Friday 11 March 2022

MY 8TH ANNIVERSARY


alhamdulillah tahun ke 8 berjaya melayari rumah tangga dengan jejaka pilihan hatiku..sepanjang 8 tahun berkahwin kami berdua dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki.tarikh nikah 8 Mac 2014 merupakan tarikh anniversary kami,

tarikh ni merupakan hari di mana Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 dari Malaysia ke Beijing..sampai sekarang masih menjadi misteri kehilangan disebabkan seramai 239 penumpang dan krew penerbangan tak dapat dijumpai mayatnya dan katanya haya serpihan  sayap dijumpai sahaja.moga ada keajaiban berlaku .bayangkan nadia pun dah 8 tahun memulakan kehidupan baru bersama suami tercinta tetapi khabar berita mengenai MH370 masih belum terungkai.

akhir kata,moga ikatan perkahwinan kami berkekalan sampai ke akhir hayat walaupun pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi.


SAMBAL BELACAN ADABI



sedap ooo makan nasi panas-panas dengan sambal belacan daripada produk Adabi iaitu jenis pedas dan manis.sambal belacan segera ataupun orang kata sambal belacan instant..harganya di kedai runcit adalah rm4.50 sahaja..

lepas dah buka dan guna boleh simpan dalam peti ais semula untuk tahan lebih lama.ada pelbagai jenis lagi sambal belacan produk Adabi..tapi yang ni nadia paling suka..rasanya pedas manis-manis.
sedap ooo..terpulanglah citarasa masing-masing kan..ada orang yamg jenis rajin tumbuk/blend sambal belacan lagi bagus kan.

8 MAC HARI WANITA SEDUNIA






wanita itu berhati lembut…nalurinya sebening titik titik embun di atas daun rerumputan…bila saat mentari bersinar…airnya jatuh menitis menyerap sampai di hujung bumi…menumbuhkan berjuta bijian menjadi tunas tunas muda yang hijau bersemi…

Wanita itu berperasaan halus…kehalusannya mampu merobohkan kekerasan bukit batu yang sombong…menjadikan hatinya laksana samudera akhir dari sungai sungai yang bermuara…

Wanita itu berjiwa kesatria…ketegaran hatinya bagai barisan batu karang dibibir pantai…tak luluh dari terjangan badai yang bergemuruh…tak gentar oleh hempasan gelombang laut pasang…dan tak bergeming dari buruknya angin musim barat…

Aku terpukau…memandang di kedalaman jiwanya…
Yang indah rupawan seperti bunga bunga mekar di saat pagi menanti sinar harapan…

Wanita itu bisa berhati keras…bagai batu pualam di malam gelap…mampu melumatkan hati para kumbang kumbang dalam sekejap…emosinya bagai gelombang…. mampu menggulung bahtera yang dilaluinya…

Wanita itu bisa menjadi angkara…seperti api yang berlidah panjang…kobarannya menghanguskan seluruh jiwa…menjadi debu debu yang berhamburan di terjang deru angin yang mendesing

Aku menutup mataku saat memandang jiwanya…sehalus dan sekeras itukah hatinya…???
Wanita laksana kembang dan api…tak akan tersulut bila bara tiada di hati….harum semerbak menyelumuti bumi…Bila kembang selalu ada di hati…

Bila engkau ingin mengerti…mari kita sama sama duduk belajar disini…dari seorang wanita yang kita hormati…dari seorang wanita ibu kita sendiri.

Karya : Rasull abidin, 31 Des 2011.


SELAMAT HARI WANITA

Friday 4 March 2022

AZAM BILA MENULIS BLOG



Nadia mula menulis blog 6 tahun yang lepas..sebenarnya hobiku  suka membaca dan mengarang cerita..jadinya terhasillah blog Ladynadia ni.

setiap tahun memang dok tanamkan azam @ target bila setiap kali menulis blog..tetapi payah nak tercapai target tu sebab bukannya konsisten update blog setiap hari.nadia kan bekerja hakiki sebagai juru x-ray.menulis blog ni bila ada masa lapang dan ada kesempatan waktu sahaja.

antara target bila menulis blog adalah :

❤cuba naikkan pageview 100 orang view setiap bulan

❤cuba dapatkan Google Adsense.sebab masih belum tercapai dan diterima Adsense.

❤diberi peluang mempromosi barang berkualiti iaitu dapat job menulis

❤dapat menambah kenalan blogger








cantik masa.. jam pukul 12.12 tengah hari..jumaat ..4.3.2022