap walaupun kadang-kadang ada pelat skit.kadangkala nadia pun kurang faham apa yang Hakeem bagitau..lama-lama baru faham apa yang dimaksudkan cakap dia.biasa la bahasa budak lagi.masih dengar pelat.tetapi takpa dah banyak juga perkataan yang Hakeem boleh bercakap..allhamdulillah syukur.

masa Hakeem berumur 2 tahun lebih nadia agak risau juga sebab dia kurang bercakap dan hanya tunjuk benda yang dia nak tanpa mahu bercakap.nadia dan suami bercakap dan cuba bertanya dia juga walaupun kadang-kadang dia masih kunci mulut berdiam diri tak mahu bercakap.masa tu risau juga sebab dia ada abang yang dok rajin ajak bercakap dan bermain dengan dia.alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga dia dah mula bercakap bila dia dah mula dapat adik.

dia cuba bercerita mengikut bahasa dia masa tu walaupun kadangkala kami kurang faham apa yang diceritakannya..tetapi kami masih mendengar dengan  setia dan cuba melayan dia bercerita walaupun dia bercakap dengan pelat bahasanya .

anak-anak mungkin lain perangai dan kebolehan diri.Hakeem seorang adik yang selalu bertolak ansur dengan si abang Arsyad.Hakeem juga seorang abang yang penyayang terhadap adik Harraz.dia akan memastikan adiknya dapat mainan juga jika nadia ada beli mainan baru...

Hakeem..anakku.. mama harap Hakeem akan jadi anak yang baik mendengar kata walaupun kadang-kadang agak lasak dan lincah dan menguji kesabaran mama dan ayah juga.masih panjang lagi perjalananmu meneruskan kehidupan di dunia ini.kuatkan semangat hadapi segala cabaran.

Wednesday 12 January 2022

SELAMAT TAHUN BARU 2022

gambar masa hari terakhir 31.12.2021


Sekejap masa dah berlalu..kita dah masuk ke tahun baru..tahun 2022..

Banyak suka duka kita tempuhi masa tahun 2021..tahun di mana kita masih berdepan dengan virus Covid19 sehingga sistem persekolahan anak-anak kita pun terganggu disebabkan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan..ada rakyat Malaysia perlu bekerja dari rumah sahaja iaitu work from home (WOH).sektor perniagaan juga turut terjejas.tidak dibenarkan dine in semasa tempoh PKP berlangsung.

Malaysia juga dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin.pada bulan Ogos 2021 , Dato Sri Ismail Sabri dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Macam-macam dugaan ditempuhi rakyat Malaysia..hujung tahun bulan Disember 2021 banjir yg melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia..banyak rakyat yg terkesan kerana ada rumah yg rosak,barang hilang hanyut dibawa arus air..tak sangka hujan lebat boleh menyebabkan banjir yg teruk..sekelip mata ja bencana alam ni berlaku.

moga tahun 2022 ni memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua.nadia doakan agar semua orang berjaya melalui segala cabaran dan rintangan pada zaman yang makin mencabar ni.moga azam kita dapat dipenuhi dan segalanya berjalan lancar.